Nuffnang Ads

Thursday 30 January 2014

Resam Politik PKR… Kokok Berderai-derai, Ekor Sendiri Penuh Tahi

Bagi menutup kesilapan dan tindakan mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang tanpa sebarang alasan yang kukuh, Rafizi Ramli yang diangkat kononnya selaku Pakar Strategik PKR terpaksa membuat tuduhan tanpa asas dengan meletakkan kesalahan tersebut kepada UMNO.
Bagi Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin tindakan memainkan politik melalui persepsi ini sememangnya menjadi strategi utama PKR sejak dahulu lagi bagi melahirkan perasaan benci rakyat kepada kerajaan dan UMNO.
Jelas beliau lagi tidak cukup sekadar itu sahaja, Rafizi turut mengheret Tun Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri dalam menutup krisis kepimpinan PKR terutamanya di negeri Selangor.
Sekiranya benar telahan Rafizi yang mana Tun Mahathir merancang percaturan untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, pastinya waktu yang paling tepat adalah dalam Pemilihan UMNO baru-baru ini, ulas Nazir.
rafizi-pengarah-strategi-pkr-anwar-ketawa-pakatan
“Agenda meracuni fikiran rakyat yang dilakukan oleh PKR selama ini sememangnya telah menampakkan hasil khususnya kepada pengundi-pengundi berbangsa Cina dalam PRU 13 baru-baru ini. Rafizi terlalu yakin bahawa apa sahaja fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan dan UMNO akan diterima oleh rakyat tanpa ada persoalan.
“Rafizi perlu sedar bahawa agenda peribadi Anwar Ibrahim dan PKR yang cuba menutup kelemahan dan kecelaruan kepimpinan di negeri Selangor sehingga perlu mengorbankan DUN Kajang adalah kerana kesilapan sendiri. Dalam mereka sentiasa menghiburkan telinga rakyat terhadap pembaziran duit rakyat yang akhirnya mereka sendiri lakukan seperti ‘meludah ke langit’,” katanya di sini.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa seterusnya berkata Rafizi seharusnya perlu mengakui kelemahan parti sendiri dalam soal kepimpinan dan ketidakmampuan pentadbiran di negeri Selangor tanpa memperjudikan harapan pengundi di DUN Kajang serta jauh sekali menuding jari kepada pihak lain.
“Pendirian dan tindakan PKR Selangor ini juga turut dipertikai oleh PAS sendiri. Kenapa perlu Anwar Ibrahim sanggup menjadi kuda tunggangan Azmin Ali bagi menangani Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar.
“Adakah ketandusan atau ketidaklayakan barisan kepimpinan PKR yang ada pada hari ini sebagai penyebab utama, melihat kepada kebijaksanaan Rafizi dalam memutarbelitkan isu dan mencelarukan fikiran rakyat adalah lebih baik dia sendiri bertanding di DUN Kajang tersebut untuk mengambilalih jawatan Menteri Besar.
“Rafizi diingatkan jangan meletakkan kelemahan sendiri di atas bahu orang lain seperti kenyataan yang dibuat. Jangan sampai kerosakan rumahtangga sendiri, orang lain yang dituduh. Kerana amalan politik kotor seperti ini tidak akan mampu mematangkan fikiran rakyat,” ujarnya lagi. 

Pemimpin Bertaraf Dunia?? Silalah Datang Ke Permatang Pauh

“Kalau nak tahu dia (Anwar Ibrahim) bertaraf dunia atau tidak datanglah ke Permatang Pauh dan nilaikan sendiri.  Malah boleh tanya kepada penduduk di Permatang Pauh di sini sejauh mana kehebatan dia menjaga kawasan di sini”, demikian menurut Ketua UMNO Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said.
tiada-pembangunan-moden-kemudahan-permatang-manggis-pauh-anwar-ibrahim-dun-parlimen
Justeru, beliau menggesa agar dikemukakan bukti yang boleh menyokong untuk mengangkatkan Anwar Ibrahim kononnya pemimpin bertaraf dunia kerana penduduk di Permatang Pauh lebih kenal dan arif siapakah Ahli Parlimen mereka itu.
Jelasnya lagi dengan pelbagai masalah yang menghantui penduduk di beberapa kawasan seperti kemudahan asas yang belum lagi diselesaikan serta permasalahan banjir di beberapa tempat, nafsu besar Anwar untuk bertanding di PRK DUN Kajang menimbulkan tanda tanya.
“Penduduk di Permatang Pauh ini sebenarnya masih banyak memerlukan pembelaan daripada Anwar dan apa yang berlaku hari ini menunjukkan kepada umum bahawa beliau sekadar Ahli Parlimen atas kertas semata-mata.
“Apa makna nak letak dia pemimpin pemimpin bertaraf  dunia  jika kawasan sendiri masih lagi tidak terjaga sepenuhnya. Rakyat khususnya pengundi di kawasan ini memerlukan tumpuan terutama dalam menyelesaikan beberapa masalah seperti yang saya katakan tadi dan bukan sekadar balik jenguk sekali sekala sahaja.
“Sebab itu apa yang saya nampak dari segi khidmat bakti di kawasan ini, beliau hanya sekadar pemimpin biasa sahaja dan bukannnya bertaraf dunia. Saya bukannya merendah-rendahkan beliau tetapi itulah realitinya di Permatang Pauh ini,” katanya di sini.
isu-mansuh-hapus-tol-sungai-nyiur-nyior-anwar-penang-dap-pulau-pinang
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, penduduk Kajang patut bersyukur kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang yang disifatkannya pemimpin bertaraf dunia, bertanding dalam pilihan raya kecil itu.
Katanya, semua pihak sedia maklum tentang kepimpinan Anwar bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara-negara Islam seperti di Timur Tengah serta negara-negara membangun.
Mengulas lebih lanjut, Zaidi yang lebih dikenali sebagai Cikgu Zaidi seterusnya menambah memang betul jika dikatakan Anwar pemimpin bertaraf dunial tetapi dari sudut gimik politiknya sahaja.
“Bab itu kita akuilah tetapi hebatnya beliau dari segi gimik politik sahaja….Sebab itu daripada satu sudut langkahnya untuk bertanding di Kajang itu juga ada tersiratnya.
“Mungkin itu cara beliau mengalihkan tumpuan terhadap kemelut dalaman PKR serta dakwaaan yang menimpanya seperti yang diperkatakan oleh rakan-rakan rapat beliau hari ini. Itulah Anwar Ibrahim,” katanya.

