Nuffnang Ads

Thursday 31 January 2013

Pas pecat Nasha untuk senangkan hati DAP


Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Haji Ruslan Kassim menyifatkan pemecatan bekas timbalan Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa sebagai satu tindakan untuk menyenangkan hati rakan sekutu mereka, DAP.
Menurut beliau, penyingkiran Nasharuddin Mat Isa itu sememangnya sudah dijangkakan apabila dalam banyak hal, bekas timbalan Presiden Pas itu lebih mendahulukan kepentingan Islam daripada kepentingan dan pendirian parti Pas.
“Senario ini memang saya sudah agak ianya akan berlaku. Ini memandangkan apabila Pas melihat bahawa  Ustaz Nasha tidak boleh dicucuk hidung untuk bersetuju atas apa jua keputusan parti. Apatah lagi, beliau juga banyak membuat kenyataan yang bertentangan dengan kehendak DAP malah mengkritik DAP secara terbuka apabila melibatkan hal-hal Islam.
“Ternyata sikap dan pendirian Ustaz Nasha yang begitu tegas dan tidak berkompromi dalam isu-isu melibatkan Islam dan umatnya, tidak disenangi oleh Pas terutamanya dalam menjaga hubungan mereka dengan DAP.
“Kita semua sudah sedia maklum, bahawa Pas memang tunduk dengan DAP selam ini. Jadi bagi saya, pemecatan Ustaz Nasha ini adalah untuk menyenangkan hati DAP sebenarnya,” jelas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.
Tambahnya, pemecatan Nasharuddin cukup untuk membuktikan bahawa sesiapa saja yang di dalam kepimpinan parti yang mengkritik atau mencari pasal khususnya dengan DAP akan menerima nasib yang sama.
“Inilah yang berlaku pada Dr Hassan Ali. Hari ini, perkara yang sama juga berlaku kepada Ustaz Nasha.  Biarpun belum dipecat daripada parti, namun proses tindakan untuk menyingkir beliau secara perlahan-lahan sedang berlaku.
“Selain daripada dipecat, nama beliau juga tidak dicalonkan untuk bertanding semula. Semua ini jelas, bahawa Pas tidak boleh menerima individu atau pemimpin di dalam parti mereka yang mendahului kepentingan Islam dan umatnya.
“Apa yang kepimpinan Pas pentingkan hari ini ialah survival politik mereka, serta hubungan baik dengan DAP. Sebab itu, siapa saja yang tidak sependapat dengan DAP, tidak akan mendapat tempat di dalam kepimpinan Pas,” tegasnya.
Mai Pikiaq Pi: MPP hilang rasa hormat kepada kepimpinan parti yang selama ini kononnya memperjuangkan Islam.... 

Anwar Puas Hati Tindakan Pas Terhadap Nasha


Nampaknya, Anwar cukup berpuas hati dengan tindakan yang diambil Pas terhadap Nasharuddin Mat Isa. Inilah yang Anwar harapkan sekian lama. Walaupun pada peringkat Majlis Syura, dan bukan Pas proper – Anwar tetap mahukan tindakan diambil kepada Nasha.
Blog ini pernah nyatakan beberapa kali, Anwar memang mahu Pas ambil tindakan tegas terhadap mantan Timbalan Presiden Pas ini. Pada Anwar, kesemuanya berasaskan kepada pengurusan masalah. Kalau ianya berlaku sekarang, lebih mudah untuk PR mengurus isu Nasha. Bak kata Azmin Ali pun, Ustaz Nasha tidak ada pengaruh dalam Pas.
Kalau dia dipecat sekalipun, dia hanya mampu membawa batang tubuhnya seorang diri sahaja.
Apa yang lebih Anwar mahukan agar Pas membuat keputusan tegas untuk tidak meletakkan Nasha sebagai calon. Kalau menurut laporan Malaysiakini, perkara sama juga telah diambil tindakan oleh Nik Aziz.
Mesej sms ringkas Anwar kepada beberapa pimpinan Pas di atas adalah contoh bahawa kesemuanya disusun di Tropicana dan bukan Taman Melewar/Chow Kit. PR sudah memulakan konsolidasi isu di Tropicana. Apa sahaja yang boleh membebankan PR, perlu dicantas awal.
Anwar juga mengingatkan inner circle, bahawa ini bukannya masa nak melayan isu yang dibawa oleh UMNO/BN. Semua fokus dan tumpuan mestilah dihalakan kepada menyusun senarai calon yang tepat untuk memberi kemenangan kepada PKR/PR. Isu Nasha, walaupun adalah isu dalaman PAS, masih boleh memberi masalah kepada PR.
Tindakan Pas kepada Nasha memang Anwar puas hati. Sekarang, Nasha tidak akan lagi mengganggu kredibiliti Mat Sabu yang menjadi tonggak pemikiran PKR di dalam PAS. Tanpa Nasha di dalam Majlis Syura dan senarai calon – Abang Mat akan dibantu untuk menjadi lebih utuh di dalam Pas.
Mai Pikiaq Pi: Pas seharusnya sedar siapa kawan dan siapa lawan!!!

Lawatan Gaza: Anwar tidak perlu cemburu Najib


Anwar Ibrahim berkata, lawatan Najib Razak ke Gaza sebagai “kurang bijak” kerana gagal mengiktiraf pergerakkan Fatah dan pemimpinnya Mahmoud Abbas.
Suara Anwar hampir sama dengan akhbar Israel, ‘The Times of Israel’ yang melaporkan kekecewaan Mahmoud Abbas yang tidak dilawati Najib.
Najib hadir ke Gaza atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri dan menemui Perdana Menteri Palestin yang dipilih secara demokratik, jadi Anwar tidak perlu menjadi batu api dengan menentukan kebijaksanaan sesesorang.
Lagipun kehadiran Najib ke Gaza sebagai memenuhi permintaan Ismail Haniyeh menyatakan hasratnya untuk bersolat dan mengadakan pertemuan Perdana Menteri Malaysia di mana beliau menyampaikan hasrat itu kepada kepada sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia yang berkunjung di kediamannya bertempat di Al Shouterd.
Sebelum ini Anwar sendiri mewar-war dia ‘rapat’ dengan Hamas dengan memuatturunkan foto pertemuannya dengan Khalid Mashal di Qatar tahun lepas.
Tiada sebarang ulasan dibuat mengenai pertemuan itu, kecuali foto-foto dan ini mengundang pertanyaan adakah Anwar berjumpa wakil Hamas untuk memohon maaf di atas kenyataannya ‘melindungi keselamatan Israel’ di Wall Street Jounal (WSJ).
Anwar jamin akan lindungi keselamatan Israel
“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel," itu kata-kata Anwar ketika diwawancara The Wall Street Journal (WSJ), Asia, 26 Jan 2012.
Anwar membuat kenyataan di media antarabangsa itu selepas 3 minggu Mahkamah Tinggi membebaskannya atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Ketika dalam parlimen, Anwar mendakwa kenyataannya di WSJ telah dimanipulasi tanpa tidak membaca sepenuhnya terutamanya syarat (contingent) yang dikenakannya, namun hujah Anwar telah disanggah oleh Khairy Jamaluddin.

