Nuffnang Ads

Tuesday 31 December 2013

Jangan Libatkan Sentimen Politik Dalam Isu Kalimah Allah

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron meminta semua pihak di negara ini tidak melibatkan sentimen politik dalam isu kalimah Allah bagi memastikan keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini sentiasa terjamin.
Beliau berkata sentimen politik dan isu kalimah Allah merupakan dua perkara yang amat berbeza sama sekali malah tidak sepatutnya dicampuradukkan dan tindakan sesetengah pihak yang cuba ‘menangguk di air yang keroh’ dalam isu itu amat membimbangkan.
idris-haron-ketua-menteri-melaka-umno-bn
Bertindak berdasarkan emosi terhadap isu itu bakal mewujudkan huru-hara di negara ini, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Wacana Ahli Sunnah Wal Jamaah di Masjid Al-Azim di sini hari ini.
“Sentimen politik ini bila dipacu kehendak dan kemahuan seseorang akan mengundang pergaduhan besar yang boleh mengugat kestabilan kaum dan agama di negara ini hingga sanggup memperalat kalimah Allah, matlamat mereka menghalalkan cara,” katanya.
Pada 27 Dis lepas Pengarang Mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Melayu walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh orang bukan Islam.
Mengenai wacana itu, Idris berkata isu pluralisme, liberalisme serta cara pemikiran baharu yang negatif perlu ditangani dengan ilmu dan bukan dengan perasaan serta emosi.
Beliau berkata membalas ‘serangan’ dengan berasaskan ilmu dapat mengelakkan pemberontakan dan pergaduhan yang besar daripada berlaku seterusnya mewujudkan keharmonian antara manusia.
“Serangan emosi akan dibalas dengan serangan emosi yang akhirnya mencetuskan perbalahan…yang akan membawa kepada pergaduhan yang besar,” katanya.
Sementara itu, Ketua Menteri turut ditanya mengenai dakwaan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah baru-baru ini bahawa beliau telah memperoleh surat pengiktirafan daripada Mahkamah Agung Antarabangsa untuk ditabalkan menjadi Sultan Melaka.
Idris berkata mana-mana individu tidak mempunyai hak untuk menuntut menjadi Sultan Melaka kerana urusan pentadbiran negeri Melaka telah ditulis dalam tatacara perlembangaan persekutuan dan undang-undang di Malaysia.
“Kita mengguna pakai perlembagaan negara dan persekutuan yang menyatakan bahawa Melaka salah satu negeri yang ditadbir dan diurus wakil persekutuan selaku ketua negerinya iaitu Yang Dipertua Negeri Melaka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong…saya minta beliau berpijak di bumi nyata,” katanya.

SOKONGAN DUA PARTI BERBEZA

Photo

Mai Pikiaq Pi: Pilihan di tangan kita sendiri.....

Media bebas, rakyat untung

PENGGANTUNGAN akhbar The Heat oleh Kementerian Dalam Negeri membangkitkan satu persoalan yang telah lama menghantui Malaysia. Media massa di Malaysia jelas tidak bebas. Kekangan secara sistematik ke atas media sejauh ini menenggelamkan suara rakyat.

Sejarah membuktikan undang-undang digubal demi masa semakin mengehadkan kebebasan media. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984 secara langsung memberi kuasa penuh kepada kerajaan untuk mengawal media pencetakan di Malaysia.

Undang-undang ini memberi kuasa penuh kepada Menteri Dalam Negeri untuk mengawal pemberian lesen pencetakan dan penerbitan. Akta ini dipinda pada 2012 untuk memberikan gambaran ada sedikit kelonggaran, namun menteri masih mempunyai kuasa membatalkan lesen yang dikeluarkan.

Umno memulakan gerakan  menguasai pegangan saham pada tahun 1961. Umno mengambil alih Utusan Melayu, akhbar bahasa Melayu paling berpengaruh pada ketika itu.

Pada 1972, Umno berjaya memegang jumlah saham yang besar dalam Kumpulan Straits Times Press. Seterusnya, Umno meminda PPPA 1984 untuk hanya membenarkan rakyat Malaysia memegang saham majoriti dalam sesebuah syarikat akhbar.

Hasilnya, pada 1984, baki saham dipegang oleh Singapura dalam syarikat tersebut telah dijual, dan dijenamakan semula sebagai New Straits Times Press.

Kita boleh membuat suatu kesimpulan bahawa bukan sahaja undang-undang yang digubal menyekat media cetak daripada bercambah di Malaysia, media yang mempunyai “kebebasan” adalah sama ada dipegang secara langsung oleh Umno ataupun menerusi parti-parti politik sekutu mereka.

Kita boleh jangka apa kesan dari pada keadaan ini. Akhbar yang sepatutnya menjadi suara rakyat kehilangan taring.

Kepentingan akhbar untuk menjaga kebajikan dan kemakmuran rakyat tidak boleh dipandang ringan. Kebebasan akhbar dalam melaporkan sebarang kepincangan yang ada dalam pengurusan negara memberikan kepada rakyat maklumat yang cukup agar mereka dapat membuat serta menyuarakan keputusan yang tepat dalam menentukan arah tuju negara.

Akhbar yang tertakluk kepada undang-undang drakonian tidak akan dapat mencapai potensi tersebut.

Akhbar cuma melaporkan berita-berita positif kepada kerajaan sahaja. Keadaan ini memberikan suatu ilusi kepada rakyat bahawa semuanya baik-baik belaka, walhal perkara sebaliknya berlaku.

Dengan kewujudan media alternatif di internet, sedikit demi sedikit, ilusi ini diselongkar sendiri oleh rakyat. Inilah yang memberikan suatu kesedaran kepada rakyat jelata akan kepincangan selama ini dikatakan sebagai “dakyah pembangkang” oleh media arus perdana.

Reporter Without Borders melaporkan, Malaysia mendapat tempat ke 145 daripada 179 negara pada 2013. Keputusan ini amat memalukan kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah berkata beliau mahu Malaysia menjadi sebuah demokrasi yang terbaik di dunia!

Media yang bebas seharusnya memenuhi fungsi-fungsi seperti; memberikan rakyat maklumat terperinci dalam menentukan hala tuju keputusan politik mereka, mengawasi kerajaan dari melakukan penyelewengan dan memberikan ruang kepada rakyat untuk berbincang secara sihat tentang perbezaan pendapat dan perspektif sedia ada.

Realitinya, sebarang laporan berita berbentuk negatif terhadap kerajaan, sama ada diselindungkan atau tindakan diambil terhadap akhbar yang berani laporkan berita tersebut.

