Nuffnang Ads

Friday 28 February 2014

Lesen Perniagaan Di Selangor Meningkat 46 Hingga 280 Peratus

Kerajaan Selangor digesa menurunkan kadar lessen perniagaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang meningkat secara mendadak antara 46 hingga 280 peratus mulai Januari lepas.
Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata pihaknya menerima 35 aduan tentang kenaikan lesen perniagaan MPKj meliputi 12 jenis perniagaan daripada peniaga dan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Selangor, khususnya di Kajang.
“Bagi pihak MCA, saya merayu kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya kerajaan Selangor membatalkan kadar lesen perniagaan baharu sebaliknya berpandukan kepada kadar 2013 bagi meringan beban rakyat,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan MCA bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang di Taman Berjaya, di sini hari ini.
kenaikan-gaji-ub-mb-selangor-khalid-peratus
Menurut Wee kadar lesen perniagaan bagi premis yang menjual kenderaan terpakai mengalami kenaikan sebanyak 282 peratus iaitu dari RM390 pada tahun lepas kepada RM 1,490 tahun ini.
Selain itu, kadar lesen perniagaan bagi kedai membaiki kenderaan meningkat 167 peratus, kedai jahit (160 peratus), kilang membuat makanan sejuk beku (70 peratus) kilang memproses mi (51 peratus) dan farmasi (46 peratus), katanya.
Beliau berkata kenaikan kadar bayaran lesen ini bukan sahaja membebankan para peniaga malah akan turut meningkatkan kos harga barang.
“Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa tidak akan membebankan rakyat namun kenaikan ini jelas menunjukkan mereka cakap tidak serupa bikin,” katanya.
Selain itu, Wee juga kecewa PBT juga tidak memaklumkan kepada para peniaga dan pengusaha mengenai kenaikan lesen perniagaan itu sehinggalah mereka membuat pembaharuan lesen pada awal tahun ini.
Sementara itu, Presiden Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Hulu Langat, Ding Hong Sing yang kecewa dengan kenaikan secara mendadak kadar lessen perniagaan itu berkata, langkah itu hanya membebankan pengusaha IKS khususnya di Selangor.
Ding yang merupakan pengusaha sebuah kilang pemprosesan makanan berkata pembayaran cukai pintu yang tinggi mencecah RM6,000 dan kenaikan kadar lessen perniagaan yang mendadak akan menjejaskan perniagaannya.
“Saya berharap MPKj akan menurunkan kadar lesen perniagaan berpandukan kadar pada tahun lepas agar ia tidak membebankan perniagaan IKS,” katanya.

Kerajaan Tidak Bertolak Ansur Terhadap Peniaga Cari Keuntungan Melampau

Tan Sri Muhyiddin Yassin menengaskan bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur mengambil tindakan terhadap perniaga yang mengingkari peraturan perniagaan untuk mencari keuntungan melampau.
Sehubungan itu, timbalan perdana menteri berkata kerajaan sentiasa memantau secara langsung tindakan peniaga yang menggunakan pelbagai kaedah bagi memanipulasi kos dan harga barang di pasaran. Ini termasuk aktiviti antipersaingan seperti amalan monopoli dan kartel yang menyumbang kepada kenaikan kos barangan dan membebankan rakyat.
Selain itu, beliau berkata kerajaan juga mewujudkan undang-undang seperti Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan 2011 bagi memastikan persekitaran perniagaan adalah kondusif dan memanfaatkan semua pihak di pasaran.
“Kerajaan menggalakkan sektor perniagaan untuk berjaya dan meraih keuntungan yang berpatutan kerana ia turut membantu menjana hasil dan imej negara tetapi kerajaan tidak mengizinkan mana-mana pihak khususnya peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang atau perkhidmatan bagi mendapatkan keuntungan melampau.
muhyiddin-musa-aman-peniaga-naik-harga-pengguna-barang
“Peniaga perlu lebih bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan meraih keuntungan tetapi mereka tidak harus lupa tanggungjawab sosialnya untuk membantu pengguna dengan tidak mengenakan harga yang terlalu tinggi,” katanya pada Majlis Pelancaran Gerakan Pematuhan Tanda Harga di Pasar Awam Presint 8, di sini hari ini.
Hadir sama ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek, Timbalan Menteri Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat.
Gerakan Pematuhan Tanda Harga yang dilancarkan serentak di seluruh Negara merupakan inisiatf kerajaan melalui KPDNKK untuk memastikan para peniaga mematuhi undang-undang berkaitan penadaan harga.
Muhyiddin berkata kerajaan telah mengenal pasti isu kenaikan kos yang disebabkan amalan-amalan tidak bertanggungjawab oleh pelbagai pihak dan antaranya ialah pihak peniaga memandang remeh akan tanggungjawab mereka mempamer tanda harga dengan sempurna.
“Dalam lawatan-lawatan mengejut saya, saya sendiri mendapati ada peniaga dan peruncit yang tidak mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan, terutama dalam mempamerkan tanda harga bagi barangan dan jualan mereka.
“Bagi menimbulkan kesedaran tinggi dan memperkasa amalan terbaik perniagaan, selain menyampaikan mesej jelas akan keseriusan kerajaan melindungi kepentingan semua pihak, kerajaan melancarkan Gerakan Pematuhan Tanda Harga yang bermula bulan ini sehingga Julai,” katanya.
Muhyiddin berkata dalam tempoh enam bulan ini, peniaga di seluruh Negara perlu mempamer tanda harga. Sekiranya mereka tidak mematuhi selepas tempoh yang diberikan, tindakan akan diambil terhadap peniaga yang degil.
“Saya harap inisiatif ini akan memastikan nasib pengguna di negara ini lebih terbela,” katanya.
Di bawah Perintah Kawalan Harga (Penadaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993, penalti boleh dikenakan ke atas kesalahan berkaitan penandaan harga yang melibatkan syarikat, iaitu didenda sehingga RM100,000 manakala bagi kesalahan melibatkan individu boleh didenda sehingga RM50,000 atau dua tahun penjara atau penjara atau kedua-duanya.
Gerakan Pematuhan Tanda Harga ini menyasarkan semua jenis perniagaan runcit iaitu pasar raya besar, pasar raya, pasar mini, kedai runcit, restoran, pasar awam, pasar malam, pasar tani, bengkel, medan selera, salun, dan lain-lain perniagaan runcit.
Kriteria bagi penandaan harga ialah tanda harga mesti diletakkan dengan jelas dan saiz tanda harga mesti bersesuaian dengan barang yang dijual selain senarai harga hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya dan mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM).
Sekiranya terdapat peniaga yang tidak memenuhi undang-undang berkaitan penandaan harga, pengguna boleh menyalurkan aduan dengan menelefon talian bebas tol 1-800-886-800, emel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my  atau SMS ke 15888 dengan menaip “KPDNKK ADUAN <butiran aduan>  atau hadir ke mana-mana KPDNKK Negeri/Cawangan di seluruh negara.

