Nuffnang Ads

Saturday 30 November 2013

USUL EKONOMI PERLU SELAMATKAN EKONOMI MELAYU

Usul ekonomi yang akan dibentang pada Perhimpunan Agung Umno minggu depan perlu meliputi langkah untuk menyelamat ekonomi orang Melayu dan Bumiputera, kata beberapa ahli ekonomi.

Dr Jorah Ramlan berkata, Umno antara lain boleh memainkan peranannya dalam penyemakan semula nilai tanah rizab Melayu untuk membantu orang Melayu memajukan tanah mereka sebagai hartanah, yang sekali gus boleh merapatkan jurang pemilikan hartanah di negara ini.

Dr Jorah yang juga pensyarah pelawat di Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya berkata, tanah rizab Melayu selalunya diberi nilai yang lebih rendah daripada tanah bukan rizab, termasuk oleh institusi kewangan dan ini mengurangkan jaminan ekonomi untuk pemiliknya.

Katanya, sebagai parti Melayu paling berpengaruh, Umno boleh menyuarakan perkara ini dan membincangkannya dengan institusi kewangan melalui Khazanah Nasional Bhd, yang merupakan pemegang kepentingan dalam kumpulan perbankan utama di negara ini.

"Apabila Bumiputera mempunyai lebih banyak jaminan dari segi ekonomi dan wang, mereka akan dapat memajukan tanah mereka sebagai kawasan kediaman.

"Tanah rizab Melayu sewajarnya perlu terus menjadi milik orang Melayu dengan syarat mereka boleh memajukannya dan melindungi kepentingan orang Melayu," katanya kepada Bernama.

Kini, Bumiputera dianggarkan memiliki kira-kira 25 peratus daripada jumlah hartanah di negara ini.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Peruncitan Affin Investment Bank Bhd Dr Nazri Khan pula berkata usul ekonomi itu secara umum akan menyerlahkan lagi jenis masyarakat yang ingin dibentuk rakyat Malaysia menjelang 2020.

Katanya usul ekonomi yang akan dibentangkan pada Perhimpunan Agung Umno kali ini juga perlu membincangkan laluan ekonomi yang ingin diamalkan Malaysia ketika ini dan pada masa akan datang.

"Mungkin, secara lebih terperinci, usul ekonomi ini ingin menuntut perkara tertentu seperti pekerjaan bergaji lebih tinggi, kadar guna tenaga penuh dan pelaburan dalam infrastruktur luar bandar serta perkhidmatan awam.

"Tujuannya ialah untuk meningkatkan kualiti kehidupan di luar bandar, terutama di kawasan Melayu serta membantu mereka dalam menampung kenaikan kos sara hidup," katanya.

Nazri berkata, perhimpunan itu juga perlu membincangkan perkara berkaitan meningkatkan jaminan ekonomi bagi belia dan golongan lebih berusia seperti keselamatan sosial, bantuan perubatan, penjagaan perubatan, jaminan pengangguran dan  perkhidmatan awam yang berkualiti.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif DreamEDGE Sdn Bhd Khairi Adri Adnan berharap Perhimpunan Agung Umno kali ini akan mendorong ke arah penerusan era baharu parti itu seperti yang dapat dilihat dengan ketara ketika ini.

"Saya lihat Umno sekarang telah mula berubah, dari segi kepimpinan mengikut arus perubahan politik dunia dan Malaysia itu sendiri, di mana penglibatan golongan pertengahan yang berpandangan jauh, sudah dapat dilihat dengan ketara dalam pucuk pimpinan mereka.

"Gabungan idea-idea dari golongan pertengahan dan veteran ini, saya percaya dapat membawa perubahan yang positif, terutamanya dari segi pelaksanaan polisi-polisi negara dengan lebih teratur dan baik," katanya.

Beliau berkata, persefahaman antara dua golongan ini akan dapat menguatkan Umno dan sebagai parti pemerintah, ia akan turut memberi kesan positif terhadap pembangunan industri tempatan.

"Industri di negara kita masih mentah jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti Jepun, di mana sebagai contoh, Syarikat Sony milik Jepun mampu bergerak sendiri, tanpa bantuan kerajaan. Mereka sudah kukuh.

"Bagi industri-industri di Malaysia, terutamanya kami dari sektor korporat, pelaksanaan polisi yang berkesan dan sistematik amat perlu bagi merancakkan pertumbuhan kami dan ia hanya akan dapat dicapai melalui sistem politik yang stabil," katanya.

Beliau berkata, kestabilan politik sesebuah negara akan memberi impak positif kepada perniagaan sektor korporat, yang secara tidak langsung akan merancakkan perkembangan ekonomi negara. 

KADAR CUKAI PINTU DIUMUM KEMUDIAN

Kadar baharu cukai pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diputuskan selepas mendengar maklum balas daripada pihak berkepentingan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Sebagai kerajaan yang prihatin, kita akan mendengar daripada semua pihak yang berkenaan dan kita akan membuat satu penentuan untuk kebaikan DBKL dan pemilik-pemilik hartanah.

"Kami bukan mahu menghukum masyarakat tetapi kenaikan itu perlu adil kepada kedua-dua belah pihak (DBKL dan pemilik hartanah)," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata DBKL memerlukan peruntukan yang besar untuk menjalankan tugas menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya lestari yang dilengkapi pelbagai kemudahan.

"Contohnya, kos kutipan sampah sahaja berjumlah RM14 juta setiap bulan dan ini tidak termasuk kemudahan awam yang dirosakkan.

"Kalau anda mahu perkhidmatan yang bagus, anda kena bayar lebih," katanya.   

Isu kenaikan cukai pintu DBKL itu tercetus susulan dakwaan beberapa anggota parlimen pembangkang bahawa ada penduduk mengadu kadar baharu yang dijangka dilaksana Januari depan meningkat lebih 200 peratus.

Bagaimanapun Tengku Adnan sebelum ini dilapor menafikan kenaikan setinggi itu dan kadar berkenaan hanya satu cadangan. 

Penggunaan gajet galak minat membaca

Peningkatan kadar penggunaan gajet dan alat elektronik bagi proses pencarian maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya generasi muda, dilihat menjadi penyumbang kepada minat membaca golongan itu.