Khairy membacakan semula dua petikan kenyataan Anwar di WSJ iaitu, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians
Kata Khairy : “Maksudnya kenyataan ini ada dua bahagian. Maksud yang disampaikan tadi oleh ketua pembangkang..I support all efforts to protect the security of the state of Israel..tidak ada ‘contingent’..itu bahagian pertama
“Yang ada ‘contingent’ adalah untuk ‘recognize the Jewish State‘…mengiktiraf kerajaan dan negara Israel. Tetapi soal ‘I support all efforts to protect the security of the state of Israel‘ adalah ‘blanket support‘, sokongan mutlak yang tidak ada ‘contingent’..yang tidak ada syarat..yang diberi secara total kepada kerajaan Israel.”
Menurut Prof. Dr Chandra Muzaffar ungkapan‘Keselamatan Israel’ yang diucapkan oleh Anwar adalah satu slogan ideologi yang sering diguna pakai oleh pemimpin-pemimpin regim Zionis.

Kata Chandra : “Kalau kita kaji secara mendalam..istilah yang digunakan oleh Anwar bahawa beliau ‘akan menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan Israel’..keselamatan Israel itu adalah ideologi negara zionis ini.
“Mereka menggunakan isu keselamatan untuk menguasai kawasan di sekeliling mereka itu. Mereka menggunakan istilah keselamatan ini untuk mengusir rakyat Palestin daripada wilayah mereka..untuk membunuh rakyat Palestin mereka mengunakan istilah keselamatan ini..
“Istilah keselamatan ini untuk menjustifikasikan benda-benda lain yang dilakukan Israel sepanjang 63 tahun ini, termasuk pemilikan senjata nuklear..atas nama keselamatan..dia mendirikan tembok..segala-segalanya dilakukan atas nama keselamatan..”
Menurutnya penggunaan istilah ‘security of Israel‘ (keselamatan Israel) popular di kalangan pemimpin Israel, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah untuk mewajarkan penaklukan dan penguasaan Israel ke atas bumi Palestin.
“Saya menganggap kenyataan yang dibuat oleh Anwar ini..(bahawa)..beliau nak membuktikan kepada zionis..membuktikan kepada AS yang merupakan pelindung kepada zionis ini..bahawa beliau adalah seorang pemimpin di Malaysia yang boleh dipercayai…bahawa beliau adalah pemimpin yang harus terus disokong mereka.
“Jangan lupa..ada bukti-bukti lain, tentang kerjaya politik Anwar yang jelas membuktikan bahawa beliau itu memang rapat dengan lobi-lobi tertentu dengan Paul Wolfowitz..
“Beliau sebagai ketua kepada Foundation for the future..antara tahun 2005 dan 2008..ini adalah satu pertubuhan yang ditubuh oleh beberapa individu tertentu termasuk anak kepada bekas Naib Presiden AS, Dick Cheney untuk mengembangkan ‘demokrasi’..itu sebagai topeng..tapi matlamat utamanya adalah untuk meneruskan penguasaan AS dan Israel di kawasan itu..dan beliau (Anwar) sebagai ketuanya..”
Sebagai kesinambungan daripada itu, Presiden JUST,Dr Chandra turut menyentuh lawatan Anwar ke AS tiga tahun lepas untuk memohon maaf kepada tokoh-tokoh Yahudi di atas salah-tafsir ucapannya yang dikatakan sebagai anti semitik .
“Dua pemimpin AS..salah seorang daripadanya memang ketua neocon ini..golongan konservatif yang menyokong zionis..Paul Wolfowitz, kawan akrab beliau..dan seorang lagi Al Gore.
“Mereka (Wolfowitz & Al Gore) menulis artikel dalam WSJ..dan WSJ kita tahu adalah majalah yang dimiliki oleh Rupert Murdock (Yahudi)..sekali lagi seratus peratus pro zionis.
“Dan artikel mereka ini..mereka mempertahankan Anwar..mereka cuba memberi gambaran bahawa beliau (Anwar) ini adalah seorang kawan kita yang kita boleh harapkan.“
Majlis Syura Pas beri kata dua kepada Anwar
Kenyataan Anwar di WSJ turut dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura PAS pada 13 Februari 2012 di Kuala Lumpur.
Mursyidul Am parti itu, Nik Abdul Aziz mengemukakan resolusi keputusan Majlis Syura iaitu meminta Anwar menarik balik kenyataan atau menyaman WSJ.
“Saya selaku Mursyidul Am PAS dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di WSJ.
“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.”
Menurut Nik Aziz, keselamatan Isreal bukan menjadi tanggungjawab yang perlu dipikul oleh umat Islam.
“Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman.
“Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.”
Respon terhadap keputusan Majlis Syura Pas itu, Anwar berkata dia menghormati pendirian Pas, tetapi akan terus kekal dengan pendiriannya.
Kata Anwar : “Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin.”
Anwar juga menambah, seandainya perkara itu dihormati, maka kewujudan Israel akan diiktiraf.
“Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin,” katanya.
Nik Aziz ketika ditanya pendirian Anwar itu, ““Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian Pas), dia punya pasal, tak ada apa.”
Pada 21 Februari 2012, Anwar mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz kira-kira sejam di PNB Darby Park, Kuala Lumpur bagi menjelaskan pendiriannya berhubung dengan isu sokongan kepada Israel.
Nik Aziz berkata walaupun Anwar telah menyatakan pendiriannya, namun Pas akan tetap berpegang teguh dengan keputusan Majlis Syura.
“Maka Pas tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian Pas ini,” katanya.
Anwar sokong Mahmud Abbas, guna kaedah tipu muslihat iktiraf Negara Israel
Kenapa Anwar berkeras mempertahankan kenyataannya ? Sebabnya Anwar sudah ‘berbaiah’ dengan badan tajaan penyangak Yahudi, George Soros, International Crisis Group (ICG) untuk menerima konsep ‘Two State Solution’(Solusi Dua Negara) sebagai kaedah tipu muslihat untuk mengiktiraf Negara Israel.

