Nuffnang Ads

Friday 22 February 2013

MENGAPA SAYA TIDAK UNDI PAS?


Mai Pikiaq Pi: PRU13 bukan tempat menghalalkan pembohongan kepada mana-mana parti yang bertanding apalagi jika pembohongan dipapar pada papan iklan, kain rentang dan sebagainya  untuk mencari  keuntungan kepada politik peti undi masing-masing.

Cadangan Kerajaan Selangor Henti Projek Pusat Rugikan Rakyat


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan cadangan Kerajaan Selangor untuk menghentikan projek-projek Kerajaan P
ersekutuan hanya akan merugikan rakyat negeri itu.

Beliau berkata, pertikaian sehingga menghentikan projek tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan merugikan rakyat dan pembangunan juga akan terbantut di Selangor.

"Kita akan bincang perkara ini dan tentukan apa tindakan yang patut kita lakukan sama ada kita minta perintah mahkamah atau apa-apa tindakan selanjutnya.

Apapun mereka hendak lakukan, pokoknya rakyat akan rugi," kata Pengerusi BN itu pada sidang media selepas menghadiri perjumpaan khas dengan pemimpin dan anggota Majlis Tertinggi parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Kerajaan Selangor yang menggantung semua projek jalan raya dan prasarana Kerajaan Persekutuan sebagai tindak balas keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Mahkamah memutuskan Majlis Perbandaran Sepang tiada kuasa mengeluarkan notis meruntuhkan tiang dan menutup kamera AES itu.

Dalam pada itu, Najib mencabar Pakatan Rakyat supaya turut menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International.

"Selama ini mereka tuduh macam-macam terhadap BN. Kita sudah sanggup tandatangani Ikrar Integriti ini, sepatutnya kalau betul mereka perjuangkan soal salah guna kuasa dan rasuah, inilah masanya mereka buktikan pendirian mereka yang konsisten dan tegas dalam hal ini tetapi mereka enggan untuk tandatanganinya pula," katanya.

Ikrar Integriti itu dapat membendung salah guna kuasa, membeli undi, salah guna wang dan juga sumbangan kepada parti politik yang sepatutnya masuk ke dalam akuan parti, yang boleh disabitkan di bawah Akta Pilihan Raya, kata beliau.

Perdana menteri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang parti itu tidak akan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya bersama Transparency International Malaysia (TI-Malaysia).

Mai Pikiaq Pi: Pakatan Rakyat hanya pandai menuding jari cari kesalahan orang lain padahal mereka cakap tak serupa bikin....

Kerajaan Selangor dituntut janji PRU12


Semakin hari semakin ramai rakyat Selangor bangkit mendesak Kerajaan Negeri Selangor supaya menunaikan janji yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).
Terbaru, seramai 5000 ibu bapa dari Ampang dan Pandan menuntut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunaikan janji dalam manifesto PRU-12, untuk memberi bantuan prasekolah RM50 sebulan, bagi setiap anak mereka.
Pengerusi Badan Bertindak Rakyat Selangor (BBRS), Datuk Said Anuar Said Ahmad berkata, majoriti penduduk yang ditemui kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang mengemukakan pelbagai alasan dan syarat apabila rakyat menuntut janji, sedangkan ketika kempen PRU12 lalu, pakatan pembangkang mengatakan semua rakyat layak menikmati kemudahan dijanjikan itu jika menang.
“Manifesto itu juga merujuk kepada seluruh keluarga tanpa mengira jumlah pendapatan kerana tiada syarat dikenakan. Ini bermakna anak-anak setiap keluarga di Selangor yang mengikuti pendidikan di taman bimbingan kanak-kanak (tabika) atau taman didikan kanak-kanak (tadika) layak mendapat elaun RM50 sebulan.
“Kerajaan Selangor hari ini jelas gagal memenuhi janji semasa PRU12 untuk menyediakan elaun sebanyak RM50 sebulan kepada 115,000 kanak-kanak yang memasuki prasekolah melibatkan tuntutan RM59.8 juta sejak tahun 2008. Jumlah itu termasuk seramai 23,945 kanak-kanak yang memasuki prasekolah sepanjang tahun lepas,” ujarnya selepas menyertai demonstrasi aman kumpulan ibu bapa sekitar Ampang dan Pandan di Jalan Lembah Jaya Selatan, dekat sini hari ini.
Dalam masa yang sama, BBRS menafikan dakwaan kononnya menghalang atau menakutkan ibu bapa prasekolah untuk menerima bantuan daripada Kerajaan Pakatan Negeri Selangor.
“Kenyataan yang dibuat dalam laman web ‘Selangorku’ merupakan kenyataan yang melulu dan tidak bertanggungjawab, satu pembohongan besar dengan menuduh Kerajaan Pusat menyekat bantuan Skim Tunas Kerajaan Negeri Selangor.
“Persoalannya, kerajaan negeri tidak telus untuk menyampaikan maklumat menyeluruh kepada rakyat Selangor khususnya kepada ibu bapa yang mempunyai anak di prasekolah, mengapa pilih bulu, mengapa pilih kasih.”
Sementara itu, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, pembangkang yang mengeluarkan manifesto berhubung pemberian elaun itu wajar menunaikan janji sebaik sahaja memenangi pilihan raya umum yang lalu.
Kerajaan negeri pandai berdolak-dalik dengan janji yang ditabur apabila mengenakan syarat iaitu keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan saja dapat menerima bantuan ini.
Ujarnya, dalam manifesto, ia bermaksud semua anak Selangor yang memasuki prasekolah layak mendapat RM50 sebulan tanpa mengira pendapatan keluarga mereka.
“Bukan setakat tuntutan bantuan RM50 untuk anak-anak di sekolah tadika, tuntutan air percuma, tuntutan elaun ibu tunggal malah kerajaan negeri akan turut berdepan tindakan saman apabila seramai 50,000 warga emas dijangka memfailkan saman berhubung caruman takaful yang dijanjikan dalam manifesto pada PRU12.
“Kita akan membantu warga emas menuntut caruman mereka hingga ke lubang cacing kerana mereka telah ditipu dan dieksploitasi oleh pakatan pembangkang untuk menang pada PRU12 di Selangor. Kita juga terpanggil untuk membantu golongan warga emas terbabit membuat tuntutan melalui saman mahkamah setelah hampir lima tahun kerajaan negeri tidak memenuhi janji-janji dalam manifesto semasa PRU12,” ujarnya yang juga Pengerusi Penyelaras Tuntutan Warga Emas Selangor.
Mai Pikiaq Pi: Janji pembangkang hanya janji palsu.. Rakyat perlu sedar parti mana yang patut dipilih pada PRU13.... 