Saman RM2 Juta: Permainan Halus PKR Untuk Aibkan Presiden Pas?

Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari sedikit pun tidak terkejut berhubung saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon pilihan raya PKR,  Mohd. Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memperlihatkan hubungan sebenar antara kedua parti pembangkang berkenaan.
Menurut beliau jika hubungannya bersifat ikhlas dan kukuh tidak akan timbul perkara sedemikian dan sudah pasti ianya akan diselesaikan serta diambil tindakan awal secepat mungkin bagi menjaga hubungan yang sedia terjalin.
“Itu juga bukankah ianya menunjukkan ahli PKR tidak menghormati Ketua Umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kalau nak jaga muka Ketua, takkanlah sanggup saman menyaman antara sesama sendiri. Bukan calang-calang orang…Presiden parti rakan sekutu pulak tu.
saman-cara-halus-anwar-pkr-malu-presiden-pas-hadi-awang
“Lagi satu… kata ada Majlis Presiden yang bermesyuarat antara kepimpinan mereka. Sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan di peringkat Majlis Presiden sahaja. Sebenarnya inilah potret sebenar hubungan mereka itu,” katanya.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperintah membayar ganti rugi RM2 juta kepada Ketua Angkatan Muda PKR Dungun, Mohd Shamsul Mat Amin yang menjadi calon PKR DUN Bukit Besi pada pilihan raya umum lalu berhubung kes saman fitnah.
Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan pada 5 Disember lalu.
Mengulas lebih lanjut Anuar seterusnya menambah isu tersebut akan menjadi modal serta bahan kepada kumpulan tertentu di dalam Pas sendiri untuk memalukan Presiden parti berkenaan.
“Hari ini ruangnya sudah terbuka luas untuk mereka yang tidak sebulu dengan Hadi untuk menyerang. Pendek kata isu saman merupakan ‘bola tanggung’ kepada musuh dalam selimut mereka sendiri.
“Dan tidak mustahil isu berkenaan akan digunakan sebaik mungkin untuk menurunkan Hadi daripada Presiden menerusi tangan-tangan ghaib. Kita tengok nanti apa kesudahannya. Apa pun PKR sudah tentu akan cuba memperbaiki kerosakan isu berkenaan khususnya menjelang PRK Kajang nanti,” ujarnya.
dap_karpal_anwar_pkr_guna_peralat_pas

Rakyat Kajang Perlu Nilai Pakatan Pembangkang Sebagai Kerajaan Pentadbir Di Selangor

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sewajarnya menjadi kayu pengukur kepada masyarakat untuk melihat matlamat utama pakatan pembangkang sebagai pemimpin berbanding dengan Barisan Nasional (BN) kata Pengarah Program Mengubah Destinasi Anak Bangsa (MDAB), Prof Madya Mohd Hanafiah Harun.
Katanya, dengan apa yang berlaku hari ini dan pelbagai masalah yang timbul menjadi bukti jelas bagaimana kepincangan dalam kepimpinan pakatan pembangkang menerajui kerajaan Negeri Selangor.
“PRK Kajang menjadi ruang kepada rakyat menilai bagaimana peranan kerajaan negeri Selangor berdepan dengan rakyat dan menyelesaikan masalah mereka sementara kehadiran calon BN di kawasan ini adalah sebagai pembangkang,” katanya.
khalid_kerajaan_selangor_gagal
Ujar beliau, pemimpin pembangkang yang datang ke Kajang mendabik dada dan menuding jari mencari salah BN selaku kerajaan pusat atas pelbagai masalah yang dihadapi rakyat sedangkan dalam masa yang sama mereka lupa bahawa tanggungjawanb untuk masyarakat di akar umbi adalah peranan dari wakil rakyat yang disandang di bahu mereka.
“Mereka umpama bermimpi di siang hari, datang ke Selangor termasuklah Kajang dalam keadaan negeri tersebut pesat membangun hasil dari perancangan BN selaku kerajaan sebelumnya dan kemudian, selepas sepenggal mereka berkuasa maka macam-macam masalah timbul namun masih menyalahkan BN sedangkan mereka yang jadi pemimpin di sini.
“Pemimpin parti PKR, Dap dan Pas yang menerajui Selangor seakan lupa dengan pelbagai tindakan mereka yang telah menjahanamkan pelbagai perancangan dan kelancaran kerja-kerja pemimpin BN sebelumnya sehinggakan apa-apa sahaja masalah yang timbul maka BN akan dipersalahkan,” katanya.
Dalam hal ini beliau menjadikan contoh krisis air yang berlaku sehingga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa mengumumkan program catuan air secara bergilir di seluruh negeri bermula hari ini sedangkan jangkaan terhadap masalah tersebut telah pun diingatkan sejak 2009 lagi.
“Memang sekarang kemarau tapi sekiranya kerajaan negeri Selangor bersetuju lebih awal untuk melaksanakan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang tertangguh sejak lima tahun lalu maka tentunya krisis tersebut tidak seteruk ini sehinggakan catuan terpaksa dibuat sehingga berselang dua hari.
“Ini adalah antara bukti bagaimana perancangan kepimpinan pakatan pembangkang hanya bersandarkan kepentingan sendiri tanpa memikirkan masa hadapan rakyat keseluruhan.”
Kata beliau yang juga pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), PRK DUN Kajang juga adalah antara contoh bagaimana pemikiran pemimpin mereka yang sempit dan tidak mengutamakan rakyat.
“Apa tujuan pilihan raya ini jika sememangnya matlamat mereka untuk berkhidmat kepada rakyat namun dengan apa yang dibuat oleh ADUN sebelum ini, sanggup melepaskan jawatan semata-mata untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding bagi mendapat kuasa dan pangkat maka tentunya ada yang tidak kena.
“Rakyat patut buka mata, lihat dan nilai sendiri bagaimana sikap buruk pemimpin-pemimpin pembangkang sehinggakan perancangan BN untuk Negeri Selangor yang sebelum ini berlangsung lancar kini telah menjadi caca merba dan haru biru akibat sikap tamak dan gila kuasa mereka.”
Beliau turut membidas tindakan pembangkang yang menganggap pengumuman kerajaan berkaitan peruntukan sejumlah RM10 juta bagi menaik taraf kemudahan dan kelengkapan di Hospital Kajang sebagai projek pilihan raya.
“Hari ini BN adalah pembangkang di sini, namun atas rasa tanggungjawab, BN meneruskan agenda pembelaan tanpa membiarkan masyarakat berdepan dengan kesukaran dan ketidakselesaan walaupun tahu bahawa DUN Kajang adalah tempat kepimpinan pakatan.
“Ini soal kesihatan dan keselesaan yang menjadi keperluan dan mesti diutamakan malangnya wakil rakyat tempatan dan kerajaan Negeri Selangor bukan hanya gagal untuk sediakan satu pun klinik kesihatan dari mereka malah air yang ada pun akhirnya terpaksa di catu. Inikah kerajaan yang perlu terus di sokong?”
Dilaporkan, kerajaan pusat turut membuat cadangan agar bangunan Hospital Kajang itu diganti bangunan baru yang lebih moden dan selesa kerana usia bangunan itu kini lebih 125 tahun.
“Ini bukan soal pilihan raya atau tidak namun apa yang perlu difikirkan adalah siapa yang menghulurkan bantuan sedangkan kerajaan Negeri yang ada gagal menepati keperluan rakyat untuk mendapatkan hak keselesaan dan kesejahteraan sebagaimana bekalan air yang terganggu malah untuk merancang satu pusat kesihatan atau pusat riadah untuk rakyat pun tidak ada sehingga kini.”
Soal beliau lagi, jika semua peruntukan dan bantuan yang diperlukan oleh rakyat disalurkan oleh kerajaan Pusat iaitu BN maka apa perlunya ada parti lain sebagai teraju DUN dan mempunyai kuasa di dalam Kerajaan Negeri Selangor?

