Nuffnang Ads

Friday 19 July 2013

Undi Calon BN, Elak Tempah Tiket Ke Neraka


Pasti ramai yang masih ingat mengenai fatwa terbaru penghibur agama yang di angkat sebagai penceramah tersohor Azhar Idrus yang mengatakan ‘Siapa Yang Memberi Undi Menjatuhkan Kerajaan Islam Maka Dia Menempah Tiket Ke Neraka’ di dalam akhbar Sinar Harian tidak berapa lama dahulu.
Sebelum kita ulas secara panjang lebar ada baiknya kita melihat sudut pandang ulamna terdahulu mengenai takrifan negara Islam. Antaranya penegasan oleh Imam Abu Bakar al-Isma’ili rahimahullah (wafat: 371H).
“Dan mereka (Ahlus Sunnah wal-Jama’ah) mengimani (mengakui) bahawa sesebuah negara (daar) adalah negara Islam bukan negara kafir, apabila masih terdapat seruan (azan) untuk solat dan solat didirikan dengan zahir (terang-terangan) dan ahlinya (rakyatnya) pula sentiasa bebas mendirikannya dalam suasana aman.” (Rujuk: Abu Bakr al-Isma’ili, I’tiqad A’immatul Hadis, ms. 31, Bab: Daar al-Islam – Maktabah Syamilah)
Bahkan majoriti ulama Ahli Sunnah wal Jamaah seperti Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah, Imam Nawawi, Syeikh Nashiruddin al-Albani dan beratus-ratus lagi ulama salafi dahulu dan kini memberi kesimpulan berkenaan ciri-ciri sesebuah negara Islam di dalam kitab-kitab mereka melalui hadis-hadis Nabi SAW berkenaan kepimpinan dan negara.
Mereka telah menggariskan kriteria dan ciri-ciri utama sesebuah negara Islam itu ialah pemimpin utamanya seorang muslim dan majoriti rakyatnya beragama Islam, dilaungkan azan, didirikan solat jemaah dua Hari Raya setiap tahun dan solat Jumaat setiap minggu. Sekiranya ciri-ciri ini sudah terpenuhi maka wilayah atau negara tersebut adalah negara Islam.
Seterusnya mari kita lihat ungkapan pemimpin dunia yang pernah mengeluarkan kenyataan memuji Malaysia sebagai salah sebuah negara Islam malah ada yang pernah mengatakan modul yang digunakan oleh kerajaan adalah yang terbaik.
Imam Masjid Nabawi, Madinah, Shaikh Solah Mohammed al-Budair ketika berada di negara ini tidak lama dahulu pernah memberikan pengiktirafan ke atas Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Menurut Shaikh Solah, kejayaan Malaysia sebagai negara Islam harus terus menjadi contoh dan teladan bagi umat Islam di negara-negara Islam yang lain.
Seterusnya Naib Mursyidul Am, Ikhwan Muslimin, Ir Khayrat Syater juga pernah mengatakan, modul negara Malaysia, adalah modul negara Islam pertama yang berjaya mencapai tahap negara maju.
Menteri Kesihatan Hamas Dr Mufid El Mukhalalati turut merasakan Malaysia patut dijadikan contoh oleh negara Islam di seluruh dunia sambil menyanjung tinggi kemurahan hati Malaysia dalam membantu rakyat Palestin sejak beberapa dekad lepas, Dr Mufid menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu dicontohi dari segi kemajuan penyelidikan saintifik dan pembangunan.
Malaysia juga pernah mendapat pengiktirafan sebagai model negara Islam yang baik untuk dijadikan ikutan terutama oleh negara Islam lain, yang sebahagiannya kini sedang menghadapi bantahan rakyat. Ini adalah kesimpulan yang dibuat pada Persidangan Pergerakan Sedunia Untuk Keadilan, Keamanan dan Kemuliaan Insan tidak berapa lama dahulu.
Selain dari itu ramai dikalangan pelawat luar yang ditemui seperti dari Palestin, Somalia dan Afghanistan, turut mengakui dan mengagumi kepimpinan Islam di Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang gigih membina transformasi.
Malah negara kita juga pernah diiktiraf oleh negara barat seperti Amerika Syarikat dan Eropah sebagai negara Islam contoh kerana berjaya mengurus tadbir semua bidang termasuk perpaduan dalam kalangan semua masyarakat. Mereka juga turut kagum dengan kestabilan Malaysia di sebalik masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama.
Presiden Guinea, Alpha Conde ketika seisi lawatan rasminya ke Malaysia juga pernah menyifatkan Malaysia sebagai contoh negara Islam yang berjaya dan patut diteladani. Selain dari itu, beliau turut berhasrat untuk mencari pengetahuan dan belajar daripada Malaysia serta mahu mengamalkan dan mengguna pakai pelajaran yang terdapat di negara ini.
Semua komen dan pandangan yang diberikan itu adalah merupakan salah satu dari manifestasi pengakuan pemimpin dan tokoh-tokoh Islam di negara lain tentang apa yang telah berjaya dilakukan oleh pemimpin negara ini.
Kesimpulannya, ahli dan penyokong Pas seharusnya akur dan tunduk dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Azhar Idrus yang terkenal dengan jolokan ustaz kemah-keming. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam yang telah diiktiraf maka, sebarang percubaan untuk menjatuhkan Kerajaan Islam ini, akan menyebabkan mereka menempah ke Neraka.
Kepada para pengundi di Kuala Besut, pastikan 24 Julai ini anda tetap dengan pendirian untuk memangkah calon dari Barisan Nasional.
Mai Pikiaq Pi: Mari kita elak tempah tiket ke neraka.....