Kerajaan BN terus kerja kuat laksana agenda bantu rakyat Sarawak - PM


Kerajaan Barisan Nasional (BN) berjanji akan terus bekerja kuat membangunkan Sarawak kerana banyak lagi agenda pembangunan untuk rakyat perlu dilaksanakan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mengambil bait-bait lirik lagu tempatan “Wawasan Berkikis Bulu Betis” sebagai simbolik janji tersebut, beliau berkata, itu adalah gambaran kesungguhan BN untuk bekerja meneruskan agenda membantu rakyat negeri ini.
Lagu “Wawasan Berkikis Bulu Betis” adalah karya Andrewson Ngalai menggambarkan kesungguhan rakyat Sarawak untuk bangkit maju walau apapun cabaran yang perlu ditempuh.
“Saya minta rakyat (Sarawak) terus beri mandat kepada kita melalui majoriti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) untuk Kerajaan BN selesaikan banyak lagi agenda rakyat negeri ini, banyak kita boleh lakukan dengan kerjasama yang padu bersama kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
“Percayalah banyak perubahan akan kita lakukan di Sarawak. Saya juga berjanji akan terus bekerja ibarat lagu ‘Wawasan Berkikis Bulu Betis’…kita pastikan bumi Sarawak milik BN sekali lagi,” katanya di hadapan kira-kira 5,000 penduduk Sri Aman pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang KPS Lama di sini, hari ini.
Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Abdul Taib dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib, serta barisan Menteri-menteri Persekutuan dan Menteri Kabinet negeri.
Terdahulu, ketibaan Najib dan isteri disambut dengan tarian singa, dendangan hadrah serta paluan gong oleh penduduk dari Sri Aman, sebelum beliau dipakaikan baju tradisi kaum Iban ‘baju burung’ bermotif pua kumbu.
Mengulas lanjut, Najib menasihatkan rakyat Sarawak untuk hanya memilih parti yang telah membentuk sebuah kerajaan serta terbukti telah dapat membawa perubahan yang besar kepada negara.
“Pilih kerajaan yang bila janji..janji itu ‘Janji Ditepati’, kerana sekarang bila kita ungkapkan ayat ‘Janji Ditepati’ label ini sudah pun terlekat pada kerajaan BN sehingga parti pembangkang cukup gelisah kerana slogan itu telah kita amalkan dan laksanakan,” katanya.
Mengambil contoh empat negeri dikuasai pembangkang, Najib berkata janji-janji yang telah dibuat pada pilihan raya umum 2008 sehingga kini masih ada yang belum ditunaikan.
“Pembangkang di semenanjung menguasai empat negeri, tanya rakyat Selangor berapa banyak janji ditunaikan…kalau janji elaun bulanan ibu tunggal, bayaran tadika, air percuma, janji tidak naik cukai tanah dan cukai pintu tidak ditunaikan, tidak mustahil janji kalau di Sarawak janji-janji mereka kepada rakyat tidak akan ditunaikan,” katanya.
Sementara itu, Najib berkata beliau percaya rakyat dalam kawasan Parlimen Sri Aman akan terus memberi mandat kepada BN pada PRU13 nanti.
“Saya sudah lihat dan buat perkiraan mudah tadi…saya buat perkiraaan berdasarkan majoriti telah dicapai oleh ketiga-tiga calon BN pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 2011 lalu. Kita campur congak majoriti ketiga-tiga calon tadi, kalau semua undi BN sama seperti pilihan raya DUN…kita mampu dapat lebih 8,000 undi pada PRU13 nanti,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: Pelbagai kemajuan dicapai oleh Sarawak di bawah pimpinan Kerajaan BN...

Nik Aziz Samakan Penerima Bantuan Sebagai Haiwan


“Suruh dia (Nik Aziz) rehat…, lagi banyak dia bercakap lagi merapu… buat dosa, cakap tok guru. Kalau tok guru maka tentulah tahu berdosa kita samakan manusia dengan haiwan. Ini adalah satu penghinaan dan kejian kepada orang miskin dan kepada rakyat Malaysia,” ujar Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan penerima bantuan kewangan daripada kerajaan umpama haiwan.
Dalam kenyataan Nik Aziz, beliau berkata, bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan itu ibarat memberi hampas dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu. Pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.
Nik Aziz juga berkata, pemberian wang tersebut adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.
Badruddin menjelaskan, kenyataan Nik Aziz tersebut boleh membuatkan masyarakat bukan beragama Islam turut tersalah tafsir mengenai agama rasmi negara ini.
“Tanya pada Nik Aziz, kalau orang miskin datang minta tolong dengan dia, tak ada duit nak makan, nak bagi anak pergi sekolah, dia tak tolongkah…. Takkan nak bagi ilmu dan sebelum nak dapat ilmu kena bagi duit untuk mereka dapatkan ilmu. Setiap wang yang kita berikan ikhlas dan ia menjanjikan pahala.
“Jangan senang-senang nak keluarkan fatwa sendiri. Fikir dulu sebelum bercakap. Sepatutnya Nik Aziz lebih jelas dan tahu hukum-hakam agama Islam. Merapu sungguh Nik Aziz ni…,” ujarnya di sini.
Soal Badruddin, bagaimana PAS yang telah menukarkan perjuangan mereka daripada memperjuangkan agama kepada kebajikan ingin membantu rakyat yang susah dan amat memerlukan duit untuk meneruskan kehidupan jika bantuan yang dihulurkan dianggap haram?
“Kita nak makan perlu duit, nak belajar perlu duit, nak cari ilmu juga perlu duit. Jadi PAS nak bantu macam mana kalau tak bantu dengan duit? Kita kena bantu mereka yang memerlukan, tegasnya.
Ujar beliau , Nik Aziz sebenarnya sudah kehilangan idea untuk berkempen sehingga sanggup menghina rakyat negara ini sebagai haiwan.
“Sebenarnya dia takut dengan apa yang kerajaan buat untuk rakyat,” tambahnya lagi.
Mai Pikiaq Pi: Nik Aziz dan nyanyuk rupanya.....  

Thursday 21 February 2013

Keamanan, kestabilan kunci masa depan negara

Keamanan dan kestabilan harus dipertahankan rakyat Malaysia kerana dua elemen tersebut merupakan faktor terpenting yang menjamin masa depan lebih baik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, sekiranya dua elemen berkenaan tergugat dan gagal dikekalkan, tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang mampu menjanjikan kemakmuran serta kesenangan untuk dinikmati rakyatnya.


Malah tegas beliau, masa depan rakyat akan malap dan golongan itu tidak mampu mengharapkan apa-apa, sebaliknya hidup menderita tanpa pembelaan sewajarnya.

"Ketika lawatan saya ke Gaza baru-baru ini, saya mendapat gambaran jelas tentang keadaan sebenar sekiranya keamanan dan kestabilan tidak dapat dipelihara iaitu sekolah dijadikan sasaran peluru dan bom manakala anak-anak kecil menjadi yatim tidak berayah atau beribu.