Anwar telah dilantik sebagai anggota ICG pada 30 Jun 2006, ketika menjadi pensyarah pelawat di Saints Anthony’s College, UK, sebuah kolej di bawah kawalan Chris Pattern, kroni Soros.
Pada 10 Oktober 2007, ICG bergabung dengan dua lagi badan pemikir AS iaitu United States Middle East Project (USMEP) dan New America Foundation/American Strategy Program, menghantar surat lobi menyokong usaha Presiden Bush dan Condoleeza Rice mengadakan ‘Annapolis Summit’ sebagai menjayakan matlamat ‘two state solution
Dalam surat lobi yang turut ditandatangani oleh Anwar Ibrahim itu, mereka mencadangkan agar kerajaan AS mengutamakan konsep ‘two state solution’, sebuah negara Israel dan Palestin yang sah, Jerusalem menjadi ibu kota kedua negara dengan kawasan kejiran Israel akan menjadi milik Israel, manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin.
Annapolis Summit atau The Annapolis Conference telah dijayakan oleh Presiden Bush pada 27 November 2007 di United States Naval Academy, Maryland, AS.
Wakil Palestin adalah Mahmoud Abbas, manakala Israel pula diwakili oleh Perdana Menterinya, Ehud Olmert.
Namun usaha Presiden Bush gagal kerana majoriti rakyat Palestin tidak mengiktiraf Mahmoud Abbas sebagai wakil mereka.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh menyeru negara Arab supaya “tidak menyokong mana-mana konsesi baru dalam isu Palestin,” dan memberi amaran tentang “matlamat sebenar Amerika di sebalik sidang kemuncak itu, sebagai satu usaha untuk menormalisasi negara-negara Arab, terutamanya antara Arab Saudi dan Israel.
Mai Pikiaq Pi: Jangan jadi batu api demi capai hasrat politik peribadi!

Wednesday 30 January 2013

20 Kerusi Pembangkang Bakal Kembali Semula Kepada BN


Barisan Nasional (BN) menaruh keyakinan berpeluang untuk  merampas sekurang-kurangnya 20 kerusi  daripada 82 kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Pembangkang dalam usaha untuk memberikan kemenangan 2/3 majoriti kepada BN pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU) yang akan datang di samping mengekalkan kemenangan di semua kawasan Parlimen BN.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin, setakat ini  BN telah mengenal pasti kawasan-kawasan DUN dan Parlimen yang boleh dirampas kembali terutama di sekitar Semenanjung.
“BN kini sedang berusaha keras ke arah itu. Kita juga telah mengenal pasti kerusi-kerusi yang mempunyai peluang yang cerah untuk memberikan kemenangan kepada BN pada PRU yang akan datang. Ini bukan sekadar cerita atas kertas saja, tetapi kita telah menjalankan gerak kerja yang tersusun untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kita pada kawasan yang kita sasarkan,” ujarnya di sini hari ini.
Jelasnya lagi, kebanyakkan kerusi yang menjadi sasaran BN itu ialah di kawasan-kawasan di mana BN mengalami kekalahan tipis atas pelbagai sebab, termasuk kerana sebab sabotaj yang berlaku pada PRU ke 12 sebelum ini.
Katanya yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan,  berdasarkan maklumat yang diperolehi hasil dari gerak kerja jentera BN, kerusi-kerusi yang BN tewas tipis di tangan Pakatan Pembangkang diyakini boleh dimenangi semula oleh BN pada PRU ke 13 akan datang.
“Kita sudah kaji dengan teliti dan kita dapati, kebanyakkan kerusi yang menjadi sasaran kita itu adalah kerusi-kerusi yang mana kita mengalami kekalahan yang tipis akibat beberapa perkara seperti sabotaj, masalah dalaman dan calon yang tidak digemari penduduk setempat.
“Justeru itu, kita akan memastikan bahawa faktor-faktor yang menyebabkan BN mengalami kekalahan tipis itu akan diperbaiki dan InsyaAllah, sekiranya jentera BN terus berusaha keras, kita akan mendapat kesemua jumlah kerusi yang menjadi sasaran BN atau mungkin lebih dari itu,” ujarnya.
Mai Pikiaq Pi: Semua perlu bekerja keras demi kelangsungan politik BN....  

Najib: Pemecatan Nasha Bermotifkan Politik



Mai Pikiaq Pi: PAS hanya mementingkan kerjasama dengan DAP dan PKR tanpa memikirkan persaudaraan sesama Islam....

DAP tak mampu sangkal isu rasuah, rasis


Bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin percaya DAP tidak mampu untuk menjawab apatah lagi menyangkal kenyataan bekas Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim  berhubung isu rasuah dan rasis yang diamalkan parti itu.
Ini kerana tegasnya sehingga kini DAP terutama Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng terus mengunci mulut walaupun isu rasuah dan rasis yang dibangkitkan Tunku Aziz itu sudah lama berlarutan.
“Bak kata pepatah berani kerana benar, takut kerana salah. Ini belum lagi isu kesilapan kira undi. Nampaknya DAP sudah terkena ludah mereka sendiri.
“Mereka terutama Guan Eng boleh terus tutup mulut tapi rakyat akan terus buka mata dan fikiran untuk menilai sejauh mana kebenaran kononnya DAP ini satu parti yang bersih, telus dan ada akauntabiliti”, katanya di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan DAP yang sehingga kini masih berdiam diri berhubung dakwaan oleh bekas Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim  berkenaan isu rasuah dan rasis parti berkenaan.
Mengulas lebih lanjut Fairus seterusnya menambah DAP hanya nampak kesalahan dan kesilapan orang lain umpama mengata kain orang koyak tetapi kain sendiri makin terlondeh.
“Sebenarnya pelbagai pendedahan serta dakwaan oleh Tunku Aziz menjadi bukti bahawa parti terbabit telah terkena batang hidung sendiri. Dan seharusnya Tunku Aziz perlu mendedahkan apa lagi yang belum didedahkan untuk kepentingan umum.
“Percayalah….bangkai jika ditutup dengan apa sekali pun ianya akan tetap berbau dan akhirnya diketahui umum juga akhirnya. Apa yang mereka lakukan hanyalah sekadar untuk menyembunyikan wajah hodoh mereka yang sebenarnya,” ujar beliau.
Beliau seterusnya percaya DAP akan selamanya berdiam diri dan tidak akan berani tampil untuk memberikan penjelasan yang sepatutnya.
Mai Pikiaq Pi: DAP hanya pandai mengambil kesempatan ke atas orang Melayu! 