Hati-hati Guna Laman Sosial, Jaga Sensitiviti Masyarakat


Orang ramai perlu berhati-hati semasa menggunakan laman sosial kerana kerajaan tidak akan bertolak-ansur jika mereka menyentuh sensitiviti masyarakat dan penganut agama di negara ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Jailani Johari
Beliau berkata dakwaan di mahkamah yang dikenakan terhadap pasangan kontroversi yang mempersendakan bulan Ramadan dan umat Islam melalui laman sosial semalam wajar dijadikan pengajaran.
Jangan sewenang-wenangnya menyalahgunakan Internet, katanya pada program Bubur Lambuk Perdana di Dewan Orang Ramai Kampung Kayu Kelat di sini hari ini.
Selain pemberian bubur lambuk, program anjuran Yayasan Felda itu turut mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk kampung dan kawasan sekitarnya.
Mengulas pelawaan Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Datuk Husam Musa supaya diadakan debat terbuka antara Menteri Komumikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dengan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat) Rafizi Ramli berkaitan isu rakyat Terengganu,  Jailani berkata ia tidak perlu dilayan.
“Mereka mahu berdebat dengan menteri sebab mahu keluar televisyen sedangkan kita memang sudah beri peluang menerusi (siaran) selama satu jam setengah pada persidangan Dewan Rakyat,” katanya.
Jailani mengingatkan penduduk Kuala Besut supaya membuat pilihan bijak dengan keluar mengundi beramai-ramai pada 24 Julai ini bagi menyokong calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.
Tengku Zaihan akan berhadapan calon PAS Endot@Azlan Yusof pada PRK DUN Kuala Besut yang diadakan ekoran kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun akibat kanser paru-paru.
Mai Pikiaq Pi: Kita hidup dengan pegangan agama dan kita tahu menghormati agama lain....

JADIKAN KES ALVIN TAN, VIVIAN SEBAGAI PENGAJARAN


Keputusan mahkamah untuk tidak membenarkan pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee diikat jamin harus dijadikan pengajaran kepada semua untuk tidak sesekali mempermainkan isu agama.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara tersebut seharusnya menjadi pedoman khsususya golongan muda agar tidak sewenang-wenangnya mempersendakan apa jua agama.
“Sebarang bentuk penghinaan walaupun pada mulanya untuk jenaka tapi dalam soal sensitif, termasuk hal agama tidak boleh dijadikan bahan jenaka dan tidak boleh dikompromi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sini hari ini.
Beliau berkata, keharmonian negara seharusnya dipertahankan oleh semua golongan dan usah sesekali cuba menyentuh perkara terkandung dalam Perlembagaan seperti agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini tidak membenarkan pasangan itu diikat jamin sementara menunggu perbicaraan terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersenda umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar lucah dalam blog mereka.
Ahmad Zahid juga meminta supaya apa sahaja keputusan mahkamah berhubung kes itu diterima umum kerana isu agama tidak boleh dilanggar atau dipolemikkan sehingga menjurus kepada kontroversi.
Beliau juga menyokong Akta Keharmonian Nasional yang sedang diusahakan bagi menggantikan Akta Hasutan seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.
“Dilihat isi kandungan dalam akta baharu yang akan dibentangkan di Parlimen September ini masih mengekalkan seperti dalam kandungan Akta Hasutan supaya keharmonian negara dapat dipertahankan,” katanya.
Terdahulu Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan kepada sembilan pegawai dan anggota veteran JPAM serta 20 kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit.
Mai Pikiaq Pi: Masyarakat perlu jadi mata kepada kerajaan segala bentuk penghinaan agama...