Ketua Pengarah Perpustakaan Malaysia (PNM), Datuk Raslin Abu Bakar berkata melalui perkembangan penggunaan alat teknologi itu, rakyat Malaysia kini tidak lagi tertumpu kepada bahan bacaan berbentuk fizikal semata-mata seperti buku, sebaliknya berubah kepada koleksi bacaan dalam talian.

Beliau berkata statistik PNM juga mendapati jumlah pengunjung dalam taliannya mencatat peningkatan bagi tempoh empat tahun sehingga 2012.

"Pada 2009, jumlah pengunjung maya PNM adalah 1.23 juta orang, meningkat kepada 6.44 juta orang pada tahun berikutnya, 8.27 juta orang lagi pada tahun 2011, 8.76 juta orang bagi tahun 2012.  

"Untuk tahun ini sehingga Oktober lepas pula, seramai 4.4 juta orang pengunjung dalam talian dicatat dan kita jangkakan jumlah ini akan terus meningkat melebihi jumlah tahun lepas," katanya kepada Bernama hari ini.   

Raslin berkata menerusi definisi dan tujuan membaca, yang kini diberi nafas baharu sejajar kepesatan perkembangan teknologi maklumat, juga menetapkan bahawa bahan bacaan tidak hanya terhad kepada buku yang boleh disentuh.

"Tujuan membaca itu ialah selagi si pembaca mendapat sesuatu yang baharu melalui penglihatan dan pemerhatiannya, maka itu dikira membaca.

"Malah jika kita melihat maklumat dan pengetahuan melalui i-pad atau apa juga alat teknologi sekarang ini, itu juga dikira membaca," katanya.

Justeru, Raslin berkata PNM akan terus memperkaya kandungan bahan menerusi kemudahan media baharu digital bagi menggalakkan lebih ramai pengguna dalam talian mengakses koleksi mereka, seterusnya menyuburkan lagi budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

"PNM perlu memastikan perkhidmatan dalam talian ini disediakan secara terbaik bagi memenuhi kehendak pengguna... kita akan tumpukan penambahbaikan terhadap bahan digital dan elektronik yang boleh diakses melalui Internet sesuai dengan kehendak mereka," katanya. 

Jambatan bebas tol Malaysia-Brunei akan dirasmi


File:Jambatan Seri Wawasan 4493633704 3cbff54de1.jpg

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah akan merasmikan jambatan tanpa tol Malaysia-Brunei bernilai RM25 juta, yang menghubungkan Limbang di Sarawak dan daerah Temburong di Brunei, pada 8 Dis ini.

Menteri Kerjaya Datuk Fadillah Yusof berkata tarikh itu diputuskan dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini.

"Selain pembukaan jambatan itu, Kementerian Kerjaya akan mempertingkat tahap infrastruktur di Limbang dan Lawas," katanya pada majlis makan malam dan taklimat Lembaga Pembangunan Perindustrian Pembinaan Malaysia (CIDB) di sini malam ini.

Beliau berkata Kementerian Kerjaya juga menyalurkan peruntukan berjumlah RM140 juta kepada Jabatan Kerja Raya Sarawak bagi pembangunan serta penambahbaikan jalan raya di Limbang dan Lawas dengan setiap kawasan menerima RM70 juta.

Jambatan itu umpama mimpi menjadi kenyataan kepada individu yang kerap berulang alik dari Sarawak, Sabah dan Brunei kerana selama ini mereka terpaksa beratur lebih lima jam untuk menaiki feri menyeberangi Sungai Pandaruan, yang mengambil masa kurang lima minit untuk tiba di setiap destinasi. 

Agong bimbang rakyat berani cabar perlembangaan

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini melahirkan rasa bimbang dengan tindakan segolongan rakyat yang berani melanggar undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan sehingga mencabar keutuhan yang mengancam kedamaian negara.
   
Baginda bertitah rakyat harus sentiasa menghormati dan memuliakan undang-undang sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
   
"Atas kedudukan beta sebagai ketua negara, beta ingin menarik perhatian semua pihak mengenai tugas, tanggungjawab dan obligasi mereka dalam menjamin kedamaian dan keamanan negara ini terus terpelihara.
   
"Kerakusan perasaan yang bertentangan dengan hasrat kedamaian dan keamanan mengikut perundangan hanya membawa padah buruk kepada negara," titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
   
Tuanku Abdul Halim yang merupakan Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) bertitah demikian semasa merasmikan konvokesyen ke-26 UUM di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
  
Baginda bertitah perkara itu perlu diingatkan kerana golongan tersebut sengaja mencabar Perkara Tiga dalam Bahagian Satu Perlembagaan Persekutuan iaitu hak istimewa selaku Ketua Negara dan Ketua Negeri dan tanggungjawab serta hak istimewa dan prerogatif Ketua Negara.
   
"Adalah menjadi kewajipan kita sentiasa memuliakan undang-undang yang menjadikan kita rakyat yang bertanggungjawab. Kita tidak mungkin menjadi rakyat yang dapat menikmati semua kebebasan tanpa mematuhi undang-undang negara," titah baginda.
   
Sultan Abdul Halim bertitah dalam Bahagian Dua, Perkara Lima hingga 13 menyebut mengenai pelbagai kebebasan asasi yang digubal dengan penuh kesedaran dan berasaskan keseimbangan hak untuk membawa negeri-negeri Melayu menjadi negara moden yang demokratik, maju, aman dan damai.
   
Mengenai UUM, baginda bertitah ia disediakan oleh kerajaan untuk memenuhi tanggungjawab sosial kepada masyarakat sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memenuhi satu daripada 13 kebebasan asasi warganegara untuk mendapat pendidikan tinggi.
   
Seramai 7,445 graduan termasuk penerima ijazah kehormat menerima ijazah mereka pada majlis konvokesyen bermula hari ini sehingga 3 Disember. 

Perhimpunan Agung Umno 2013 jadi tumpuan

umno
   
Forum dua hari itu turut mencatat sejarah dengan penyertaan lebih ramai tokoh politik terkemuka dunia termasuk pemimpin kanan Hamas, Khalid Meshaal.
   