Tuesday 29 January 2013

DAP Pernah Pancing Anakanda Tunku Muhriz Jadi Calon - Tunku Aziz


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa, Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook pernah meminta beliau memujuk anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk menjadi calon parti itu dan bertanding di kerusi DUN pada pilihan raya umum.
Tunku Abdul Aziz berkata, Loke meminta beliau mengadakan satu majlis dan menjemput Tunku Zain Al-’Abidin ke majlis itu untuk menyatakan hasrat tersebut kepada baginda.
“Kerana DAP telah melihat Tunku ini seorang yang amat pintar, petah bercakap, jadi dia nak sasarlah Tunku dan suruh saya sebagai ‘Tunku yang tua’ barangkali boleh saya pujuk ‘Tunku yang muda’ ini.
“Kononnya untuk bagi Tunku jadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Tidakkah ini satu benda yang bodoh, tak masuk akal. Anak jadi Menteri Besar, ayah jadi Yang Dipertuan Besar,” katanya dalam satu ceramah di sini malam ini.
Tunku Abdul Aziz berkata, beliau bagaimanapun telah menyampaikan hasrat DAP itu kepada Tunku Zain Al-’Abidin namun ditolak baginda.
Tunku Abdul Aziz berkata, Loke yang juga Anggota Parlimen Rasah, tidak berhenti setakat itu sahaja, sebaliknya terus meminta beliau memujuk Tunku Zain Al-’Abidin untuk bertanding mewakili DAP, dan kali ini di kerusi Parlimen serta berjanji akan menawarkan jawatan menteri kabinet kepada baginda jika pembangkang menguasai Putrajaya.
Bagaimanapun, Tunku Abdul Aziz berkata beliau tidak menyampaikan hasrat Loke itu kepada Tunku Zain Al-Abidin kerana berpendapat ia sesuatu yang tidak masuk akal.
Katanya, perkara ini jelas menunjukkan DAP adalah parti yang sanggup melakukan apa sahaja bagi menguasai Putrajaya sehingga ke tahap ‘memancing’ anakanda pemerintah utama Negeri Sembilan untuk bertanding dalam pilihan raya mewakili parti itu.
Dalam pada itu, Tunku Abdul Aziz menyifatkan tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu kalimah ‘Allah’ digunakan dalam Bible sebagai tidak sensitif dan Ketua Menteri Pulau Pinang itu adalah ‘batu api’.
Menurutnya, agama dan politik tidak boleh dicampuradukkan kerana akan mengakibatkan bahaya yang besar, terutama dalam perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
Mai Pikiaq Pi: MPP hanya tau pancing ikan aje..... Lainlah DAP hanya tau pancing tp tak kena jerat....

Sokongan Padu Rakyat Perlu Untuk Teruskan Projek Berimpak Tinggi


Sokongan padu rakyat adalah amat perlu bagi membolehkan kerajaan sekarang meneruskan usaha melaksanakan projek-projek berimpak tinggi yang memberi manfaat besar kepada mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, projek-projek berimpak tinggi ini telah dijalankan sejak tiga tahun lepas melalui pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi yang mengutamakan peningkatan pendapatan rakyat.
Biarpun Malaysia secara keseluruhannya telah berjaya mencapai pembangunan lebih tinggi, apa yang lebih penting adalah impak positifnya kepada rakyat, katanya semasa berucap merasmikan kompleks Medan Niaga Satok yang bernilai RM46.6 juta di sini hari ini.
“Tidak ada maknanya sebuah negeri atau negara itu maju tetapi rakyatnya miskin. Kerajaan mempunyai wang yang banyak tetapi rakyat tidak mempunyai apa-apa,” katanya.
Menurutnya, projek Medan Niaga Satok ini juga merupakan salah sebuah projek yang berjaya menjana impak yang positif dalam membantu rakyat, khususnya golongan petani untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Melalui kerjasama erat kerajaan negeri Sarawak dan Persekutuan, Muhyiddin berkata projek Medan Niaga Satok berjaya disiapkan dengan menyediakan ruang untuk lebih 2,000 peniaga kecil menjalankan perniagaan mereka.
Selain itu, perancangan untuk menggabungkan industri berasaskan pertanian dengan industri pelancongan di medan niaga ini akan turut memberikan nilai tambah kepada usaha ini, katanya.
“Sebuah projek sebegini tentulah mempunyai kesan berganda, dalam bentuk jumlah bisnes dan perniagaan yang boleh dijana,” katanya.
Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM13.5 juta lagi bagi menambah lagi kemudahan-kemudahan untuk keselesaan peniaga dan pengunjung di medan niaga ini.
Menurut Muhyiddin, kejayaan melaksanakan projek ini menjadi satu lagi bukti keupayaan kerajaan Barisan Nasional untuk menunaikan janjinya untuk membantu rakyat meningkatkan taraf hidup.
Mai Pikiaq Pi: Sokongan padu rakyat memastikan transformasi kerajaan berjalan lancar....

Friday 25 January 2013

Anwar Patut Utamakan Pendirian Ulama Majlis Syura


Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang mempertahankan pendirian bersama Pakatan Pembangkang berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang sekaligus ,,dilihat menolak ketetapan oleh Majlis Syura Pas adalah tidak wajar sama sekali.
Timbalan Rektor Al-Madinah International Universiti, Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, ia menyalahi etika dan amat tidak wajar perkara itu berlaku kerana ketetapan yang dibuat oleh Majlis Syura Pas adalah berdasarkan pandangan majoriti.
Menurut beliau, Anwar sepatutnya perlu mengambil kira pandangan Majlis Syura Pas dan sewajarnya ketetapan itu  didahulukan memandangkan Majlis berkenaan diwar-warkan dibarisi oleh golongan ulama dan cendekiawan Islam Pas.
“Dalam ilmu tafsir….. pandangan terkini memansuhkan pandangan yang lama dan terdahulu. Justeru bagi saya, sewajarnya pandangan terkini yang perlu diambil kira.  Dan ia sama sekali amat tidak wajar dan sekaligus menyalahi yang sepatutnya,“ tegas beliau di sini.
Kata beliau, Anwar boleh jatuh dan boleh dikategorikan dalam situasi menghina kredibiliti ulama Pas yang membarisi Majlis Syura parti berkenaan.
“Ini satu perkara yang besar. Kepakaran Anwar adalah dalam politik… dan kepakaran dalam agama adalah orang yang selayaknya. Jadi sama-samalah  kita bermuhasabah,“ katanya.
Ustaz Fadlan seterusnya memetik sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan etika/akhlak yang mulia”.
Kontroversi berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kalangan pembangkang dilihat belum selesai apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pendirian bersama Pakatan Pembangkang sebelum ini agar kalimah berkenaan boleh digunakan oleh bukan Islam.
Menurut Ketua Pembangkang seperti yang dilaporan Mstar, Pakatan Rakyat kekal dengan pendirian mereka sebelum ini walaupun Majlis Syura Ulama Pas membuat ketetapan bertentangan apabila melarang penggunaanya oleh bukan Islam.
“Setakat ini, inilah pendirian Pakatan Rakyat berdasarkan kenyataan yang dibentangkan (Presiden Pas), Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Rabu.
Mai Pikiaq Pi: Anwar hanya tunjuk profesor serba tau tapi dia langsung tak tau!!!  