Peniaga Tidak Boleh Mengenakan Cukai GST Sebelum Tahun Depan

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini mengeluarkan arahan melarang restoran atau hotel daripada mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas pelanggan mereka sebelum 1 April 2015.
Beliau berkata sudah ada restoran atau peniaga yang mengenakan GST,  dan meletakkan cukai itu dalam resit pelanggan sebelum tarikh yang diumumkan dalam bajet baru-baru ini.
“Apabila ditanya, mereka ini memberitahu bahawa GST ialah ‘Government Service Tax’ (Cukai Perkhidmatan Kerajaan).
“Perbuatan ini patut dihentikan… saya keluarkan arahan ini supaya tidak ada mana-mana kedai menggunakan perkataan GST. Tidak ada perkara yang disebut sebagai ‘Government Service Tax’. Yang wujud cuma cukai perkhidmatan dan cukai jualan sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional Peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
GST yang ditetapkan pada kadar 6 peratus akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus, yang pada masa ini dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan tertentu, seperti makanan dan minuman dalam perkhidmatan restoran serta hotel.

Tolak Ugutan, Keganasan Atau Tindakan Ekstrem – Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat Malaysia supaya menolak sebarang bentuk ugutan, keganasan atau tindakan ekstrem yang boleh menggugat keharmonian yang dikongsi dan dinikmati pelbagai kaum di negara ini.
Dalam perutusan Tahun Baharu Cina beliau, Perdana Menteri berkata ketika rakyat bergembira menyambut ketibaan tahun kuda, mereka juga haruslah mendukung perpaduan dan keharmonian antara kaum yang telah dinikmati sejak sekian lama.
najib-tahun-baru-cina-ucap-selamat-baju-kaum
“Saya pasti kita sepatutnya percaya kepada suara kebenaran. Tergalas di bahu kita untuk bertindak dengan wajar dan sentiasa mendengar pandangan satu sama lain.
“Dalam rumpun kebudayaan Malaysia, kita mestilah menjunjung kedaulatan undang-undang dan sentiasa menghormati sensitiviti anutan lain,” katanya dalam blog www.1Malaysia.com.my.
Beliau menarik perhatian bahawa walaupun banyak kemajuan dicapai dalam  program transformasi, perjalanannya masih jauh dan banyak lagi yang perlu dicapai.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata program transformasi memerlukan sokongan daripada segenap lapisan masyarakat – terutamanya komuniti kaum Cina yang terkenal mahir dalam bidang keusahawanan.
Beliau berkata banyak inisiatif sedang diusahakan demi meningkatkan taraf kehidupan rakyat termasuk program berterusan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Ops Harga bagi membendung kenaikan harga dan banyak lagi untuk membantu mengurangkan kesan tekanan inflasi global.
Selain itu, katanya mesyuarat perundingan dan perbincangan yang member fokus kepada menangani isu mengurangkan beban yang ditanggung rakyat juga dijalankan.
“Segala usaha kita akan berkecai sekiranya tidak ditunjangi dengan sokongan dari anda semua.
“Kita mesti kekal berdaya tahan dalam menempuhi cabaran ekonomi untuk mengekalkan kestabilan dan kemajuan demi generasi masa akan datang,” kata beliau.
Sambil mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Cina Malaysia, Najib menyatakan penghargaannya terhadap peranan yang dimainkan  mereka dalam membina negara sejak zaman merdeka lagi.

PRK Sahaja Tiga Kali Rakyat Ditipu Anwar…

Pilihanraya bukanlah sesuatu yang boleh dibuat sesuka hati dan pada bila-bila masa.  Pilihanraya adalah simbol ‘kepercayaan rakyat’, ‘integriti’ dan ‘keadilan’.
Justeru, sesebuah pilihanraya memakan kos yang begitu tinggi untuk memastikan perjalanannya lancar dan tepat.  Bagi sesebuah pilihanraya kecil juga, SPR dan PDRM memerlukan jumlah jutaan ringgit.   Contohnya, bagi PRK Kuala Besut yang lalu, perbelanjaan dari SPR sahaja memakan jumlah RM750,000 dan PDRM pula sebanyak RM10.4 juta.  Jumlah ini sudah cukup untuk menunjukkan yang ia bukan sesuatu yang boleh dipermudahkan.
Berdasarkan hakikat ini, seseorang wakil rakyat tidak boleh berundur diri dan meletak jawtan sesuka hati, tanpa sebab musabab yang konkrit walaupun atas nama kepentingan parti. Ini kerana tugas utama seorang wakil rakyat adalah untuk mewakili rakyat, bukan parti.
Bagaimanapun, pembangkang nampaknya tidak mampu memahami perkara ini.  Bagi pembangkang, tugas wakil rakyat adalah untuk memastikan kemenangan parti atau kepentingan pemimpin tertentu semata-mata. Manakala, berkhidmat kepada rakyat merupakan tugas tetap kerajaan pusat atau wakil rakyat Barisan Nasional.
Justeru itu, Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim langsung tidak merasa bersalah mempermainkan rakyat dengan ‘menukar’ wakil rakyat dari partinya sesuka hati beberapa kali demi keuntungan politik kepada partinya, atau lebih tepat, dirinya.
penipuan_anwar_16_september
Perletakan jawatan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh baru-baru ini, bukanlah kes pertama di mana seorang wakil rakyat PKR perlu berkorban bagi memenuhi serakah Ketua Pembangkang.
Sebelum ini, perkara yang sama berlaku di Penanti di mana bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Muhammad Fairus Khairuddin telah dikaitkan dengan skandal rasuah seubah kuari dan terpaksa meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Bekas Setiausaha Politik Anwar, iaitu Dr. Mansor Othman mengambil-alih jawatannya.
Dalam isu Penanti, Anwar dilaporkan berulang kali menafikan yang Fairus akan meletak jawatan sehinggalah ke saat akhir.  Fairus, dalam kenyataan mengenai perletakan jawatannya kepada Nanyang Siang Pau, mengesahkan andaian ‘ada yang tidak kena’ dengan pertuduhan rasuah ke atasnya.
Malah, beliau memberi tempoh dua minggu kepada PKR untuk membersihkan namanya serta mengugut akan mendedahkan skandal kerajaan negeri dan PKR.
Nama beliau kemudiannya dibersihkan, namun jawatan beliau juga telah digantikan oleh Dr. Mansor melalui PRK Penanti, sepertimana yang dirancang oleh kepimpinan PKR.
Dalam Pilihanraya 2008, Anwar menyuruh Wan Azizah meletak jawatan sebagai wakil rakyat Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada dirinya.   Ia dilihat berpunca dari ketidakyakinan Anwar untuk bertanding di kawasan lain lalu memilih kawasan paling selamat bagi memastikan kesinambungan hayat politiknya.
Nampaknya, Anwar menyifatkan pilihanraya sebagai padang permainan dengan beliau perlu terus menjadi pemenang.  Anwar tidak melihat pilihan rakyat sebagai sesuatu yang serius.  Dalam fikiran Anwar, rakyat bukan memilih  calon, tetapi memilih dirinya dan partinya.  Oleh itu, beliau boleh bertanding di mana-mana saja dan menyuruh mana-mana calon meletak jawatan bila-bila masa, bagi menjayakan agendanya.
Ini membuktikan bahawa Anwar bukan sahaja tidak menghormati rakyat, tetapi juga tidak menghormati pemimpin PKR termasuk Presiden parti yang juga isterinya sendiri.   Keadilan, integriti dan kepercayaan rakyat adalah sesuatu yang tidak ada kena mengena dalam perjuangannya.
Bagi Anwar, pembaziran yang berlaku bagi memenuhi agendanya bukanlah isu, walaupun beliau sering menghentam kerajaan atas tuduhan membazir.
Pengundi Kajang wajar mengambil pengajaran dari siri PRK ciptaan Anwar ini.  Jika Anwar mampu mempermainkan kepercayaan dan membazir wang rakyat untuk mengadakan PRK yang tidak perlu, maka apakah Anwar seorang pemimpin yang baik?   Pemimpin jenis apa yang mengadakan pilihanraya ‘sesuka-hati-mak-bapaknya’?
Mr Beruang Biru

