Nuffnang Ads

Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Wednesday, 4 April 2012

UMMI HAFILDA CABAR WAN AZIZAH


Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali mencabar Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail supaya mempertahankan keperibadian Shamsidar Taharin jika benar isteri Timbalan Presiden PKR itu difitnah melalui pendedahan beliau dan Senator Datuk S. Nallakaruppan baru-baru ini.

Dalam nada sinis, Ummi Hafilda turut bertanyakan kepada isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu siapa yang dimaksudkannya apabila menyebut 'perempuan sundal dan jalang'.

Beliau berkata, gelaran yang pernah digunakan oleh Wan Azizah itu bukan sesuatu yang rahsia malah kerap digunakan dalam perbualan bersama bekas Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Nordin dan bekas pemandu Wan Azizah, Azizan Abu Bakar.


"Kenapa ketika itu dia sanggup menggelarkan Shamsidar dengan gelaran seburuk itu? Jadi saya cabar Wan Azizah jawab soalan cepu emas ini. Adakah Shamsidar seorang muslimah sejati yang telah difitnah sebegitu zalim?"

Mai Pikiaq Pi: Jawab... jawab Wan Azizah.... Siapa 'perempuan sundal dan jalang' tue???....

Monday, 5 March 2012

Percayakah Anda???...

"Bila waktunya Anwar berbohong...??? Kalau Anwar bercakap sambil gentel-gentel butang baju melayunya yg nombor tiga dari bawah, itu benar. Kalau Anwar membelai rambutnya, itu benar. Kalau Anwar memegang tie bow nya, itu benar. Kalau Anwar mengusap-usap misainya, itu benar. Jadi, bila Anwar berbohong? ANWAR BERBOHONG PADA SAAT DIA BUKA MULUT UNTUK BERCAKAP, SAMPAILAH DIA HABIS BERCAKAP. Itulah waktunya dia berbohong" - Mohd Zahid Md Arip, bekas Naib Ketua Pemuda PKR Pusat

Mai Pikiaq Pi: Aku pun tak tau apa yang ada pada kepala otak si Anwar nie... Semua kata-katanya belum tentu benar... Apakah ini ciri-ciri seorang pemimpin???

Thursday, 1 March 2012

Salah Laku, Tiada Integriti Jadi Mimpi Ngeri Pembangkang...


PELBAGAI masalah yang berlaku terhadap beberapa pemimpin PKR merupakan mimpi ngeri yang berterusan terpaksa dilalui oleh parti itu dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)  nanti.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, kepimpinan PKR kini berada dalam keadaan tertekan terutama dalam usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat berikutan beberapa peristiwa dan laporan membabitkan pemimpin mereka.
“Apa yang berlaku itu banyak memberi kesan kepada PKR dan pakatan pembangkang, selain isu Anwar dengan Israel, kes terbaru yang membabitkan Ustaz Bad (Badrul Amin Baharom) merupakan satu lagi tekanan yang terpaksa dihadapi oleh PKR.
“Sebab itu, pakatan pembangkang terpaksa berhempas pulas untuk mencari isu memburukkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO bagi menutup atau mengalihkan tumpuan rakyat terhadap mereka.
“Alasan paling mudah bagi mereka untuk menutupnya ialah dengan menuduh UMNO, apa sahaja yang berlaku semuanya perancangan UMNO, bagi mereka itulah jalan mudah untuk menutup segalanya,” katanya.



Imam Mahadi a.k.a Anwar

Wednesday, 29 February 2012

Sah!!! 20 Jin Telah Serang Ostaz.....

Menurut Ostad Badrol pujaan PKR yang mengentot isteri orang, beliau telah dipukul oleh 20 orang samseng yang dibawa oleh suami Zati Wani. Memandangkan status Badrol sebagai Ostad PKR sudah pasti beliau tidak pernah bercakap bohong. Sebab itulah juak haprak pakatan telah menuduh media, blogger dan Umno telah berbohong dan fitnah terhadap beliau.

CCTV yang canggih gagal mengesan kelibat 20 orang yang dikatakan memukul Badrol. Sudah pasti ini satu lagi konspirasi yang boleh dikaitkan pula dengan pihak hotel. Adakah pihak hotel turut terlibat? Atau suami Zati Wani telah bersekongkol dengan 20 ekor jin yang entah dari mana dan tidak boleh dilihat oleh mata kasar mahupun CCTV.