Demi kesejahteraan dan kebaikan bersama, marilah kita menuntut agar media dibebaskan dari cengkaman undang-undang. Media yang bebas adalah kunci kepada pintu maklumat agar rakyat berpeluang membuat keputusan berpengetahuan (informed decision) dalam menentukan hala tuju negara kita yang tercinta ini!

Kerajaan Kedah Akan Laksanakan Tuisyen Rakyat Dalam Talian

Kerajaan Kedah akan melaksanakan Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M) dalam talian pada tahun 2014 dalam usaha membantu pelajar meningkatkan penguasaan akademik dan cemerlang dalam peperiksaan.
tajul-urus-mat-zin-kedah-perhimpunan-umno-jurucakap
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, i-TR1M adalah tuisyen secara interaktif iaitu ibu bapa juga boleh mengambil bahagian untuk membantu pembelajaran anak-anak.
Katanya, beberapa projek perintis program itu yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Kedah dengan menggunakan kos untuk diakses menunjukkan perkembangan positif.
“i-TR1M yang akan dilancarkan ke seluruh negeri dalam masa terdekat juga membolehkan ibu bapa memeriksa latihan yang dibuat oleh anak-anak mereka,” kata Tajul Urus selepas menyampaikan sumbangan baju dan kasut sekolah kepada 2,000 pelajar dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai dan Dun Bukit Selambau di sini, hari ini.
Beliau berharap golongan pelajar mengambil manfaat program i-TR1M bagi mencapai prestasi cemerlang.

Rakyat Malaysia gemar hartanah di Melbourne

SPEC Property, pemaju hartanah berpusat di Melbourne, iaitu lokasi tumpuan diaspora terbesar rakyat Malaysia di Australia, melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan membuka pejabat di negara ini.

Pengurus Perniagaan Antarabangsa SPEC Property Robert Evans dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu yakin sekarang adalah masa sesuai untuk membuka pejabat di Asean bagi memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan di Malaysia dan di rantau ini.

Menurutnya, rakyat Malaysia sangat tertarik dengan Melbourne kerana persekitaran dan kepelbagaian kaum dalam kalangan penduduk.

"Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Melbourne dinobatkan antara bandar paling sesuai didiami di dunia oleh Unit Kajian Ekonomi berpusat di London, dan dalam Indeks Bandar Paling Sesuai Didiami Monocle 2013.

"Kami lebih gemar berurusan dengan pembeli secara terus berbanding diwakili oleh ejen," katanya mengulas pembukaan pejabatnya di di The Curve, Mutiara Damansara.

Menurut Evans, SPEC Property bermatlamat untuk memenuhi permintaan rakyat Malaysia yang semakin meningkat terhadap hartanah di Australia selari dengan peningkatan rakyat Malaysia di sana yang mencari peluang pelaburan bagi kediaman berkualiti di Melbourne, yang terkenal dalam bidang pendidikan dan gaya hidupnya dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pejabat SPEC Property di Damansara itu terdiri daripada galeri jualan dan juga pejabat serantau yang menyediakan khidmat pengurusan hartanah bagi pelabur di mana pemilik kediaman sedia ada dan akan datang boleh menguruskan pembelian mereka dari jauh.

Pengurus operasi SPEC Property di Malaysia Brandon Ho berkata, buat pertama kali pembeli boleh membuat bayaran, menandatangani dokumen rasmi, menyelesaikan cukai, bayaran, yuran dan utiliti, memajak hartanah dan mengumpul lebihan sewa di pejabat itu.

Sejak 2000, jumlah pelaburan rakyat Malaysia di Melbourne meningkat kira-kira 500 peratus.

Umno Cheras kesal tindakan Marina

Umno Cheras melahirkan kekesalan atas tindakan aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir ekoran kehadirannya berhimpun bagi menunjukkan solidariti terhadap penganut Kristian di pekarangan Gereja Our Lady of Lourdes, Klang, Ahad lalu.

Sebuah portal melaporkan, Marina selain membawa sejambak bunga turut mempertahankan penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan The Herald meski pun pihak berkuasa agama dan mahkamah menghalang tindakan tersebut.

Menurut Setiausaha Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah, Marina tidak sepatutnya berbuat demikian memandangkan kedudukan beliau selaku anak kepada bekas Perdana Menteri.

“Tindakan Marina berbuat demikian dikhuatiri akan merosakkan nama baik dan kredibiliti bapanya selaku negarawan dan ikon kepada pembangunan negara dan rakyat.

“Umno Bahagian Cheras amat kesal dengan tindakan Marina memihak kepada penganut agama Kristian ketika mana sebilangan umat Islam berhimpun  di beberapa lokasi membantah penggunaan nama ALLAH,” katanya yang dipetik dari blog Umno Cheras.

Sebelum ini, Marina membantah tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang merampas kira-kira 300 Bible versi bahasa Melayu dan iban di Persatuan Bible Malaysia.

Mengulas lanjut, Syed Mehdhar berkata, anak bekas Perdana Menteri itu tidak sewajarnya berbuat demikian kerana dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi buruk orang Islam terhadap beliau.

“Umno Bahagian Cheras bagaimanapun berharap isu Marina di gereja berkenaan tidak dimanipulasikan pihak tertentu untuk memburuk-burukkan nama baik Tun Mahathir,” ujarnya.

“Marina melakukannya atas sifat peribadi, maka menjadi tanggungjawab beliau untuk berdepan dengan kemarahan umat Islam  di negara ini,” katanya.

Harga barang basah, kering patuhi harga siling

Harga barang basah dan kering seperti daging ayam, lembu, cili merah, kacang bendi dan telur ayam di beberapa negeri kebanyakannya mematuhi harga siling yang ditetapkan Lembaga Pemasaran Persekutuan (Fama).
    
Analisis Bernama berdasarkan perangkaan dalam portal rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), menunjukkan pematuhan harga siling yang ditetapkan Fama, walaupun ada segelintir yang meletakkan harga melebihi sedikit daripada harga siling untuk beberapa barangan.
    
Menurut portal itu, di ibu negara harga ayam dijual antara RM6.50 hingga RM7.70 sekilogram berbanding harga siling yang ditetapkan Fama RM7.50 sekilogram.    
    
Portal itu mencatatkan harga daging lembu di ibu negara dijual antara RM26 hingga RM28 sekilogram berbanding harga siling RM26 sekilogram manakala cili merah dijual antara RM6 hingga RM11.90 sekilogram berbanding harga siling RM10 sekilogram.
    
Dalam pada itu kacang bendi dijual antara RM5.50 hingga RM8.90 sekilogram berbanding harga siling RM8 sekilogram manakala telur ayam dijual antara 35 sen hingga 40 sen sebiji berbanding harga siling 39 sen sebiji.  
    
