Nuffnang Ads

Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

Wednesday, 4 April 2012

UMMI HAFILDA CABAR WAN AZIZAH


Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali mencabar Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail supaya mempertahankan keperibadian Shamsidar Taharin jika benar isteri Timbalan Presiden PKR itu difitnah melalui pendedahan beliau dan Senator Datuk S. Nallakaruppan baru-baru ini.

Dalam nada sinis, Ummi Hafilda turut bertanyakan kepada isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu siapa yang dimaksudkannya apabila menyebut 'perempuan sundal dan jalang'.

Beliau berkata, gelaran yang pernah digunakan oleh Wan Azizah itu bukan sesuatu yang rahsia malah kerap digunakan dalam perbualan bersama bekas Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Nordin dan bekas pemandu Wan Azizah, Azizan Abu Bakar.


"Kenapa ketika itu dia sanggup menggelarkan Shamsidar dengan gelaran seburuk itu? Jadi saya cabar Wan Azizah jawab soalan cepu emas ini. Adakah Shamsidar seorang muslimah sejati yang telah difitnah sebegitu zalim?"

Mai Pikiaq Pi: Jawab... jawab Wan Azizah.... Siapa 'perempuan sundal dan jalang' tue???....

Monday, 5 March 2012

Percayakah Anda???...

"Bila waktunya Anwar berbohong...??? Kalau Anwar bercakap sambil gentel-gentel butang baju melayunya yg nombor tiga dari bawah, itu benar. Kalau Anwar membelai rambutnya, itu benar. Kalau Anwar memegang tie bow nya, itu benar. Kalau Anwar mengusap-usap misainya, itu benar. Jadi, bila Anwar berbohong? ANWAR BERBOHONG PADA SAAT DIA BUKA MULUT UNTUK BERCAKAP, SAMPAILAH DIA HABIS BERCAKAP. Itulah waktunya dia berbohong" - Mohd Zahid Md Arip, bekas Naib Ketua Pemuda PKR Pusat

Mai Pikiaq Pi: Aku pun tak tau apa yang ada pada kepala otak si Anwar nie... Semua kata-katanya belum tentu benar... Apakah ini ciri-ciri seorang pemimpin???

KEMBALIKAN KEAMANAN BUMI PALESTIN!!!



Mai Pikiaq Pi: Kenapalah dalam kekejaman Israel ke atas penduduk Palestin, masih ada manusia Anwar yang menyokongnya???...

Saturday, 3 March 2012

"Say No To Kaki Temberang"



Mai Pikiaq Pi: Mai sama2 kita tolak Kaki Temberang Si Anwar....

Friday, 2 March 2012

ANWAR IBRAHIM - RAJA DRAMA...!!!




Mai Pikiaq Pi: Buka mata orang kat luar sana... Jangan lagi tertipu dengan tipu daya si PENDUSTA ini...

Kawan baik Anwar pun kaki wayang jugak...


Al Gore (kawan baik Anwar dunia akhirat) yang selalu mati-mati backing Anwar daripada dulu lagi memang ada perangai cakap tak serupa bikin sama macam Anwar jugak... Generation Investment Management yang dipelopori Al Gore dan yang mana Anwar dilantik jadik Ahli Lembaga Penasihat pada 2005 sibuk canang sini sana tentang kepentingan supaya teknologi moden dan terbaru yang berpotensi melawan kesan rumah hijau diaplikasikan di serata dunia...dan kalau dilihat pada site dorang pun kemain lagi statement berbunga-bunga ....

"While we are still a small firm with only 23 employees, Generation is committed to reducing the energy use of operations, both direct and indirect. We do this by minimizing non-essential air travel and by managing our building operations (lighting, recycling, and procurement). We have also had conversations with suppliers about energy efficiency. For the remainder of our carbon footprint, we work with two offset providers (The Chicago Climate Exchange and the CarbonNeutral Company) to ensure our London and Washington D.C. offices are fully carbon neutral. In addition, Generation has sponsored a full energy efficiency audit for each employee's residence, including suggestions for ways they can make home energy improvements."

Yang bestnya...

Pendedahan hasil usaha The Tennessee Center For Policy Research: 
"Gore’s mansion, located in the posh Belle Meade area of Nashville, consumes more electricity every month than the average American household uses in an entire year, according to the Nashville Electric Service (NES).
In his documentary, the former Vice President calls on Americans to conserve energy by reducing electricity consumption at home.
The average household in America consumes 10,656 kilowatt-hours (kWh) per year, according to the Department of Energy. In 2006, Gore devoured nearly 221,000 kWh—more than 20 times the national average.
Last August alone, Gore burned through 22,619 kWh—guzzling more than twice the electricity in one month than an average American family uses in an entire year. As a result of his energy consumption, Gore’s average monthly electric bill topped $1,359.
Since the release of An Inconvenient Truth, Gore’s energy consumption has increased from an average of 16,200 kWh per month in 2005, to 18,400 kWh per month in 2006.
Gore’s extravagant energy use does not stop at his electric bill. Natural gas bills for Gore’s mansion and guest house averaged $1,080 per month last year.
“As the spokesman of choice for the global warming movement, Al Gore has to be willing to walk the walk, not just talk the talk, when it comes to home energy use,” said Tennessee Center for Policy Research President Drew Johnson.
In total, Gore paid nearly $30,000 in combined electricity and natural gas bills for his Nashville estate in 2006."
Bil Elektrik Rumah Al Gore....bley?