Wednesday 23 January 2013

Muhyiddin Yakin Melaka Kekal Kubu Kuat BN


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Melaka akan terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Beliau berkata BN Melaka dijangka mempertahankan semua kerusi pada PRU-13 di samping mampu menawan beberapa kerusi yang kini dikuasai pembangkang.
“Saya yakin BN Melaka bukan setakat mempertahankan tetapi meningkatkan lagi jumlah kerusi sama ada di peringkat Parlimen, lebih-lebih lagi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya selepas menghadiri jamuan rakyat 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Haji Abdul Malik di sini sempena lawatan sehari beliau ke Melaka, Selasa.
Muhyiddin merangkap Timbalan Pengerusi BN yang sebelum itu mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin BN Melaka di ibu pejabat Umno negeri di Jalan Hang Tuah di sini, menyatakan rasa puas hati dengan persiapan jentera B Nnegeri bagi menghadapi PRU-13.
“Daripada taklimat yang Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah sampaikan, saya cukup berpuas hati, Melaka satu-satunya negeri yang sudah pun bersedia hampir 100 peratus,” katanya.
Muhyiddin meminta jentera BN negeri agar terus menjalankan usaha bagi meningkatkan sokongan rakyat kepada parti pemerintah itu sehingga ke hari pengundian.
Beliau turut mengingatkan anggota BN di negeri itu agar saling berkerjasama dan tidak menimbulkan masalah yang boleh menggugat parti.
“Jangan timbulkan apa-apa masalah baharu, kerjasama dan perpaduan antara pemimpin dalam komponen parti BN ini mesti kita teruskan dan jentera di semua peringkat mesti dalam keadaan bersiap siaga daripada sekarang sampai Parlimen (Dewan Rakyat) dibubar, lepas itu penamaan calon, hari-hari berkempen sampai ke hari membuang undi,” katanya.

Kabinet Bayangan Tak Akan Wujud Takut Tembelang Pecah


Janji pakatan pembangkang untuk menamakan anggota dalam ‘Kabinet Bayangan’ sekiranya dapat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak pernah ditunaikan biarpun ia disebut-sebut sejak PRU yang lalu lagi.
Aktivis politik tempatan, Datuk Osman Abdul melihat bahawa Kabinet Bayangan ini adalah antara gula-gula politik pakatan pembangkang dalam usaha mencari pengaruh dan menarik perhatian rakyat kepada mereka.
“Inilah pembohongan pembangkang yang hanya boleh bercakap tetapi tak mampu untuk melaksanakannya apabila diminta, malah sehingga ke hari ini yang ada hanya nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri namun apabila ada desakan daripada anggota DAP dan Pas maka tiada kata putus dibuat,” katanya.
Soal beliau, bagaimana mungkin Kabinet Bayangan mampu diperlihatkan kepada rakyat sedangkan isu dalaman melibatkan pembahagian kerusi menjelang PRU pun masih belum lunas.
“Kalaulah mereka meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, maka jawatan timbalan nak beri pada siapa? Katakanlah nak letakkan jawatan timbalan untuk dua orang maka tentunya untuk DAP dan Pas tapi tak mungkin Lim Kit Siang hanya mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri saja sedangkan apa yang diinginkannya hanya boleh dibuat jika dia sendiri berkuasa.
“Benarkah mereka mampu berkerajaan bersama sedangkan baru saja diberi kepercayaan mentadbir empat negeri macam-macam masalah yang timbul. Sudahlah perkara-perkara berbangkit berkaitan rakyat gagal ditangani,” katanya.
Tegasnya lagi, pakatan pembangkang gagal menunjukkan Kabinet Bayangan kerana masing-masing mempunyai agenda dan impian tersendiri untuk parti-parti sendiri dan bukannya seperti BN yang menjurus kepada semangat 1Malaysia.
“Tak usahlah Pas, PKR dan DAP  nak teruskan lakonan kononnya mereka sepakat dalam pakatan pembangkang sedangkan apa yang tergambar sekarang amat berlainan, dan rakyat tidak pernah lupa apa yang telah dijanjikan,” tegasnya.
Justeru, beliau mengingatkan rakyat keseluruhan agar tidak terpengaruh dengan kata-kata manis pembangkang yang sanggup menyatakan macam-macam janji sedangkan ia hanyalah bayang-bayang bagi mengaburi mata pengundi.
Mai Pikiaq Pi: Kabinet Bayangan Pembangkang adalah kabinet rapuh dan hancur!!! 