Di Pulau Pinang, harga ayam dijual antara RM6 hingga RM8.50 sekilogram berbanding harga siling RM8 sekilogram manakala daging lembu dijual dengan harga RM26 sekilogram seperti harga siling.
    
Selain itu, cili merah dijual pada harga RM8 hingga RM9 berbanding harga siling RM8.50 manakala kacang bendi dijual pada harga RM5 hingga RM6 sekilogram berbanding harga siling RM6.50 sekilogram dan telur ayam dijual pada harga 30 sen hingga 35 sen sebiji berbanding harga siling 34 sen sebiji.
    
Di Selangor, ayam dijual antara RM6 hingga RM8.50 sekilogram berbanding harga siling RM8 sekilogram, manakala daging lembu dijual pada harga RM26 hingga RM28 sekilogram berbanding harga siling RM26 sekilogram.
    
Menurut portal itu, harga cili merah dijual pada RM8 hingga RM11 sekilogram berbanding harga siling RM10 sekilogram, kacang bendi dijual pada harga RM3 hingga RM8 sekilogram berbanding harga siling RM6 sekilogram dan telur ayam dijual antara 36 sen hingga 43 sen sebiji berbanding harga siling 41 sen sebiji.
    
Di Sabah, ayam dijual pada harga RM8.80 sekilogram berbanding harga siling RM9.60 sekilogram manakala daging lembu dijual pada harga RM18 sekilogram seperti harga siling.
    
Selain itu, harga cili merah dijual antara RM10 hingga RM12 sekilogram berbanding harga siling RM14 sekilogram, kacang bendi dijual pada RM4.70 hingga RM7 sekilogram berbanding harga siling RM5 sekilogram dan telur ayam dijual antara 36 sen hingga 40 sen sebiji berbanding harga siling 40 sen sebiji.
    
Di Sarawak, ayam dijual dengan harga RM8.50 sekilogram berbanding harga siling RM10 sekilogram, manakala daging lembu dijual pada harga RM35 sekilogram seperti harga siling.
    
Menurut portal itu, harga cili merah dijual antara RM12 hingga RM16 sekilogram berbanding harga siling RM12 sekilogram, manakala kacang bendi dijual antara RM6 hingga RM9.50 sekilogram berbanding harga siling RM9 dan telur ayam dijual antara 34 sen hingga 38 sen sebiji berbanding harga siling 36 sen sebiji. 

UMNO Selangor Setuju Kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Bersama Pertahan Islam

UMNO Selangor hari ini bersetuju dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas,  Datuk Harun Taib bahawa Pakatan Rakyat bersatu dalam satu pakatan hanya berkaitan politik tetapi tidak dalam urusan agama.
Justeru rakyat perlu melihat perkara ini dengan lebih jelas kerana apa jua yang diperjuangkan di dalam politik mesti mempertahankan juga agama.
noh-omar-umno-selangor-tiada-demo-bantah-gereja-kalimah-allah-ngo-bible-injil-melayu
Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, UMNO Selangor melihat DAP Selangor sudah mula besar kepala apabila memberi cadangan untuk mengubah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.
Tegasnya DAP melihat isu ini boleh menguntungkan mereka dari segi politik tanpa memikirkan impikasi daripada cadangan mereka itu.
“DAP tidak merasa malu untuk mendesak pindaan tersebut kerana mereka memperjuangkan kepentingan agama bukan Islam di Selangor dan merasakan PR mempunyai suara majoriti di dalam dewan negeri. Namun demikian jika 37 orang Adun-Adun Melayu di Selangor (BN-12, PAS-15 dan PKR-10) bersatu seperti kenyataan Datuk Harun Taib untuk mempertahankan kepentingan agama Islam, cadangan yang dibuat oleh DAP tidak akan dapat dilaksanakan.
“UMNO Selangor melihat usaha yang dilakukan oleh DAP campur tangan dalam hal ehwal agama Islam merupakan satu petunjuk jelas bagaimana mereka cuba menghapuskan penguasaan agama Islam di Selangor secara praktikal,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang.
Tambah Noh lagi, UMNO Selangor kesal dengan kenyataan Exco Agama Selangor YB Salehen Mukhyi untuk mengadakan perjumpaan dengan Paderi Lawrence Andrew kerana sebagai seorang Exco Agama beliau perlu tegas dan mematuhi titah perintah DYMM Sultan Selangor dan mempertahankan tindakan yang dilakukan oleh JAIS.
Jelas beliau soal siapa yang bersalah biar mahkamah yang menentukan namun kenyataan Salehen menunjukkan seolah-olah beliau tidak memahami erti kebebasan beragama seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Rakyat kata Noh perlu faham Perkara 11 dalam Perlembagaan menyebut bahawa tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya tetapi tertakluk kepada Perkara 11 (4) yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam.
“Enakmen Agama Bukan Islam ( Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan pada tahun 1988 diwujudkan sebagai kesinambungan daripada Perkara 11 (4) dan memberi kuasa kepada pegawai-pegawai yang ditauliahkan untuk menyiasat dan menangkap tanpa waran mana-mana individu yang melanggar peruntukan di dalam enakmen tersebut.
“Paderi Lawrence Andrew sebagai seorang Paderi dan Pengarang The Herald, beliau harus sensitif dan faham undang-undang beragama di Selangor. Jangan menggunakan alasan tidak memahami undang-undang sebagai satu alasan untuk melanggar undang-undang. Beliau seharusnya mematuhi titah perintah DYMM Sultan Selangor dan isu kalimah Allah juga telah menjadi kes di mahkamah.
“Sehubungan dengan itu, UMNO Selangor akan terus memantau perkembangan isu ini dan mahu pihak berkuasa jangan sekali-kali tunduk terhadap desakan pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat kedudukan Islam di negeri Selangor,” tambahnya.