40 NGO Sokong Usaha Najib Tangani Pelbagai Isu Semasa

Sejumlah 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili kaum Melayu dan Islam menyatakan sokongan dan kerjasama padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menangani pelbagai isu semasa.
Presiden Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Dr Asyraf Wajidi Dusuki berkata NGO juga akan berperanan sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat dalam menyampaikan maklumat sebenar berkaitan tindakan kerajaan mengurangkan bebanan rakyat.
Beliau berkata antara isu utama yang dibincang dalam pertemuan antara NGO dengan Perdana Menteri hari ini ialah kenaikan harga barang, peningkatan kos sara hidup, kalimah Allah dan pendirian kerajaan.
“Kita sebagai pemimpin NGO amat berpuas hati dan bersetuju membuat pertemuan sebegini secara berskala,” katanya selepas bertemu Najib di pejabat Perdana Menteri bersama-sama pemimpin NGO lain, yang berlangsung selama 40 minit.
Menyentuh isu kalimah Allah, Dr Asyraf Wajidi berkata Najib meminta semua pihak bertenang dan mencari penyelesaian terbaik.
“Najib minta kita (NGO) bertenang, rakyat perlu pertahankan kestabilan, keharmonian dan perpaduan sedia ada, sebab isu ini kadangkala dimainkan pihak tertentu yang kemaruk kuasa serta mengambil kesempatan daripada perpecahan umat Islam,” katanya.
Beliau juga berkata pelbagai usaha kerajaan membela nasib rakyat selama ini dipesongkan pihak tidak bertanggungjawab demi kepentingan sendiri.

Jangan Ditipu Berkali-kali Oleh Orang Yang Sama…

Tidak ada angin, tidak ada ribut, tup-tup kecoh satu negara apabila ADUN Kajang, Lee Chin Cheh dari parti PKR meletakkan jawatannya sebagai ADUN di kawasan tersebut. Lebih ribut, apabila keesokkan harinya, tanpa berlengah sesaat Anwar Ibrahim muncul di sisi bakal mantan MB Selangor, Khalid Ibrahim mengumumkan beliau akan bertanding bagi jawatan yang telah dikosongkan itu.
juarai_agenda_anwar
Inilah permainan politik Anwar. Tanpa mengira masa, tanpa mengira kos, tanpa mempedulikan apa perasaan rakan-rakan sekutu di dalam pakatan, suara rakyat apatah lagi, hanya picisan baginya, namun jika survival politiknya sudah mula terasa tergugat, maka beliau akan berbuat sesuatu tanpa mempedulikan risiko dan beban khususnya kepada rakyat, untuk menyelamatkan nyawa politiknya.
Dalam menyelami tindakan Anwar ini, kita boleh melihat rasionalnya Anwar secara tiba-tiba mengarahkan Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi DUN di Kajang, untuk memberikan laluan terhadap beliau untuk bertanding.
Apa yang dapat kita lihat hari ini ialah PRK DUN Kajang merupakan helah-usaha-benteng  Anwar untuk bersedia menghadapi kes liwatnya yang bakal bermula pada bulan Februari ini.
PRK Dun Kajang ini merupakan benteng pertahanan awal di mana sekiranya berlaku apa-apa yang mengancam survival politiknya, atau boleh memecahkan tembelangnya, maka Anwar akan menggunakan ia sebagai momokan dengan mendakwa segalanya adalah perancangan UMNO untuk membunuh karier politiknya.
Penulis yakin, bahawa percaturan di DUN Kajang ini bukanlah berlaku dalam masa sehari dua, tetapi ianya telah dirancang dan diatur dengan lebih awal tanpa pengetahuan rakan-rakan sekutu PKR di dalam pakatan pembangkang.
Ia juga merupakan satu strategi pengalihan isu untuk menutup isu-isu yang boleh menggoncangkan kepercayaan rakyat terhadap PKR dan juga dirinya, umpamanya kemelut Azmin dan Khalid, serta isu rumahtangga Nurul Izzah yang sudah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya.
Dan perancangan dan strategi pengalihan isu Anwar  seperti biasa, berjaya. Hari ini, tidak ada lagi cerita tentang Khalid dan Azmin, tidak ada lagi cerita tentang penceraian Nurul Izzah, tetapi masyarakat alam maya dan realiti lebih fokus kepada isu di DUN Kajang.
Sememangnya, inilah cara Anwar berpolitik. Licik dan penuh muslihat. Anwar sememangnya pakar dalam usaha mengalihkan isu. Mencipta persepsi bagi Anwar adalah jalan terbaik untuk mendoktrin pemikiran rakyat dan penyokong yang taksub kepadanya.
Dari isu pengundi hantu, kemudian kepada isu rakyat  Bangladesh mengundi, isu blackout, merupakan persepsi yang dicipta hasil daripada perbincangan pakar-pakar strategi di dalam PKR.
Anwar tetap dengan cara berpolitiknya. Mulutnya berkata peduli tentang rakyat, tetapi tindak tanduknya dalam membuat keputusan politik, hakikatnya adalah untuk survival dirinya dan keluarganya dalam arena politik negara. Beliau tetap mendapat keuntungan, hasil strategi dan persepsi yang diciptanya.
Namun yang rugi sebenarnya adalah rakyat, khususnya rakyat di DUN Kajang. Rakyat menjadi mangsa permainan politik Anwar yang begitu desperado untuk diselamatkan. Lebih malang lagi, apabila ada diantara kita yang terus percayakan Anwar, biarpun satu demi satu tembelang dan pembohongannya terbongkar.
Kepada rakyat dan penyokong tegar Anwar, cukuplah sekali ditipu, jangan biarkan diri kita ditipu berkali-kali oleh orang yang sama kerana jika demikian, maka itu bodoh namanya…
Jaiman Anuar