Turut mengesahkan kehadiran ke forum itu ialah bekas naib presiden Kenya yang juga pemimpin Wiper Party Kenya, Stephen Kalanzo Musyoka, calon presiden Indonesia dari parti Golkar, Aburizal Bakri, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia yang baharu, Joseph Y. Yun dan wakil parti PAP dari Singapura.

Pada 3 Disember, akan berlangsungnya Majlis Taklimat Presiden yang diadakan secara tertutup sebelum perasmian serentak perhimpunan agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno pada pukul 8 malam di Dewan Merdeka.
   
Perhimpunan ketiga-tiga sayap parti itu akan berlangsung selama dua hari sebelum majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno diadakan pada 5 Dis.
   
Seperti mana lazimnya, tumpuan pastinya diberi kepada ucapan dasar Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dengan amanat yang dijangka akan mengorak hala tuju parti.
   
Pada 6 Disember, sesi perbahasan usul akan bermula merangkumi usul ucapan dasar presiden, usul ekonomi, agama dan pendidikan, dengan isu berhubung pemilihan parti Oktober lepas dan persiapan bagi pilihan raya umum ke-14 antara yang dijangka menghangatkan perbahasan.
   
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata anggota perwakilan Umno kali ini diberi lebih kebebasan untuk membahas pelbagai usul bagi membolehkan mereka mengupas isu berkaitan usul dengan lebih meluas dan mendalam.

Katanya ia juga membuktikan Umno parti yang terbuka dan sering mengambil kira pandangan pelbagai pihak dalam usaha seriusnya untuk memperkasa parti dan negara.
   
Selain anggota perwakilan, suara golongan profesional, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkepentingan Melayu turut diambil kira dan berpeluang untuk memberi input dalam usul yang dibentangkan pada perhimpunan kali ini.
   
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Pengerusi Jawatankuasa Usul perhimpunan berkata Umno menyediakan ruang, peluang dan platform melalui mesyuarat meja bulat dan kaedah-kaedah tertentu untuk mendapatkan input bagi setiap kluster usul dalam usaha menjadikan parti lebih inklusif.
   
Selain itu, perhimpunan tahunan itu juga akan mengumpulkan sebanyak 1,724 petugas media dari 118 agensi media tempatan dan antarabangsa, media baharu termasuk blogger yang akan berkampung di PWTC untuk membuat liputan sepanjang perhimpunan itu berlangsung. 


Bermula Isnin ini, Umno akan mengangkat tirainya untuk memberi laluan kepada perhimpunan agung parti yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.
   
Biarpun ada kalangan beranggapan perhimpunan kali ini 'kurang power' sementelah berakhirnya pilihan raya umum ke-13 dan pemilihan parti, namun ia diyakini tetap menjadi tumpuan pelbagai pihak, khususnya yang mahu melihat apakah hala tuju dan strategi Umno dalam mencatur kedudukannya dalam arena politik tempatan.
   
Perhimpunan kali ini juga penting untuk melihat kesatuan pucuk pimpinan baharu yang bakal menerajui parti itu untuk berdepan cabaran getir dalam pilihan raya umum ke-14 kelak.
   
Seramai 5,726 anggota perwakilan Umno dari seluruh negara dijadual menghadiri perhimpunan itu yang akan berlangsung dari 2 hingga 7 Dis ini.
   
Menurut Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, daripada jumlah itu, 2,759 merupakan anggota perwakilan bagi perhimpunan agung, manakala perhimpunan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri masing-masing akan disertai 989 anggota perwakilan.

Katanya sebanyak 101 wakil 32 parti dari 28 negara juga telah mengesahkan kehadiran dan sebanyak 80 anggota perwakilan dari 73 Kelab Umno Luar Negara dan tujuh badan perhubungan negara akan turut menyertai perhimpunan kali ini.
   
Pelbagai program diadakan sepanjang perhimpunan berlangsung dimulai dengan Persidangan Kelab Umno Luar Negara pada Ahad ini (1 Disember) di Dewan Tun Ismail, PWTC, diikuti dengan satu forum antarabangsa bertemakan politik kesederhanaan dan prinsip kestabilan akan diadakan pada Isnin dan Selasa.
   
Perdana menteri dijadual menyampaikan ucap tama pada forum itu manakala bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual menghadiri majlis jamuan tengah hari bersama peserta forum itu sebelum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dijadual merasmikan majlis penutup forum itu.   

Idris: Pengorbanan untuk rakyat hanya lakonan

Kenaikan melampau gaji Menteri Besar Selangor, Exco, Speaker, Timbalan Speaker dan Adun memperlihatkan ‘pengorbanan untuk rakyat’ dilaungkan pembangkang hanya lakonan, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata ternyata kata-kata pemimpin pembangkang di Selangor sebelum ini bahawa mereka pemimpin rakyat yang sejati, tidak perlu ganjaran dan habuan hanyalah ‘omong kosong’ untuk memperdaya rakyat.

Katanya tindakan menaikkan gaji itu juga bukanlah sesuatu yang boleh memberikan keuntungan besar kepada rakyat, sebaliknya ia meningkatkan kos pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang sepatutnya berhemah dalam mentadbir urus wang rakyat.

“Pada masa negeri di bawah Barisan Nasional, amat berhati-hati mengawal tadbir urus kewangan secara berhemah, mereka (pembangkang) tampak belang mereka rakus, begitu boros belanjakan wang rakyat untuk kesenangan tekak dan peribadi sendiri,” katanya kepada pemberita di Ayer Keroh di sini semalam.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Berkhatan Beramai-ramai dan Pelancaran Produk Rapideclam disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Turut hadiri isteri Mohd Khalil, Toh Puan Zurina Kassim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mat Diah dan Pengarah Urusan MedicFit Technology Sdn Bhd Datuk Rahadian Mahmud Tun Mohd Khalil.

Idris berkata dengan perkembangan terbaharu itu, rakyat boleh menilai sendiri cara sebenar bagaimana pembangkang mentadbir sebuah negeri dan sepatutnya tidak lagi diberikan peluang mentadbir di mana-mana negeri pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Suatu tindakan yang tidak bijak sekiranya terus memilih mereka pada PRU akan datang atau mana-mana pilihan raya kecil selepas ini terutamanya di Selangor...saya memberi jaminan Melaka tidak akan melakukan perkara sebegitu kepada rakyatnya sendiri,” katanya.