Cakap Tak Serupa Bikin, Kempen Pas Serang Peribadi Calon BN



Sebelum kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Pas pernah menyatakan untuk tidak akan menyerang peribadi calon namun malangnya ia tidak direalitikan kerana calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menjadi mangsa politik kotor mereka.
Exco Pergerakan Puteri UMNO, Fahariyah Nordin mengangap sememangnya sudah menjadi kebaiasaan kepada Pas untuk tidak menunaikan janjinya.
“Inilah Pas. Cakap tak serupa bikin, satu-satunya parti yang tidak berpegang kepada apa yang telah dijanjikan,” katanya.
Tindakan pemimpin Pas yang menyerang peribadi calon BN termasuk tuduhan kononnya Tengku Zaihan bukan anak tempatan terang-terangan sengaja diwujudkan.
“Tuduhan ini sengaja diwujudkan untuk memburukkan calon BN sedangkan calon termasuklah ibunya sendiri telah menafikan tuduhan tersebut.”
Ujar beliau, tindakan Pas yang mengetengahkan Azlan @ Endut Yusuf sebagai calon juga sememangnya tidak mencapai kriteria yang selalunya diletakkan dalam parti terbabit.
“Pas meletakkan calon tangkap muat yang dipertaruhkan di sini dengan tidak memikirkan apa yang akan berlaku selepas pilihan raya dan sekiranya mendapat mandat.”
Jelas beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Ledang, Pas tidak memikirkan soal pembangunan dan tanggungjawab terhadap rakyat yang akan diwakilinya.
“Pas sudah berubah apabila memilih calon kepada mereka yang bergantung kepada populariti semata-mata dan bukan kepada tanggungjawab untuk melaksanakan amanah sebagai wakil rakyat.
“Ini berbeza dengan calon BN yang menepati citarasa rakyat untuk menjadi wakil rakyat tempatan, dipilih dari golongan profesional dan orang muda yang mempunyai latar belakang yang baik.”
Selaras dengan itu beliau menasihati para pengundi tempatan agar memikirkan masa hadapan dengan memilih calon yang benar-benar mampu berkhidmat kepada rakyat. 
Mai Pikiaq Pi: Pas cakap tak serupa bikin dari dulu lagi.......

Pembangkang Harus Letak Jawatan Sebelum Cabar Keputusan PRU13


Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir mencabar kesemua pemimpin pembangkang untuk meletak jawatan dan membubarkan kerajaan negeri milik mereka berikutan mengemukakan writ saman memohon pembatalan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu.
Ujarnya, pembangkang seharusnya bersikap ‘gentleman’ sekiranya benar mahu mencabar keputusan PRU13. “Mereka harus letak jawatan… Jangan angkat sumpah. Baru mereka boleh saman SPR. Jika mereka tidak mahu letak jawatan, maka mereka sebenarnya hanya bersandiwara untuk terus menipu rakyat.
“Pembangkang ini terdiri daripada manusia yang penuh hipokrit. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan politik mereka. Mereka menganggap rakyat terlalu bodoh dan senang diperkotak-katikkan.
“Mereka pertikai keputusan PRU13 tetapi mengapa mereka tidak pertikai keputusan untuk negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Sampai bila mereka hendak menipu,” ujarnya.
Tambah Musa, pembangkang juga seharusnya membersihkan diri dan parti mereka sebelum menuding jari menuduh SPR.
“Sedar atau tidak, mereka menuduh SPR tidak telus tetapi apa jadi dengan pemilihan CEC di Pulau Pinang. Sehingga kini mereka tidak mampu member penjelasan. Mereka ini ibarat meludah ke langit akhirnya terkena muka sendiri.
“Saya nasihatkan agar mereka melihat cermin terlebih dahulu sebelum terus membantah keputusan PRU13. Belajarlah untuk terima suara rakyat negara ini yang mahu BN terus memerintah. Mereka sebenarnya tahu kebenaran dan tahu bahawa SPR telah melakukan yang terbaik tetapi sudah menjadi habit mereka yang suka menipu,” jelasnya lagi.
Mai Pikiaq Pi: Mana mereka berani bubar kerajaan negeri di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat kerana mereka sedar jika mereka berbuat demikian... tak tentu lagi mereka akan mendapatkannya semula....  