Meninjau Semula Isu Air Selangor: Krisis Air Ini Bukan Salah Takdir

Sejak semalam para penyokong Pakatan Rakyat cuba memberi pelbagai alasan untuk menutup masalah mereka di Selangor iaitu krisis air yang sangat serius. Krisis ini telah dijangka akan berlaku pada 2014 sejak 2006 lagi dan kerajaan Barisan Nasional telah mengadakan pelan penyelesaian menyeluruh mengelakkan krisis ini.
Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada 2008 mereka mengetahui bahawa industri air di Lembah Klang dalam proses penstrukturan semula.
Dua agenda penting dalam penyelesaian ini ialah bekalan air mentah dari Pahang dan penstrukturan semula industri air di Lembah Klang di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
khalid_mb_selangor_gagal_rakyat
Tan Sri Khalid tidak mahu melaksanakan segera kerana beliau mahu menggunakan isu ini untuk meraih keuntungan politik.
Kerajaan Selangor memutuskan tidak memberi Kebenaran Merancang Dan Membina untuk Loji Langat 2. Loji Langat 2 merupakan bahagian penting dalam memastikan kemapanan industri air di Selangor. Air mentah yang disalurkan dari Pahang akan di proses di loji ini. Tanpa loji ini, bekalan air mentah dari Pahang tidak berguna. Malangnya, Khalid tidak peduli semua itu.
Beliau menjalankan permainan Pakatan untuk melengahkan projek ini bagi meningkatkan kos pengurusan air dan memburukkan Barisan Nasional.
Khalid secara terbuka beberapa kali menolak kajian yang menyatakan bahawa Lembah Klang akan berhadapan krisis air pada 2014. Beliau mengatakan Loji ini bukan keperluan segera. Paling awal krisis air akan berlaku ialah pada 2019.
Jadi apa yang Pakatan dakwa sebagai bencana alam kemarau yang menyebabkan krisis air ini hanyalah satu tindakan menyalahkan takdir bagi menyembunyikan kesalahan mereka. Jangan salahkan Allah atas sikap dan perangai buruk kepimpinan Pakatan.
Agenda kedua ialah penstrukturan semula industri Air Selangor melalui penggabungan syarikat-syarikat yang terbabit dalam industri ini. Khalid melenga-lengahkan kerana mahu menggunakan perjanjian air yang lama antara Syabas dan kerajaan negeri dan persekutuan bagi mendapat keuntungan politik.
Khalid tahu bahawa melengahkan isu penggabungan ini akan membolehkan Syabas melaksanakan perjanjian kenaikan tarif air. Ini akan membolehkan beliau menyalahkan Syabas dan BN sebagai penindas rakyat yang mahu menaikkan tarif air, manakala beliau akan menjadi hero sebagai orang yang menghalang kenaikan tarif.
Namun kejahatan dan hati busuk Pakatan dan Khalid Ibrahim akhirnya dibalas Allah. Krisis air yang dijangka menjadi kenyataan, Khalid terpaksa mencatu air. Akibatnya, kerajaan Persekutuan terpaksa membelanja berjuta ringgit membuat pembenihan awan.
Menyedari kemarahan rakyat akan bertambah besar menjelang pertengahan bulan ini, Khalid bersetuju dengan pembinaan loji langat 2 dengan syarat kerajaan Persekutuan menyuntik RM 2 bilion dalam menampung kos penstrukturan semula “pemain industri air Selangor”.
Kerajaan Persekutuan sedar masalah krisis air ini perlu diselesaikan kerana ia boleh menjejas ekonomi negara. Banyak industri akan terhenti jika krisis bekalan air berterusan dari semasa ke semasa tanpa penyelesaian yang tuntas.
Namun apa yang kita saksikan sejak semalam ini sikap busuk hati dan bodoh sombong penyokong Pakatan Rakyat masih berterusan menegakkan benang basah dan berbohong kepada umum bahawa ini kejayaan Pakatan dan Khalid menyingkirkan Syabas kroni Barisan Nasional.
Mereka menipu fakta bahawa penstrukturan ini dirangka dan dirancang oleh Barisan Nasional sendiri pada 2007. Mereka juga langsung tidak berasa bersalah atas sikap tidak bertanggungjawab Pakatan dan Khalid melengahkan pembinaan Loji Langat 2 sehingga menyebabkan krisis air sekarang dan kerajaan Persekutuan mengalami kerugian jutaan ringgit.
tahukah_anda_krisis_air_selangor
kronologi-ringkasan-masalah-krisis-air-kerajaan-selangor-pakatan-khalid-pkr

Isma: Iktiraf Malaysia hak Melayu

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hari ini menuntut agar masyarakat antarabangsa mengiktiraf Malaysia sebagai warisan kaum Melayu kerana etnik itu telah terbukti wujud lebih lama di benua ini daripada kaum lain.

