Nuffnang Ads

Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Monday, 5 March 2012

PM Tak Harus Pegang Jawatan Menteri Kewangan - Daim

Seseorang Perdana Menteri (PM) tidak seharusnya juga memegang jawatan Menteri Kewangan, kata pemimpin veteran Umno yang juga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Katanya, tradisi PM memegang dua jawatan itu menjadi amalan sejak krisis ekonomi 1997, yang dipantau rapi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

daim zainuddinDaim dalam wawancaranya dengan akhbar harian Cina, China Press yang diterbitkan hari ini berkata, PM sebagai ketua pentadbiran sesebuah negara, dan juga selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Ketua Umno mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sebegitu besar untuk turut mengendalikan kewangan kementerian juga.

Katanya, dengan melantik Menteri Kewangan kedua bagi membantu PM tidak akan membantu dalam perkara itu.

"Jawatan Menteri Kewangan kedua diwujudkan bagi menangani krisis ekonomi (1997).

"Sekarang tempoh krisis sudah berakhir tetapi negara masih mempunyai Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan kedua pada masa yang sama. Siapa yang membuat keputusan sebenar?” kata Daim yang berkhidmat pada sekitar tahun 1980-an.

Katanya, PM yang merangkap sebagai Menteri Kewangan akan tertakluk kepada bidasan dan kritikan sengit jika ekonomi negara merudum.

"Sistem yang baik adalah PM di atas menteri kewangan. Jadi, jika Menteri Kewangan membuat keputusan yang salah, PM boleh tampil dan memperbetulkan keadaan.

"Tetapi jika PM adalah Menteri Kewangan pada masa yang sama, tiada siapa yang berani untuk menegur atau memperbetulkannya," katanya. 

Sunday, 4 March 2012

MANA SATU ANDA PILIH?



Mai Pikiaq Pi: Kita jangan salah pilih kerajaan pada PRU13... Silap langkah alamatnya hidup merana...

SIKAP RENDAH DIRI PM...


Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf bagi pihak Barisan Nasional (BN) atas kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri pada Pilihan Raya Umum 2008, menunjukkan sikap merendah diri parti itu, kata timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, apa yang penting pada masa ini adalah untuk melihat ke hadapan terutama dalam tempoh lapan tahun akan datang, tentang bagaimana mencapai hasrat menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020.

Thursday, 1 March 2012

Salah Laku, Tiada Integriti Jadi Mimpi Ngeri Pembangkang...


PELBAGAI masalah yang berlaku terhadap beberapa pemimpin PKR merupakan mimpi ngeri yang berterusan terpaksa dilalui oleh parti itu dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)  nanti.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, kepimpinan PKR kini berada dalam keadaan tertekan terutama dalam usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat berikutan beberapa peristiwa dan laporan membabitkan pemimpin mereka.
“Apa yang berlaku itu banyak memberi kesan kepada PKR dan pakatan pembangkang, selain isu Anwar dengan Israel, kes terbaru yang membabitkan Ustaz Bad (Badrul Amin Baharom) merupakan satu lagi tekanan yang terpaksa dihadapi oleh PKR.
“Sebab itu, pakatan pembangkang terpaksa berhempas pulas untuk mencari isu memburukkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO bagi menutup atau mengalihkan tumpuan rakyat terhadap mereka.
“Alasan paling mudah bagi mereka untuk menutupnya ialah dengan menuduh UMNO, apa sahaja yang berlaku semuanya perancangan UMNO, bagi mereka itulah jalan mudah untuk menutup segalanya,” katanya.



Imam Mahadi a.k.a Anwar