Sementara itu, Idris berkata pelantikan exco dalam kalangan Adun MCA di Melaka akan dilakukan selepas selesai pemilihan agung parti itu pada 21 Disember depan bagi memberi lebih ruang kepada parti itu membuat penyusunsan semula.

“Pemilihan itu ada pertandingan jawatan peringkat tertinggi parti jadi saya nak lihat dulu bagaimana, beri lebih masa dan ruang kepada mereka (MCA)...ini juga boleh beri saya lebih masa meneliti semua calon yang ada dan rancang sebaiknya,” katanya.

Sebelum ini, Idris dilaporkan berkata akan mengumumkan Adun MCA yang bakal dilantik Exco selepas sidang Dewan Undangan Negeri selesai semalam. Tiga wakil rakyat MCA di Melaka ialah Adun Bemban Datuk Ng Choon Koon; Adun Machap Datuk Lai Meng Chong; dan Adun Klebang Lim Ban Hong.

Mubarak pula cadang gaji YB dinaikkan

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menggesa kerajaan mempertimbangkan kenaikan gaji wakil rakyat di peringkat Parlimen dan Dun memandangkan hampir 20 tahun elaun mereka belum dinaikkan.

Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, kadar kenaikan yang difikirkan layak adalah antara 100 ke 150 peratus memandangkan keadaan ekonomi dan harga barangan keperluan yang tinggi.

Menurutnya, kakitangan awam dan kerajaan sudah diberikan kenaikan gaji tetapi wakil rakyat belum menerima kemudahan itu.

“Apabila ia naik, gaji dan elaun pencen ahli Mubarak juga akan berubah kerana saya tahu keadaan kehidupan bekas wakil rakyat tidak semuanya baik,” katanya ketika ditemui di Temerloh semalam.

Abdul Aziz menganggap menaikkan kadar elaun wakil rakyat pada masa sekarang adalah wajar berikutan tugas dan tanggungjawab mereka semakin mencabar untuk membangunkan rakyat dan negara.

Bagaimanapun katanya, kenaikan itu perlulah setimpal dengan keadaan semasa dan seiring dengan pembangunan dan kemajuan negara.

Menurutnya, kenaikan elaun sehingga 300 peratus seperti dilakukan Kerajaan Selangor adalah tidak munasabah malah keadaan itu mungkin pertama kali berlaku dalam sejarah kenaikan gaji atau elaun kakitangan awam, swasta atau elaun wakil rakyat.

“Kerajaan negeri perlu mengambil kira beberapa faktor seperti kemampuan kewangan mereka untuk melaksanakannya, kalau perlu naik, ia mestilah berpatutan.

“Saya nasihatkan mereka yang memegang tampuk pemerintahan negeri usah sewenang-wenangnya membuat keputusan menaikkan elaun tanpa mengambil kira keadaan hutang negeri, pertumbuhan ekonomi dan sebagainya” katanya.

Ustaz Kazim, Dr. Asyraf Wajdi, Nazri Aziz Antara Sembilan Dilantik Ahli MT UMNO

Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melantik sembilan ahli Majlis Tertinggi (MT) tambahan sebagai melengkapkan jumlah barisan MT sesi 2013-2016.
Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang media hari ini.
“MT lantikan ini akan dapat beri input baik kepada parti dan akan bergerak bersama barisan MT yang lain dan mereka juga akan dijemput untuk turut serta dalam mesyuarat MT akan datang dan akan mengangkat sumpah,” katanya.
Berikut adalah senarai MT tambahan:
1. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
2. Datuk Hamzah Zainudin
3. Datuk Mohd Shakar Samsudin
4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
5. Datuk Irmohizam Ibrahim
6. Datuk Johari Abdul Ghani
7. Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah
8. Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
9. Ustaz Mohammad Kazim Elias
majlis-ilmu-ustaz-kazim-sekolah-agama-maahad-tahfiz-al-barakah-ahli-majlis-tertinggi-umno

Lagu Tanya Sama Najib Sudah Jadi “Tanya Sama Anwar Apa Sebab Goyang”

Jika sebelum ini lagu “Tanya Sama Najib, Apa Sebab Goyang, Nanti Jawab Najib, Sabah Dah Hilang” pernah didendangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum Pilihan Raya Umum 13 yang lalu, kali ini rentak yang sama boleh dinyanyikan.
Mungkin rangkapnya begini pula…..“Tanya Sama Anwar, Apa Sebab Goyang, Nanti Jawab Anwar 11 Cabang Aku Dah Hilang’.
Menurut Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Jeneri, Yb Mahadzir Abdul Hamid, rangkap dan lagu berkenaan cukup sesuai untuk diamati oleh Ketua Pembangkang itu yang hari ini mungkin telah menyedari hakikat yang sebenarnya.
anwar-nyanyi-lagu-tanya-pokok-sabah-hilang-najib
Kata beliau retorik oleh pembangkang khususnya PKR di negeri itu boleh diumpamakan senjata makan tuan setelah hasrat untuk melebarkan pengaruh mereka di Sabah tidak kesampaian yang hanya menampakkan kecelaruan.
“Begitulah jadinya jika sebuah kapal yang ramai nakhoda… Bila dah ramai nakhoda ini kita boleh sama-sama fikirkan bagaimana kesan dan impaknya kepada kapal berkenaan dan apa yang berlaku di Sabah hari ini adalah petanda kepada perkara berkenaan.
“Lain yang disasarkan lain pula yang jadi dan perumpamaan serta lagu di atas cukup elok untuk dihayati oleh pimpinan PKR. Kegagalan pimpinan PKR di Sabah harus menjadi tanggungjawab semua dan itulah yang saya sebutkan soal kapal banyak nakhoda tadi,” katanya.
Kata beliau kesatuan yang padu amat diperlukan dalam sesebuah parti politik untuk memastikan parti berkenaan terus mengorak langkah dengan penuh terjamin dalam usaha menabur khidmat bakti kepada rakyat secara menyeluruh.
“Ini tidak…Soal kesatuan pun entah ke mana jadi sama-sama hayati dan sama-sama fikirkan. Ini adalah asas dan bukannya perkara main-main. Sebab itulah tidak pelik dan bukan sesuatu yang ganji senario di Sabah itu berlaku,”ujarnya.