"Berbeza dengan negara ini, kita semua masih berwajah ceria serta boleh berasa riang kerana memiliki keyakinan tinggi terhadap masa depan yang akan tetap cerah di bawah langit 1Malaysia," katanya ketika berucap merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Tudan di sini hari ini.

Mai Pikiaq Pi: Jangan persia-siakan masa depan anak-anak anda hanya ingin memilih parti yang belum tentu menjanjikan apa-apa.....

Wednesday 20 February 2013

Kalimah Allah: PKR sama taraf dengan DAP


Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib menyelar kenyataan Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh yang mahu terjemahan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible versi Bahasa Melayu sambil menyifatkan parti itu ‘sama taraf’ dengan DAP tentang pengetahuan agama dan akidah.
Dengan nada tegas, Harun sekali lagi meminta PKR dan DAP agar menghormati ketetapan dibuat Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu yang memutuskan kalimah Allah tidak dibenarkan kepada penganut agama lain termasuk dalam Bible versi Bahasa Melayu.
Badan tertinggi PAS itu juga menetapkan terjemahan kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ daripada mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah daripada segi makna serta tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan nyata, sekaligus perlu dicegah.
Bagaimanapun, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata, Pakatan Rakyat sudah bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya PAS yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura Ulama yang diketuai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Kita sudah kata tak boleh (guna kalimah Allah), macam apa diputuskan Majlis Syura Ulama…tak perlu untuk kita ulang banyak kali kepada PKR dan DAP, Majlis Syura Ulama dah tetapkan macam itu ikut sahaja.
“PKR dan DAP serupa dan lebih kurang sama, (tidak arif) fahaman tentang akidah. Saya tak mahu komen banyak, saya tak mahu nasihat apa-apa…saya nak ingatkan (PKR dan DAP) jangan ganggu keputusan dibuat Majlis Syura Ulama,” kata Harun lagi.
Beliau diminta mengulas Fuziah yang menolak pendirian entiti tertinggi PAS itu selain turut menyokong desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar penganut Kristian di Semenanjung dibenarkan menggunakan Bible versi Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.
Menurut Fuziah, adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah.
“Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya,” kata beliau.
“Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain, ianya bukan hak mutlak umat Islam," katanya.
“Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan akan berpegang kepada ketetapan 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Islam asalkan tidak menghina Islam.
Beliau berkata, ketetapan itu berpandukan kepada pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Setakat ini Abdul Hadi belum mengemukakan pendirian Majlis Syura Ulama itu kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
Mai Pikiaq Pi: BENGONG PUNYA DAP DAN PKR!!!!


HARON DIN PERLU TINGGALKAN PAS


Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din tampil mengeluarkan dirinya dan ahli Pas yang tidak bersetuju penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian dalam Bible Bahasa Melayu kerana beliau antara pimpinan Pas yang lantang bersuara menentangnya.
Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sebagai orang yang tinggi pengetahuan agama, Haron Din wajar memisahkan diri daripada parti itu jika didapati ia menyimpang daripada akidah.
Katanya, Haron Din wajar berbuat demikian kerana beliau juga telah mengambil ketetapan bahawa isu kalimah boleh memesongkan akidah umat Islam sekiranya diteruskan sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama Pas.
“Beliau menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh, Majlis Syura Ulama Pas iaitu sebuah badan tertinggi dalam parti juga memutuskan atas dasar akidah, bukannya politik.
“Haron Din selama ini yang menyedarinya tidak betul, jadi beliau perlu pimpin ahlinya untuk keluar,” katanya semalam.
Beliau berkata demikian mengulas keputusan Pakatan Rakyat (PR) yang tetap berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan PR membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible Bahasa Melayu dengan menggantikan perkataan God.
Keputusan berkenaan dibacakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu sebelum Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan menentang penggunaannya.
Mengulas lanjut, keadaan ini sebagaimana Nabi Muhammad SAW yang memimpin umatnya meninggalkan Makkah ke Madinah apabila gagal kerjasama dengan golongan musyrikin.
Katanya, beliau menyedari kesusahan yang dialami Haron dalam menentang hal ini secara bersendirian.
“Kita perlu memberikan sokongan kepada beliau. Tengok bagaimana Ustaz Nasha (bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa) melaluinya berseorangan,” katanya.
Sementara itu, mengulas berkenaan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berulang kali memperkatakan PR tetap dengan pendirian 8 Januari itu, beliau yang juga seorang peguam pernah mengendalikan kes qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan sebagai pengamal undang-undang, “Karpal jangan mengajar rakyat langgar undang-undang”.
“Sebagai peguam, ingin saya ingatkan Karpal Singh bahawa adalah satu kesalahan bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH mengikut Enakmen Syariah negeri-negeri yang dibuat berdasarkan Perkara 11 (4) Perlembagaan.
“Untuk Selangor, Enakmen Jenayah Syariah menetapkan 32 perkataan termasuk ALLAH, wahyu, rahmat dan lain-lain yang tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.
“Jadi Karpal sebagai peguam sepatutnya tidak mengajar orang melanggar undang-undang,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: Sebagai ulama, Hadi patutnya tahu membezakan ketetapan agama dengan politik... Jangan kerana politik kotor DAP dan PKR, Hadi sanggup merelakan agama diperkotak-katikkan....

11 DUN desak MB Kedah berundur gagal selesai masalah Pas


Sebanyak 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya Pas negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu.

Ketua Unit Peti Undi (UPU) Pas, Megat Dewa Asri Ahmad mendakwa, kelemahan kepimpinan Azizan yang gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai dalam kalangan anggota PAS tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa.

"Daripada segi pentadbiran negeri tak dak masalah, tapi dalam parti beliau sangat lemah dan kami mahu beliau melepaskan takhtanya sebagai Pesuruhjaya Pas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Komplek Pas Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.

Asri mendakwa antara 11 DUN yang mahu Azizan berundur ialah Kota Siputeh, Bandar Baharu, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas.

Dakwanya desakan itu sebenarnya disokong Dewan Ulama Pas Kedah yang bermesyuarat hari ini dan perkara itu akan dibawa ke peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya.

"Kami bagi sokongan kepada ulama dan mahu selesaikan perkara ini di peringkat pusat, minta Azizan turun... kami mahu PAS Kedah kembali kepada dasar yang ditetapkan, ulama adalah dasar perjuangan PAS," kata Asri.

Sementara itu, Azizan ketika diminta mengulas mengenai desakan itu berkata, ada pihak yang sengaja ingin menimbulkan huru-hara dan ia merupakan strategi yang dipercayai dirancang musuh Pas.