Menurut Naib Presiden II pertubuhan itu, Abdul Rahman Mt Dali berdasarkan hasil kajian penyelidik Melayu berprofil tinggi mereka telah mendedahkan asal usul kaum Melayu melalui kajian saintifik Mitochondrial DNA (MtDNA) yang menunjukkan genetik Melayu ditemui terbukti lebih awal wujud dari genetik kaum Cina dan India.

"Genetik Melayu berusia 60,000 hingga 70,000 tahun berbanding genetik Cina yang hanya berusia sekitar 40,000 hingga 45,000 tahun.

Benua Sunda yang berpusat di bumi Melayu yang kita pijak ini di sebut sebagai 'The Cradle of Human Civilisation' yang membiakkan kaum etnik lain. Maka sah, bumi ini asalnya adalah bumi orang Melayu," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Rahman, cari gali di Lembah Bujang, Kedah, oleh pasukan Arkeologi Universiti Sains Malaysia turut menemui kesan sejarah tamadun maju Melayu Kedah Tua yang dianggarkan berusia seawal abad ke-2 sebelum Masihi.

"Jadi, sah sekali lagi bahawa bumi ini warisan kaum Melayu lebih awal dari Angkor Wat atau Borobudur.

"Oleh itu, kita mahu orang Cina, India atau sesiapapun tidak lagi mempersoalkan kedudukan Melayu.

"Kita juga mahu seluruh dunia mengiktiraf bumi Malaysia ini yang sebelumnya dikenali Malaya dan sebelumnya lagi dipanggil Tanah Melayu sebagai warisan Melayu dan hak Melayu," katanya lagi.

Justeru itu, Rahman menggesa agar pengiktirafan diberikan kepada Malaysia sebagai tanah Melayu seperti mana yang dilakukan kepada benua-benua lain di dunia.

"Kita mahu dunia mengiktiraf bumi ini sebagai warisan dan hak orang Melayu.

"Sama seperti dunia mengiktiraf benua Cina adalah hak warisan orang Cina dan benua India hak warisan orang India, England untuk Inggeris, Ireland untuk orang Irish dan Germany untuk orang Jerman dan seterusnya.

"Atau adakah orang Melayu tidak punya tanahnya sendiri?" soalnya.

"Sudah tentu inilah benua Melayu dan inilah tanah untuk kaum Melayu." katanya lagi.

Friday 21 February 2014

Mufti selar Facebook hina Islam


Mufti selar Facebook hina Islam

Jabatan Mufti Kelantan menyelar pihak yang menghina Islam, menerusi Facebook Murtads In Pantai Timur dan Murtads in Kelantan-MIK.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tindakan memaparkan kenyataan mengutuk Islam dan Nabi Muhammad SAW itu boleh mencetuskan persengketaan antara kaum dan penganut agama di negara ini.

Justeru, Mohamad Shukri meminta masyarakat, tanpa mengira fahaman, tidak menggunakan media untuk menghuru-harakan keharmonian.

“Kita tak tahu siapa pemilik akaun (Facebook) itu. Mungkin bukan daripada kalangan orang Islam.

“Kalau yang buat begitu orang Islam, saya minta dia segera bertaubat,” katanya kepada Sinar Harian semalam ketika mengulas penyebaran penghinaan Islam menerusi Facebook.

UMNO Temerloh Ambil Langkah Proaktif Kenali Pengundi Lebih Awal

Biar pun Pilihan Raya Umum ke-14 masih jauh, namun UMNO Bahagian Temerloh telah mula mengambil langkah proaktif dengan mencari dan mengenal pasti pengundi di kawasan parlimen itu yang bekerja di luar.
Ketua UMNO Bahagian Temerloh Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata langkah itu bertujuan untuk menentukan mereka dapat pulang menunaikan tanggungjawab dalam pilihan raya itu nanti.
sharkar-shahrizat-pusat-pemindahan-banjir-pahang-2013
“Program ini perlu dilaksanakan lebih awal bagi memastikan pengundi yang kini bekerja di luar kawasan balik mengundi selain dapat mengenal pasti pengundi baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada warga emas yang uzur di Kampung Bukit Kelulut di sini.
Mohd Sharkar juga berharap Barisan Nasional (BN) di kawasan itu dapat menarik lebih ramai sokongan anak muda di kawasan itu dengan mengadakan pelbagai program untuk golongan tersebut termasuk aktiviti sukan dan rekreasi.
Katanya langkah itu penting bagi memastikan BN dapat merampas kembali kerusi Parlimen Temerloh dan Dewan Undangan Negeri Kuala Semantan serta Mentakab dalam parlimen itu, yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya lepas.

Tindakan Kerajaan Selangor Lengahkan Langat 2 Burukkan Krisis Air – Noh Omar

Tindakan kerajaan negeri Selangor melengah-lengahkan pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang tertangguh sejak 2010 sebenarnya memburukkan krisis air di negeri itu terutama pada musim kemarau seperti sekarang.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MPTNS), Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan negeri seharusnya lebih realistik dan serius dalam menyelesaikan isu tersebut kerana masalah air di negeri itu sudah berlarutan sejak sekian lama.
pembinaan_loji_langat_2_selangor_air
Katanya, dakwaan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini yang mengaitkan krisis air di Selangor sebagai agenda Barisan Nasional (BN) menjatuhkan pakatan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang adalah sangat tidak berasas sedangkan masalah air adalah tanggungjawab mereka sendiri.
“PR jangan asyik politikkan isu air di Selangor atau menyalahkan orang lain setiap kali masalah air melanda kerana ia tidak akan selesai bahkan mereka sepatutnya fikir, krisis air ini melibatkan semua pengguna sama ada penyokong PR atau BN.
“Jika nak ambil alih pengurusan air negeri, segerakan kerana jangan disebabkan pengambil alihan masih tidak selesai, Langat 2 tak dapat dibina dan rakyat pula terus sengsara dengan krisis air yang tidak berkesudahan ini,” katanya di sini hari ini.
Noh mendakwa tindakan kerajaan negeri menyekat pembinaan projek kolam takungan air Pancang Bedena di Sabak Bernam yang sepatutnya siap tahun lepas untuk pertanian juga memberi tekanan hebat kepada petani.
“Campur tangan kerajaan negeri dalam projek kolam yang dibina kerajaan pusat itu menyebabkan ia tidak dapat disiapkan sedangkan ia mampu menampung kegunaan pesawah di daerah itu pada musim kemarau,” katanya.