Biarpun Ditikam Belakang, Pas Terperangkap Dalam Kedangkalan Sendiri

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi berkata beliau yakin bahawa  perasaan tidak puas hati kini sedang membuak-buak di kalangan kepimpinan Pas pusat, negeri dan juga di peringkat akar umbi berhubung isu peletakan jawatan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh dan juga pengumuman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan diri untuk bertanding bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.
Bagaimanapun, Pas seperti biasa menurut beliau, tidak akan berani  untuk bertindak lebih dari hanya sekadar menyuarakan rasa tidak puas hati mereka, biarpun kepimpinan Pas tahu bahawa ini merupakan satu konspirasi politik PKR yang ternyata membelakangi Pakatan Pembangkang demi agenda politik Ketua Pembangkang.
“Saya yakin bahawa kepimpinan Pas tahu bahawa ini semua merupakan konspirasi politik Anwar untuk menyelamatkan karier politiknya. Kita tahu bahawa hari ini Anwar berdepan dengan begitu banyak isu seperti kes liwatnya yang akan bermula pada bulan Februari ini, kes yang melibatkan anaknya dan beberapa lagi.
“Namun sikap kepimpinan Pas sepertimana yang sebelum ini, tidak ada sebarang tindakan drastik yang mampu mereka lakukan. Biarpun ada kepimpinan Pas yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka, pendapat saya itu sekadar satu wayang mereka.
geng_sokong_anwar_erdogan_pas
“Saya yakin,  kepimpinan Pas pasti akan tunduk akur dengan keputusan Anwar biarpun rasa tidak puas hati membuak-buak diperingkat kepimpinan dan akar umbi parti tersebut,” tegasnya di sini hari ini.
Perkara ini berlaku disebabkan Pas hari ini terlalu bergantung kepada DAP dan PKR dalam survival politik mereka dan terikat dengan perjanjian antara parti di dalam Pakatan di mana akhirnya apa saja kata dan keputusan Anwar Ibrahim mereka akan turuti, jelas Puad.
“Di peringkat kepimpinan Pas dan akar umbi merasakan bahawa mereka ditikam dari belakang, apabila Anwar tidak berbincang terlebih dulu dalam membuat keputusan dalam isu ini. Namun saya yakin, Pas tidak mampu berbuat apa-apa, apatah lagi untuk keluar dari Pakatan dan akhirnya hanya akan menurut saja kehendak Anwar dan juga DAP,” jelasnya.
Puad juga menyifatkan bahawa tindakan Anwar yang membuat keputusan tanpa berbincang dengan kepimpinan pakatan merupakan cerminan kepada sikap kuku besinya.
“Saya yakin, sekiranya Anwar berjaya dengan perancangannya untuk menjadi MB Selangor, maka sikap kuku besinya akan lebih terserlah, berbanding Khalid yang dilihat sebagai pemimpin yang pasif dan lemah dalam membuat keputusan.
“Namun dalam hal ini, kerugian pasti akan memihak kepada Pas kerana sekiranya Anwar duduk dikerusi MB Selangor, maka suara kepimpinan Pas dalam soal Islam dan Melayu pastinya tidak diambil peduli oleh Anwar. Apa yang pasti, jika Anwar menjadi MB Selangor, Pas akan lebih terpinggir dalam acuan pentadbiran negeri selepas ini,” ujarnya.
Sementara itu, beliau juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap ADUN Kajang, Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan di mana kemungkinan ada wujudnya unsur-unsur rasuah di situ.
“Bagi saya, tidak semudah itu seseorang ADUN mahu meletakkan jawatan sekiranya tidak ada sebarang imbuhan balik kepada dirinya. Apatah lagi beliau pun tidak sampai setahun menjadi ADUN di kawasan tersebut.
“Jadi saya mendesak agar SPRM menyiasat isu ini kerana dibimbangi wujudnya unsur-unsur rasuah yang akhirnya membuatkan ADUN Kajang tersebut bersetuju untuk melepaskan jawatannya dan memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding di situ,”tegasnya. 

Wednesday 29 January 2014

Hari Hijab Sedunia Sabtu Ini


Hari Hijab Sedunia

PEMAKAIAN hijab atau tudung mula mendapat perhatian seluruh dunia tanpa mengira agama dan bangsa apabila satu kempen memakai hijab dianjurkan di seluruh dunia buat kali kedua.

Kempen ini memberi ruang kepada wanita bukan Islam untuk mencuba memakai tudung seperti wanita Islam selain mencipta kesedaran terhadap masyarakat seluruh dunia.

Ilmuan Islam dari Zimbabwe, Mufti Ismail Menk melihat kempen itu mampu memberikan kesedaran yang diperlukan dalam masyarakat demokratik tentang asas hak dan mendidik masyarakat tentang asal serta sebab berhijab ekoran beberapa negara telah mengharamkan pemakaian hijab.

Menurut laporan BBC, seorang pelajar dari Norwich di United Kingdom, Jess Rhodes, 21 akui telah berhasrat untuk mencuba tudung tetapi masyarakat bukan Islam tidak melihat itu sebagai satu pilihan.

Lalu, apabila dia ditawarkan untuk memakainya oleh seorang kawan, Jess tidak melepaskan peluang.

“Dia jamin bahawa saya tak perlu menjadi Muslim dan ia hanya satu penghormatan. Walaupun jelas tudung dikaitkan dengan Islam, tapi saya fikir kenapa tidak (mencuba)?,” katanya.

Ibu bapa Jess ragu-ragu dengan keputusan anaknya itu kerana bimbang diserang di jalanan.

Jess adalah salah seorang daripada ratusan wanita bukan Islam yang bakal memakai tudung sebagai sebahagian daripada ulang tahun Hari Hijab Sedunia yang pertama, Sabtu ini.

Melalui satu artikel yang dikongsi Chelsea Dusenbury, melalui Hari Hijab Sedunia pertama, tahun lalu, dia menyedari soal diskriminasi yang dirasai oleh wanita Muslim di negaranya.

“1 Februari 2013, saya menyertai Hari Hijab Sedunia yang pertama, ketika itu hari Jumaat. Saya menaiki pengangkutan awam untuk ke kelas. Sementara menanti, saya memasuki sebuah restoran makanan segera yang popular kerana cuaca terlalu sejuk.

“Tak sampai dua minit saya duduk, pekerjanya mendekati saya dan tidak mengucapkan helo sebaliknya, ‘maaf puan, tapi anda tidak boleh duduk di sini melainkan anda merancang untuk membeli,” ceritanya.