Beliau berkata, bagaimanapun sebagai sebuah negara bebas, sesiapa sahaja berhak untuk mengeluarkan kenyataan dan pihaknya hanya boleh lihat apa sahaja yang dilakukan mereka.

"Pimpinan-pimpinan bahagian semua bersatu dan tak ada masalah pun, tiba-tiba ada pulak pihak lain cuba timbulkan huru-hara. Apa lagi yang saya buat tak kena, saya dah cuba bangunkan negeri, buat yang terbaik untuk rakyat," katanya.

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi ketika ditemui pemberita pula berkata, setakat ini isu desakan supaya Azizan berundur belum pernah dibangkitkan dalam mesyuarat perhubungan yang dihadiri semua bahagian pada setiap bulan.

"Kalau ada perkara tak puas hati, patut guna saluran perhubungan... setakat ni tak sebut dalam mesyuarat perhubungan secara rasmi lagi," katanya.

Mai Pikiaq Pi: Azizan.... Oh Azizan... dah tau orang dah tak suka, apa lagi tunggu, belahlahhhhhhh....................

Dakwaan Anwar pembohongan besar


Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya negara sedang di ambang muflis ekoran tindakan kerajaan menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat adalah satu pembohongan besar.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, kebijaksanaan kerajaan mengurus dasar kewangan sehingga mengutip hasil yang tinggi membolehkan kekayaan negara diagihkan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk insentif termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Anwar pergi seluruh pelosok dunia, kata Malaysia hampir muflis hingga rakyat terabai dan menderita. Ini pembohongan besar kerana Malaysia bukan sahaja ada sumber banyak, malah pendapatan serta rizab yang dikumpul jauh lebih besar berbanding banyak negara di dunia.

"Pelbagai bentuk bantuan yang kita beri membuktikan kerajaan mempunyai kemampuan. Kalau negara kita bankrap, semua bantuan ini tidak mungkin dapat disalurkan kepada rakyat jelata," katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan; Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sungai Siput, Datuk Seri S. Samy Vellu;.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau terpanggil menjelaskan perkara itu kerana tohmahan tersebut terus dijadikan modal politik pemimpin pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) walaupun jelas tidak berlandaskan fakta.

Beliau menarik perhatian bagaimana dasar kewangan negara yang berjaya membolehkan kadar cukai tidak dinaikkan, tetapi pendapatan hasil negara terus meningkat mencecah RM125 bilion tahun lalu.

"Sebab itulah kita dapat agihkan semula kekayaan negara kepada rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan. Semua ini kita lakukan untuk membantu rakyat agar mereka tidak terbeban dan perkara ini akan diteruskan. Jika begitu, bagaimana boleh dikatakan negara kita muflis," soal beliau.

Pada majlis sama, Muhyiddin yang dalam lawatan sehari ke Perak hari ini, menyampaikan BR1M kepada 10 penerima bantuan tersebut, selain meluangkan masa beramah mesra dengan orang ramai.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri bersama isteri turut meluangkan masa kira-kira sejam bersarapan serta bertanya khabar dengan para peniaga dan pengunjung Pasar Awam Sungai Siput.

Pada sebelah petang, Muhyiddin menyempurnakan majlis perasmian Dewan Perniagaan India Perak sebelum menghadiri Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Padang Kelab Rekreasi India Buntong.

Beliau mengakhiri lawatannya dengan menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Pangsapuri Ashby Road.

Mai Pikiaq Pi: Negara mencapai pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan ke arah mencapai negara maju....

Dedahkan episod rambut palsu - Anuar Shaari


Bekas Setiausaha Sulit, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari meminta Senator Datuk S. Nallakaruppan menceritakan kisah rambut palsu Ketua Pembangkang itu yang didakwa ditempah khas dari India secara terperinci kepada media.

Kata beliau, tindakan tersebut boleh dilakukan oleh Nallakaruppan sekiranya kes perbicaraan saman fitnah Anwar terhadapnya masih dilengah-lengahkan oleh pihak tertentu.

"Rakyat Malaysia dan Majlis Syura Ulama Pas pasti mahu mendengar episod Anwar memakai rambut palsu semasa beliau masih menjadi Timbalan Perdana Menteri.

"Berdasarkan sumber yang rapat dengan Anwar, beliau mempunyai rambut palsu yang ditempah khas dari India dan akan memakainya semasa keluar menjelajah ibu kota ketika larut malam bersama Nallakaruppan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, Anwar dikatakan memakai rambut palsu sebab takut dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pada 26 Mac 2012, Anwar telah memfailkan saman fitnah ekoran petikan ringkas yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac tahun sama di muka hadapan bertajuk 'Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla' dan berita penuh di muka surat enam bertajuk 'Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual'.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar selaku plaintif menyatakan, perkataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau tidak layak memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Malaysia, seorang pemimpin muslim yang berkelakuan tidak selari dengan ajaran Islam dan rendah moral.

Anwar turut mendakwa, perkataan tersebut tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat sehingga menjejaskan reputasi peribadi, politik dan kedudukannya selain terpaksa menanggung malu.

Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei tahun yang sama menyenaraikan kira-kira 10 orang merangkumi wanita dan lelaki bagi membuktikan dakwaannya berhubung kegiatan seks bekas rakan baiknya itu.

Dalam pada itu, Anuar meminta supaya perbicaraan kes saman fitnah Anwar terhadap Nallakaruppan yang telah difailkan sejak hampir setahun lalu disegerakan oleh pihak yang bertanggungjawab.

"Mengapa apabila kes melibatkan Anwar, sudah pasti ada pihak sengaja mencari alasan untuk melengah-lengahkan perbicaraan. Rakyat dan Majlis Syura Ulama Pas perlu tahu cerita sebenar perihal rambut palsu Anwar yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya.

Mai Pikiaq Pi: Macam-macam ada si Anu War nie....

Tuesday 19 February 2013

Hudud Pas ditolak kerana tidak ikut tuntutan Islam


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hukum hudud yang diperjuangkan Pas sebelum ini tidak mengikut tuntutan Islam yang sebenar kerana tidak menghukum pesalah secara adil, menyebabkannya ditolak oleh kebanyakan pihak.

Katanya, hukum hudud yang ditekankan di dalam al-Quran ialah menghukum pesalah secara adil antara orang Islam dan bukan Islam.

"Tetapi secara terbuka Pas buat kenyataan, orang Islam sahaja yang akan kena (hukum hudud), orang bukan Islam tak kena. Mereka takut orang bukan Islam marah dan tak undi mereka.

"Jadi apabila dua orang, Islam dan bukan Islam berpakat melakukan jenayah, yang Islam kena potong tangan, yang bukan Islam hanya kena penjara dua bulan, itu sudah tidak adil,'' katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Negarawan Ulung anjuran Felda di sini hari ini.