Kenaikan Melampau Di Selangor: Pembangkang Usah Main Politik Sebelah Mata

Di mana slogan Negara Berkebajikan yang dilaung-laungkan oleh pihak pakatan pembangkang selama ini? Lihat sahaja kenaikan mendadak gaji Menteri Besar, EXCO, Speker DUN, ADUN-ADUN Selangor, adakah ini lambang atau pelaksanaan kempen Negara Berkebajikan yang dilaung-laung mereka selama ini?
Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Shah Alam, Mimi Harianie Alias berkata bukan setakat kenaikan mendadak gaji pemimpin-pemimpin kerajaan negeri, kenaikan caj lesen perniagaan yang dinaikkan sebanyak 400 peratus baru-baru ini, kenaikan cukai pintu melebihi 100 peratus serta tindakan kerajaan negeri mengenakan caj pemajuan sebanyak 30 peratus untuk setiap bangunan baru siap di negeri tersebut – termasuk bangunan perniagaan.
kenaikan-gaji-ub-mb-selangor-khalid-peratus
“Adakah kenaikan-kenaikan yang berlaku di Selangor ini tidak mengundang kepada kenaikan harga barangan lain, jadi jangan hanya menuding jari menyalahkan kerajaan Persekutuan di atas kenaikan harga barang yang berlaku sekarang ini, kerana kenaikan-kenaikan yang disebutkan tadi juga antara penyumbang kepada kenaikan kos barangan di pasaran sekarang.
“Sehubungan dengan itu, kerajaan pakatan harus memadamkan slogan Negeri Berkebajikan dalam perjuangan politik mereka kerana apa yang berlaku ini tidak membantu langsung, untuk membantu sama meningkatkan taraf ekonomi rakyat Selangor itu sendiri sendiri,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Dalam masa yang sama, AJK UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah menyifatkan tindakan menuding jari kepada kerajaan BN terhadap kenaikan barang sejak akhir-akhir ini sebenarnya menutup kenaikan-kenaikan di negeri Selangor.
“Mereka mengajak rakyat berguling-guling di Dataran Merdeka untuk menyalahkan kenaikan harga barang tetapi mendiamkan diri seribu bahasa apabila terkena pada batang hidung sendiri.
“Hasutan dan politik kebencian ciptakan pakatan telah membutakan hati dan fikiran penyokong-penyokong mereka ibarat ‘kuman di seberang laut nampak tapi gajah di depan mata pun tidak nampak,” tambahnya.

Generasi Y Tolak Politik Kotor Jalanan, Emosi Dan Kebencian

“Mereka (pembangkang) dakwa politik atau pentadbiran kerajaan ketika ini kotor tapi bagaimana mereka boleh membersihkan kekotoran tersebut sekiranya cara yang mereka gunakan pun juga kotor menerusi politik fitnah, politik emosi dan kebencian termasuk mengadakan demonstrasi haram untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara sah menerusi sistem demokrasi pilihanraya”, demikian pandangan Suzila Khamis, 22 yang ditemui pada Program Persidangan Isu Kebangsaan Generasi Y di sini, hari ini.
bersih tiga
Beliau yang merupakan pelajar jurusan Kajian Hubungan Industri dan Buruh dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) seterusnya berkata cara politik kotor sedemikian bukanlah sesuatu yang sihat dan contoh yang baik kerana ia bakal mengundang implikasi yang tidak baik kepada suasana aman dan harmoni di negara ini.
“Contohnya seperti demonstrasi jalanan yang bagi saya hanya mencemarkan nama baik negara dan juga mengganggu hak asasi mereka yang lain. Sepatutnya mereka yang tidak puas hati dalam sesuatu isu perlu menggunakan saluran yang lebih tepat bagi menyuarakan luahan hati mereka.
“Justeru nasihat saya kepada mereka  yang terlibat dalam gerakan himpunan demonstrasi jalanan terutama generasi Y, sebagai generasi pelapis kepimpinan negara, gunakanlah cara yang betul.
“Mereka yang  mendakwa bahawa kononnya politik hari ini kotor sepatutnya menggunakan saluran yang betul dan bersih bagi menyuarakan pendapat mereka. Bagaimana kita mahu membersihkan politik hari ini yang didakwa mereka kotor,  sekiranya kita juga menggunakan jalan yang kotor untuk menyatakan luahan hati kita,” tegasnya.
Program Persidangan Isu Kebangsaan Generasi Y anjuran Pertubuhan Generasi Pelapis Malaysia di PWTC di sini, hari ini bertujuan sebagai medium kepada Generasi Y untuk berbahas dan berbincang tentang isu-isu kebangsaan secara intelektual berdasarkan fakta-fakta dan statistik daripada sumber yang sahih.
Persidangan sehari itu dihadiri hampir 1,000 pelajar  antaranya dari Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Selain perbahasan topik persidangan itu juga turut mengadakan forum yang membahaskan isu GST dan Pemansuhan Pinjaman PTPTN.
Semenentara itu bagi Putra Abdul Hakim,21, pelajar jurusan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) Terengganu, pendekatan politik pembangkang hari ini lebih banyak menjurus kepada fitnah terhadap pemimpin negara dan ia merupakan contoh berpolitik yang tidak baik bagi generasi muda hari ini.
“Seperti contohnya perhimpunan pada malam sambutan tahun baru yang dianjurkan oleh pihak pembangkang baru-baru ini, bagi saya ia merupakan pendekatan politik yang tidak sihat dan boleh membawa golongan remaja seperti saya, ke kancah keganasan yang boleh menjejaskan masa depan remaja itu sendiri.
“Banyak unsur-unsur dan budaya negatif dari luar yang cuba diterapkan oleh pembangkang yang tidak sesuai dengan adat dan budaya kita sebagai rakyat Malaysia. Saya harap agar generasi remaja hari ini jangan terikut-ikut budaya politik fitnah dan kebencian yang dibawa oleh pemimpin pembangkang yang akan merosakkan keharmonian dan masa depan negara,” ujarnya.
Pendapat yang sama turut dikongsikan pelajar dari jurusan Sains Komputer dari UiTM Pahang, Abdullah Ahmad, 21, di mana pendekatan politik kebencian yang diperlihatkan oleh kepimpinan pembangkang tidak dapat membawa manfaat kepada negara bahkan menyebabkan permusuhan dan perpecahan di kalangan rakyat di negara ini.
“Jika inilah pendekatan yang dibawa oleh pembangkang, maka perpaduan rakyat di negara ini akan hancur. Sebagai generasi pelapis, kami tak mahu mewarisi sebuah negara yang berpecah belah.  Perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini amat penting bagi memastikan negara kita terus aman dan makmur sepertimana yang kita kecapi hari ini,” jelasnya.