JANGAN CABAR KESUCIAN ISLAM - TPM


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak mencabar dan mempersendakan kesucian Islam sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.
Muhyiddin berkata perbuatan mempersendakan Islam seperti yang dilakukan pasangan Alvin Tan dan Vivin Lee baru-baru ini, semakin timbul kebelakangan ini yang dikhuatiri mencetuskan kemarahan umat Islam sekali gus menjejaskan hubungan kaum di negara ini.
“Kedudukan Islam tidak boleh dipersoal kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan negara. Saya bimbang kalau hal ini (persenda) berlaku sepanjang masa dan menjadi trend sehingga orang Islam tidak boleh bersabar lagi,” katanya.
Muhyiddin yang juga anggota Parlimen Pagoh berkata demikian berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau parlimen berkenaan, di Masjid Jamek Paya Redan, di sini hari ini.
Turut hadir isteri beliau Puan Sri Norainee Abd Rahman, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jorak Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan Adun Bukit Serampang Ismail Mohamed.
Beliau berkata perbuatan kedua-dua pasangan itu tidak boleh dimaafkan dan tindakan segera untuk mendakwa mereka perlu dilakukan memandangkan sudah ada bukti yang mencukupi.
Menurut Muhyiddin beliau amat menyokong tindakan segera terhadap mereka atau sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan seumpama itu kerana ia tidak boleh dibiarkan.
“Kita mesti tunjuk prinsip kita dalam mempertahankan kesucian agama. Kita mahu pastikan Islam tidak boleh dinodai oleh sesiapa,” tegasnya.
Timbalan perdana menteri berkata agensi penguatkuasaan seperti Kementerian Dalam Negeri juga perlu mendidik orang ramai bagi membendung perbuatan sama daripada berulang.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, orang ramai tidak boleh menyalahkan sistem pendidikan negara memandangkan ada pihak menuduh system pendidikan negara sebagai punca tercetusnya perbuatan kedua-dua pasangan terbabit.
Kedua-dua pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen ‘Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)… wangi, enak dan menyelerakan’ di laman Facebook mereka. Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.
Mai Pikiaq Pi: Masih ada pihak yang akan berani memperlekehkan agama Islam jika kerajaan tidak bertindak tegas.....

Thursday 18 July 2013

Harga siling ayam ditentukan tengah Ramadan

Kerajaan akan menentukan harga siling ayam pada pertengahan Ramadan ini sebelum dikuatkuasakan selama 15 hari mengikut skim kawalan harga musim perayaan bagi mengelak kenaikan harga barangan keperluan. 

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata kerajaan sentiasa memantau kenaikan harga barang keperluan harian di negara ini bagi memastikan rakyat tidak dibebankan. 


Beliau berkata, kerajaan juga sudah mengadakan pertemuan dengan pengeluar barangan dan penternak ayam bagi memastikan harga barangan keperluan itu tidak dinaikkan sewenang-wenangnya. 


“Fenomena ini sentiasa berlaku apabila tiba musim perayaan, oleh itu kerajaan menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk memastikan harga barangan berada pada paras ditetapkan. Kita juga sudah melancarkan Ops Harga, selain melakukan pemeriksaan terhadap 51,588 perniagaan seluruh negara.

“Harga siling bagi sambutan Tahun Baru Cina biasanya akan berkuat kuasa selama 12 hari, sambutan Aidilfiri pula 15 hari dan 10 hari bagi sambutan perayaan Deepavali dan Krismas,” katanya ketika sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat di sini, semalam.

Mai Pikiaq Pi: Harap kerajaan boleh melakukan sesuatu agar kenaikan harga tidak melampau pada musim perayaan....

PAPA tetap mahu kos RM8,000


Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) tetap akan mengenakan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia sebanyak RM8,000 walaupun menimbulkan pelbagai kontroversi daripada orang ramai.

Presidennya, Jeffrey Foo, berkata pihaknya sedar selepas perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini, pelbagai reaksi diterima menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kadar itu.

Tunggu keputusan rasmi

“Saya difahamkan kerajaan Malaysia akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Indonesia untuk menyampaikan kos struktur yang dicadangkan oleh negara ini dan jika perkara ini mendapat persetujuan Indonesia, satu pengumuman rasmi akan dilakukan oleh kerajaan.
“Oleh itu, pihak kami belum lagi menerima pengambilan pembantu rumah kerana masih menunggu keputusan rasmi oleh pihak kerajaan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Kadar baru yang diperkenalkan oleh kerajaan itu merangkumi tanggungan majikan sebanyak RM6,200 sebagai kos pengambilan Perkhidmat Domestik Indonesia (PDI) dan RM1,800 yang boleh dibuat potongan gaji oleh majikan selama enam bulan.

Mai Pikiaq Pi: Amah yang datang belum tentu baik... 

‘Kempen 16:16 tak masuk akal'


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan Kempen 16:16 dilancarkan pembangkang sebagai tidak masuk akal, tiada hala tuju selain hanya akan merugikan rakyat serta bakal menyebabkan Terengganu semakin mundur. 

Katanya, gerakan bagi mewujudkan jumlah kerusi seimbang antara Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu itu tidak menjamin masa depan rakyat negeri ini, sebaliknya lebih bertujuan mewujudkan ketidaktentuan. 


Katanya, dengan membiarkan kuasa antara BN dan pembangkang tergantung, masa depan rakyat Terengganu akan menjadi tidak menentu sekali gus mudah dipengaruhi anasir subversif yang akan melemahkan perpaduan rakyat. 