Apabila menjatuhkan hukuman katanya, keputusan itu perlu dilakukan dengan adil.

''Yang ditekankan dalam al-Quran berkali-kali ialah jangan kita zalim. Jadi apabila hukum disebabkan kepentingan politik, duniawi, itu bukan Islam. Sebab itu kita tolak hukum mereka, kita pegang hukum Allah," katanya.

Dr. Mahathir mengulas sikap pemimpin Pas yang tidak konsisten tentang pendirian mereka berhubung isu hukum hudud dan kerjasama dengan pakatan pembangkang.

Beliau berkata, Malaysia selama ini cuba bersikap adil dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam menjatuhkan hukuman serta tidak menuduh secara membuta-tuli.

Katanya, kerajaan berpegang teguh pada hukum hudud Islam dan melaksanakannya secara adil supaya sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan jenayah menerima hukuman yang setimpal dan adil.

"Jadi jangan kata kerajaan tidak mahu melaksanakan hukum Islam di negara ini tetapi kita harus melaksanakannya dengan kehendak Islam dan laksanakan dengan adil," katanya.

Mai Pikiaq Pi: Kajian menyeluruh perlu dibuat sebelum melaksanakannya.....

Friday 15 February 2013

Belum tentu menang sudah berbalah isu jawatan PM


Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Nordin membidas kemelut perebutan jawatan Perdana Menteri antara ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Pembangkang yang dianggap sesuatu yang amat memalukan ahli dan penyokong Pakatan Pembangkang dan sangat jelas memperlihatkan kedangkalan kepimpinan gabungan parti tersebut dalam soal pemilihan pemimpin.
Menurut beliau, polemik tentang jawatan PM ini merupakan satu bukti betapa singkatnya pemikiran kepimpinan Pakatan Pembangkang sekaligus memperlihatkan bahawa perjuangan Pakatan bukanlah untuk rakyat, sebaliknya untuk kepentingan politik dan agenda peribadi  parti tertentu.
“Saya sebagai ahli Pakatan Pembangkang merasa amat malu bila lihat pemimpin Pakatan  tidak habis-habis berbalah siapa mahu jadi PM sehingga jadi isu antara mereka sendiri. Sepatutnya mereka ini tumpu untuk menang pilihanraya dulu, barulah fikir siapa yang layak untuk jawatan itu.
“Ini pilihan raya pun belum tentu menang, sudah kalut berkelahi siapa nak jadi PM. Nampak sangat kepimpinan Pakatan sudah mula tamak dan berebut jawatan, terutamanya DAP. Saya sebagai ahli berasa kecewa dengan sikap kepimpinan yang separuh masak tetapi bercita-cita tinggi untuk mentadbir negara,” tegas beliau di sini hari ini.
Tambah beliau lagi, jika mahu dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN) yang sudah memerintah lebih 55 tahun, isu siapa yang patut menjadi PM tidak pernah timbul dan ini membuktikan bahawa kepimpinan parti-parti komponen di dalam BN lebih bijak bermuafakat dan menjadikan agenda nasional lebih utama daripada kepentingan politik parti masing-masing.
“Selama 55 tahun BN memerintah, isu seperti ini tak pernah timbul. Tapi Pakatan, belum pun tentu menang pilihanraya akan datang nanti, mereka sudah mula berbalah siapa yang patut jadi PM. Inilah bezanya antara kematangan BN dan kedangkalan Pakatan.
“Bagi pendapat saya, Pakatan memang tak layak jadi pemerintah. Mereka tidak ada calon yang berpengalaman. Katakanlah jawatan PM ada calon, tapi bagaimana pula jawatan-jawatan lain, seperti timbalan dan sebagainya? Siapakah pemimpin yang benar-benar layak dan berpengalaman untuk pegang jawatan itu dalam Pakatan?” soalnya.
Jelasnya lagi, hakikatnya Pakatan Pembangkang sebenarnya amat ketandusan pemimpin yang berpengalaman dan berkaliber untuk mentadbir negara.
“Saya yakin rakyat boleh menilai sendiri siapa antara kepimpinan Pakatan Pembangkang yang layak dan berpengalaman untuk mentadbir. Macam Karpal, biarpun dia seorang ahli politik veteran, tetapi kadang-kadang sikapnya dan pendapatnya seperti budak-budak.
“Datuk Seri Haji Hadi sendiri pun tidak punya pengalaman tadbir negara, cuma ada pengalaman jadi MB saja. Itu pun tak lama, sepenggal saja. Mungkin Anwar sajalah yang dilihat ada pengalaman. Tapi rasa malulah sikit, sebab pengalaman mentadbir yang Anwar ada pun bukannya dikutip dalam Pakatan, sebaliknya semasa dia memegang jawatan dalam UMNO.
“Jadi, saya tidak nampak ada pemimpin dalam Pakatan yang benar-benar layak dan berpengalaman untuk tadbir negara. Sebab itu saya tegaskan, Pakatan Pembangkang hari ini tidak layak lagi untuk memerintah negara,” ujarnya.
Mai Pikiaq Pi: Jatuh bangun sesebuah negara bergantung penuh kepada kepimpinan seorang ketua negara...   

Thursday 14 February 2013

Jangan terlalu taksub tukar kerajaan


Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ada golongan muda terlalu taksub dan percaya bahawa hanya perubahan dalam pemerintahan negara akan dapat mengubah keadaan hidup mereka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, golongan ini ingin melihat perubahan pentadbiran kerajaan semata-mata kerana percaya janji-janji pembangkang.

"Apa jua yang dikatakan oleh Barisan Nasional (BN) nampak tidak berkesan. Walaupun benar dan nyata tapi nampak tidak berkesan kerana mereka taksub dengan kepercayaan bahawa hanya perubahan pemerintahan akan membawa kepada perubahan dalam kehidupan mereka, sebab itu keadaan sekarang berbeza dengan suatu masa dulu," kata beliau dalam temu bual di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Katanya, ketika Malaysia tidak banyak pembangunan dan masih dianggap negara membangun, setiap perubahan akan dihargai, berbeza dengan orang muda sekarang yang lahir semasa negara sudah mencapai banyak kemajuan yang ketara.

Menurutnya, generasi sekarang tidak mengalami keadaan negara miskin, terhad dalam peluang pekerjaan, peluang pelajaran, peluang menjadi ahli profesional dan sebagainya, menjadikan mereka tidak begitu menghargai kemajuan semasa.

"Bila kita anggap sesuatu itu sebagai perkara biasa, kita tidak begitu menghargainya. Kita menghargainya bila kita mendapat sesuatu yang tidak kita pernah dapat, tapi mereka dilahirkan di zaman negara sudah capai banyak kemajuan dan bagi mereka, ini memang keadaan biasa, dengan itu mereka tidak menghargainya," katanya.