Kalimah Allah: Akar Umbi PAS Pulau Pinang Bantah Kenyataan Karpal


Sekumpulan anggota akar umbi PAS di Pulau Pinang berhimpun di hadapan pejabat Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh di sini, bagi membantah kenyataannya mempertikai keputusan Majlis Syura PAS berhubung isu kalimah Allah.
Perhimpunan lebih sejam di Jalan Green Hall yang disertai anggota PAS dari kawasan Tanjong dan Bagan Ajam itu diketuai Pengerusi Tetap PAS Kawasan Tanjong, Zaidi Abu Bakar.
Mereka turut membawa sepanduk dan kain rentang yang memaparkan antaranya “Kalau Hang (Karpal) Nak Lawan Ulama Kami Langkah Mayat Kami Dulu”, “Orang Melayu Jangan Undi Karpal”, “PAS Wajib Keluar PR”, “Kami Pertahankan Majlis Syura Ulama” dan “Karpal + Azmin Tidak Hormat Dasar PAS”.
Mereka turut memijak bendera DAP.
Sementara itu, Zaidi dalam ucapannya berkata, Karpal tidak berhak mencampuri urusan agama Islam dan mesti menghormati keputusan Majlis Syura yang dikaji ulama PAS selaras tuntutan syariat.
“Pada mulanya ada pemimpin PAS buat kenyataan tersasar tetapi setelah ada keputusan daripada Majlis Syura Ulama, semuanya telah capai kata sepakat jadi Karpal jangan masuk campur dan keruhkan keadaan,” katanya.
Beliau juga mendakwa kebanyakan anggota PAS di Pulau Pinang kecewa dengan kepimpinan PAS negeri yang hanya berdiam diri dengan kenyataan Karpal itu.
Sementara itu, bekas Ketua Pemuda PAS negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin menyifatkan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Salleh Man dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim bersekongkol dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
“Mereka ini terlalu berhati-hati keluar pendapat demi menjaga hati pakatan rakyat berbanding jaga kalimah Allah. Dah tiba masanya PAS tinggalkan pakatan jangan jadi pengecut,” katanya.
Beliau berkata, kedua-dua orang pemimpin itu langsung tidak boleh diharap untuk membela kepentingan umat Islam di Pulau Pinang.
Karpal pada sidang medianya baru-baru ini berkata, beliau akan memujuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh diguna orang bukan Islam termasuk Bible bahasa Melayu.
Katanya, pendirian Majlis Syura itu bercanggah dengan keputusan yang dicapai pemimpin pakatan pembangkang termasuk Abdul Hadi dan Mursidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 8 Jan lalu lalu yang bersetuju dan menyokong cadangan Lim yang mendesak Kerajaan Pusat membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.
Mai Pikiaq: Karpal nak jadi juara kalangan Kristian!!! Pirahhhhhhhhh!!!!

Tuesday 22 January 2013

Isu Kalimah Allah: Tindakan Anwar Sembunyi Tengkuk, Berdiam Diri Dibidas


Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendiamkan diri menyembunyikan tengkuk dari memberikan sebarang komentar mengenai  polemik  isu kalimah Allah yang ditimbulkan oleh Lim Guan Eng baru-baru ini, dilihat merupakan jalan selamat bagi beliau apatah lagi kepimpinan Pas akhirnya menukar  pendirian mereka  berhubung isu tersebut.
Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman beranggapan bahawa Anwar kini teperangkap di dalam permainan politiknya sendiri apabila kepimpinan Pas baru-baru ini, termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini bersetuju dengan isu kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam, akur dengan keputusan Majlis syura ulama Pas.
“Bila kepimpinan Pas ambil keputusan tidak mahu bersubahat dalam isu ini, jelas Anwar mati akal. Sebab itu kita lihat tidak ada sebarang kenyataan berhubung isu ini yang dikeluarkan oleh beliau. Ini merupakan jalan selamat bagi beliau agar tidak dipandang serong oleh kepimpinan Pas mahupun DAP.
“Begitulah sikap Anwar. Jika sesuatu isu itu dilihat tidak mendatangkan keuntungan pada kepentingan politiknya, beliau akan mengambil jalan berdiam diri. Tetapi jika ada sesuatu isu yang dilihat akan memberikan keuntungan politik bagi dirinya, beliau akan hebohkan satu dunia, biarpun isu tersebut belum tentu lagi sejauh mana kebenarannya,” tegas beliau kepada UMNO-Online hari ini.
Tambah Satim, beliau yakin bahawa Anwar akan terus mendiamkan diri dalam isu ini untuk menjaga hati pengikut dan penyokong Pas dan juga DAP.
“Anwar tahu kalau beliau menyatakan pendiriannya sekali lagi berhubung isu ini, sudah tentu ada diantara dua parti tersebut, samada Pas atau DAP akan membidas beliau. Jadi, mahu tak mahu beliau terpaksa mendiamkan diri daripada membuat sebarang komen tentang isu tersebut kerana bimbangkan retak di dalam Pakatan akan menjadi belah.
“Dan secara umumnya rakyat sehingga ke hari ini sudah jelas dengan pendirian  Anwar, bahawa beliau masih lagi tetap dengan keputusannya yang  bersetuju bahawa kalimah Allah boleh diguna pakai oleh orang bukan Islam, seperti mana yang diumumkan beliau bersama kepimpinan Pakatan Pembangkang sebelum ini.
“Tapi tak tahulah kalau esok lusa beliau juga pusing kenyataannya, namun saya yakin Anwar akan terus berdiam diri daripada membuat sebarang kenyataan tentang isu ini sebagai jalan selamat demi kepentingan politiknya di dalam Pakatan Pembangkang,” ujarnya.
Mai Pikiaq Pi: Anwar hanya pandai berkata BOHONG!!! 

Monday 21 January 2013

MELAYU SERAH BANYAK HAK ATAS NAMA PERPADUAN


Melayu sudah menyerahkan banyak hak mereka kepada kaum lain di negara ini semata-mata untuk mewujudkan perpaduan dan suasana yang harmoni.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Melayu suatu ketika dahulu mempunyai 80 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini tetapi sanggup berkorban dan menyerahkan sebahagian hak itu kepada kaum lain.

“Selepas itu, jumlahnya berkurangan kepada 60 peratus. Tiada penduduk di mana-mana negara di dunia ini yang mahu berbuat demikian.

“Hanya orang Melayu yang sanggup melakukannya. Kita banyak menyerah dan berkorban hak untuk orang lain.

“Segala-galanya kita serah kepada orang asing. Kita sanggup tukar nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia. Tiada lagi unsur Melayu yang ada. Orang Melayu tidak marah tetapi merelakannya,” katanya ketika menyampaikan ucaptama Program Transformasi Ekonomi dan Pelajaran Melayu Pulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di
sini, semalam.

Selain itu, orang Melayu memberi hak warganegara atau kerakyatan kepada orang asing walaupun ia tidak berlaku di negara lain sejak dahulu lagi.

“Walaupun kita penduduk majoriti tetapi orang Melayu hanya menguasai 30 peratus ekonomi.

“Berbanding penduduk kaum lain berjumlah 40 peratus, mereka menguasai 70 peratus dari ekonomi negara ini.

“Orang Melayu masih menyerah dan merelakannya.

Tetapi apabila peluang 30 peratus yang ada pun masih mahu diganggu orang lain, orang Melayu mulai gusar dan menjadi marah,” katanya.

Sehubungan itu katanya, penduduk kaum lain di negara ini perlu bersyukur dan berterima kasih kepada Melayu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mewujudkan keamanan di Malaysia.

Mahathir turut membidas sikap sesetengah kaum di negara ini yang masih belum puas, sebaliknya mahu pula menguasai politik tanah air, yang selama ini didominasi orang dan parti politik Melayu.

“Tak cukup lagikah dengan penguasaan 70 peratus dalam ekonomi selama ini. Apa matlamat mereka untuk menguasai politik pula,”
katanya.

