Nuffnang Ads

Tuesday, 24 December 2013

DAP Jangan Lagi Cakap Demokrasi, Patut Belajar Dengan MCA

Presiden Malaysian Media Foundation, Dzulkarnain Taib meminta agar parti Tindakan Demokratik (DAP) belajar daripada parti Malaysian Chinese Association (MCA) dalam menjalankan sistem pentadbiran berlandaskan demokrasi yang tersusun dan sistematik.
Menurut beliau, jelas perhimpunan agung MCA kali ini berjalan dengan tenang, telus dan sebulat suara yang menggambarkan kematangan parti kaum Cina itu, berbanding dengan DAP.
najib-pemilihan-mesyuarat-wisma-mca-2013-pemimpin-soi-lek-tiong-lai
“Ternyata perhimpunan Agung MCA kita lihat begitu tersusun, sistematik dan tidak dicemari oleh unsur-unsur diktator dan penipuan. Ini membuktikan kematangan ahli MCA dalam mengamalkan sistem demokrasi yang lebih telus dan tersusun berbanding DAP,  di mana kita boleh lihat di dalam pemilihan CEC DAP baru-baru ini penuh dengan kontroversi,  sehingga memaksa ahli mereka sendiri terpaksa membuat aduan kepada ROS tentang salahlaku di dalam pemilihan parti itu,” tegasnya di sini hari ini.
Selain itu, pengamalan demokrasi kesderhanaan di dalam MCA adalah lebih sesuai dengan budaya hidup rakyat di negara ini berbanding dengan pendekatan DAP yang agak keras.
“Pengamalan demokrasi yang diperlihatkan oleh MCA adalah lebih selamat dan harmoni berbanding dengan pendekatan DAP. Apa yang nyata, demokrasi yang dilaungkan oleh DAP itu hanyalah palsu semata-mata dan demokrasi dijadikan  topeng bagi kepimpinan DAP untuk menutupi sistem pentadbiran ala kuku besi dari pengetahuan rakyat,” jelasnya yang juga merupakan Presiden Kelab Wartawan Muda.
Ujarnya, pembangunan serta keamanan yang dikecapi oleh rakyat di negara ini selama lebih enam dekad merupakan hasil kerjasama dan persefahaman yang dipupuk dengan parti yang mewakili kaum Cina, MCA dan juga parti yang mewakili kaum India, MIC serta parti komponen lain di dalam BN.
“UMNO sebagai parti teras bangsa Melayu, bersama MCA dan MIC  berkongsi kefahaman dan ideologi kesederhaan, yang merupakan kesinambungan kepada ideologi yang telah dicetuskan oleh kepimpinan ketiga-tiga parti terbesar itu di awal kemerdekaan negara.
“Maka dengan perkongsian kefahaman dan ideologi kesederhanaan itu, maka Malaysia hari ini wujud sebagai sebuah negara yang stabil dan membangun, sehingga menjadi contoh kepada dunia luar.


“Namun saya yakin, kefahaman dan ideologi kesederhaan itu tidak akan tercapai sekiranya DAP menjadi ganti MCA dalam mewakili masyarakat Cina, berdasarkan pendekatan mereka seperti mana yang kita lihat hari ini,” akhirinya.

No comments:

Post a Comment