Sedangkan menurut Chelsea, setiap pagi dirinya akan memasuki restoran itu sementara menanti ketibaan pengangkutan awam untuk ke universiti dan tidak pernah diminta keluar.

Chelsea sempat berpesan kepada wanita bukan Islam yang mahu menyertai kempen itu agar menjaga tatasusila ketika memakai tudung kerana ketika bertudung, mereka menggambarkan wanita Muslim.

“Anda mungkin akan kelihatan sebagai Muslim, jadi pastikan anda tidak melakukan apa-apa yang menggambarkan Muslim atau Islam secara negatif.

“Bawa diri anda dengan kemuliaan dan maruah anda serta kakak atau adik anda. Pada penghujung hari, anda rasakan pengalaman anda. Biarkan pengalaman itu menjadi kesan kepada pemikiran dan perspektif anda,” katanya.

Melalui sebuah akaun Facebook ‘World Hijab Day’ juga, wanita-wanita dari seluruh dunia berkongsi pengalaman mereka ketika pertama kali memakai tudung.

Pelbagai kisah menarik hasil perkongsian itu termasuk sebahagian besar mereka merasakan dihormati dan tenang selepas mengenakan hijab.

Mrs Universe 2013, Carol Lee turut menyokong kempen itu dengan memakai hijab dengan berharap wanita tidak akan didiskriminasi ketika memakai tudung.

“Wanita tak sepatutnya dikritik atau dianggap berbeza hanya kerana mereka memilih untuk memakai hijab. Orang dari kepercayaan lain patut belajar untuk menghormati itu,” katanya yang dipetik dari laman Facebook Hari Hijab Sedunia.

Setakat hari ini, akaun Facebook itu sudah mendapat 68,453 ‘likes’ dan hampir 1,000 pemilik akaun Facebook bersetuju untuk menyertai kempen tersebut.

Kempen itu hasil ilham wanita New York bernama Nazma Khan yang berhijrah dari Bangladesh ke New York sejak berusia 11 tahun.

“Membesar di kota New York, saya berdepan pengalaman yang sukar ekoran memakai hijab.

“Di sekolah menengah, saya (digelar) Batman atau ninja,” katanya.

Bercerita tentang pengalamannya selepas kejadian 11 September, Nazma akui pernah dipanggil Osama bin Laden atau pengganas.

“Apabila saya masuk kolej selepas kejadian 11 September, mereka panggil saya Osama bin Laden atau pengganas. Ia menyakitkan.

“Akhirnya, saya berpendapat satu-satunya jalan untuk mengakhiri diskriminasi ini adalah dengan mengajak wanita lain untuk merasai pengalaman berhijab.

Tidak menyangka ideanya itu mendapat sokongan dari seluruh dunia, Nazma dihubungi oleh rakyat dari pelbagai negara termasuk UK, Australia, Perancis dan Jerman.

Tak ada sebab kritikal, kenapa perlu PRK?

Pemerhati politik melihat tidak ada keperluan pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang diadakan jika tiada sebab-musabab yang kritikal.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik berpendapat, PKR tidak sepatutnya memperjudikan kepercayaan rakyat meskipun Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyifatkannya sebagai gerakan taktikal parti itu.

“Jika tidak ada sebab munasabah seperti sakit, pecah amanah, skandal dan sebagainya, tak perlulah diadakan PRK.

"Kalau ikut kata Azmin, ini adalah strategi dan sebagainya... ya lah strategi dan sebagainya tapi jangan memperjudikan kepercayaan rakyat kepada parti,” katanya hari ini.

Akibat terlalu sering berdalih mengenai masalah dalaman PKR, beliau melihat sudah tiba masanya parti pembangkang itu mengambil sikap telus dalam menjelaskan kepada rakyat berhubung isu dalaman parti itu.

“Rakyat perlu lebih maklumat kerana apa yang berlaku itu tiada ketelusan. Pelbagai rumor tersebar di laman sosial yang kebetulan ia nampak betul. Tetapi PKR tetap terus menafikan tapi perkara itu (yang dinafikan) berlaku.

“Sekarang ini tugas PKR, adalah menjelaskan kepada rakyat kerana rakyat tidak mendapatkan penjelasan menyeluruh. Ia memberikan risiko yang tinggi kepada masa depan PKR itu sendiri,” katanya.

Menurutnya, selagi PKR tidak bersikap telus, persepsi negatif rakyat terhadap parti itu akan terus menebal.

“PKR kena buat penerangan kenapa PRK ini nak diadakan? Adakah benar PRK ini disebabkan krisis dalam parti atau memang untuk (Datuk Seri) Anwar jadi MB?

“Selagi mana mereka tidak bersikap telus, selagi itu persepsi akan semakin menebal bukan dalam kalangan yang tidak menyokong malah orang yang mengundi dan orang yang selama ini memberi kepercayaan kepada PKR dan PR itu sendiri,” katanya.

Tambahnya, “sekarang ini rumor yang tersebar luas adalah adanya krisis dalaman PKR dan untuk selesaikannya, maka berlakunya perkara ini (PRK Dun Kajang).

Mungkin mereka ada sebab yang lain namun sehingga hari ini, "alasan yang diberi masih tidak memuaskan hati semua pihak.”

Kerusi Dun Kajang bakal dipertandingkan semula selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh meletakkan jawatannya sebagai Adun petang Isnin.

Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Pengumuman itu menguatkan khabar angin yang bertiup kencang mendakwa Anwar akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor sekali gus meredakan pertelingkahan antara Abdul Khalid dengan Azmin di negeri ini.