Menurutnya, Melayu perlu sedar keadaan itu dan memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang untuk memastikan nasib mereka terus terbela hingga generasi akan datang.
Mai Pikiaq Pi: Bangsa lain sepatutnya bersyukur atas nikmat yang diperoleh di Tanah Melayu...

Kenyataan Azmin bukti kecelaruan kepimpinan Pakatan Pembangkang


Kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali bahawa Pakatan Pembangkang akan terus berpegang kepada keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut Kristian memperlihatkan betapa bercelarunya perpaduan dan kesepakatan yang wujud di dalam gabungan parti pembangkang tersebut.
Menurut bekas Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Hidayat Mohd Shariff berkata, ini merupakan masalah yang paling kritikal di dalam Pakatan Pembangkang di mana ketiga-ketiga parti sering bercanggah pendapat dalam menangani isu-isu yang timbul.
“Saya tidak terkejut dengan kenyataan Azmin. Memang ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Pembangkang tidak pernah sepakat dan sekata dalam menghadapi sebarang isu yang timbul. Kita sudah lihat banyak contoh yang berlaku sepanjang pemerintahan mereka di beberapa buah negeri selama empat tahun kebelakangan ini.
“Jika dalam hal-hal sebegini pun mereka tidak boleh bersepakat, bagaimana mereka mahu bersepakat untuk membina dan mentadbir negara? Sudah tentu akibat ketidaksepakatan mereka sesama sendiri, pentadbiran negara akan bertambah caca marba akibat perbalahan pendapat sesama sendiri. Inilah masalah utama Pakatan Pembangkang,” tegas beliau di sini hari ini.
Beliau juga menjangkakan bahawa ahli-ahli dan kepimpinan Pas juga terbahagi dua di mana satu puak akan menyokong kenyataan Azmin manakala satu puak lagi akan mempertahankan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.
“Pas perlu sedar bahawa di kalangan kepimpinan mereka ada pengikut-pengikut tegar Anwar Ibrahim. Selama ini, sememangnya Anwar telah meletakkan orang-orangnya untuk meliberalkan Pas dan juga akan menenggelamkan suara majlis syura ulama Pas.
“Kenyataan Azmin itu sudah cukup untuk menggambarkan penolakan terhadap keputusan Majlis Syura Ulama Pas dan saya yakin kenyataan Azmin itu keluar setelah mendapat restu dari kepimpian tertinggi PKR,” tegas beliau.
Justeru itu beliau menyeru rakyat, khususnya ahli-ahli PKR dan Pas agar membuka mata supaya tidak tertipu dengan permainan politik kepimpinan di dalam ketiga-tiga parti tersebut.
“Apa yang jelas, mereka tidak pernah sepakat. Tanpa kesepakatan, bagaimana kita mampu untuk mentadbir negara dengan baik? Mereka lebih banyak menghabiskan masa berbalah sesama sendiri untuk menegakkan kepentingan politik parti masing-masing, sehingga mengabaikan rakyat yang telah memilih mereka sebagai wakil rakyat dan kerajaan,” ujarnya.
Mai Pikiaq Pi: Jangan politikkan agama!!!  

Kalimah Allah: DAP Mahu Presiden PAS Ubah Semula Keputusan Majlis Syura


Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh akan meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengubah semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu.
Karpal dilaporkan berkata, Hadi perlu melakukan perkara itu supaya keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang bermesyuarat pada 13 Januari tidak bercanggah dengan keputusan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu.
“Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura.
“Saya merayu kepada Abdul Hadi agar dapat menentukan semula pendirian Majlis Syura ini,” kata beliau pada sidang media di Georgetown hari ini.
Ahad lalu, Majlis Syura Ulama Pas yang dianggotai 15 anggota memutuskan sebulat suara bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak.
Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan bahawa menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ daripada mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah daripada segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.
Hadi juga termasuk salah seorang ahli Majlis Syura Pas yang bersetuju dengan keputusan tersebut.
Isu penggunaan kalimah ALLAH timbul selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan sambutan Krismas lalu meminta kerajaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible Bahasa Melayu.
Semalam, Nik Aziz secara tegasnya mahu semua pihak termasuk pemimpin PR menerima keputusan Majlis Syura Ulama iaitu kalimah ALLAH tidak boleh digunakan bukan Islam.
Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura Ulama menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.
Diminta mengulas tindakan Guan Eng yang enggan mengulas mengenai isu itu, Karpal berkata:
“Bukan Guan Eng tidak mahu mengulas… dia tidak tukar pendirian dia. Itu maksudnya apabila dia tidak mahu mengulas.”
Di Sabah dan Sarawak, katanya, ia diamalkan sejak sekian lama dan tidak pula timbul sebarang masalah atau tentangan.
“Jadi saya rasa ia juga boleh dilaksanakan di Semenanjung kerana tidak akan menjejaskan mana-mana kuasa dan pihak,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: DAP tiba-tiba nak jadi juara kalangan penganut Kristian sedangkan mereka telah menyentuh sensitiviti masyarakat Islam...

Friday 18 January 2013

Orang Melayu Ada 2 Pilihan - Dr. Mahathir

Di sebalik demam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) semakin dirasai, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan orang Melayu bahawa mereka bukan sekadar bakal berhadapan dengan pilihan raya umum biasa, sebaliknya bakal menentukan percaturan survival masa depan.

Dalam mencapai matlamat itu, bekas Perdana Menteri berkata, orang Melayu sebenarnya boleh membuat keputusan sama ada yang akan mendatangkan kebaikan ataupun keburukan terhadap masa depan bangsa mereka sendiri.

PRU13 dilabel sebagai ibu kepada segala pilihan raya umum negara ini.

Malah katanya, “orang Melayu boleh membuat pilihan yang akan memberi kebaikan hanya pada masa ini tetapi masa depan yang akan terkubur.

“Jadi, apa yang kita nak ramal untuk masa depan kita?

“Saya berpendapat, orang Melayu cuma mempunyai dua pilihan.

"Bagi yang sedar, mereka akan mempertahankan kedudukan mereka dan bagi yang tidak sedar, mereka akan berkata keadaan adalah biasa... kami orang Malaysia dan kita tidak perlu kaitkan diri kita dengan Melayu lagi, kita juga akan berjaya,” kata negara ini yang dilihat akan memainkan peranan penting dalam menentukan arah aliran sokongan pada PRU13.

Beliau berkata demikian pada program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk "Masa Depan Melayu & Islam Selepas PRU13" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Dr. Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri dan telah memimpin Barisan Nasional pada PRU 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.

Antara yang hadir sama pada majlis hari ini ialah isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan bekas Ahli Parlimen Shah Alam yang juga bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin.