30 Orang Dilantik Mengisi Jawatan Kepimpinan Wanita UMNO Pusat, Negeri

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan pelantikan 30 orang bagi mengisi jawatan barisan kepimpinan tertinggi pergerakan itu di peringkat pusat dan negeri, dengan 15 daripadanya muka baharu.
“Kepimpinan Wanita UMNO di 191 bahagian terdiri daripada gadingan mantap, berpengalaman, profesional, ahli akademik, korporat dan juga golongan muda yang mampu menjadi tulang belakang kepada pelan transformasi politik Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Tun Razak),” katanya.
Antara lantikan muka baharu di peringkat pusat ialah Ketua Wanita Bahagian Maran Datuk Rosni Zahari sebagai Ketua Penerangan, anggota Wanita Bahagian Pekan Nor Azita Abdul Rahman sebagai Bendahari dan Ketua Wanita Bahagian Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad sebagai Penolong Setiausaha Wanita Barisan Nasional.
Berikut ialah senarai lantikan bagi Ketua dan Naib Ketua Wanita Perhubungan Negeri yang baharu;
1. Perlis
Ketua: Rela Ahmad (Ketua Wanita Bahagian Kangar)
Naib Ketua: Datuk Shamsiah Yasin (Ketua Wanita Bahagian Arau) (muka baharu)
2. Kedah
Ketua: Datuk Maznah Abdul Hamid (Ketua Wanita Bahagian Jerlun)
Naib Ketua: Datuk Marlia Abd Latif (Ketua Wanita Bahagian Padang Serai)
3. PULAU PINANG
Ketua: Senator Norliza Abd Rahim (Ketua Wanita Bahagian Bukit Gelugor) (muka baharu)
Naib Ketua: Sofiah Sharif (Ketua Wanita Bahagian Nibong Tebal) (muka baharu)
4. KELANTAN
Ketua: Datin Rahimah Mohamad (Ketua Wanita Bahagian Machang)
Naib Ketua: Roslinah Mohamed (Ketua Wanita Bahagian Jeli)
5. TERENGGANU
Ketua: Datuk Fatimah Hamat (Ketua Wanita Bahagian Hulu Terengganu)
Naib Ketua: Senator Rohani Abdullah (Ketua Wanita Bahagian Kemaman)
6. PAHANG
Ketua: Senator Roslin Abdul Rahman (Ketua Wanita Bahagian Bentong) (muka baharu)
Naib Ketua: Norahan Abu Bakar (Ketua Wanita Bahagian Kuala Krau) (muka baharu)
7. PERAK
Ketua: Datuk Rusnah Kassim (Ketua Wanita Bahagian Tanjung Malim)
Naib Ketua Wanita: Dr Azizah Johor (Ketua Wanita Bahagian Lumut) (muka baharu)
8. SELANGOR
Ketua: Datuk Nor Hayati Onn (Ketua Wanita Bahagian Klang) (muka baharu)
Naib Ketua: Halimaton Saadiah Bohan (Ketua Wanita Bahagian Subang) (muka baharu)
9. WILAYAH PERSEKUTUAN
Ketua: Senator Mariany Mohd Yit (Ketua Wanita Bahagian Bukit Bintang) (muka baharu)
Naib Ketua: Nor’ashikin Ahmat Nasron (Ketua Wanita Bahagian Batu) (muka baharu)
10. NEGERI SEMBILAN
Ketua: Datuk Norhayati Omar (Ketua Wanita Bahagian Kuala Pilah)
Naib Ketua: Siti Harpah Md Dom (Ketua Wanita Bahagian Rembau) (muka baharu)
11. MELAKA
Ketua: Datuk Rabiyah Ali (Ketua Wanita Bahagian Kota Melaka)
Naib Ketua: Datuk Nor Adibah Abdullah (Ketua Wanita Bahagian Tangga Batu)
12. JOHOR
Ketua: Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (Ketua Wanita Bahagian Kluang)
Naib Ketua: Senator Datuk Noriah Mahat (Ketua Wanita Bahagian Pagoh)
13. SABAH
Ketua: Datuk Armani Mahiruddin (Ketua Wanita Bahagian Libaran)
Naib Ketua: Datuk Jainab Ahmad (Ketua Wanita Bahagian Sepanggar) (muka baharu)

DAP Jangan Angkuh

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah percaya sikap biadap dan angkuh pemimpin DAP yang enggan memohon maaf atas gelaran “kucing kurap” kepada kakitangan awam akan terus kekal dalam ingatan lebih kurang 1.2 juta kakitangan awam seluruh Negara.
Justeru, beliau berharap 1.2 juta kakitangan awam akan beri pengajaran berguna bukan saja kepada ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi tetapi seluruh kepimpinan DAP termasuk pakatan pembangkang yang lain pada masa hadapan terutama ketika pilihan raya umum nanti.
Jelasnya lagi sikap yang ditunjukkan Jeff Ooi ini memberikan gambaran bahawa inilah sikap dan cara kepimpinan DAP yang angkuh, sombong serta tidak bertanggungjawab.
Tambah beliau sejak penghinaan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP itu, ramai pihak telah menggesa agar DAP mengambil tindakan segera malah Jeff Ooi juga didesak memohon maaf secara terbuka.
Namun sehingga ke hari ini masih tiada sebarang kenyataan maaf dikeluarkan malah pimpinan tertinggi DAP juga tidak memberi sebarang respon terhadap isu ini.
“Tindakan berdiam diri DAP ini seakan merestui pemimpin mereka bersikap kurang ajar dan mencela penjawat awam. Atau adakah mereka bersetuju dengan cara ahli parlimen  Jelutong ini… DAP harus sedar diri dan jangan terlalu rasa selamat dengan kedudukan mereka sekarang kerana mereka mampu jatuh pada bila-bila masa sahaja.
“Mungkin DAP berasa selesa berlandaskan pencapaian mereka pada PRU yang lalu tetapi jangan lupa, rakyat sekarang ini bukan bodoh dan mampu berfikir lebih jauh. Tidak mustahil mereka akan ‘mengajar’ DAP pada PRU akan datang sekiranya rakyat terutamanya penjawat awam terus dihina,” ujarnya.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Lenggong menambah, DAP seharusnya tegas mengambil tindakan terhadap pemimpin mereka yang bersikap keterlaluan sebagaimana mereka sering mendesak kerajaan pusat mengenakan tindakan terhadap pemimpin yang melakukan kesalahan.
Tidak mustahil 1.2 juta penjawat awam di negara ini bakal memberi pengajaran bermakna kepada pembangkang khususnya DAP.
Jika sebelum ini ada pemimpin DAP yang menuduh punca rasuah berleluasa adalah kerana ramai orang Melayu bekerja sebagai kakitangan awam kini penjawat awam disamakan pula dengan kucing kurap. 