“Kempen seperti itu tak masuk akal, hala tujunya tak menentu. Kita perlukan kerajaan stabil kerana hanya dengan kestabilan, kita boleh terus laksanakan pembangunan,” katanya selepas menyerahkan Rumah Veteran 1Malaysia kepada pesara komando, Muhammad Mat Diah di Kampung Beris Pak Abu, Gong Kedak, dekat sini semalam. 

Pembinaan rumah diterus 

Muhammad, 52, yang menerima kunci rumah dibina Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kos RM40,000 itu adalah bekas anggota Grup Gerak Khas di Kem Sungai Udang, Melaka. Beliau mengalami cacat kekal akibat kemalangan jalan raya pada 1985 sebelum bersara awal. 

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan, berkata program membina dan membaik pulih rumah akan diteruskan ATM bagi membolehkan lebih ramai bekas tentera yang susah dapat mendiami kediaman sempurna. 

“Kita menggembleng persatuan veteran tentera dengan badan yang menjaga kebajikan anggota tentera. Saya cadangkan dalam membina dan membaik pulih rumah untuk bekas tentera, kita turut membabitkan tenaga muda belia,” katanya. 

Mengenai pasangan remaja Alvin Tan dan Viviana Lee yang menghina Islam, Hishammuddin menegaskan, tindakan mereka bukan setakat melampau, malah mengundang kemarahan masyarakat Islam. 

“Bagaimanapun saya gembira kerana pembangkang turut berdiri rapat dengan kerajaan dalam menyatakan bantahan mereka terhadap kenyataan seumpama itu,” katanya.


Mai Pikiaq Pi: Kempen 16:16 amat lemah dan tidak menyakinkan...

'Jangan cabar Islam, Melayu'


Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pihak tertentu supaya jangan mencabar kesucian Islam serta orang Melayu dengan mempersendakan agama suci yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak terbabit jangan menganggap orang Melayu sentiasa berlembut dan berbudi bahasa serta ada yang tidak bersatu sehingga mereka berani bertindak sedemikian. 
“Jangan nak cabar Islam dan Melayu, kita akan bangun dan bangkit untuk menjaga negara yang aman dan makmur ini serta menjaga kesucian Islam,” tegasnya. 
Sampaikan sumbangan 

Beliau berucap sebelum menyampaikan sumbangan UMNO Pagoh kepada masjid dan surau sekitar Parlimen Pagoh, di Masjid Jamek Paya Redan, di sini, malam tadi.

Hadir sama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Ismail Mohamed serta ADUN Jorak, Datuk Shahrudin Md Salleh.

Muhyiddin berkata, kebelakangan ini banyak pihak berani mencabar kesucian Islam di negara ini, walaupun orang Melayu dan Islam tidak pernah membangkitkan amalan agama lain. 
Katanya, orang Islam negara ini sentiasa toleransi kerana menyedari mereka hidup dalam negara yang mempunyai kepelbagaian agama dan mengetahui hak bukan Islam.

Ancam perpaduan

“Mereka perlu faham dan hormat Islam, jangan bangkitkan kemarahan yang boleh wujudnya pertikaian antara agama. Jika perkara ini jadi lumrah, saya bimbang orang Islam hilang sabar, kita jemaah besar tapi bertoleransi. Ia dilihat boleh mengancam perpaduan negara, jika dibiarkan ia boleh mendatangkan bahaya kepada masa depan negara,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: Usir saja mereka yang suka saja membangkitkan kemarahan kaum....

BONUS PENJAWAT AWAM DIPERTIMBANG


Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan mempertimbangkan permintaan kakitangan awam untuk diberikan bonus menjelang Aidilfitri tidak lama lagi. 

“Nantilah... kita sedang lihat perkara ini,” kata Perdana Menteri ketika mengulas permintaan CUEPACS itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Ke-10 Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian empat projek kelolaan NCIA. 


Sejurus sebelum meninggalkan bilik sidang media, Najib secara ringkas menjawab: “Ada masa lagi.” 

Isnin lalu, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata kerajaan belum berbincang mengenai bonus kepada 1.4 juta penjawat awam sempena Aidilfitri. 

Bagaimanapun, katanya, kerajaan sudah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini saja yang boleh dianggap sebagai bonus. 

Ucap terima kasih 

Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi untuk mempertimbangkan permintaan itu bagi meringankan beban penjawat awam, terutama untuk menyambut Aidilfitri. 


“Kita menaruh harapan dan positif dengan maklum balas Perdana Menteri. Saya berani menyuarakan perkara ini berdasarkan sokongan padu penjawat awam kepada kerajaan pada pilihan raya umum lalu,” katanya.

