Nuffnang Ads

Showing posts with label PM. Show all posts
Showing posts with label PM. Show all posts

Monday, 5 March 2012

PM Tak Harus Pegang Jawatan Menteri Kewangan - Daim

Seseorang Perdana Menteri (PM) tidak seharusnya juga memegang jawatan Menteri Kewangan, kata pemimpin veteran Umno yang juga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Katanya, tradisi PM memegang dua jawatan itu menjadi amalan sejak krisis ekonomi 1997, yang dipantau rapi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

daim zainuddinDaim dalam wawancaranya dengan akhbar harian Cina, China Press yang diterbitkan hari ini berkata, PM sebagai ketua pentadbiran sesebuah negara, dan juga selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Ketua Umno mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sebegitu besar untuk turut mengendalikan kewangan kementerian juga.

Katanya, dengan melantik Menteri Kewangan kedua bagi membantu PM tidak akan membantu dalam perkara itu.

"Jawatan Menteri Kewangan kedua diwujudkan bagi menangani krisis ekonomi (1997).

"Sekarang tempoh krisis sudah berakhir tetapi negara masih mempunyai Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan kedua pada masa yang sama. Siapa yang membuat keputusan sebenar?” kata Daim yang berkhidmat pada sekitar tahun 1980-an.

Katanya, PM yang merangkap sebagai Menteri Kewangan akan tertakluk kepada bidasan dan kritikan sengit jika ekonomi negara merudum.

"Sistem yang baik adalah PM di atas menteri kewangan. Jadi, jika Menteri Kewangan membuat keputusan yang salah, PM boleh tampil dan memperbetulkan keadaan.

"Tetapi jika PM adalah Menteri Kewangan pada masa yang sama, tiada siapa yang berani untuk menegur atau memperbetulkannya," katanya. 

Saturday, 3 March 2012

"PARTI ASYIK SERABUT"


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, PAS kini menjadi ‘Parti Asyik Serabut’ yang sering menyusahkan rakyat kerana pemimpinnya kerap mengeluarkan kenyataan yang bercanggah.
Katanya, beliau sendiri tidak faham dengan hala tuju perjuangan parti berkenaan dan sering menyerabutkan pemikiran rakyat.
“Mula-mula dia kata Negara Islam, kemudian Negara Berkebajikan, selepas itu kata bukan Melayu boleh jadi Timbalan Presiden, tapi Musyidul Am kata, tidak boleh. Banyak menyusahkan rakyat, banyak bagi serabut,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam Kuala Ketil, dekat, sini hari ini.
Mai Pikiaq Pi: Jangan serabut agama udah....

Anwar sorang je dalam the whole entire universe ni yang boleh jadik PM Malaysia......

Menang belum... undi pun belum... pilihan raya pun tak tau lagi bila nak confirm tapi juak-juak Pakatan dah siap bagi warning kepada rakan-rakan tidur sebantal dorang bila ada yang terlebih seronok komen nak jadik PM... Melawak la kononnya si Mahfuz Omar bila kena interview dengan portal gila kuasa = Malaysiakini ... Mahfuz taknak jadik MB... dia nak jadik PM... hahaha... Secara otomatisnya jugak blogger pro pembangkang terus issue warning bahawasanya hanya Anwar Ibrahim boleh duduk atas itu PM punya kerusi bila dorang rampas Putrajaya esok2 (konon-kononnya lah kannnn)... Ini betul2 gila kuasa punya attitude... Anwar sorang je boleh jadik PM?... hahahah... Dapat pun belum tentu berangan kemain lagi tip top... Bajet hebat dan cool jer bila buat statement... kah kah kah... kelakar la korang


Hua Hua Huaaaargghhhh