Selepas Berdepan PRU dan Pemilihan, Persidangan Parti Untuk Terus Perkukuh UMNO

Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang bakal diadakan bermula 2 – 7 Disember depan adalah platform terbaik kepada ahli-ahli UMNO untuk berkumpul dan mencambahkan idea bagi memastikan parti terus kuat dan kekal utuh, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan.
Katanya, selepas UMNO melalui Pilihan Raya Umum ke-13 dan pemilihan pemilihan parti maka tentunya anggota parti melalui perwakilan mereka mempunyai banyak idea dan perkara-perkara baru yang ingin dilontarkan.
majlis-tertinggi-umno-baru-2013-doa-pilihanraya-pemilihan-persidangan-perhimpunan
“Inilah ruang dan peluang kepada anggota parti untuk menimba pandangan-pandangan yang bersilang bagi dibawa balik ke tempat masing-masing kelak dan diperbincangkan bersama anggota mereka di akar umbi,” katanya.
Ujarnya, sebagai perwakilan yang hadir maka menjadi tanggungjawab kepada mereka untuk membawa ilmu baru yang akan dapat memberi manfaat kepada ahli UMNO keseluruhannya.
“Kita mengharapkan agar perkumpulan ini akan menjadi medan bagi memastikan kekuatan dan kekukuhan UMNO untuk kelangsungannya kepada generasi akan datang,” katanya lagi.
Beliau yang terpilih menjadi mengisi kepimpinan MT untuk sesi 2013-2016 juga turut melahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada akar umbi iaitu pimpinan di peringkat cawangan dan bahagian yang memberi peluang kepada beliau untuk menjadi kumpulan yang boleh memberikan pandangan, pendapat dan kekuatan kepada parti. 

Friday 29 November 2013

Muzakarah: Pemuda UMNO Terbuka Tapi Jangan Main Politik Sorong Tarik

Pemuda UMNO hari ini menyatakan keterbukaan berhubung isu muzakarah antara parti itu dengan Pas dan melihat jika tawaran itu dibuat secara ikhlas dan  jujur  demi masa depan umat Islam.
Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata usaha ke arah itu biarlah dilaksanakan tanpa prasyarat yang terlalu berat untuk kedua-dua belah pihak.
“Kita terbuka dalam isu muzakarah dan kita lihat kalau sekiranya tawaran itu dibuat secara ikhlas, secara jujur maka kita menyokong sebarang usaha untuk melihat kedua-dua parti terbesar Melayu di negara ini untuk membincangkan demi masa depan negara dan juga demi masa depan umat Islam.
khairy-kj-ketua-pergerakan-pemuda-umno-bn
“Tetapi saya nak tarik perhatian bahawa dah ada banyak kali dah kita cuba..dan bila dah dekat nak sampai meja rundingan atau perbincangan terlalu banyak syarat diletakkan oleh parti Pas. Saya harap kalau ada usahanya ke arah muzakarah biarlah ia dijalankan tanpa ada apa-apa prasyarat yang terlalu berat pada kedua-dua belah pihak.
“Saya risau perkara ini dipolitikkan nanti dan usaha murni daripada UMNO yang menerima cadangan tersebut akan digunakan untuk keuntungan parti Pas. Saya mahu supaya kalau kita nak muzakarah kita boleh letakkan agenda tetapi jangan ada prasyarat bahawa UMNO kena setuju kepada itu dan ini dan sebagainya” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.
Ketika menjawab soalan apakah perlu ada  tempoh waktu  untuk itu, Khairy menjelaskan tidak perlu adanya tempoh masa.
“Tidak ada time frame…bila ada time frame dan terburu-buru nak buat muzakarah jadi pada waktu itu kita akan lihat bahawa kita tidak buat muzakarah itu atas kepentingan umum tetapi semata-mata buat untuk kejar jadual. Ini penting kalau benda ini jadi, biarlah benda ini jadi secara ‘natural’ dan semula jadi tanpa paksaaan daripada mana-mana pihak tanpa paksaaan oleh kerana jadual waktu,” ujarnya.
Menyentuh soal agenda yang akan disentuh, beliau menambah mungkin agenda yang boleh disentuh adalah agenda penyatuan nasional, penyatuan umat Islam.
“Sebab kita tidak mahu melihat ini sebagai penyatuan umat Islam sahaja. Bila UMNO dan Pas bermuzakarah dan bergabung untuk membincangkan, kita juga mewakili seluruh rakyat Malaysia.  Jadi rakyat yang bukan beragama Islam tidak perlu rasa takut atau risau akan ada satu gabungan parti Islam Melayu. Jadi agenda itu mestilah meliputi bukan hanya meliputi perpaduan ummah dan juga isu kepentingan agama Islam tetapi juga perpaduan nasional,” katanya.
Pada sidang media yang sama beliau turut mengecam mengecam sebarang tindakan pengintipan terhadap kerajaan dan juga rakyat negara ini.
“Kita anggap tindakan tersebut sebagai satu tindakan yang mempertikaikan dan mencerobohi kedaulatan Malaysia. Dan kita menggesa kerajaan melalui Kementerian Luar untuk mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap sesiapa yang didapati bersalah dalam hal ini,” ujarnya. 