DAP Umpama Penyamun Yang Menuduh Pihak Lain Penyamun – Shahidan

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim membidas DAP yang berterusan menjadikan isu perkauman dan agama sebagai  modal politik mereka untuk menagih simpati dan pengaruh di kalangan rakyat di negara ini.
Menurut beliau, biarpun begitu DAP cuba menutup ideologi dan prinsip parti tersebut yang bersifat perkauman dengan menuduh pihak lain, khususnya UMNO sebagai sebuah parti perkauman dan rasis.
“DAP ini seumpama penyamun yang cuba menuduh orang lain sebagai penyamun untuk menyembunyikan identitinya sebagai penyamun. Mereka yang rasis dan cauvinis, tetapi mereka cuba alihkan kepada UMNO  dengan pelbagai dakwaan dan tohmahan mereka di dalam setiap ceramah yang mereka buat.
projek-hina-agama-bangsa-negara-melayu-islam-umno-bn-pembangkang-pakatan-dap-rasis-ekstremis
“Kalau dia menuduh UMNO parti rasis dan sebagainya, ini adalah semata-mata untuk menutupi sikap dan pendirian kepimpinan mereka yang sebenarnya rasisi dan cauvinis. Ia dipanggil sebagai teknik  reverse psikology untuk mendoktrin pemikiran rakyat agar persepsi bahawa UMNO sebuah parti rasis akan melekat di fikiran mereka.
“Mereka menuduh UMNO dengan harapan agar rakyat, khususnya bukan Melayu akan terpengaruh dan seterusnya menyokong perjuangan DAP yang dianggap sebagai satu perjuangan untuk semua bangsa,” tegasnya di sini hari ini.
Sikap dan ideologi rasis yang diterapkan di dalam DAP  jelas dapat dilihat dengan beberapa insiden di mana ada terdapat kepimpinan DAP yang mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang.
“Kenyataan orang India balik India, menyifatkan pekerja kerajaan sebagai kucing kurap dan banyak lagi kenyataan yang menyinggung kaum-kaum tertentu, sudah cukup untuk menyerlahkan ideologi rasis dan cauvinis yang didokong oleh kepimpinan DAP.
“Malah, jika kita lihat susun atur pemilihan CEC DAP baru-baru ini juga tidak menggambarkan parti itu terbuka untuk semua kaum, apabila jawatankuasa pusat parti tersebut didominasi oleh satu kaum saja. Manakala kaum lain yang berada di dalam DAP seolah-olah  terpinggir bahkan ada yang tidak dijemput untuk menghadiri pemilihan parti tersebut,” tegasnya.
Namun kata Shahidan lagi, agak malang apabila ada juga di kalangan bangsa Melayu yang menyokong perjuangan DAP yang pada hakikatnya bersifat rasis dan cauvinis yang ekstrim.
“Mereka tak mahu sokong UMNO kerana kata mereka kononnya UMNO sebuah parti rasis. Memang benar UMNO adalah parti yang berteraskan perkauman, sama seperti MCA dan MIC. Tetapi perlu diingat bahawa perjuangan UMNO dalam usaha untuk memakmurkan negara tidak meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.
“Seperti mana orang Melayu di dalam Pas yang kini bergabung dengan DAP, mereka bukanlah bersetuju sangat dengan sikap dan pendekatan kepimpinan DAP yang seringkali memainkan isu-isu perkauman dan agama yang sensitif, tetapi kerana terlalu dahagakan kuasa memerintah maka mereka terpaksa sokong juga,” ujarnya.