Pihak Tertentu Main Isu Popular Tanpa Memikirkan Impak Kepada Negara

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sesetengah pihak hanya tahu mengambil kesempatan dengan kerap memainkan ‘isu popular’ tanpa mengira impak kepada negara di masa akan datang.
Shabery-Cheek-UMNO-BN-Menteri
Beliau berkata isu kenaikan harga barang yang kini hangat diperkatakan sememangnya dialami oleh semua negara namun Malaysia boleh dianggap sebagai satu daripada negara di dunia yang dapat mengawal kadar kenaikan harga barang dengan baik.
“Kalau mereka bercakap mengenai isu harga barang naik, saya mahu bertanya kepada mereka, boleh tak buktikan ada tak negara lain yang harganya semakin turun dan tak naik.
“Orang bercakap mengenai harga minyak di Venezuela yang termurah di dunia tetapi kita cuba semak berapakah kadar inflasi di sana. Mereka di sana (Venezuela) tidak cakap tentang 10-20 peratus, mereka bercakap tentang 50-100 peratus kadar inflasi di negara yang harga minyaknya paling murah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat bekas personality rancangan kanak-kanak Radio Televisyen Malaysia, Jamal Muhamad, 75, yang kini uzur kerana menghidap sakit tulang belakang di rumah personaliti itu di Kampung Selangor Dredging di sini, hari ini.
Justeru, Ahmad Shabery berkata langkah Petronas untuk melaburkan keuntungan mereka untuk mencari telaga baharu bagi simpanan minyak di luar negara adalah wajar demi ketahanan ekonomi negara pada masa akan datang.
“Jadi tolonglah buka mata, adakah wajar permintaan mereka untuk keuntungan Petronas segala-galanya hendak kita lambakkan bagi kesenangan orang untuk waktu sekarang ini tanpa Petronas guna untuk melabur mencari telaga baharu bagi menjadikan negara kita ini ada kekuatan dari segi ekonomi untuk akan datang,” katanya.
Mengulas mengenai sambutan ambang tahun baharu malam tadi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang terjejas oleh perhimpunan haram, Ahmad Shabery berkata gerakan yang berniat untuk menjatuhkan kerajaan adalah satu usaha yang sia-sia kerana kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat masih kekal.
“Kalau mereka nak suruh jatuhkan dan gulingkan kerajaan, kerajaan takkan terguling, kerajaan tetap ada di sini,” katanya dan menganggap usaha itu hanya membuang masa dan keputusan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib untuk menghentikan majlis sambutan adalah wajar.
“Saya kira Datuk Bandar telah ambil keputusan yang baik, tidak ada makna untuk diteruskan jika dicemari oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Konsert sempena menyambut tahun baharu di Dataran Merdeka terpaksa dihentikan kira-kira setengah jam sebelum detik 12 tengah malam berikutan peserta perhimpunan haram bertindak ganas merempuh barisan anggota polis untuk merampas pentas konsert itu. Lebih 10,000 orang menyaksikan konsert yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur apabila kejadian itu berlaku.

Kerajaan Serius Tangani Kenaikan Harga Barang – Muhyiddin

Langkah meningkatkan pemantauan bagi menentukan faktor-faktor kenaikan harga barang bukan suatu gimik, sebaliknya menunjukkan keseriusan kerajaan menangani beban kos sara hidup rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata penguatkuasaan juga akan dilaksanakan dengan lebih tegas supaya bukan hanya harga barangan dapat dikawal, malah para peniaga mematuhi undang-undang dan peraturan sedia ada.
muhyiddin-musa-aman-peniaga-naik-harga-pengguna-barang
“Ini bukan langkah main-main. Bila Kabinet dan Perdana Menteri lantik saya bantu KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), ini menunjukkan kita serius dan dengar suara rakyat. Tidak boleh didiamkan, mesti ada respons segera.
“Ini bukan gimik. Selagi keadaan tidak bertambah baik maka jawatankuasa khas akan lihat semua aspek berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas turun padang memantau situasi harga barang keperluan di empat lokasi di sini, hari ini.
Rabu lepas, Muhyiddin mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup yang dipengerusikan beliau bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat dan harga barang secara bersepadu.
Muhyiddin berkata jawatankuasa itu akan memantau secara menyeluruh pelbagai aspek berkaitan harga barangan seperti bekalan, permintaan dan pendapatan rakyat, selain langkah-langkah fiskal yang telah diambil kerajaan seperti rasionalisasi atau pengurangan secara berperingkat subsidi.
Katanya setakat ini, kerajaan tidak menerima sebarang aduan bekalan khususnya produk pertanian dan perternakan yang tidak mencukupi.
“Sebagai kerajaan kita bertanggungjawab, tidak lepas tangan. Trend hari ini ada pihak yang ambil kesempatan guna kenaikan harga minyak, pengurangan subsidi gula dan gaji minimum (sebagai alasan naikkan harga barang). Bagi saya ini tidak patut,” katanya.
Selain itu, Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan meneliti trend peniaga menaikkan harga barang tanpa sebab munasabah semata-mata untuk mengaut keuntungan berlebihan.
Untuk itu, tegas Muhyiddin, setiap peniaga perlu mempamerkan harga jualan barangan masing-masing seperti digariskan Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011, bagi memudahkan pemantauan oleh pihak berwajib.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan mempunyai beberapa mekanisme bagi mengawal harga barangan termasuk memperluas permit import untukpenambahan bekalan.
“Ini tiada masalah, pasaran kita terbuka. Ini boleh bantu pengguna dapatkan bekalan yang lebih banyak. Dasarnya ialah membanjiri pasaran dengan produk dan dengan itu (pengguna) boleh dapatkan harga yang lebih rendah dan berpatutan,” katanya.
Selain itu, kata Muhyiddin, undang-undang sedia ada bagi mengawal harga barang masih boleh dikuatkuasakan, namun boleh dikaji semula jika ada keperluan.
Beliau turut meminta rakyat bersabar untuk pihaknya meneliti hasil pemantauan jawatankuasa khas berkenaan yang dijangka selesai sebelum hujung bulan ini.