Dr. Mahathir berkata, golongan sekarang juga dilihat terlalu terdedah dengan pengaruh Barat, umpamanya berhubung prinsip kebebasan, mengakibatkan mereka berpendapat keadaan sekarang masih belum cukup bebas, masih lagi tersekat dalam banyak perkara.

Beliau mengakui memang banyak yang perlu dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memenangi hati golongan muda dalam tempoh masa yang semakin suntuk, ketika bahang pilihan raya umum sudah terlalu hampir.

(Berdasarkan statistik suku ketiga Daftar Pemilih 2012 Suruhanjaya Pilihanraya, sejumlah 13.1 juta pemilih berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan daripada jumlah itu 18.07 peratus atau 2.37 juta pengundi terdiri daripada kumpulan umur antara 21 dan 29 tahun manakala 22.8 peratus atau hampir tiga juta terdiri daripada kumpulan umur antara 30 dan 39 tahun).

Dr. Mahthir berkata, sejak pilihan raya umum lepas, kepimpinan Najib dilihat berusaha gigih untuk meraih kembali kepercayaan pengundi, dan sedikit sebanyak beliau kelihatan berjaya.

Katanya, Najib sudah tidak punyai banyak masa, semasa beliau bertungkus lumus bekerja keras untuk mendekati rakyat seramai mungkin, beliau juga berhadapan dengan pelbagai tuntutan daripada banyak pihak.

"Masa saya (masih Perdana Menteri) dulu orang tidak tahu bila ada election (pilihan raya), jadi dengan itu, sebelum mereka buat tuntutan itu ini, kita sudah adakan election. Tapi bila kita tunggu sampai saat terakhir yang mana kita terpaksa bubar Parlimen, tidak ada unsur kejutan lagi, semakin hampir pilihan raya, semakin banyak tuntutan diterima," katanya.

Mengenai konsep 1Malaysia, Dr. Mahathir berkata, ia sememangnya baik dan ia memerlukan sambutan daripada semua kaum.

Katanya, kesejahteraan dan keharmonian negara selama ini ialah hasil persetujuan antara kaum untuk berkongsi kuasa, sekali gus menjauhkan keadaan huru-hara.

"...dengan itu negara dapat dimajukan, kalau hari ini masing-masing kaum hendakkan semua yang mereka tuntut, ini akan sebabkan ada kaum yang tidak puas hati, maka kestabilan negara tergugat.

"(Dan) kemajuan tidak tercapai, ekonomi tidak akan tumbuh dan kita semua tidak akan dapat nikmat pembangunan. Ini patut semua kaum faham," katanya.

Mai Pikiaq Pi: Tukar kerajaan umpama jual negara kepada bangsa asing!

Dr. Mahathir jawab isu Pas ditipu UMNO


Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan UMNO tidak pernah menipu atau menjadi punca perpecahan Pas sehingga membuatkan parti tersebut mengambil langkah keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada 1978.

Menurut bekas Perdana Menteri, apa yang dinyatakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Pas telah ditipu UMNO semasa parti itu berada dalam BN adalah tidak benar malah tidak dijelaskan secara terang.

''Saya sebagai menteri dalam Kabinet Tun Hussein (Allahyarham Tun Hussein Onn) ketika Pas keluar daripada BN. Saya juga ada dalam Kabinet Tun Razak (Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein) bersama Presiden Pas, Datuk Mohd. Asri Muda dan Datuk Hassan Adli semasa Pas menyertai BN.

''Mohd. Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian serta bertanggungjawab terhadap Felda. Setelah beberapa bulan Pas berada dalam BN, ahli-ahli UMNO Johor membuat aduan kepada Tun Abdul Razak dalam majlis makan malam sempena Mesyuarat Agung UMNO bahawa Mohd. Asri giat mempromosikan Pas terhadap peserta Felda. Saya berada di sisi Tun ketika itu,'' katanya menerusi blognya, http://chedet.cc.

Dr. Mahathir menambah, ketika itu, secara kebetulan hampir semua peserta Felda terdiri daripada penyokong kuat UMNO dan tindakan sedemikian membuatkan peserta Felda mula menolak UMNO.

''Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat penyertaan Pas tidak menolong BN. Ia hanya untuk memberi peluang kepada Pas mengembangkan pengaruh dalam kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.

''Pada waktu itu timbul sengketa antara Mohd. Asri sebagai Ketua Pas dengan Datuk Mohd. Nasir sebagai Menteri Besar untuk ganti Mohd. Asri. Mohd. Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan Mohd. Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan,'' ujarnya.

Katanya, Mohd. Asri cuba menyingkirkan Mohd. Nasir melalui undi tidak percaya dan walaupun kalah, Mohd. Nasir enggan meletak jawatan.

Jelasnya, ramai ahli Pas memihak kepada Mohd. Nasir dan mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Mohd. Asri.

''Kerana Pas berpecah, Kerajaan BN Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan. Pada Mac 1978, pilihan raya peringkat negeri diadakan di Kelantan.

''Mohd. Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan Pas. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga memenangi 11 kerusi. Pas memenangi hanya dua kerusi,'' katanya.

Menurut Dr. Mahathir, perpecahan dalam Pas bukan kerana UMNO tetapi kerana Mohd. Nasir mencabar kepemimpinan Mohd. Asri.

''Kekalahan Pas menyebabkan Pas keluar daripada BN. Tidak ada penipuan oleh UMNO. Walau apapun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya berdamai, orang Islam disuruh oleh agama supaya menyambut seruan kedamaian.

''Orang Islam disuruh bersatu-padu, menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatu-padu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas,'' katanya.

Mai Pikiaq Pi: Kenyataan Nik Aziz bahawa Pas ditipu oleh UMNO amat tidak matang!

SAPP, PKR tiada persefahaman


Barisan Nasional (BN) Sabah memerhati segala tindak-tanduk Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilihat gagal mencapai kata sepakat sebagai Pembangkang di Sabah.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, perkara itu menunjukkan kumpulan pembangkang tidak boleh dipercayai untuk memegang tampuk pemerintahan negara.
Bercakap kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) di sini hari ini, beliau berkata, ini berbeza dengan Kerajaan BN yang lebih menumpu perhatian terhadap keperluan untuk berkhidmat dan memberi yang terbaik kepada rakyat.
Pairin, yang juga Presiden PBS berkata, rakyat terutama golongan atas pagar perlu membuat penilaian yang betul terhadap segala usaha dan pendekatan Kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, hanya Kerajaan BN yang mampu membela dan meningkatkan taraf ekonomi mereka berdasarkan pengalaman melaksanakan pelbagai program tranfsformasi.
Mengenai kesudian SAPP untuk kembali ke pangkuan BN, beliau berkata: “Sekarang ini mereka sudah keluar…kalau mereka mahu masuk mereka fikir-fikir sendirilah.”
Mengenai sambutan Tahun Baharu Cina, Pairin berkata, tradisi rumah terbuka menjadi elemen penting sebagai sebuah keluarga yang mewujudkan semangat kerjasama dan patriotisme.
“Kita perlu memahami keperluan yang kuat dan usaha untuk mewujudkan satu keadaan nasionalisme yang penuh perasaan cinta kasih sayang antara satu sama lain melalui perayaan,” katanya.
Turut hadir pada majlis rumah terbuka itu ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Seri Faridah Tussin, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili.
Turut mengadakan rumah terbuka ialah Gerakan di Kompleks Sukan Likas, MCA di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu dan SAPP di Sekolah Menengah Kian Kok, Likas.
Mai Pikiaq Pi: Pakatan Pembangkang tidak pernah sepakat... Masing-masing ada agenda tersendiri....

