Nuffnang Ads

Showing posts with label Phahrolrazi. Show all posts
Showing posts with label Phahrolrazi. Show all posts

Monday, 5 March 2012

"SAYA PATUH ARAHAN PAS PUSAT" - AZIZAN


Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akur pada keputusan muktamad pimpinan Pas Pusat berhubung kemelut pelantikan Exco Pas, yang menetapkan kedua-dua Exco terlibat, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh yang sebelum ini menolak tawaran dilantik semula bagi penggal 2012/2013.
Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, selaku pemimpin tertinggi Pas Kedah dan negeri, beliau perlu mematuhi arahan yang diputuskan oleh Pas Pusat.
“Saya ikut sahaja apa jua keputusan dalam mesyuarat yang diputuskan Pas Pusat, termasuk arahan yang dikeluarkan. Pada awal lagi, bukan saya yang buang mereka, tetapi mereka yang tidak mahu,” katanya ketika dihubungi semalam.
Berdasarkan keputusan yang dicapai selepas pertemuan melibatkan semua pihak di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon malam kelmarin, Pas Pusat memutuskan Azizan kekal sebagai Menteri Besar sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Phahrolrazi dan Ismail kembali sebagai Exco dalam pentadbiran negeri selain menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat untuk memantau dan memberi pandangan kepada negeri-negeri diterajui Pas dan negeri-negeri di mana Pas adalah sebahagian daripada pentadbiran negeri tersebut.
Azizan turut menyerahkan sepenuhnya kepada Pas Pusat untuk berbincang dengan kedua-dua Exco berkenaan sekiranya, selepas arahan dikeluarkan, timbul masalah lain membabitkan mereka.

Thursday, 1 March 2012

"Hubungan saya dengan MB Kedah kritikal"

Datuk Phahrolrazi Nawawi menegaskan beliau sendiri membuat keputusan untuk tidak menyambung tugasnya sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah tambahan hubungan dengan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah mencapai tahap kritikal.
Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah berkata, beliau enggan dilantik semula sebagai Exco kerana mempunyai perbezaan pendapat dengan Menteri Besar (MB) itu berhubung soal pentadbiran kerajaan negeri.



Mai Pikiaq Pi: Anwarism atau Erdogan telah menular dalam parti Pas...