Noh Sekolahkan Kit Siang Agar Tidak Jadi ‘Keldai Tua’ Dalam Isu Kalimah Allah

UMNO Selangor hari ini menyifatkan Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Gelang Patah sebagai ‘keldai tua’ berikutan kenyataannya dalam laman web DAP semalam yang  menunjukkan beliau tidak memahami Perlembagaan Negara walaupun sudah menjadi ahli parlimen sekian lama.
limkitsiang_aktivis_cina_dap_rasis_13mei
Lim dalam kenyataannya di laman web rasmi DAP semalam menyebut, `salah satu persoalan meresahkan rakyat Malaysia ialah sama ada UMNO telah berubah daripada sebuah parti pembina negara menjadi parti pemusnah negara dengan sokongan Muhyiddin terhadap protes di luar gereja dan Noh Omar mempertahankan protes Umno Selangor terhadap Kristian.
“Pada hakikatnya, sokongan yang diberikan oleh Muhyiddin dan Noh Omar terhadap tindakan haram dan bertentangan dengan perlembagaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu Persatuan Alkitab Malaysia (BSM) dengan bantuan penuh Polis membangkitkan persoalan serius tentang keikhlasan, keseriusan, dan komitmen para pemimpin UMNO terhadap jaminan asas kebebasan beragama yang diberikan oleh perlembagaan untuk semua rakyat Malaysia.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor,  Datuk Seri Noh Omar berkata adalah sesuatu amat malang sebagai seorang yang lama di dalam Parlimen, Lim Kit Siang masih lagi tidak dapat membezakan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan kuasa Kerajaan Negeri yang termaktub di dalam Perlembagaan.
“Justeru saya mengambil pendekatan menerangkan lebih jelas kepada beliau apa sebenarnya yang berlaku di negeri Selangor dan berharap kenyataan ini tidak menjadikan beliau seperti `Keldai Tua’”, katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Berikut penerangan yang diberikan Noh:
Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut : Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkannya,
ULASAN: Jaminan hak oleh Perlembagaan untuk menganuti dan mengamalkan agama masing-masing. Namun, ia tidak bererti mempunyai kebebasan hakiki. Ia tertakluk kepada Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan menyebut: Undang-undang negeri dan berkenaan dengan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
ULASAN: Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan meletakkan syarat penting yang memberi kuasa kepada Undang-undang Negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan untuk mengawal atau menyekat pengembangan ajaran agama lain kepada penganut agama Islam dan ini termasuklah sekatan penyebaran kitab atau sedutan ajaran mereka dan penggunaan kalimah-kalimah yang bersumberkan ajaran Islam.
Maka kerajaan negeri Selangor pada tahun 1988 telah meluluskan satu enakmen yang dipanggil Enakmen Agama Bukan Islam ( Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam ) 1988, Negeri Selangor.
Tambah Noh lagi  Enakmen Agama Bukan Islam ( Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam ) 1988, Negeri Selangor, Negeri Selangor telah menetapkan enakmen untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad dan kepercayaan-kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang-orang Islam.
“Seksyen 9 enakmen ini menyenaraikan kesalahan berhubung dengan penggunaan perkataan-perkataan dan perbahasan tertentu yang bersumberkan Islam dan menyenaraikan perkataan-perkataan yang tidak boleh digunakan berkaitan dengan agama bukan Islam.
“Kerajaan negeri Selangor telah mengeluarkan fatwa penggunakan kalimah Allah dan telah diwartakan pada 27 Januari 2010. Menurut Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam ( Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003],  Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Bil 3/2008 dan atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu.
“Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
“Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan Undang-Undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“DYMM Sultan Selangor telah menitahkan dengan tegas bahawa kalimah ALLAH merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam dan tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam lain sebagaimana yang telah diwartakan.
“DYMM Sultan Selangor turut menitahkan MAIS dan JAIS mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak sama ada orang bukan Islam atau d ikalangan orang Islam sekalipun yang masih mempersoal atau memperlekeh fatwa yang telah dikeluarkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada di Selangor,” ujarnya lagi.
Terbaru, jelas Noh DYMM Sultan Selangor mengarahkan supaya penggunaan kalimah Allah dalam`Bible’ dan penerbitan Herald versi Bahasa Melayu dihentikan serta merta untuk mengelak kekeliruan dalam kalangan umat Islam di Selangor.
Menerangkan dengan lebih lanjur Noh berkata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri pernah mengeluarkan kenyataan pada 9 Januari 2013 bahawa kerajaan Selangor akur dengan titah Sultan Selangor bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam.
“Beliau (Tan Sri Khalid) berkata penggunaan kalimah Allah itu mengikut kepada tetapan yang telah difatwakan dan diwartakan oleh kerajaan negeri.
“Kesimpulannya adalah Isu Kalimah Allah ini cuba dipolitikkan oleh Lim Kit Siang dan DAP setelah mereka gagal memberikan teguran atau amaran kepada Kerajaan Negeri Selangor berdasarkan kepada Fatwa berkaitan penggunaan kalimah Allah telah diputuskan pada Jun 2008 dan diwartakan pada Februari 2010 ketika Selangor diperintah oleh PR dengan Tan Sri Khalid menjadi Menteri Besar.
“MB Selangor iaitu Tan Sri Khalid pada ketika itu menyokong dan akur (menjunjung) dengan titah DYMM Sultan Selangor berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, namun DAP pada ketika itu telah berdiam diri. Adakah kerana kepentingan politik pada ketika itu DAP sanggup membutakan mata, memekakkan telinga.
“Selepas hampir lima  tahun DAP kembali menimbulkan isu ini yang mana DAP sebelum ini membisu dan tidak bersuara demi kepentingan politik,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang.
Justeru tegas beliau , Lim Kit Siang dan DAP jelas cuba mempolitikkan isu kalimah Allah ini dan cuba menangguk di air yang keruh dengan memutarbelitkan fakta menyalahkan BN khususnya UMNO.
“UMNO Selangor memberikan amaran kepada DAP supaya menghentikan politik jahat dengan menjadikan kalimah Allah sebagai modal politik dengan memutarbelitkan fakta undang-undang dan mewujudkan suasana yang tidak selesa antara agama/kaum khususnya di negeri Selangor”, katanya. 

ADUN DAP Dikecam Cuba Tangguk Peluang Main Politik Sempit

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia hari ini mengecam tindakan tiga orang ADUN DAP yang akan mencadangkan pindaan ke atas Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.
mas_ketua_puteri_umno_mesyuarat_exco_pwtc
Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata pihaknya melihat tindakan ADUN DAP ini seolah-olah cuba untuk mengeruhkan lagi keadaan dan mengugat keharmonian perpaduan antara kaum dan agama selain mencemarkan agama Islam di Selangor.
“Pergerakan Puteri akan mengadakan wacana ataupun dialog dengan melibatkan ilmuan agama, membuat penerangan tentang isu Kalimah Allah ini kerana kita tidak mahu ada orang yang tersalah tafsir atau mendapat maklumat yang salah mengenai apa yang berlaku.
“Ada juga pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas isu ini, kerana kita tidak mahu isu ini berpanjangan dan mengugat keharmonian yang telah kita nikmati selama ini,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah.
Dalam masa yang sama, beliau tidak menafikan kemungkinan wujud ‘permainan atau provokasi’ oleh pihak-pihak tertentu khususnya pihak DAP yang mahu mengambil kesempatan isu Kalimah Allah ini untuk digunakan dan diputar-belitkan menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak, yang dijangka akan dibuat dalam masa dua tahun ini.
“Kita tahu mereka bijak mainkan strategi, tetapi saya tekankan di sini bahawa kita jangan melatah dengan apa yang dibuat oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini kerana kita nak pastikan keharmonian dan perpaduan kaum di dalam negara kita ini tidak tergugat,” tambahnya. 