Gaji Naik Melampau… Ini Baru Betul Kerajaan Kebajikan Rakyat

Gaji YB Selangor naik lebih 100 peratus, kakitangan kerajaan negeri pula hanya dapat bonus setengah bulan gaji… Inilah satu lagi sandiwara pembangkang untuk menutup segala kepincangan dan kerakusan sendiri, demikian pandangan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus ketika diminta mengulas mengenai kenaikan gaji YB di Selangor yang naik mendadak sehinggakan melebihi gaji menteri.
“Bukan tidak boleh naik gaji tetapi ini adalah satu kenaikan yang melampau sehinggakan melebihi gaji menteri. Pembangkang sebelum ini sering melaung-laungkan mereka membela nasib rakyat, mereka adalah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat, semuanya untuk rakyat tetapi adakah kenaikan ini membuktikan mereka membela nasib rakyat?
sinar-harian-khalid-gaji-yb-selangor-naik-tinggi-rakyat
“Apa yang saya lihat ini hanyalah menjaga pegawai eksekutif mereka… mereka hanya mengambil kesempatan dan untuk menutup perkara ini, bonus setengah bulan diberi kepada kakitangan kerajaan negeri. Nampak sangat mereka memperbodohkan rakyat Selangor,” ujarnya.
Hakikatnya tegas beliau  sudah terang lagi bersuluh slogan ‘pakatan harapan rakyat’, ‘demi kesejahteraan rakyat’, ‘kerajaan rakyat’ dan pelbagai slogan lagi yang bertemakan rakyat hanyalah satu retorik.
Jelasmya lagi, sekiranya kerajaan persekutuan mengumumkan kenaikan seperti ini sudah pasti pembangkang akan teruk ‘membelasah’ kerajaan kononnya makan duit rakyat.
“Tetapi apabila mereka yang membuat perkara sebegini tanpa memikirkan rakyat semuanya ‘ok’. Apa relevannya kenaikan melampau sebegini?” soalnya lagi.
Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan bermula 1 Januari depan gaji YB di negeri tersebut dinaikkan setelah usul yang dibawa oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar dipersutujui sebulat suara dalam sidang DUN semalam.
Pengumuman ini bakal menyaksikan gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 (106 peratus); anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250 (231 peratus); speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (266 peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus) dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250 (87 peratus).

Thursday 28 November 2013

Khairy Umum Portfolio Exco Pemuda UMNO

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan senarai penuh barisan portfolio Exco Pemuda UMNO dan barisan pegawai serta ketua dan naib Ketua Pemuda negeri.
Menurut beliau daripada 25 biro yang diumumkan hari ini, dua biro adalah yang baru diperkenalkan iaitu Biro Perkaderan Politik dan Biro Kepenggunaan, Alam Sekitar & Kualiti Hidup serta tambahan perumahan untuk Biro Hal Ehwal Bandar, manakala Unit Media Baru kini dikenali sebagai Biro Media Baru.
“Saya lihat muka baru ini amat komited dan harapan saya tinggi. Saya bagi mereka sebulan untuk selesaikan perlantikan jawatankuasa dan untuk perlantikan tersebut, saya syaratkan dalam setiap biro mesti ada seorang daripada kalangan mahahsiswa dan seorang lagi mestilah profesional muda lingkungan 20-an sepertimana saya lantik dua profesional muda dalam AJK Pemuda
“Dan kita akan tetapkan Key Performance Index (KPI) untuk setiap biro. Jadi setiap biro akan ada KPI jelas…pencapaian jelas setiap tahun…apakah harapan dan apakah penanda aras yang kita perlukan daripada mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO yang pertama selepas proses pemilihan UMNO 2013 baru-baru ini.
Khairy seterusnya menambah pergerakan itu mempunyai dua matlamat pada kali ini iaitu menang Pilihan Raya Umum Ke-14 dan keduanya adalah proses perkaderan.
“Saya katakan ada dua matlamat..kita menang PRU-14 dan dapat sokongan yang padu daripada pengundi muda. Akan cuba dekati seramai mungkin dan keduanya proses perkaderan.
“Sebab itu kita tubuhkan biro baru iaitu Biro Perkaderan Politik yang mana pada perhimpunan agung lepas Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak telah setuju dengan cadangan kita untuk menubuhkan satu akademi kepimpinan.
“Kita namakan akademi tersebut akademi kepimpinan Kapten Hussein Onn. Ini merupakan penghormatan kepada Ketua Pemuda yang pertama, Tun Hussein Onn yang pada waktu itu beliau sebagai Kapten Hussein Onn.
“ Akademi tersebut akan jadi tempat perkaderan kita dikalangan Pemuda, mahasiswa, profesional dan kita akan kenalpasti yang kita rasa boleh dilatih, dibangunkan sebagai pemimpin masa depan parti kita,“ ujar beliau.
khairy-ketua-pemuda-umno-exco-ajk-baru-mesyuarat-naib-azwan-psu-sahfri-pwtc
Berikut Senarai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Tetap : Datuk Zubir Zabidi
Timbalan Pengerusi Tetap : Bahrul Razha Chuprat
Penolong Setiausaha : Ybhg Dato’ Hj Mohamad Saffri Ab Aziz
Penolong Bendahari : Sdr Abdul Razak Abdul Rahman
Ketua Penerangan : Sdr Jamawi Jaafar
Biro Pemuda UMNO Malaysia
1. Jawatankuasa Pengurusan : Sdr Khairul Azwan Harun
2. Penerangan : Sdr Jamawi Jaafar
3. Pendidikan Tinggi : Sdr Fathul Bari Mat Jahya
4. Pendidikan Politik & Pidato : Sdr Armizan Mohd Ali
5. BN & 1Malaysia : Sdr Mohd Najib Mohd Isa
6. Pendidikan Luar Negara : Sdr Onn Hafiz Ghazi
7. Keselamatan Awam Sdr Mu’ammar Ghadafi Jamal Haamaludin
8. Hal Ehwal Bandar & Perumahan : Sdr Nazir Hussein Akhtar Hussein
9. Hubungan NGO : Sdr Khairul Firdaus Khan Akhbar Khan
10. Pertanian & Asas Tani : Ybhg Dato‘ Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad
11. Keseniaan & Kebudayaan : Sdr Jefri Salim
12. Perkaderan Politik : YM Tengku Zuhri Tengku Aziz
13. Pekerja Muda : Sdr Dazma Shah Daut @ Daud
14. Tugas Khas : Sdr Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi
15. Sukan : Sdr Yusmizan Md Yunus
16. Antarabangsa : Ybhg Dato’ Mohamed Hazali Abu Hassan
17. Sosial Etika : Yb Mohd Iskandar Jaafar
18. Kesatria Pemuda : Sdr Arman Azha Abu Hanifah
19. Hal Ehwal Luar Bandar : Yb Anuar Abdul Manap
20. Pelajaran : Sdr Mohd Rafiq Naizamohideen
21. Media Baru : Sdr Ibdillah Ishak
22. Ekonomi & Pembangunan Usahawan : Sdr Azlan Abdullah
23. Agama : Sdr Azmir Yuzaimi Mohd Yunos
24. Aduan Komuniti : Sdr Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman
25. Keahlian & daftar Pemilih : Sdr Kamarol Salleh
26. Profesional Muda : Sdr Shahril Hamdan
27. Kepenggunaan, Alam Sekitar & Kualiti Hidup : Sdr Mohd Ar Rahman Husin
Setiausaha Kerja : Sdr Mohd Lassim Burhan
Senarai Ketua dan Naib Ketua Pemuda Negeri
1. Perlis
Ketua Pemuda : Sdr Syed Atif Syed Abu bakar
Naib Ketua Pemuda : Sdr Khairul Anuar Ahmad
2. Kedah
Ketua Pemuda : Dato‘ Shaiful Hazizy Zainol Abdin
Naib Ketua Pemuda : Yb Mahadzir Abdul Hamid
3. Pulau Pinang
Ketua Pemuda : Sdr Rafizal Abd Rahman
Naib Ketua Pemuda : Sdr  Jasmin Noordin
4. Perak
Ketua Pemuda : Sdr  Hairul Anwar
Naib Ketua Pemuda : Sdr Khairul Shahril
5. Selangor
Ketua Pemuda : Sdr  Zuhri Zainal
Naib Ketua Pemuda : Sdr Rizuan Mahidin
6. Wilayah Persekutuan
Ketua Pemuda : Sdr Mohd Razlan
Naib Ketua Pemuda : Sdr Sdr Mohd Rafi
7. Negeri Sembilan
Ketua Pemuda : Yb Sdr Khairy Jamaluddin
Naib Ketua Pemuda : Sdr Azharuddin Shujauddin
8. Melaka
Ketua Pemuda : Sdr Zali Mat Yasin
Naib Ketua Pemuda : Sdr Rohaizam Bakar
9. Johor
Ketua Pemuda : Sdr Hasrin Hashim
Naib Ketua Pemuda : Datuk Khairul Anwar
10. Pahang
Ketua Pemuda : Sdr Shahruddin Ahmad
Naib Ketua Pemuda : Sdr Ahmad Nilhakim Abd Rahman
11. Terengganu
Ketua Pemuda : Sdr Mohd Johari Abu Bakar
Naib Ketua Pemuda : Sdr Dr Najmil Faiz
12. Kelantan
Ketua Pemuda : Sdr Mohammad Azam Ismail
Naib Ketua Pemuda : Sdr Eriandi Ismail
13. Sabah
Ketua Pemuda : Sdr Yamani Hafez
Naib Ketua Pemuda : Sdr Shahelmey Yahya