Kawan baik dunia akhirat pun kaki wayang sama macam dia jugak... penuh pura-pura... Ini mmg cerita lama tapi skrip yang sama jer Anwar pakai hari ni... wayang ... wayang... drama...drama.. .bosannnnnnn...

Thursday, 1 March 2012

Siapa cakap Mahathir kowtow kepada Israel?



Mai Pikiaq Pi: Kepada juak-juak Anugerah Tuhan dan Penghancur Kebahagiaan Rakyat (PKR)... Sila tengok sampai habis dan nilai balik fitnah korang mengenai surat Tun Mahathir kepada Zionis Israel... Sapa yang anti Israel sekarang? Tun Mahathir atau Anwar Ibrahim? Siapa yang marah-marah manja lepas tu terhegeh-hegeh pusing satu USA mintak ampun sini-sana?... Tak percaya? Tak berapa nak ingat?... Sila recall balik cerita lama yang ramai tau tapi buat-buat tak ingat kat link bawah tu... Kredit to AIDC for the info...


Anwar's Apology Tour

Badrul Amin, Imam Mahadi dan Anwar Ibrahim

Salah Laku, Tiada Integriti Jadi Mimpi Ngeri Pembangkang...


PELBAGAI masalah yang berlaku terhadap beberapa pemimpin PKR merupakan mimpi ngeri yang berterusan terpaksa dilalui oleh parti itu dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)  nanti.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, kepimpinan PKR kini berada dalam keadaan tertekan terutama dalam usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat berikutan beberapa peristiwa dan laporan membabitkan pemimpin mereka.
“Apa yang berlaku itu banyak memberi kesan kepada PKR dan pakatan pembangkang, selain isu Anwar dengan Israel, kes terbaru yang membabitkan Ustaz Bad (Badrul Amin Baharom) merupakan satu lagi tekanan yang terpaksa dihadapi oleh PKR.
“Sebab itu, pakatan pembangkang terpaksa berhempas pulas untuk mencari isu memburukkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO bagi menutup atau mengalihkan tumpuan rakyat terhadap mereka.
“Alasan paling mudah bagi mereka untuk menutupnya ialah dengan menuduh UMNO, apa sahaja yang berlaku semuanya perancangan UMNO, bagi mereka itulah jalan mudah untuk menutup segalanya,” katanya.



Imam Mahadi a.k.a Anwar

Wednesday, 29 February 2012

PUAKA RABIK (PR)

PUSARA PR

Dewan Ulama Pas Makin Pelik Ambil Remeh Isu Anwar Sokong Israel...


DEWAN Ulama Pas sekali lagi dibidas kerana dilihat masih takut-takut untuk mengambil tindakan konkrit dan konsisten dengan pendirian mereka yang tidak mengiktiraf negara Israel.
Ilmuwan Muda UMNO, Ustaz Fadlan Othman berkata, jika mereka konsisten dengan pendirian berkenaan, kenapakah masa yang diambil terlalu lama untuk membincangkan isu sokongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Israel seperti yang disiarkan di dalam Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.
Menurut beliau, sepatutnya perkara itu perlu disegerakan berbanding ceramah atau lain-lain tugas kerana ianya akan menimbulkan pelbagai persepsi dan tanggapan dalam kalangan rakyat.


DSAI terlibat dalam kes khalwat Ostaz!!!


Memang ada benarnya. Dek kes khalwat Ustaz PKR Badrul Amin, Anwar Ibrahim mampu 'bernafas semula' setelah dikritik hebat akibat kenyataan beliau menyokong keselamatan negara Israel. 

Anwar Ibrahim bukan sahaja dikecam oleh parti lawan tetapi rakan-rakan politik termasuk media alternatif mereka.

Malah, wakil Palestin turut menyuarakan rasa kesal dan kecewa terhadap Anwar Ibrahim. Pelbagai alasan dan putar belit yang digunakan untuk menutup malu Anwar Ibrahim. Daripada penafian, memperalat-alatkan Ulama Yusuf Al-Qardawi dan pelbagai lagi.

Yang terakhir kita dengar ialah kenyataan Nik Aziz selepas berjumpa dengan Anwar Ibrahim. Nik Aziz memberikan jawapan yang sudah diramalkan sebelum mereka berjumpa iaitu 'terpulang kepada Anwar Ibrahim'.

Jika jawapannya 'terpulang kepada kepada Anwar Ibrahim', maka tindakan Majlis Syura PAS yang 'berpendirian tegas' mengecam kenyataan Anwar Ibrahim hanya sekadar gimik politik murahan yang amat memualkan.