BN Namakan Chew Mei Fun Calon Bertanding PRK DUN Kajang

Barisan Nasional menamakan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun, sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan.
Pengumuman calon rasmi BN itu dibuat Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu sidang media berhubung PRK Kajang di Menara Dato Onn, di sini hari ini.
timbalan-pengerusi-bn-muhyiddin-umum-calon-prk-kajang-chew-mei-fun-pwtc
Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata Chew, yang berasal dari Selangor, menjadi pilihan kerana beliau seorang yang berwibawa, mempunyai pengalaman luas serta sudah biasa berurusan dengan kerajaan persekutuan.
“Strategi kita pastilah mencapai kemenangan. Walaupun kita tahu akan berhadapan dengan tentangan yang hebat daripada Pakatan Rakyat atau lain-lain pihak tapi kita anggap ini suatu peluang untuk BN tawarkan seorang calon.
“Calon BN yang dipilih ini, saya kira berwibawa, berpengalaman, (dan) pernah berada dalam kerajaan, (serta) menjawat jawatan sebagai Naib Presiden MCA,” katanya.
PRK DUN Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan lepas.
Muhyiddin berkata BN akan mengatur gerak kerja sebagaimana yang biasa dilakukan, dan akan memberi tumpuan yang khusus kepada jentera komponen parti dari situ.
“Komponen parti telah pun diarahkan untuk buat persiapan yang perlu termasuk daripada barisan Wanita, Pemuda dan Puteri untuk bergerak di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM). Kita juga telah mengenal pasti PDM yang kita menang dan kalah,” katanya.
Timbalan perdana menteri menjelaskan bahawa keputusan bertanding di Kajang merupakan satu ruang dan peluang BN menawarkan khidmat kepada pengundi untuk membuat pemilihan yang bijak.
“BN berjanji sekiranya (Chew) Mei Fun dipilih sebagai Ahli DUN di Kajang, dia akan memberi tumpuan sepenuh masa untuk bela rakyat di Kajang, tidak kira kaum dan bangsa.
“Ini adalah tradisi BN untuk membela rakyat dan perkhidmatan sepanjang masa. Saya berharap dengan pengumuman hari ini, pengundi yang ada di Kajang akan memberikan sokongan sepenuhnya,” kata beliau.
Ditanya mengapa BN mengambil masa agak lama untuk mengemukakan calon sedangkan pembangkang sudah mula berkempen, Muhyiddin berkata pada kebiasaannya, BN hanya  akan membuat pengumuman dua hari sebelum hari penamaan.
“Tetapi, sekarang ini hampir dua minggu sebelum penamaan dan itu bukannya lewat. Ia merupakan satu tempoh masa sesuai berikutan kita perlu mendapatkan pelbagai input daripada pihak tertentu,” katanya.
Ditanya sama ada BN dianggap sebagai ‘underdog’ dalam PRK serta mempunyai senjata rahsia untuk menghadapi pilihan raya kecil ini, Muhyiddin berkata:
“Kita harus mengatur strategi kerana kita sedar pihak yang bertanding akan ambil kesempatan untuk gunakan platform Kajang bagi memburukkan nama kerajaan.
“Pemimpin BN berpendapat sekiranya BN tidak bertanding, dan semasa PRK pelbagai isu dibangkitkan berkaitan dengan BN, siapa yang boleh jawab. Oleh itu, kita menggunakan PRK ini sebagai platform untuk menjawab supaya pengundi tidak disogokkan dengan maklumat sebelah pihak sahaja,” jelas Muhyiddin.
Ditanya tentang keyakinan BN untuk menang, beliau berkata: “Kita tidak akan masuk bertanding PRK untuk kalah. Mestilah hendak menang. Jangan berasa tertekan. Biarlah pengundi menentukan pilihan mereka.”
Muhyiddin turut menyerahkan watikah pelantikan sebagai calon BN kepada Chew, dan bersorak ‘Hidup Barisan Nasional’ sebanyak tiga kali.
Sementara itu, Chew, yang juga bekas Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, berharap pengundi Kajang dapat memberikan sokongan kepada beliau agar dapat menjadi wakil pembangkang dalam DUN di bawah Kerajaan Selangor.
Chew, yang juga bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata ia merupakan peluang terbaik bagi rakyat untuk memastikan hala tuju politik Selangor ke arah sistem dua parti yang lebih sihat dengan sistem memantau dan menegur yang lebih berkesan.
“Saya memohon restu dan sokongan daripada pengundi Kajang supaya saya dapat dipilih sebagai Adun, yang mana dapat memperkuatkan lagi peranan parti pembangkang sebagai memantau dan menegur dalam kerajaan Selangor.
“Sekiranya ditakdirkan kemenangan, ini bukan anugerah kepada Chew Mei Fun, tapi memastikan Dewan Undangan Negeri dapat menuju ke arah sistem lebih sihat dengan lebih sesuai dengan suasana kepelbagaian di dalam negara kita,” katanya.

DAP Umpama Penyamun Yang Menuduh Pihak Lain Penyamun – Shahidan

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim membidas DAP yang berterusan menjadikan isu perkauman dan agama sebagai  modal politik mereka untuk menagih simpati dan pengaruh di kalangan rakyat di negara ini.
Menurut beliau, biarpun begitu DAP cuba menutup ideologi dan prinsip parti tersebut yang bersifat perkauman dengan menuduh pihak lain, khususnya UMNO sebagai sebuah parti perkauman dan rasis.
“DAP ini seumpama penyamun yang cuba menuduh orang lain sebagai penyamun untuk menyembunyikan identitinya sebagai penyamun. Mereka yang rasis dan cauvinis, tetapi mereka cuba alihkan kepada UMNO  dengan pelbagai dakwaan dan tohmahan mereka di dalam setiap ceramah yang mereka buat.
projek-hina-agama-bangsa-negara-melayu-islam-umno-bn-pembangkang-pakatan-dap-rasis-ekstremis
“Kalau dia menuduh UMNO parti rasis dan sebagainya, ini adalah semata-mata untuk menutupi sikap dan pendirian kepimpinan mereka yang sebenarnya rasisi dan cauvinis. Ia dipanggil sebagai teknik  reverse psikology untuk mendoktrin pemikiran rakyat agar persepsi bahawa UMNO sebuah parti rasis akan melekat di fikiran mereka.
“Mereka menuduh UMNO dengan harapan agar rakyat, khususnya bukan Melayu akan terpengaruh dan seterusnya menyokong perjuangan DAP yang dianggap sebagai satu perjuangan untuk semua bangsa,” tegasnya di sini hari ini.
Sikap dan ideologi rasis yang diterapkan di dalam DAP  jelas dapat dilihat dengan beberapa insiden di mana ada terdapat kepimpinan DAP yang mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang.
“Kenyataan orang India balik India, menyifatkan pekerja kerajaan sebagai kucing kurap dan banyak lagi kenyataan yang menyinggung kaum-kaum tertentu, sudah cukup untuk menyerlahkan ideologi rasis dan cauvinis yang didokong oleh kepimpinan DAP.
“Malah, jika kita lihat susun atur pemilihan CEC DAP baru-baru ini juga tidak menggambarkan parti itu terbuka untuk semua kaum, apabila jawatankuasa pusat parti tersebut didominasi oleh satu kaum saja. Manakala kaum lain yang berada di dalam DAP seolah-olah  terpinggir bahkan ada yang tidak dijemput untuk menghadiri pemilihan parti tersebut,” tegasnya.
Namun kata Shahidan lagi, agak malang apabila ada juga di kalangan bangsa Melayu yang menyokong perjuangan DAP yang pada hakikatnya bersifat rasis dan cauvinis yang ekstrim.
“Mereka tak mahu sokong UMNO kerana kata mereka kononnya UMNO sebuah parti rasis. Memang benar UMNO adalah parti yang berteraskan perkauman, sama seperti MCA dan MIC. Tetapi perlu diingat bahawa perjuangan UMNO dalam usaha untuk memakmurkan negara tidak meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.
“Seperti mana orang Melayu di dalam Pas yang kini bergabung dengan DAP, mereka bukanlah bersetuju sangat dengan sikap dan pendekatan kepimpinan DAP yang seringkali memainkan isu-isu perkauman dan agama yang sensitif, tetapi kerana terlalu dahagakan kuasa memerintah maka mereka terpaksa sokong juga,” ujarnya.

