Seseorang Perdana Menteri (PM) tidak seharusnya juga memegang jawatan Menteri Kewangan, kata pemimpin veteran Umno yang juga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
Katanya, tradisi PM memegang dua jawatan itu menjadi amalan sejak krisis ekonomi 1997, yang dipantau rapi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Daim dalam wawancaranya dengan akhbar harian Cina, China Press yang diterbitkan hari ini berkata, PM sebagai ketua pentadbiran sesebuah negara, dan juga selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Ketua Umno mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sebegitu besar untuk turut mengendalikan kewangan kementerian juga.
Katanya, dengan melantik Menteri Kewangan kedua bagi membantu PM tidak akan membantu dalam perkara itu.
"Jawatan Menteri Kewangan kedua diwujudkan bagi menangani krisis ekonomi (1997).
"Sekarang tempoh krisis sudah berakhir tetapi negara masih mempunyai Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan kedua pada masa yang sama. Siapa yang membuat keputusan sebenar?” kata Daim yang berkhidmat pada sekitar tahun 1980-an.
Katanya, PM yang merangkap sebagai Menteri Kewangan akan tertakluk kepada bidasan dan kritikan sengit jika ekonomi negara merudum.
"Sistem yang baik adalah PM di atas menteri kewangan. Jadi, jika Menteri Kewangan membuat keputusan yang salah, PM boleh tampil dan memperbetulkan keadaan.
"Tetapi jika PM adalah Menteri Kewangan pada masa yang sama, tiada siapa yang berani untuk menegur atau memperbetulkannya," katanya.
Mai Pikiaq Pi: Kepada juak-juak Anugerah Tuhan dan Penghancur Kebahagiaan Rakyat (PKR)... Sila tengok sampai habis dan nilai balik fitnah korang mengenai surat Tun Mahathir kepada Zionis Israel... Sapa yang anti Israel sekarang? Tun Mahathir atau Anwar Ibrahim? Siapa yang marah-marah manja lepas tu terhegeh-hegeh pusing satu USA mintak ampun sini-sana?... Tak percaya? Tak berapa nak ingat?... Sila recall balik cerita lama yang ramai tau tapi buat-buat tak ingat kat link bawah tu... Kredit to AIDC for the info...