Mai Pikiaq Pi: Harap ada berita baik buat kakitangan awam.....

Wednesday 17 July 2013

Rumah Urut Diutamakan Di Selangor Berbanding Rumah Kos Rendah


Sepanjang lima tahun pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim dan pakatan pembangkang di Selangor, antara perkara yang patut mereka banggakan adalah kepesatan pertambahan  pusat rumah urut dan juga pusat judi yang berselindung di sebalik kafe siber.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata kepesatan rumah-rumah urut dan judi sebenarnya amat menakutkan dan perlu tindakan segera memandangkan perkara itu semakin menjalar di kawasan luar bandar.
“Contohnya apa yang berlaku di kawasan Selangor utara dari Kuala Selangor ke Sungai Air Tawar Sabak Bernam, saya lihat pertambahan rumah urut dan judi ini benar-benar memeranjatkan terutama mereka yang berada di kampung,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Tegas beliau lagi apa yang paling membimbangkan adalah berkaitan kesannya kepada masyarakat setempat.
“Kita khuatir banyak pendapatan petani dan orang-orang kampung akan dihabiskan di tempat-tempat ini terbabit selain mengundang kepada budaya negatif,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, beliau mempersoalkan kerajaan negeri tentang polisi rumah kos rendah dan semenjak lima tahun mereka memerintah iaitu sejak 2008 kerana data-data yang mereka berikan amat memeranjatkan.
“Kalau kita lihat, ia diakui sendiri oleh EXCO mereka kerana di kawasan seperti Sabak Bernam dan Hulu Selangor, tidak ada satu pun rumah kos rendah yang dibina.
“Adakah ini maknanya mereka ini (kerajaan negeri) terus meminggirkan golongan yang berpendapatan rendah?,” tambahnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Sungai Besar.
Mai Pikiaq Pi: Kalau pembangkang tawan Putrajaya.. gamaknya Putrajaya pun akan jadi pusat urut.......  

Calon Pas Ibarat “Pak Pacak”


Susulan daripada kenyataan calon Pas Azlan Yusof bagi Plihan Raya Kecil (PRK) Kuala besut yang akan mengupah orang untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat jika Pas menang di PRK ini kerana kesibukannya dengan urusan perniagaan, maka Pas telah melarang calonnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan spontan kepada pihak media.
Ini sekaligus menunjukkan seakan Pas menjadikan calonnya ini hanya sekadar ‘pak pacak’ dan harus mengikut setiap telunjuk Pas tanpa mampu untuk membantah.
Menurut Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Yahaya Khatib, tindakan Pas ini secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada calon BN di Kuala Besut.
“Rakyat akan menilai apa yang dilakukan oleh Pas. Sekiranya calon tidak benarkan bersuara dan sekadar menjadi boneka maka apa akan jadi dengan masa hadapan rakyat.
“Pas tiada pilihan lain dan terpaksa menutup mulut calonnya daripada terus bersuara. Ini memberikan kelebihan kepada calon kita kerana calon yang dipilih oleh BN adalah benar-benar layak dan bukan seperti calon Pas yang hanya lebih mementingkan perniagaan… Calon cari makan…” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Yahaya, disebabkan ‘kesalahan besar’ bercakap benar oleh calon Pas ini maka Pas terpaksa menggunakan pendekatan lain bagi meraih undi dan salah satu cara adalah dengan cara menyerang peribadi calon BN.
Jelasnya lagi, Pas mula mereka prespektif negatif calon BN untuk ditanam di minda para pengundi.
“Namun saya yakin, para pengundi di Kuala Besut tahu dan kenal siapa Tengku Zaihan dan siapa Che Long. Mereka mampu menilai yang mana satu hanya indah khabar dari rupa dan ianya akan direalisasikan dalam PRK nanti.
“Sebagaimana BN menang di Kuala Besut pada PRU-13, saya yakin kali ini masyarakat Kuala Besut tetap akan terus memberikan mandat kepada BN,” ujarnya lagi.
Mai Pikiaq Pi: Kita tolak 'pak pacak' mana-mana parti..... 