Sarawak Siap Siaga Hadapi Gelombang Kedua Banjir

Kerajaan Sarawak bersiap siaga sepenuhnya dalam menghadapi gelombang kedua banjir yang dijangka berlaku di beberapa bahagian negeri ini sehingga Hari Chap Goh Mei, pada 14 Februari depan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Fatimah Abdullah berkata, kesemua agensi yang terlibat akan sentiasa diletakkan dalam keadaan bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk membuka semula pusat-pusat pemindahan banjir yang ditutup.
“Keadaan cuaca di Sarawak semakin baik namun kita masih dalam keadaan berjaga-jaga kerana hujan lebat masih turun di beberapa bahagian walaupun tidak berterusan.
“Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Awam negeri sentiasa memastikan bekalan makanan dan keperluan asas berada dalam kuantiti yang mencukupi kerana bimbang banjir sekali lagi,” katanya dalam sidang akhbar di sini Selasa.
Sementara itu, Fatimah berkata sehingga hari ini hanya dua pusat pemindahan banjir yang masih dibuka iaitu di Dewan Masyarakat Bakong, Miri dan Dewan Sukan Tatau, Bintulu.
“Sehingga pukul 9 pagi ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM233,285 untuk kos makanan kering untuk keperluan mangsa-mangsa banjir,” katanya.

Jangan politikkan keikhlasan kerajaan

Pihak tertentu diingatkan supaya tidak mempolitikkan keikhlasan kerajaan bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam menerusi 11 inisiatif langkah penjimatan yang diumumkan kerajaan.

Ahli Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon berkata, 11 inisiatif itu termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuat kuasa Januari 2014 itu dipersetujui sebulat suara dalam kabinet.

Menurutnya, selaku rakyat yang taat setia dan sayangkan negara, pemotongan elaun keraian itu tidak menjejaskan apa-apa jua pelan pembangunan rakyat, malah perkhidmatan kepada rakyat akan terus dipertingkatkan dari masa ke semasa.

“Saya harap tidak akan ada isu-isu yang mempolitikkan keikhlasan kerajaan dalam usaha mengurangkan beban rakyat kerana kita buat (laksanakan) semua ini semata-mata demi cinta kita kepada negara dan (memupuk) semangat negarawan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas mengenai 11 langkah penjimatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mengurangkan beban yang ditanggung rakyat.

Noriah yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, kerajaan amat memahami beban kenaikan kos sara hidup dan sentiasa memandang serius perkara itu termasuk meminta persatuan peniaga supaya tidak menaikkan harga barang dengan sewenang-wenangnya.

“Tidak semua harga barang dikawal kerajaan, sebaliknya peniaga mempunyai kuasa untuk menstabilkan harga barangan dan kita harap mereka tidak mengambil kesempatan kononnya berlaku kenaikan taraf hidup, maka harga barang pun akan dinaikkan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, pemantauan berterusan daripada agensi penguatkuasaan kerajaan bertanggungjawab perlu dijalankan bagi memastikan peniaga menjual pada harga munasabah dan tidak terus menekan pengguna.

“Dalam hal ini, kita minta supaya peniaga itu sendiri mengawal harga barang kerana mereka mempunyai kuasa dalam menentukan harga, jadi adalah tidak wajar jika rakyat terus menyalahkan kerajaan.

“Namun, kerajaan akan terus mencari kaedah dan penyelesaian terbaik menangani hal ini. Tapi tindakan pihak tertentu mengadakan demonstrasi jalanan dan sebagainya dianggap tidak matang terutama ketika rakyat ingin menyambut ketibaan tahun baharu,” katanya.

Kerajaan tetap akan tunai janji manifesto

Kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap akan menunaikan segala janjinya kepada rakyat seperti terkandung dalam manifesto BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata, meskipun negara berhadapan dengan cabaran getir suasana ekonomi dunia tidak menentu yang boleh mempengaruhi ekonomi Malaysia, kerajaan BN tetap akan menunaikan janji dalam manifestonya demi menjaga kebajikan rakyat.

"Cabaran paling getir ialah mengurangkan tahap defisit ekonomi negara ke tahap munasabah iaitu dua hingga tiga peratus berbanding lima hingga enam peratus sekarang.

"Defisit negara yang tinggi adalah gambaran ekonomi yang tidak sihat yang akan menjejaskan penarafan negara dan akan mengekang kebolehupayaan negara mendepaninya sekiranya krisis ekonomi berlaku," katanya.    

Abdul Rahim yang juga Anggota Parlimen Kudat berkata demikian ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Futsal Kampung Pitas, di sini, yang dihadiri kira-kira 350 orang.

Beliau berkata antara usaha untuk menambahkan hasil kerajaan ialah meningkatkan pungutan hasil selain rasionalisasi subsidi supaya bebanan wang kerajaan dapat dikurangkan.

"Kesemua langkah-langkah ini memberikan kesan renjatan negatif yang minima dalam jangka pendek kepada rakyat. Adalah lebih baik kita berwaspada dan berkorban sedikit sekarang daripada berhadapan pelbagai masalah di masa akan datang seperti yang berlaku kepada kebanyakan negara barat," katanya.

Sehubungan itu, Abdul Rahim mengingatkan rakyat supaya tidak tepedaya dengan hasutan pembangkang berkaitan langkah-langkah penjimatan dan kawalan ekonomi kerajaan itu kerana dalam apapun situasi, kerajaan akan sentiasa sensitif kepada kebajikan dan rungutan rakyat.

"Golongan menengah dan rendah tidak akan terjejas kerana kerajaan telah menyediakan jaringan keselamatan untuk rakyat melalui pelbagai inisiatif.

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) akan ditambah tahun ini kepada RM650 dengan jumlah penerima yang bertambah kepada hampir tujuh juta orang," katanya. 

Kuasa membeli pengguna berkurangan


Prof Dr Shazali Abu Mansor

Ekonomi negara dijangka mencapai pertumbuhan lima peratus tahun ini.

Penganalisis ekonomi, Prof Dr Shazali Abu Mansor berkata, bagaimanapun sumbangan isi rumah kepada pertumbuhan ekonomi akan berkurangan berikutan peningkatan inflasi yang menjejaskan kuasa membeli pengguna.

“Pengurangan subsidi minyak dan kenaikan tarif elektrik antara yang menyumbang kepada peningkatan kadar inflasi. Kadar inflasi yang meningkat pula akan memberi kesan kepada pengurangan keupayaan berbelanja pengguna.