UNDI PAS ADALAH HARAM!

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah haram.

Pertubuhan itu ialah Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.
Sehubungan itu, kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada Raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Pas selama ini.
Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan Pas mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik para pemimpin Pas seolah-olah jahil agama.
“Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu Perdana Menteri dan timbalannya, orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.
“Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab, kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan. Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk tetapi mereka tuduh saya jahil.
“Kesemua kitab ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam dan untuk mendaulatkan Islam. Ia adalah kalimah suci jadi kenapa kata saya jahil,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Abdullah, Pas juga perlu ditolak kerana menyatakan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyokong hasrat DAP meskipun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.
“Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tidak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu (perjuangan Anwar) adalah membenarkan kalimah Allah (digunakan oleh bukan Islam),” katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, kerjasama Pas dalam pakatan pembangkang yang kononnya atas nama tahaluf siyasi sebenarnya pada nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku adalah Pas hanya kuda tunggangan DAP.
“Tahaluf siyasi Pas adalah haram maka wajib kita menolak mereka atas beberapa fakta antaranya Pas bukan parti dominan dalam pakatan dan kerajasama itu dibuat dengan parti DAP yang kita tahu menolak penubuhan kerajaan Islam.
“Sebelum bertahaluf siyasi, perjuangan Pas adalah menubuhkan negara Islam, ingin melaksanakan hudud, persaudaraan sesama Islam tetapi selepas itu matlamat mereka berubah iaitu mahu kerajaan berkebajikan, hudud bukan lagi agenda utama dan mendoakan kemusnahan sesama Islam.
“Tahaluf siyasi yang sebenar telah jelas kita lihat dalam Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO adalah ‘imam’ manakala MIC dan MCA adalah ‘makmum’ yang akan bersama-sama berjuang atas arahan imam,” tegasnya.
Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang pula berkata, permintaan DAP supaya kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam sama seperti yang berlaku di Indonesia apabila ramai masyarakat Islam negara itu menyokong pemikiran sekular.
Beliau memberikan contoh sebuah video yang dimasukkan ke dalam laman Youtube bertajuk ‘Bible dalam bahasa Arab’ yang dirakam di Institut Teologi Kalimatullah di Jakarta tentang bagaimana seorang pelajar Kristian membaca Bible dalam bahasa Arab di sebuah gereja.
“Gerakan ini sebenarnya sudah bermula berpuluh tahun dulu dan perkara sama kini cuba dibawa masuk ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa kita sedari.
“Gerakan ini berjaya di Indonesia yang rakyatnya kira-kira 300 juta orang, jadi bayangkanlah jika kita membiarkan mereka bergerak di Malaysia pasti lebih mudah kerana rakyat kita cuma kira-kira 28 juta,” tambahnya.
Mai Pikiaq Pi: Pas hanya parti tunggangan DAP dan Anu War!!!

Pembangkang Jual Janji PRU 2008, Jual Fitnah PRU 2013


Semakin hampir tarikh pilihan raya, pembangkang semakin terdesak, fitnah dan pembohongan menjadi modal ceramah untuk memburuk-burukkan kerajaan kerana menyedari taktik yang digunakan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 tidak lagi diterima rakyat.
Exco Wanita UMNO, Suraya Yaacob berkata, pada pilihan raya lalu, pembangkang telah menggunakan taktik dengan membuat pelbagai janji untuk mendapatkan sokongan dan apa yang dilakukan membuahkan hasil sehingga berjaya menawan beberapa negeri.
“Kali ini, pembangkang tidak berani membuat pelbagai janji seperti apa yang dilakukan pada PRU 2008, mereka nampaknya lebih mirip kepada membuat fitnah terhadap kerajaan dan individu dalam usaha untuk mendapatkan sokongan.
“Antara fitnah yang dibuat oleh pembangkang ialah mengatakan negara ini akan bankrap jika terus diperintah oleh Barisan Nasional (BN), sedangkan pencapaian negara terus mendapat pujian daripada negara luar dalam menangani kemelut ekonomi global.
“Mereka sebenarnya sudah kehabiasan modal, rakyat telah kehilangan kepercayaan kepada pembangkang, lihat apa yang sudah dilakukan oleh pembangkang sejak memerintah Kedah, tiada pembangunan yang dibuat untuk rakyat Kedah,” katanya di sini.
Suraya berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini politik tempatan berhubung tindakan pembangkang lebih cenderung membuat fitnah dalam siri ceramah yang diadakan terutama di kawasan luar bandar.
Beliau yang juga ADUN Sungai Tiang, Kedah berkata, pembangkang terpaksa bertindak sedemikian kerana ingin menutup permasalahan yang berlaku dalam kalangan parti dalam pakatan pembangkang apabila mereka tidak bersependapat dalam sesuatu isu.
“Macam mana nak perintah negara, jika mereka sendiri tidak bersependapat dalam sesuatu isu yang besar seperti apa yang berlaku sekarang, mereka tiada perancangan untuk negara, niat mereka sebenarnya lebih untuk merampas tampuk pemerintahan daripada BN.
“Kita lihat apa yang dilakukan mereka, mereka cuba mengheret rakyat dengan meniru seperti apa yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat, mereka buat perhimpunan untuk dapatkan sokongan yang kononnya itu adalah suara rakyat,” katanya.
Suraya berkata, beliau tidak hairan jika pembangkang akan terus menyerang kerajaan dengan pelbagai fitnah dan pembohongan, yang penting adalah untuk menimbulkan persepsi buruk rakyat kepada kerajaan dan akhirnya menyokong mereka.
Mai Pikiaq Pi: BOHONG adalah kerja hakiki PAKATAN PEMBANGKANG! 