Memalukan!!! Tiada Seorang Pemimpin Pas Layak Jadi MB Selangor

Semenjak dari tahun 1982, Anwar Ibrahim tidak pernah cenderung untuk menjadi pemimpin negeri. Bermula dari dalam ABIM dan pergerakan pelajar universiti tahun 1974 lagi, Anwar Ibrahim sudah mempotretkan dirinya sebagai pembesar di peringkat Persekutuan. Usaha bersungguh-sungguh dari tahun 1997 sehingga 2013 ialah untuk dia menjadi Perdana Menteri.
Namun takdir Allah Taala tidak dapat diatasi oleh sesiapa pun. Menjelang 2018, usia Anwar Ibrahim sudah menghampiri angka 70, sekaligus tidak lagi sesuai untuknya bergelar Perdana Menteri Malaysia.
Justeru, dia perlu mencari tapak yang lebih kukuh, lebih mempesonakan dan namanya akan terus disebut-sebut selain dia boleh berlagak seperti seorang maharaja sekalipun di dalam sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri-negeri Melayu.
anwar khalid azmin
Kemelut pertembungan antara Azmin Ali dengan Khalid Ali sengaja diciptanya bagi membolehkan dia mendapat laluan di Selangor. Walaupun dia bukanlah anak negeri Selangor, bahkan Parlimen yang dikuasainya juga bukannya di Selangor, namun itu tidak menghalang Anwar Ibrahim daripada meneruskan cita-cita besarnya.
Penguasaan majoriti lebih dua pertiga memudahkan Pakatan Rakyat untuk mengubah atau meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang mana ada klausa-klausanya mungkin menghalang orang luar daripada menjadi Menteri Besar Selangor. Anwar melihat kewujudan DYMM Sultan Selangor pula sekadar sebuah patung yang tidak mempunyai sebarang kuasa dan tidak akan dapat berbuat apa-apa setelah rang pindaan tersebut dibentangkan kepada baginda.
Sebaliknya baginda hanya perlu menurunkan tandatangan dan merelakan pindaan yang membolehkan Anwar menjadi Menteri Besar Selangor, sekaligus memecahkan rekod bagaimana seorang cucu seorang lelaki India totok yang masuk Islam semata-mata untuk mengahwini neneknya, berjaya menjawat jawatan tersebut sebagai Menteri Besar Selangor ke-11 dalam sejarah Selangor moden.
Dalam hierarki kepimpinan sepatutnya PAS yang menduduki carta teratas memandangkan PAS dipenuhi ADUN-ADUN Melayu beragama Islam dan menguasai 15 kerusi DUN. Sepatutnya PKR yang hanya menguasai 14 kerusi DUN dengan segelintir kecil sahaja ADUN Melayu, perlu mendapatkan pandangan dan persetujuan daripada PAS bagi sebarang tindakan, namun PKR memilih untuk tidak berbuat demikian.
Sebaliknya keegoan dan perasan mereka lebih hebat, lebih kuat dan lebih dikehendaki berbanding PAS, membuatkan mereka mengambil tindakan secara bersendirian tanpa berbincang atau berunding terlebih dahulu dengan PAS Selangor.
Dewan Pemuda PAS Pusat sudah tidak dapat menahan sabar dengan kerenah dan gelagat sombong Anwar Ibrahim dan PKR. Kata-kata kesat sudah pun menggantikan kata-kata sempurna yang halus sindiran dan kiasannya.
dap_karpal_anwar_pkr_guna_peralat_pas
Malah bekas Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Tantawi ketika memberikan reaksinya, berterus-terang bahawa kerja yang dilakukan oleh PKR di Selangor adalah kerja gila yang menyusahkan rakyat dan tenaga kerja parti semata-mata untuk memberikan laluan kepada seseorang dari parti tersebut untuk menjadi Menteri Besar.
Apa pula yang akan direaksikan oleh PAS Selangor? Walaupun sebahagiannya seperti Khalid Samad akan memilih untuk berpihak kepada Anwar Ibrahim kerana kepentingan kocek dan temboloknya, rata-rata sudah tidak tahan dengan gelagat itu.
Sana sini akar umbi PAS sudah berbunyi. Bahkan sudah ada beberapa PAS Kawasan yang bermesyuarat dan mencapai kata sepakat, enggan peduli dengan Pilihanraya Kecil DUN Kajang kerana tidak mahu melayan kegilaan melampau Anwar Ibrahim dan PKR.
Agak aneh, daripada 15 orang ADUN PAS Selangor, takkanlah tidak ada seorang pun yang layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Pertelingkahan dan kemelut kepimpinan di Selangor berpunca daripada PKR. Sepatutnya inilah masanya PAS mengambilalih tugas dan jawatan tersebut memandangkan antara ketiga-tiga parti, PAS yang paling dominan dan PAS yang paling layak serta paling stabil dan tak banyak kerenah.
Apa perlu seorang ADUN PKR melepaskan jawatan dan kemudian cepat-cepat berhijrah ke negara asing semata-mata untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding dan kemudian menjawat jawatan Menteri Besar?
Kesian PAS… bertungkus lumus mengerjakan UMNO seteruk-teruknya, tetapi akhirnya mereka tetap juga bertaraf PARIAH. Maka benarlah seperti yang dikatakan oleh Almarhum Datuk Harun Taib, PAS perlu keluar daripada Tahaluf Siyasi dengan PKR dan DAP yang ternyata telah merugikan PAS, bukan sahaja untuk jangka pendek tetapi juga dalam jangka panjang.
mykmu.net

Isu Ketegangan Kaum dan Agama Berpunca Daripada Tindak-Tanduk Pembangkang

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menyifatkan segala ketegangan berhubung isu kaum dan agama yang berlaku di dalam negara hari ini berpunca daripada kegagalan Kerajaan Negeri Selangor  menangani isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja baru-baru ini.
Menurut beliau, kegagalan kerajaan negeri dalam memperjelaskan serta menyelesaikan tindakan JAIS membuat serbuan merupakan punca segala ketegangan yang berlaku antara kaum dalam negara hari ini.
“Jadi saya tegaskan di sini bahawa segala ketegangan, kegilaan yang berlaku hari ini adalah berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri Selangor samada dalam usaha untuk menerangkan, memperjelaskan mahupun menyelesaikan tindakan JAIS menyerbu sebuah gereja baru-baru ini,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia  di Menara Dato Onn, di sini hari ini.
Sekaligus, beliau turut menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa segala ketegangan yang melibatkan isu agama dan kaum ini adalah berpunca daripada kelemahan kepimpinan kerajaan pusat.
“Berlakunya krisis kepimpinan yang begitu besar di Selangor hari ini merupakan rentetan isu serbuan tersebut yang mana ianya tidak dapat diselesaikan dengan baik dan terus berlaruatan, sehinggalah berlakunya  kemelut antara Tan Sri Khalid dan Azmin yang akhirnya Anwar diminta campur tangan untuk selamatkan kerajaan Selangor.
khairy-ketua-pemuda-mesyuarat-exco-januari-2014-pwtc
“Jadi segala ketegangan yang berlaku hari ini sebenarnya adalah kerana kelemahan pihak pembangkang yang berpunca daripada insiden tersebut, dan bukannya berpunca daripada kelemahan kerajaan pusat,”tegasnya.
Menurut beliau lagi, dalam isu berhubung kalimah Allah, Perdana Menteri telahpun menyatakan dengan jelas pendirian kerajaan berhubung  beberapa isu yang sensitif yang dibangkit selama ini yang merupakan pendekatan yang terbaik buat masa ini.
“Kita tidak boleh dilihat berat sebelah. Kita kena pastikan bahawa setiap rakyat, setiap kaum dan setiap agama diberikan pendekatan yang adil kepada mereka. Sepertimana dalam isu kalimah Allah, pendirian pemuda UMNO adalah jelas di mana kita menyokong bahawa kalimah Allah merupakan hak eksklusif umat Islam di negara ini.
“Tetapi dalam masa yang sama, kita menghormati keputusan kerajaan dalam penyelesaian 10 perkara dan setakat ini kami berpendapat bahawa itu adalah jalan penyelesaian yang terbaik,” ujarnya.
Menjawab soalan pemberita berhubung cadangan pihak pembangkang untuk mengadakan perbincangan nasional antara pihak pembangkang dan kerajaan, beliau secara tegas menolak sebarang usaha ke arah itu buat masa ini.
“Dulu Perdana Menteri kita pernah membuat tawaran kepada pembangkang sebaik saja PRU ke 13 tamat. Tetapi tawaran itu tidak diterima oleh pakatan kerana mereka terus mempertikaikan keputusan pilihanraya.
“Tetapi hari ini, setelah menerima keputusan pilihanraya, dan tidak dapat membuktikan segala tuduhan mereka seperti 40 ribu warga asing mengundi dan sebagainya, barulah mereka nak jadi hero, cadangkan perbincangan soal perpaduan.
“Segala ketegangan antara kaum dan agama yang berlaku hari ini adalah akibat kelemahan dan kegagalan kerajaan Selangor dan kepimpinan pembangkang menangani masalah ini dan bagi saya sebagai Ketua Pemuda, eloklah Selangor selesaikanlah isu ini dulu sebelum mereka meminta atau mencadangkan sebarang perbincangan berhubung perpaduan dengan kerajaan pusat.” tegasnya.