“Jika dulu, isi rumah antara faktor terbesar pertumbuhan ekonomi. Tetapi, tahun ini sumbangan itu dijangka berkurangan sedikit,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas lanjut, beliau yang juga pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, keupayaan berbelanja pengguna akan berkurangan akibat kenaikan yang berlaku melebihi pendapatan.

“Sebagai contoh, katakan pengguna mendapat kenaikan gaji lima peratus. Daripada gaji RM2000, naik RM100.

“Namun, dengan kenaikan RM100 sebulan, mereka perlu hadapi kenaikan tol, tambang bas sekolah anak-anak dan sebagainya. Tidak banyak benda boleh dibeli.

“Jadi, ini boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi kerana kuasa beli pengguna menyumbang kepada lebih 65 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, anggaran pertumbuhan lima peratus masih boleh dicapai dengan kekuatan sektor perkhidmatan dan pemulihan ekonomi dunia, terutamanya Amerika Syarikat.

“Begitu juga sekiranya anggapan pertumbuhan adalah sama dan tidak ada kejutan seperti bencana atau peperangan. Maka, sasaran lima peratus itu mungkin dapat dicapai.

“Ini disokong peningkatan sektor perkhidmatan seperti Tahun Melawat Malaysia, perbankan kukuh dan pendidikan yang memberi kekuatan kepada ekonomi negara," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan pemotongan subsidi bahan api buat kali kedua, beliau berkata, perkara itu bukan masalah.

“Ini kerana harga minyak bukan bergantung kepada kawalan kerajaan tapi harga pasaran dunia. Tetapi, kerajaan perlu kawal kenaikan lain seperti tol dan tarif elektrik yang bukan berada dalam pasaran sempurna.

PELAPIS NEGARA!

Photo: Pelapis negara.

Mai Pikiaq Pi: Pelapis negara dalam mendaulatkan negara.....

KANSER PAYUDARA...

Photo: Untuk Adik, Kakak, Ibu, Nenek... share yer, jgn tak share ^_^

Mai Pikiaq Pi: Setiap rakyat Malaysia khasnya wanita perlu ada kesedaran tentang bahayanya kanser payudara....

Di Mana Rumah Kos Rendah…? Yang Nampak Hanya Mercedes Benz S300L

Dalam keadaan rakyat di Pulau Pinang mencari-cari di mana lokasi dan jumlah rumah kos rendah yang dibina kerajaan DAP Pulau Pinang di samping tertanya-tanya kenapa surjac air naik 100 peratus serta penghapusan kutipan tol di negeri itu seperti dijanjikan dalam pilihan raya tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membeli kereta  Mercedes-Benz S300L sebagai kereta rasminya adalah bukti bahawa pemimpin pembangkang hanya pandai bercakap untuk mencari kesalahan orang lain.
Exco Wanita UMNO, Senator Norliza Abdul Rahim berkata apa yang berlaku itu menunjukkan sikap kepura-puraan Ketua Menteri Pulau Pinang yang kononnya membela nasib rakyat tetapi bermewah untuk diri sendiri.
“Mana janjinya untuk membela rakyat ketika mula dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, jika dahulu Guan Eng ketika baru dilantik banyak bercakap mengenai kesalahan kepimpinan kerajaan terdahulu, tetapi sekarang apa sudah berlaku.
“Itulah, pembangkang hanya pandai bercakap sahaja tetapi apabila terkena pada diri sendiri mereka mendiamkan dan memberi pelbagai alasan untuk menutup kesilapan mereka termasuk menuding jari kepada pihak lain,” katanya di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan negeri membeli kereta mewah Mercedes-Benz S300L bagi kegunaan Ketua Menteri Pulau Pinang bagi mengantikan kereta rasmi Toyota Camry sebelum ini yang baru berusia 2 bulan.
Norliza juga turut mempersolakan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (C.A.T) yang diperkenalkan oleh kepimpinan Guan Eng ketika mula mentadbir Pulau Pinang selepas memenangi pilihan raya umum 2008 lalu.
“Selepas menang pilihan raya 2008 lalu, macam-macam ingin dilakukan untuk membela rakyat, tetapi selepas berjaya mempertahankan Pulau Pinang untuk kali kedua, nampaknya belang mereka sudah terserlah.
“Apa yang dikatakan dahulu hanyalah sekadar omongan kosong untuk mendapatkan sokongan rakyat. Perkara ini bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang malah di Selangor yang diperintah pembangkang apabila menaikkan gaji wakil rakyat,” katanya.
Menurutnya, kepimpinan pembangkang ini boleh diibaratkan sebagai `cakap tak serupa bikin” yang hanya pandai bercakap untuk mengaburi mata rakyat untuk kepentingan mereka.
ketua-menteri-dap-lim-guan-eng-ubah-camry-mercedes

Diskaun 22 Barangan Yang Dibeli Di Pasar Tani

Sebanyak 22 barangan diberi pengurangan harga antara lima hingga 20 peratus jika dibeli di 517 buah Pasar Tani di seluruh negara bermula hari ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
menteri-pertanian-asas-tani-umno-bn-ismail-sabri
Barangan tersebut ialah tomato, lobak merah, kobis, cili merah, timun, kacang panjang, sawi, bendi, cili padi, nanas, tembikai, pisang berangan, kelapa tua, bawang merah besar, ubi kentang, halia tua, ikan pelaling, ikan kembong, ikan cencaru, ikan selar, ikan selayang dan ayam.
Beliau berkata bagi pengurangan harga ikan yang dinyatakan itu, Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) juga mengambil inisiatif dengan memberi tiga pilihan harga kepada pengguna sama ada inginkan ikan segar tempatan, segar import atau sejuk beku.
“Sebagai contoh ikan kembong. Bagi yang segar tempatan, ia berharga RM13 sekilo, segar import RM9.50 sekilo dan sejuk beku RM8.50 sekilo,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Jimat Belanja Dapur di Pasar Tani di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Tan Sri Badruddin Amiruldin dan Ketua Pengarah Fama, Datuk Ahmad Ishak.
Ismail Sabri juga mengarahkan Nekmat serta Fama supaya mengimport lebih banyak produk dari luar negara serta menjualnya dengan harga murah kepada pengunjung Pasar Tani.
Beliau menasihati pengguna supaya bersikap bijak dengan membeli barangan dapur di tempat yang ditawarkan harga murah seperti di Pasar Tani.
Mengulas mengenai kenaikan harga ikan, beliau berkata ia berlaku kerana musim tengkujuh yang menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut.
“Harga naik disebabkan berlaku permintaan melebihi penawaran. Di semua negara, bila berlaku teori ekonomi tersebut, harga barang akan naik,” katanya.