Dulu Anugerah Tuhan, Sekarang Huguon Siou Pula



Tidak cukup dengan gelaran “Anugerah Tuhan” yang diberikan oleh isterinya, Wan Azizah, yang juga diberikan gelaran “Saiyiditina Khadijah” oleh pembodek-pembodek NGO ABIM, Anwar Ibrahim semalam telah dianugerahkan pula dengan gelaran “Huguan Siou” oleh pembodek-pembodek beliau di Kampung Paginatan, Ranau.
Sebelum ini, hanya The Kadazandusun Cultural Association Sabah (KDCA) sahaja yang boleh menganugerah dan melantik “Huguan Siou” kepada mana-mana pemimpin masyarakyat KDM yang layak. Entah sejak bila KDCA memberikan kelonggarkan kepada penyokong-penyokong PKR untuk memberikan gelaran itu kepada orang luar (bukan dalam kalangan KDM) sesuka hati.
Huguan Siou adalah gelaran tertinggi masyarakat KDM Sabah. Gelaran ini hanya boleh diberikan oleh KDCA, sebuah badan bukan politik yang terdiri daripada 40 komuniti etnik campuran dari Sabah dan berdaftar di bawah Malaysian Society Act 1966. Persatuan ini pada masa sekarang diketuai oleh “Huguan Siou Honorable” Datuk Joseph Pairin Kitingan.
Sedangkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang lebih kerap datang ke Sabah dan lebih kerap membantu rakyat Sabah tidak pun dianugerahkan gelaran “Huguan Siou” Malaysia. Inikan pula Anwar Ibrahim yang hanya datang ke Sabah untuk membohong, memfitnah dan memutar-belit???
Sepatutnya penyokong dan pemimpin-pemimpin PKR Sabah tidak sewenang-wenangnya menganugerahkan sebarang gelaran kepada pemimpin tertinggi mereka hanya kerana mahu mendapatkan sokongan politik. Tindakan itu bukan sahaja boleh menimbulkan kekeliruan di negeri/negara ini mengenai istilah “Huguan Siou”, malah mencemar, mencabar dan meremehkan kewujudan pertubuhan KDCA yang sepatutnya bertanggungjawab menganugerahkan gelaran itu kepada mana-mana pemimpin KDM yang layak.
Mai Pikiaq Pi: Selepas ini gelaran apa pula yang akan diberikan kepada Anu War!!!

Friday 8 February 2013

Akar Umbi Tolak Anwar - Zahrain


Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengunjungi dan menyambut hari lahirnya di kediaman Pengerusi DAP, Karpal Singh baru-baru ini dipercayai turut membincangkan cadangan calon Perdana Menteri Pembangkang, bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ini kerana Nik Aziz sedar ahli Pas di peringkat akar umbi kini menolak persetujuan Pakatan Pembangkang sebelum ini yang mahu melantik Anwar sebagai Perdana Menteri jika Pembangkang menguasai Putrajaya.

Selain itu, kata beliau, rakan-rakannya di dalam Pas turut memberitahu penolakan terhadap Anwar juga semakin kuat daripada Majlis Syura Ulama Pas ekoran percanggahan pendirian kepimpinan pembangkang dengan majlis itu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

“Itu semua menyebabkan Pas terdesak berbincang dengan DAP mencari calon alternatif menggantikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Ini semua diperkuatkan lagi dengan tindakan Nik Aziz pergi berjumpa Karpal. Jika sebelum ini, kedua-dua mereka mengakui tidak membincangkan kemelut isu kalimah Allah, jadi apa lagi yang mereka bincangkan ketika itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Nik Aziz menyambut hari lahirnya di kediaman Karpal di Pulau Pinang baru-baru ini, walaupun Karpal sebelum ini menimbulkan kemarahan ahli Pas kerana mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam.

Zahrain menambah, kepercayaan ahli Pas terhadap Anwar mula terhakis ekoran beberapa isu besar termasuk dakwaan membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan sebuah video seks.

“Jelas sekali Anwar kini merupakan liabiliti Pakatan Pembangkang dan mereka sedang mencari calon baru bagi menggantikan Anwar," katanya.

Mai Pikiaq Pi: Anu War liabiliti bukan sahaja kepada Pakatan Pembangkang, malahan kepada seluruh rakyat Malaysia!

KETEPI PERBALAHAN UNTUK JAMIN KEMENANGAN BN


Setiap pemimpin dalam Barisan Nasional (BN) terutama UMNO semakin memahami situasi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang memerlukan mereka mengetepikan setiap sentimen atau perbalahan untuk memastikan parti meraih kemenangan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perubahan itu berdasarkan kesedaran tentang kesan besar yang bakal dihadapi parti sekiranya para pemimpin terlibat masih mencetuskan masalah sesama sendiri.

"Biasalah dalam mana-mana parti ada masalah tetapi saya percaya UMNO faham bahawa kalau mereka nak cetus masalah sesama sendiri, ia boleh membawa kesan besar dalam (PRU13)," kata beliau dalam sidang akhbar selepas menghadiri Jamuan Rakyat 1Malaysia di Dewan Sri Melati, Beseri di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi negeri, Sabry Ahmad; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ketua UMNO Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Terdahulu, beliau mengadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau sebelum mendengar taklimat pilihan raya negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kangar.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berharap isu perbalahan sesama sendiri dalam parti dapat diselesaikan dengan segera bagi memastikan BN mencatat kemenangan lebih mudah.

Mengenai Perlis yang dianggap kubu kuat BN, Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, beliau yakin parti berkenaan akan terus diberi mandat untuk memerintah negeri ini.

"Hasil tinjauan dan maklumat diperoleh, UMNO yakin dapat memenangi kesemua tiga kerusi Parlimen dan 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk merampas kembali dua kerusi daripada Pas di DUN Sanglang dan Simpang Empat.

"Berdasarkan persiapan menghadapi pilihan raya, ada ruang yang perlu diberikan fokus kerana Perlis bukannya besar, bermakna kita (UMNO) boleh dapat sebahagian besar undi jika berusaha lebih keras," kata beliau.

Terdahulu, ditanya tentang harapan rakyat terhadap BN, Muhyiddin berkata, hasil tinjauan di seluruh negara menyaksikan rakyat mempunyai satu perasaan lebih yakin dan mempercayai kerajaan pimpinan BN dengan agak nyata.

Katanya, dalam tempoh dua tahun lepas, kerajaan telah mengambil kira apa yang disuarakan oleh rakyat dan memahami aspirasi mereka.

"Kita telah dapat isyarat pada pilihan raya lalu bahawa kita perlu buat sesuatu lebih besar, lebih berkesan untuk menangani beberapa perkara pokok yang menjadi perhatian rakyat.

"Sebab itu kita memperkenalkan program transformasi, transformasi ekonomi dan kerajaan. Bajet yang kita buat menjurus untuk membantu setiap kelompok masyarakat," katanya.

Mai Pikiaq Pi: PRU13 adalah ibu segala pilihan raya... Jatuh bangun sesebuah parti politik akan terbukti pada PRU nanti...