Program petang ini menarik kehadirin sekitar 500 orang.

Pada program itu, Dr Mahathir turut melancarkan buku Berani Tanpa Segan tulisan Tan Sri Abdullah Ahmad.

Menyentuh pelbagai aspek berkaitan dengan masa depan politik orang Melayu, Dr Mahathir berkata, masa depan orang Melayu adalah berdasarkan apa yang difikirkan dan kebolehan bangsa itu membuat pertimbangan, terutamanya sejauh mana kecekapan mereka untuk meneka apa yang akan serta sudah berlaku.

Katanya, tidak ramai yang membuat kajian sendiri mengenai perkara seperti ini dan rata-rata apabila orang Melayu berasa marah, mereka sekadar melepaskan rasa marah.

“Kita tidak bertindak untuk mengatasi masalah, sebaliknya kita hanya marah.

"Mengapa kita kata begitu... tak baik, itu sahaja, sebaliknya kita perlu bertindak bukan untuk mengganas seperti di negara-negara yang lain dengan mengikat bom pada badan dan letupkan diri kita.

“Hanya yang dikehendaki, kita harus berfikir secara mendalam tentang masa depan kita dan bagaimana menyelamatkan dan memajukan masa depan kita,” jelas beliau.

Dr. Mahathir yang juga bekas Presiden Umno menambah, sebagai sebuah negara demokrasi, keputusan banyak bergantung kepada pemilihan orang Melayu termasuk pemilihan tentang siapa yang mampu mentadbir negara.


Ujarnya lagi, jika orang Melayu bertindak berasaskan emosi dan terutamanya kebencian, beliau yakin masa depan orang Melayu tidak akan terjamin.

“Sebaliknya, jika berfikir secara mendalam, berasaskan kepada pengalaman kita berasaskan keadaan, sejarah dan keadaan yang kita lihat sekarang, saya yakin kita akan membuat pilihan bijak.

"Pilihan yang bijak akan menentukan masa depan kita akan terselamat," katanya.

Dr. Mahathir, seorang doktor perubatan sebelum menceburi politik dan pernah menghasilkan buku "Dilema Melayu" yang popular berkata:

"Kita juga harus ingat orang Melayu ini juga yang beragama Islam."

"Kalau orang Melayu gagal, disingkir dan diketepikan dan menjadi kaum yang termiskin dalam negara kita ini, percayalah agama Islam juga akan menghadapi masalah," kata beliau.


Mai Pikiaq Pi: Orang Melayu jangan gadaikan masa depan hanya ingim mencuba.... 

BN gagal dua pertiga makna 'kemenangan kosong' - Dr. Mahathir


Barisan Nasional (BN) dikira tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekiranya mereka masih gagal memperoleh kemenangan dua pertiga seperti mana disaksikan pada tahun 2008.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, walaupun BN masih menang, namun kemenangan tersebut disifatkan "kosong" kerana sebuah kerajaan yang berwibawa memerlukan kemenangan majoriti besar dalam Dewan Rakyat.

Menurutnya, dalam sistem demokrasi, kerajaan yang lemah amat mudah diserang dan kekuatan mereka akan terus merosot jika tidak berani bertindak.

“Untuk menghadapi PRU13, pemimpin-pemimpin kena berani menonjolkan diri, jangan takut, jika terus takut maka kerajaan akan terus diserang dari pelbagai penjuru.

“Jadi sekiranya kerajaan sekarang gagal mendapat dua pertiga, maka kerajaan yang ada sekarang adalah lemah,” katanya pada program Bicara Minda: Masa Depan Melayu dan Islam Selepas PRU13?’ anjuran Sinar Harian di sini, semalam.

Selain itu, Dr. Mahathir turut menegur kerajaan sekarang yang dilihat terlalu berlembut dengan tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh pihak pembangkang sehinggakan keputusan tersebut amat merugikan.

Sambil memberi contoh pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Dr Mahathir menegaskan pelbagai negara seluruh dunia terutamanya Amerika Syarikat (AS) meniru Malaysia, walaupun pernah menuduh akta ini menindas hak asasi manusia.

“Di Malaysia, tangkapan ISA masih tertakluk di bawah undang-undang, tetapi AS terus menangkap tanpa apa-apa undang-undang dan menempatkan mereka di Teluk Guantanamo sehingga 10 tahun lebih,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: Jangan ulangi kesilapan 2008!

Soal pemilihan calon, pembahagian kerusi hampir selesai


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perbincangan soal pembahagian kerusi antara parti komponen Barisan Nasional (BN) telah hampir selesai dan begitu juga pemilihan  calon-calon di mana sebahagian besarnya telah pun diputuskan di dalam beberapa siri perbincangan sebelum ini.
Menurut Najib, biarpun begitu namun masih ada beberapa perkara yang  memerlukan penelitian yang lebih mendalam untuk memastikan bahawa pilihan calon tersebut tepat bukan sahaja daripada sudut kebolehan tetapi juga daripada sudut penerimaan rakyat.
“Dalam menghadapi  PRU tidak lama lagi, semua parti komponen BN telah diberikan panduan yang jelas dan kita akan tentukan beberapa perkara  lain seperti manifesto, logistik dan beberapa perkara lain yang berkaitan dengan persediaan menghadapi PRU ini.
“Manakala tarikh pengumuman calon pula setakat ini kita masih belum putuskan bila, namun perbincangan serta pandangan tentang perkara tersebut telah pun ada. Namun  kita belum buat keputusan lagi bila masa yang sesuai untuk membuat pengumuman tersebut,” kata beliau kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN di PWTC, Khamis semalam.
Sementara itu, ketika diminta mengulas tentang sokongan rakyat terhadap BN, beliau berkata, setakat ini banyak petanda bahawa sokongan rakyat kini bertambah  dan lebih positif kepada BN.
“Namun kita sedar dalam masa pilihanraya ini  ada banyak faktor yang boleh mempengaruhi keputusan akhir pilihanraya nanti. Oleh itu,  kita tak mahu bersikap terlalu selesa dan terlalu yakin seolah-olah tidak ada apa  yang boleh menggugat kedudukkan kita.
“Saya berharap agar BN terus menggandakan usaha untuk memastikan semua urusan yang perlu dilakukan,  akan dilakukan dengan sebaik mungkin dan kita akan terus memberikan semangat serta keyakinan kepada jentera BN untuk memenangi PRU akan datang ini,” ujarnya.
Mai Pikiaq Pi: Harap calon BN kali ini akan memenuhi inspirasi penduduk di kwsn masing-masing...