Malaysia Mampu Laksanakan Perubahan Yang Diharapkan – Najib


Selain berjaya menjamin persekitaran negara yang harmoni, aman dan stabil, Malaysia negara bertuah kerana ia juga mampu memacu perubahan ke arah kebaikan, selaras dengan kehendak generasi masa kini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata banyak peristiwa di luar negara ketika ini menyaksikan contoh kegagalan sesebuah negara melaksanakan perubahan yang diharapkan, sekalipun ketika ia berada dalam suasana yang aman dan stabil.
Beliau seterusnya mengambil contoh suasana tidak menentu di beberapa negara di Timur Tengah umpamanya, yang jelas memperlihat ketidakmampuan negara berkenaan melakukan perubahan sebagaimana yang diharapkan rakyat, yang akhirnya berkesudahan dengan kekecewaan.
Katanya antara iktibar yang perlu diambil daripada kejadian-kejadian ini ialah rakyat perlu menghayati serta bersyukur dengan apa yang sudah ada dalam genggaman, kerana ia adalah lebih baik daripada sesuatu yang tidak menentu, walaupun sesuatu yang baharu itu disusuli dengan janji-janji teramat manis yang melangit tingginya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya selepas majlis berbuka puasa bersama pemimpin-pemimpin pelajar institusi pengajian tinggi (IPTA) dan IPTS serta warga universiti, di perkarangan Sri Perdana di sini, yang dihadiri lebih 2,000 mahasiswa.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Najib berkata sebagai umat Islam, dalam usaha melakukan transformasi, berpuasa merupakan ibadah yang cukup berkesan secara holistik bagi menjayakan usaha itu, di mana ia bukan sahaja perlu dihayati dari sudut ketertibannya, tetapi juga dari segi falsafah dan pengajaran yang dibawanya.
“Kita boleh jadikan ibadah berpuasa sebagai satu asas untuk melakukan transformasi kepada diri untuk menjadi seorang indiviudu yang dapat memperlihatkan contoh dan teladan yang sangat baik berasaskan kepada keimanan dan ketakwaan di samping memupuk nilai-nilai seperti kesabaran dan disiplin,” katanya.
“Semua ini kita boleh rumuskan sebagai latihan cukup lengkap yang diberikan kepada kita, sebagai satu peluang untuk melakukan penambahbaikan kepada kita,” katanya.
Perdana Menteri kemudiannya menyampaikan sumbangan duit raya kepada kira-kira 40 orang anak-anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong.
Mai Pikiaq Pi: Negara maju tak lama lagi..... 

Pas tak benar Azlan bercakap dengan media

“Janji itu kemudian kerana yang penting kita nak menang dulu,” kata calon PAS, Endot @ Azlan Yusof, 48, ketika ditanya janjinya jika memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, 24 Julai ini. 

Azlan atau lebih dikenali sebagai Che Long dalam kalangan keluarga dan penduduk tempatan berkata, beliau yakin menang kerana sudah dikenali penduduk setempat. 


“Saya orang Kampung Baharu yang sudah lama bergaul dengan penduduk di sini. Sebelum jadi calon pun, saya duduk dengan rakyat, jadi kenalah pilih saya supaya senang untuk kesinambungan jika mempunyai sebarang masalah,” katanya. 


Beliau yang berkelulusan SPM dan memegang jawatan Bendahari PAS Besut tidak dibenarkan bebas bercakap dengan media tanpa pemantauan daripada pihak pengurusan PRK parti berkenaan.

Pelbagai agensi media yang membuat liputan sepanjang PRK Kuala Besut mengeluh kerana berdepan masalah untuk menemuramah Azlan terutama ketika ditemui pada sesi turun padang bertemu pengundi di sekitar kawasan ini.

Kepemimpinan parti berkenaan memutuskan calonnya tidak boleh mengeluarkan kenyataan kepada media, berikutan bimbang kenyataan Che Long boleh memakan diri serta menjejaskan peluang untuk menang kerusi DUN Kuala Besut.

Mai Pikiaq Pi: Macam nie kah rupa dan gaya bakal CALON yang takut mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media... Macam mana rakyat ingin percaya???....

'TAK TIMBUL BN RAMPAS TANAH'


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semalam menjelaskan tapak pembinaan pangsapuri di Kampung Tok Saboh adalah milik kerajaan dan bukannya dirampas daripada penduduk miskin. 

Ahmad menjelaskan, sebenarnya pada 1999 Kerajaan PAS Terengganu memberi tanah kepada masyarakat tanpa menyertakan dokumen pemberian tanah yang jelas menyalahi undang-undang berkaitan pentadbiran tanah. 

“Mengikut undang-undang pentadbiran tanah, hanya kerajaan berhak memberi tanah. Parti tidak ada hak. Kalau hendak beri tanah, penerima tanah itu harus membayar harga tanah, upah mengukur tanah, batu sempadan dan cukai tahun pertama. 

“Jadi, tidak timbul cerita BN merampas tanah yang sudah diberikan kerajaan PAS kepada rakyat kerana itu memang tanah kerajaan,” katanya pada sidang media selepas perasmian pecah tanah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Peroi yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Beliau diminta mengulas tuduhan pembangkang, tapak pembinaan 72 unit pangsapuri di Kampung Tok Saboh yang dilancarkan Muhyiddin Sabtu lalu adalah tanah dianugerahkan kepada penduduk miskin di kampung. 