Pertikai Pelantikan Dua Bekas Anggota DAP Tunjuk Kebencian Pembangkang – Zambry

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan pembangkang mempertikaikan pelantikan dua bekas anggota DAP masing-masing sebagai Penyelaras Hal Ehwal Bukan Islam dan Penyelaras Masyarakat Penyayang, sebagai menunjukkan kebencian dan tidak puas hati mereka.
Beliau berkata semua pihak boleh membuat tafsiran berhubung pelantikan kedua-dua mereka yang juga merupakan bekas anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang sebelum bertindak menjadi wakil rakyat Bebas sebelum ini.
“Ini tafsiran subjektif, siapa saja boleh mentafsir, sebarang pelantikan boleh ditafsir sebagai habuan…biar mereka (pembangkang) buat tafsiran,” katanya kepada pemberita di luar persidangan DUN di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai pertikaian Adun Malim Nawar Leong Cheok Keng berhubung pelantikan itu, selain turut membangkitkan sama ada ia sebagai ‘reward’ (habuan) kerana mereka menyokong Barisan Nasional (BN).
Terdahulu, ketika membahaskan Bajet 2014 negeri, Leong (DAP-Malim Nawar) berkata pelantikan Keshvinder Singh dan Datuk Hee Yit Foong dibuat dalam keadaan yang luar biasa kerana setakat ini pembangkang tidak mengetahui pengumuman mengenai pelantikan tersebut sama ada oleh kerajaan negeri atau kerajaan Pusat.
“Kalau pelantikan jawatan itu adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat, kepentingan awam, kenapa tiada apa-apa pengisytiharan umum dibuat mengenainya,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan sama ada pelantikan dua jawatan itu mengikut peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak atau peruntukan lain  kerana jika tiada, maka ia boleh dikatakan di luar kuasa kerajaan atau pelantikan itu tidak sah.
“Kami pun tidak diberitahu sama ada jawatan-jawatan itu dibuka untuk permohonan, adakah mereka dikehendaki menjalani temuduga dengan pihak kerajaan,  atau adakah orang lain juga mohon jawatan itu. Adakah ini semua ‘black box operation’ maksudnya tidak dikenali oleh orang awam,” katanya.
Selain itu, Leong juga mempersoalkan sama ada imbuhan dan elaun yang diberi kepada kedua-dua penyelaras itu termasuk dalam peruntukan RM4 juta yang disediakan kerajaan negeri bagi menjalankan program berkaitan Hal Ehwal Bukan Islam atau kedua-duanya hanya bekerja secara percuma.
“Oleh yang demikian, orang mengesyaki ia adalah ganjaran politik selepas kejatuhan Pakatan Rakyat pada tahun 2009. Kontrak dan surat pelantikan perlu disebarkan kepada umum supaya tahu keistimewaan, kuasa dan bajet. Jika jawatan itu tidak diperlukan, ia perlu dihapuskan untuk menjimatkan duit rakyat,” katanya.
Timbalan Speaker DUN, Datuk Nasarudin Hashim kemudian meminta Leong tidak tersasar daripada membahaskan Bajet 2014 negeri kerana persoalan itu akan  dijawab semasa sesi penggulungan nanti.