BN Mesti Waspada Helah Pembangkang Tutup Kemelut Dalaman

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengingatkan Barisan Nasional (BN) supaya tidak terjebak dengan kerenah pembangkang yang sengaja membuat helah untuk menutup pelbagai isu dalaman parti itu.
Rentak permainan politik PKR kini menunjukkan ketidakcerdikan mereka menangani kelemahan kepimpinan terutama apabila penasihatnya tidak dibenarkan memasuki Jepun baru-baru ini, katanya.
Beliau yang juga  Menteri Komunikasi dan Multimedia mengulas peletakan jawatan wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan keputusan parti itu menamakan  Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon jika pilihan raya kecil diadakan.
Ini bukanlah pertama kali dilakukan pemimpin parti itu kerana tindakan mempersendakan mandat rakyat pernah dilakukan pemimpin mereka yang lain sebelum ini, katanya  di sini.
amk-pkr-keadilan-pakatan-pembangkang-demo-boikot-bakar-bendera-jepun-halang-anwar-masuk
Ahmad Shabery berkata tindakan Lee itu dilihat sebagai helah yang sengaja dibuat PKR untuk menutup banyak isu yang timbul, terutama selepas Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun.
“Rakyat sudah memberi mandat, tiba-tiba dia (Lee) berhenti pada masa yang tidak sepatutnya. Ini satu cara mempersendakan mandat yang telah rakyat berikan dalam pilihan raya.
“Pilihan raya bukan sesuatu yang mudah dan kecil perbelanjaannya,” katanya  selepas menghadiri program Bicara Menteri Bersama Mahasiswa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini malam tadi.
“Ini menunjukkan ketidakcerdikan mereka dalam menangani isu ini, selain memperlihatkan perbalahan dalaman parti yang sudah sampai satu  peringkat tidak boleh diubati lagi, maka kemungkinan ia terpaksa dikaitkan siapakah yang layak jadi Menteri Besar dengan peletakan jawatan (Lee),” katanya.
Semalam, Anwar dinamakan sebagai calon PKR seandainya pilihan raya kecil DUN Kajang diadakan, selepas kerusi itu dikosongkan Lee hanya sehari sebelum itu.
Beberapa penyokong Anwar telah turut mengadakan demonstrasi dengan memijak dan membakar bendera Jepun di kedutaan negara itu di Kuala Lumpur baru-baru ini ekoran pemimpin PKR itu dilarang memasuki Jepun dan diarah pulang segera.
Peletakan jawatan Lee juga berlaku ketika isu pemecatan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) masih hangat, yang cenderung melibatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
anwar-mb-selangor-kerusi-dun-kajang-anti-demokrasi-pilihanraya-kecil-umno-bn

Anwar Ibarat 'Raksaksa Politik’ Yang Jadikan Rakyat Sebagai ‘Komoditi Politik’

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan ‘takziah’ kepada mantan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh kerana terpaksa membuat keputusan yang sukar semata-mata mahu memberikan peluang kepada seorang individu dari ‘luar Selangor’ untuk bertanding di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Kecil tidak lama lagi.
Jelas beliau lagi dalam pengumuman keputusan untuk meletakkan Anwar Ibrahim bertanding di DUN Kajang pada Pilihan Raya Kecil DUN Kajang nanti , beberapa kali Anwar  mengatakan bahawa ini adalah usaha melonjak ‘khidmat cemerlang’ PKR Selangor selama ini.
anwar-ibrahim-makhluk-perosak-politik-sempit-perguna-rakyat-komoditi-agenda-sendiri
“Kepada saya, ayat tersebut hanya bermakna bahawa ini adalah usaha ‘melonjak’ ego politik Anwar semata-mata. Ahli PKR, rakyat Selangor dan pengundi di DUN Kajang sepatutnya membuka mata bahawa ini adalah permainan politik pentingkan diri dan tidak hemah dalam menilai kepercayaan rakyat.
“Pada pandangan peribadi saya, Barisan Nasional (BN) wajar membuat kajian yang lebih teliti samada mahu terlibat di dalam PRK yang bukan sahaja mempunyai nilai moraliti yang rendah, malahan hanya menjadi alat pemuas berahi kepada seorang yang sangat kemaruk dengan kuasa. Anwar sudah menjadikan rakyat sebagai ‘komoditi politik’ untuk menyelesai masalah dalaman,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan melalui FB peribadinya.
Ujar beliau lagi secara psikologi, ia akan membuktikan kepada pengundi di Selangor bahawa mereka sudah memilih seorang ‘raksasa politik’ yang haloba dan hanya melihat kedudukan peribadinya sendiri.
“Berkemungkinan juga, kemenangan Anwar, walaupun secara percuma, bakal merosakkan imej PKR, DAP dan Pas di dalam jangkamasa panjang.
“Kita tidak seharusnya terikut-ikut dengan kegilaan dan kemaruk kuasa Anwar ini. Apa yang berlaku ini sekadar menunjukkan kepada rakyat, ‘siapa Anwar’ yang sebenarnya. PKR wajar membuang sama sekali perkataan ‘reformasi’ daripada kamus parti tersebut, kerana Anwar baru sahaja melempar ‘reformasi’ ke dalam longkang yang kotor dan hanyir,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas.