PAS mendakwa, penduduk kampung membina rumah papan di tanah berkenaan tetapi dirobohkan pihak berkuasa tempatan (PBT) berikutan ia tanah kerajaan selepas BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum 2004. 

Ahmad berkata, beliau sendiri berpengalaman luas dalam pentadbiran tanah kerana pernah bertugas di Pejabat Tanah dan Galian. 

“PAS memberi tanah tetapi tanahnya tidak tahu di mana. PAS panggil syarikat swasta untuk ukur tanah tetapi tidak mengisi borang penting berkaitan pemberian tanah. 

“Bukan kerja BN untuk merampas tanah penduduk. Inilah permainan PAS yang cuba mengelirukan orang ramai,” katanya.



Tuesday 16 July 2013

BONUS AIDILFITRI BELUM DIBINCANG


Kerajaan belum membincangkan mengenai bonus kakitangan awam sempena Aidilfitri bulan depan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Bagaimanapun, katanya, semua penjawat awam menikmati satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Julai lalu, yang boleh disifatkan sebagai bonus. 
Berlandas pencapaian 
“Itu kita belum bincang. Ini terpulang kepada kerajaan kerana selalunya bonus diberi pada hujung tahun. Kita berlandaskan kepada pencapaian kita. 
“Ini baru setengah tahun. Jadi, terpulang kepada kerajaan,” katanya selepas melancarkan Dasar Negara Bagi Pembangunan dan Pelaksanaan Peraturan, di sini semalam.

Permintaan CUEPACS

Ali diminta mengulas permintaan CUEPACS supaya kerajaan memberi sekurang-kurangnya setengah bulan gaji sebelum Aidilfitri sebagai bonus kakitangan awam. CUEPACS sebelum ini turut meminta kerajaan mempertimbangkan bonus dua setengah bulan gaji tahun ini. 
Berkuat kuasa 1 Julai lalu, semua kakitangan awam menerima satu KGT membabitkan kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, awal tahun ini.

Ali berkata, kerajaan perlu melihat sama ada isu bonus terlalu awal untuk dibincangkan kerana kerajaan sudah memperuntukkan RM2 bilion untuk KGT pada tahun ini.

“Selain itu, bulan ini kita menyemak semula enam skim (perkhidmatan awam) dan 81 lagi pada November. Ini membabitkan perbelanjaan dan semuanya adalah demi kepentingan kakitangan awam,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: Harap ada berita baik daripada kerajaan tentang bonus raya.....

Tokoh agama terus kecam Duta Vatican City



Tokoh agama terus mengutuk kenyataan Duta Vatican City ke Malaysia, Archbishop Joseph Marino dan menggesa kerajaan memanggilnya untuk memberi keterangan. 

Mereka juga menuntut duta itu membuat permohonan maaf kerana menyentuh sensitiviti umat Islam dan mencampuri urusan dalaman negara ini. 
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut, berkata kenyataan itu sewajarnya dikecam dan dibantah semua pihak khususnya umat Islam tanpa mengira parti politik serta tanpa bimbang atau takut.
Katanya, laporan polis dan menghantar memorandum kepada kedutaan antara langkah yang wajar diambil semua pihak khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Tambah baik peruntukan undang-undang

Malah, beliau mencadangkan kerajaan menambah baik peruntukan undang-undang sedia ada bagi menguatkuasakannya terhadap pihak yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Ini membabitkan masalah akidah umat Islam, jika benarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut Kristian, bermakna tuhan kita ada tiga, sedangkan Allah itu Maha Esa. 
“Kenyataan Marino itu mencabar Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tubuh kerajaan negeri dan ketua agama. Kenapa perlu dia mencampuri hal ehwal negara kita sedangkan kita tidak pernah mencabar mereka dalam perkara sensitif,” katanya.

Naib Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan, Datuk Nakhaie Ahmad, berkata umat Islam perlu bersatu dan ketepikan sentimen politik dalam mempertahankan maruah dan kesucian Islam.

Katanya, tindakan Marino itu adalah satu bentuk campur tangan dalam urusan dalaman negara dan wajar memohon maaf kepada rakyat negara ini khususnya umat Islam.

Usir dari Malaysia

“Jika beliau enggan, kerajaan perlu mengusirnya bagi membuktikan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan negara,” katanya

“Kerajaan perlu bersikap tegas dalam perkara membabitkan Islam kerana ia adalah antara teras kerangka Perlembagaan iaitu kedaulatan Raja-Raja, agama Islam sebagai agama negara dan pemerintahan secara demokrasi.

“Jika satu daripadanya runtuh, maka peperangan akan berlaku,” katanya. 
Mai Pikiaq Pi: Pelbagai bentuk dan cara pihak tertentu untuk menyesatkan umat Islam....