Tindakan Kerajaan Selangor Lengahkan Langat 2 Burukkan Krisis Air – Noh Omar

Tindakan kerajaan negeri Selangor melengah-lengahkan pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang tertangguh sejak 2010 sebenarnya memburukkan krisis air di negeri itu terutama pada musim kemarau seperti sekarang.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MPTNS), Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan negeri seharusnya lebih realistik dan serius dalam menyelesaikan isu tersebut kerana masalah air di negeri itu sudah berlarutan sejak sekian lama.
pembinaan_loji_langat_2_selangor_air
Katanya, dakwaan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini yang mengaitkan krisis air di Selangor sebagai agenda Barisan Nasional (BN) menjatuhkan pakatan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang adalah sangat tidak berasas sedangkan masalah air adalah tanggungjawab mereka sendiri.
“PR jangan asyik politikkan isu air di Selangor atau menyalahkan orang lain setiap kali masalah air melanda kerana ia tidak akan selesai bahkan mereka sepatutnya fikir, krisis air ini melibatkan semua pengguna sama ada penyokong PR atau BN.
“Jika nak ambil alih pengurusan air negeri, segerakan kerana jangan disebabkan pengambil alihan masih tidak selesai, Langat 2 tak dapat dibina dan rakyat pula terus sengsara dengan krisis air yang tidak berkesudahan ini,” katanya di sini hari ini.
Noh mendakwa tindakan kerajaan negeri menyekat pembinaan projek kolam takungan air Pancang Bedena di Sabak Bernam yang sepatutnya siap tahun lepas untuk pertanian juga memberi tekanan hebat kepada petani.
“Campur tangan kerajaan negeri dalam projek kolam yang dibina kerajaan pusat itu menyebabkan ia tidak dapat disiapkan sedangkan ia mampu menampung kegunaan pesawah di daerah itu pada musim kemarau,” katanya.

Tuesday 18 February 2014

Kerajaan Tidak Pernah Pinggir Masyarakat Luar Bandar – Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak pernah meminggir masyarakat di luar bandar kerana dasar diamalkan kerajaan selama ini mahu penduduk di bandar mahupun luar bandar menerima pembangunan secara adil.
Beliau berkata masyarakat luar bandar yang tinggal jauh dari pusat pentadbiran tidak pernah terlepas pandang daripada pembangunan yang telah dibawa kerajaan.
“Kerajaan Barisan Nasional (BN) menghargai sokongan kuat oleh rakyat di luar bandar kepada kerajaan. Oleh kerana itu, sebagai contoh saya apabila melawat ke negeri ini akan turut melawat ke kawasan-kawasan luar bandar untuk memahami permasalah mereka,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga Anggota Parlimen Santubong dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-tugas Khas), Tan Sri Adenan Satem merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu.
Menerusi pembangunan yang dibawa kerajaan, Muhyiddin meminta masyarakat luar bandar memanfaatkan sebaik mungkin sumber semulajadi di kawasan mereka untuk mengembangkan potensi pembangunan di kawasan tersebut.
“Sumber seperti tumbuh-tumbuhan, tanaman, hasil laut berpotensi besar membantu pembangunan kawasan luar bandar.
“Ditambah pula dengan bantuan kerajaan kepada petani, nelayan serta pekebun kecil mampu meningkat pendapatan masyarakat luar bandar untuk tempoh 20 ke 30 tahun akan datang seterusnya meningkat taraf kehidupan,” kata Timbalan Perdana Menteri.
Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan bersetuju menamakan dewan sekolah berkenaan sempena nama bunga Pakma atau Rafflesia iaitu ‘Dewan Pakma’ sebagai simbolik Taman Negara Gunung Gading di sini yang menjadi tumpuan kerana kewujudan bunga terbesar di dunia itu di taman berkenaan.
Beliau turut mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk menaik taraf Sekolah Kebangsaan (SK) Bumiputera Lundu di sini.
Terdahulu, Adenan dalam ucapannya memohon Muhyiddin pertimbangkan agar dewan tersebut dinamakan sebagai ‘Dewan Pakma’.
Adenan berkata daerah Lundu yang dibuka pada 22 Jun 1877 sangat bertuah kerana dikunjungi oleh Muhyiddin, kunjungan kedua oleh Timbalan Perdana Menteri.
Menurutnya Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein menjadi pemimpin negara yang pertama pernah berkunjung ke Lundu yang bersempadan dengan Kalimantan Barat (KALBAR), Indonesia, untuk merasmikan Jalan Biawak.
“30-40 tahun dahulu Lundu berbeza, nak datang ke sini kena tunggu feri, kadang-kadang hati rasa marah sebab terpaksa tunggu lama, tetapi kerajaan BN telah bina jambatan untuk mudahkan perjalanan. Selain itu 98 peratus kawasan di Lundu, serta 99 penempatan sudah dapat dihubungi dengan jalan raya,” katanya.
Adenan berkata selain itu, Lundu yang mempunyai 35,000 penduduk juga terkenal dengan pelbagai produk ekopelancongan seperti gunung-ganang, pantai serta pulau-pulau yang menarik.
“Selain itu, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Biawak akan menarik lebih ramai pelawat ekonomi ke Lundu,” kata Adenan yang bakal menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu selepas Taib mengumumkan meletak jawatan berkuat kuasa 28 Feb ini.

Dulu Saman Berjuta, Kenapa Sekarang Dikatakan Satira Politik?

Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok cuba mempertahankan tindakan biadap dan kurang ajar yang dilakukan melalui video sindiran sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini. Menurutnya Umno sengaja ingin memutarbelitkan isu kandungan klip video yang bertajuk ‘Onederful Malaysia’ itu kerana telah bankrap idea.
Wakil rakyat dari Seputeh itu mengatakan, rakaman video tersebut hanyalah merupakan‘satira politik’ (lawak politik) semata-mata kerana ia tidak merujuk kepada mana-mana pihak dan tidak menyebut sebarang nama serta bukan bersifat hasutan.
teresa-kok-video-hina-sindir-dap-rasis-pm-kerajaan-onederful-tahun-baru-raya-cina-2014
Paling menarik dia turut mengatakan sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap dirinya ia adalah merupakan “penindasan politik”.
Video berdurasi hampir 12 minit yang disiarkan di YouTube itu antara lain memperlihatkan barisan tetamu undangan berkenaan mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa perkara, termasuk sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.
Malah, seorang tetamu dikenali Master Yan Yan yang ditanya mengenai Tahun Melawat Malaysia 2014 mengutuk Sabah dengan kenyataan berikut : But then, you can travel to Sabah, where you get to see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire” (anda boleh melancong ke Sabah, di mana anda boleh melihat lanun, dengan pertunjukan bonus penculikan dan babak tembakan).
Sindiran-sindiran lain didakwa turut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Yang menariknya isu yang hampir sama ini, pernah terjadi pada beberapa tahun yang lalu. Pada 9 Oktober 2008, dia telah mengemukakan saman berjumlah RM30 terhadap Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Zaini Hassan dan Utusan Melayu (M) Bhd yang kononnya telah menerbitkan sebuah artikel fitnah.
Artikel yang bertajuk ‘Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ‘ba-alif-ba-ya’ itu dikatakan bertujuanmemperkecilkan dirinya secara peribadi dan rasmi termasuk sebagai Ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Exco kerajaan negeri Selangor.
Ketika perbicaraan kes tersebut, dia yang ditanya oleh peguam mengakui artikel tersebut langsung tidak menyebut namanya. Tidak lama selepas itu, Teresa telah mengarahkan peguamnya untuk menarik semula kes tersebut tanpa memberikan sebarang alasan.
Selain daripada itu, dia juga pernah mengemukakan saman terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Chamil Wariya kerana menulis sebuah cerpen bertajuk “Politik Baru YBJ” yang kemudiannya diterbitkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 12 Oktober 2008.
Merasakan cerpen tersebut merujuk kepada dirinya, anggota Exco kerajaan negeri Selangor itu segera memfailkan saman pada 12 Disember 2008 yang berjumlah RM30 juta juga. Dia mendakwa cerpen tersebut telah merujuk kepada dirinya dan bukan hanya sekadar kebetulan. Kes tersebut juga akhirnya diselesaikan di luar mahkamah.
Kesimpulannya, apabila terkena batang hidung sendiri dia bukan main marah lagi, sehingga bertindak mengemukakan saman yang bernilai jutaan ringgit. Pada ketika itu, tidak timbul pula soal satira politik atau hanya sekadar lawak jenaka.
Diharapkan siasatan terhadap kes ini dapat dijalankan dengan segera agar hukuman dapat dijalankan sekiranya terbukti dia bersalah. Semoga dengan tindakan itu, tidak ada lagi kes-kes yang menyentuh sensitiviti dan bersifat perkauman dilakukan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.
isuhot.com

DAP Suarakan Tolak Golongan Ekstrem, Pengkhianat Negara Untuk Tutup Aib Sendiri

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menganggap pakatan pembangkang menyajikan satu lagi sandiwara apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan berkata golongan ekstrimis dan pengkhianat negara adalah mereka yang cuba menimbulkan kekacuan dengan mengapi-apikan isu sentimen agama dan perkauman.
Katanya, dakwaan pengkhianat negara sebenarnya adalah lebih sesuai jika diberikan kepada anggota dalam pakatan mereka sendiri yang lebih cenderung memburuk-burukkan negaranya sendiri.
blog-lim-kit-siang-dap-cina-rasis-13-mei-provokasi
“Apabila DAP menimbulkan isu sedemikian dalam ucapannya maka ia sebenarnya adalah cubaan untuk mengalihkan tumpuan dan perhatian masyarakat terhadap apa yang telah mereka sendiri lakukan dengan menyalahkan pihak lain,” katanya.
Tegas beliau, ini dapat dilihat apabila kecaman rakyat yang berterusan kepada anggota Parlimen DAP, Teresa Kok masih berlarutan maka kepimpinan atasnya mengeluarkan ucapan seolah-olah mereka tidak memainkan sentimen perkauman, penghinaan dan pengkhianatan kepada negara mereka sendiri.
“Secara jujur saya akui bahawa saya sebagai anak negeri Sabah amat tersinggung dengan kenyataan Teresa dalam videonya yang memburuk-burukkan negeri Sabah dengan dianggap tidak selamat dan insiden Lahad Datu dijadikan bahan sindiran.
“Inilah pengkhianatan yang dibuat kepada negaranya sendiri yang sewajarnya dilihat oleh kepimpinan pembangkang untuk dinilai dan bukannya menidakkan apa yang dibuat dengan menuding jari kepada orang lain,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar melihat, pemimpin pembangkang bersikap hipokrit apabila melahirkan kenyataan menolak golongan ekstrem dalam politik sedangkan yang cenderung bersikap sedemikian adalah mereka sendiri.
“Siapa sebenarnya yang ekstrem, siapa sebenarnya yang bersifat perkauman, siapa yang anjurkan politik ganas selama ini jika tidak kepimpinan dari pakatan pembangkang sendiri.”
Tegas beliau, klip video Teresa Kok yang dimuat naik di laman YouTube sempena Tahun Baru Cina lalu secara jelas menjadi bukti bagaimana kepimpinan pembangkang memperkecilkan bangsa Melayu selain memburuk-burukkan dasar kerajaan yang selama ini menjadi sebahagian pencetus kepada kejayaan Malaysia di peringkat antarabangsa.
“Ketika isu ini hangat diperkatakan dengan berpuluh laporan polis dibuat maka kepimpinan tertinggi mereka cuba mengalihkan tumpuan ibaratnya bukan mereka yang mencetuskan perkauman dan politik ganas.”
Bidas beliau, jika UMNO amalkan sikap perkauman dan bersikap tidak adil maka tidak mungkin Malaysia dikenali sebagai negara berbilang kaum dan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman sejahtera.
“Jika UMNO benar-benar parti yang rasis dan hanya mengutamakan satu-satu kaum sahaja jadi mana mungkin bangsa lain boleh berjaya termasuklah kaum Cina yang boleh menguasai ekonomi selain bangsa lain turut berjaya menjawat bidang profesional dan mendapat tempat dalam pelbagai sektor.
“Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu lagi menolak politik kebencian yang hanya akan memudaratkan sebaliknya menerapkan perpaduan dan sifat bersatu-padu pada semua kaum tanpa ada mana-mana pihak yang didiskriminasikan.”
Dalam hal ini beliau turut menyorot pelbagai demonstrasi jalanan yang berlangsung sejak Pilihan Raya Umum ke-12 misalnya Himpunan Bersih, sambutan ambang kemerdekaan, himpunan menjelang Tahun Baru dan macam-macam lagi adalah digerakkan oleh pakatan pembangkang yang menjadikan rakyat sebagai mangsa untuk bertindak ganas dan mengganggu ketenteraman.