Tiada masalah Anwar jadi MB

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai masalah untuk menjadi Menteri Besar Selangor, kerana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor hanya meletakkan syarat Melayu dan Islam, selain sokongan majoriti dalam Dun.

Pakar perundangan, Dr Abdul Aziz Bari berpendapat, adalah tidak mustahil Anwar boleh menjadi menteri besar yang baharu kerana kerusi Dun Kajang kini telah dikosongkan dan ia memberi laluan kepadanya untuk menjadi Adun.

Bagaimanapun, kesemuanya bergantung sama ada Anwar berjaya mendapatkan perkenan daripada Sultan Selangor atau tidak.

"Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri telah menyebut pentingnya perkenan Sultan dan persetujuan PR sebelum beliau dapat digantikan," katanya dalam satu kenyataan.

Namun, Abdul Aziz berkata, dari sudut perlembagaan, peranan sultan tidak disebutkan, kerana budi bicara melantik sebenarnya hanya relevan jika calon yang mahu dilantik masih lagi tidak jelas.

“Sekiranya parti yang ada dalam dewan itu sepakat menamakan seseorang maka sebenarnya istana tidak ada pilihan.

"Apa yang berlaku selama ini di mana istana meminta dua atau tiga nama adalah satu perbuatan campur tangan yang tiada asas dalam Perlembagaan,” katanya.

Bersama Hadapi Unsur Ekstremis Demi Kestabilan Negara

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata rakyat perlu bekerjasama dan menentang elemen pelampau dan perkauman bagi memastikan keamanan dan kestabilan kekal berpanjangan.
Beliau berkata keadaan politik negara telah mengalami perubahan yang menjejaskan hubungan baik antara rakyat.
Beliau berkata semangat kebangsaan sedang terhakis sementara perbezaan kaum, budaya dan agama sedang menguji hubungan yang harmoni.
“Kita mesti menghargai kepelbagaian bagi memastikan keadaan politik yang seimbang untuk memelihara perpaduan.
“Kini kita mesti lebih bersikap toleransi, menerima dan memahami,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu Cina yang akan disambut mulai Jumaat ini.
Liow berkata sejak merdeka, negara sentiasa memilih jalan sederhana yang berkhidmat dengan baik kepada rakyat dan ini telah menjadi asas kepada pembentukan negara.
Beliau berkata di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan sentiasa menggalakkan semangat bersatu padu dan perpaduan diikuti dengan gagasan 1Malaysia.
“Sementara ada yang dilihat sudah melupakannya, toleh kembali untuk mengingatkan masa lama kita akan menjadi penyelamat kepada penyakit masyarkat yang sedang dihadapi sekarang. Kita ingin mengingatkan bahawa hanya harmoni merupakan cara untuk negara mencapai kemajuan,” katanya.
Beliau berkata bagi memastikan kestabilan jangka panjang, kerajaan perlu sentiasa mengingati bahawa perpaduan adalah penting dan negara perlu ditadbir sebagai satu bangsa.
Beliau mengingati rakyat bahawa kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk merancang masa depan negara dan polisi yang mungkin tidak popular sekarang akan menjadi tunggak kepada penambahbaikan negara kelak.
Liow berkata MCA yang sedang melakukan agenda transformasi akan terus berusaha meningkat masyarakat Cina dengan menangani isu seperti pendidikan, ekonomi, harmoni dan kebajikan.
Sambil mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina sempena Tahun Kuda, beliau meminta rakyat untuk mengambil contoh dari tenaga, kekuatan, ketahanan dan kelembutan seekor kuda dan berharap tahun ini akan membawa kemakmuran, keamanan dan keharmonian.
Beliau berkata Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota Kabinet dijangka menghadiri rumah terbuka anjuran MCA di ibu pejabat parti di sini.

Inilah Masa Pas Selangor Tunjuk Berani Ajar Anwar, PKR

Mantan Ketua Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang, Ustaz Hafiz Nordin Firlansa menyeru kepimpinan Pas Selangor jangan terus bertolenrasi berhubung keadaan kemelut yang sedang melanda kepimpinan PKR di negeri tersebut serta ‘mengajar’ Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat keputusan membelakangi parti tersebut.
Menurut beliau, tidak ada sebarang perbincangan dengan kepimpinan Pas baik di negeri mahupun di pusat berhubung beliau mahu menjadi calon di Dewan Undangan Negeri Kajang, setelah Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan itu, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan.
“Pada pandangan saya, dalam keadaan kalut hari ini, kepimpinan Pas negeri mesti mengambil alih pentadbiran di negeri Selangor. Sudah lama kita bertolak ansur  dengan karenah dan perangai politik Anwar Ibrahim.
“Hari ini sudah jelas tindakan Anwar yang membelakangi Pas dan kepimpinan pakatan serta membuat keputusan sendiri demi agenda politik peribadinya. Ini bukan UMNO yang tunjuk, tetapi dia tunjuk sendiri perangainya itu.
“Jadi saya rasa cukup-cukuplah. Pas perlu ambil alih pentadbiran negeri. Lagipun kerusi yang dimenangi Pas lebih banyak dari kerusi PKR, jadi tidak sebab Pas tidak boleh ambil alih pentadbiran negeri,” katanya di sini hari ini.
Apabila ditanya apa yang dimaksudkan dengan mengambil alih pentadbiran, beliau menjawab, Pas mesti meletakkan calon bagi jawatan Menteri Besar Selangor sekiranya berlaku kekosongan kelak.
“Ya, sekiranya kemelut ini berterusan sehingga menyebabkan jawatan MB kosong, maka saya berpendapat pimpinan Pas negeri perlu menghantar calon untuk dipilih sebagai MB Selangor.
“Sudah sampai masanya Pas pula yang kehadapan dan tidak hanya memainkan peranan di belakang tabir. Ambil alih pentadbiran negeri kerana jelas kerajaan hari ini gagal menyelesaikan segala kemelut sesama sendiri sehingga amanah rakyat tidak terlaksana.
“Secara terus terang, dulu, kini dan selamanya saya mahu dan sentiasa menyokong sebarang usaha untuk melantik Menteri Besar di kalangan kepimpinan Pas di Selangor,” tegasnya.
Hafiz juga turut meminta agar kepimpinan Pas pusat tidak campur tangan di dalam sebarang keputusan yang bakal dibuat oleh kepimpinan Pas negeri berhubung perkara ini kelak.
“Saya kira Pas pusat tidak perlu campur tangan, dan membiarkan Pas negeri membuat keputusan mereka. Samada mereka mahu bertanding pada pilihanraya kecil ini atau tidak, samada mereka mahu meletakkan salah seorang calon mereka sebagai MB atau pun tidak, biarkanlah kepimpinan Pas Selangor membuat keputusan tanpa ada campur tangan dari mana-mana pihak,” ujarnya.