Nuffnang Ads

Showing posts with label Badrul Amin. Show all posts
Showing posts with label Badrul Amin. Show all posts

Thursday, 1 March 2012

Badrul Amin, Imam Mahadi dan Anwar Ibrahim

Salah Laku, Tiada Integriti Jadi Mimpi Ngeri Pembangkang...


PELBAGAI masalah yang berlaku terhadap beberapa pemimpin PKR merupakan mimpi ngeri yang berterusan terpaksa dilalui oleh parti itu dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)  nanti.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, kepimpinan PKR kini berada dalam keadaan tertekan terutama dalam usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat berikutan beberapa peristiwa dan laporan membabitkan pemimpin mereka.
“Apa yang berlaku itu banyak memberi kesan kepada PKR dan pakatan pembangkang, selain isu Anwar dengan Israel, kes terbaru yang membabitkan Ustaz Bad (Badrul Amin Baharom) merupakan satu lagi tekanan yang terpaksa dihadapi oleh PKR.
“Sebab itu, pakatan pembangkang terpaksa berhempas pulas untuk mencari isu memburukkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO bagi menutup atau mengalihkan tumpuan rakyat terhadap mereka.
“Alasan paling mudah bagi mereka untuk menutupnya ialah dengan menuduh UMNO, apa sahaja yang berlaku semuanya perancangan UMNO, bagi mereka itulah jalan mudah untuk menutup segalanya,” katanya.



Imam Mahadi a.k.a Anwar

Wednesday, 29 February 2012

Selangor Catat Negeri Paling Ramai Penasihat Tak Bermoral


Mai Pikiaq Pi ’buat-buat terkejut’ bila dimaklumkan bahawa suspek pengkhalwat bini orang, Badrolamin adalah juga merangkap Penasihat Agama Menteri Besar Selangor.  Sekarang sudah tidak hairan kenapa pusat persundalan di Selangor ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, rupanya sebab Menteri Besar sendiri dinasihatkan oleh orang yang imannya senipis kulit bawang.

Walaupun banyak dikaitkan dengan Exco asal DAP sebagai punca, rupanya Menteri Besar pun ada ‘saham’ juga apabila sekarang turut memikul portfolio agama Islam.  Ditakuti, dengan penasihat agama yang macam ini punya rendah moral, pusat persundalan yang bersepah di Selangor akan dijenamakan semula sebagai ‘pusat kaunseling masalah suami isteri’ , tapi awal-awal subuh adam sahaja. Siang-siang tak boleh, tak ‘berkat’.    

Di samping itu, kes khalwat Badrolamin ini menjadikan Selangor sebagai negeri yang Menteri Besarnya paling ramai mempunyai penasihat dengan masalah moral.  Daripada penasihat agama sampailah penasihat ekonomi, semuanya tak bermoral belaka.

Ini masalah apabila perintah negeri cara tangkap muat. Pandai cakap bunyi-bunyi Arab sikit dah diangkat jadi penasihat agama sedangkan ilmunya belum tentu sampai ke mana.  Kalau terer sangat, takkan bini orang dengan janda pun tak boleh nak beza?
Let alone kaunseling isteri orang tentang masalah rumah tangga jam 2-3 pagi dalam bilik hotel sambil pakai tuala.

Sebagai orang Islam, Mai Pikiaq Pi malu dengan kejadian yang semacam ini.  Nampaknya kejadian yang menimpa Mat Sabu lebih 17 tahun dulu masih lagi tidak cukup kuat untuk menginsafkan orang-orang politik sehingga sekarang.  Mat Sabu pun macam itu juga, bini orang yang kemudian ‘dilantik’ menjadi bini no. 2nya.

Ini belum lagi memikirkan perasaan orang Selangor sekarang.  Apa perasaannya mereka agaknya bila maruah negeri itu sebagai negeri termaju di Malaysia (bawah pimpinan BN) dicalar begitu sahaja dengan perlakuan tidak bermoral pemimpin mereka.

Sudah sampai masanya rakyat Selangor melakukan perubahan kalau tidak mahu keadaan sekarang berlarutan. Apa yang Mai Pikiaq Pi lihat, semua ramuan untuk Selangor ditimpa bala daripada Tuhan sudah tersedia.

Tanah banyak yang dah berlubang (skandal pasir), longkang banyak yang dah tersumbat (sampah tak kutip), tinggal rakyat sahaja. Kalau terus menerus bersengkongkol dengan kepimpinan yang macam ini, Mai Pikiaq Pi tidak terkejut kalau Selangor ditimpa lebih banyak musibah daripada Tuhan.

Macam yang berlaku di Kajang, akibat perlombongan pasir sungai tidak terkawal dan penyelenggaraan sampah yang tidak sempurna, bandar yang tak pernah-pernah kena banjir kilat, dilanda banjir kilat yang teruk pada Januari.
Undilah BN, InsyaAllah kita selamat…

DSAI terlibat dalam kes khalwat Ostaz!!!


Memang ada benarnya. Dek kes khalwat Ustaz PKR Badrul Amin, Anwar Ibrahim mampu 'bernafas semula' setelah dikritik hebat akibat kenyataan beliau menyokong keselamatan negara Israel. 

Anwar Ibrahim bukan sahaja dikecam oleh parti lawan tetapi rakan-rakan politik termasuk media alternatif mereka.

Malah, wakil Palestin turut menyuarakan rasa kesal dan kecewa terhadap Anwar Ibrahim. Pelbagai alasan dan putar belit yang digunakan untuk menutup malu Anwar Ibrahim. Daripada penafian, memperalat-alatkan Ulama Yusuf Al-Qardawi dan pelbagai lagi.

Yang terakhir kita dengar ialah kenyataan Nik Aziz selepas berjumpa dengan Anwar Ibrahim. Nik Aziz memberikan jawapan yang sudah diramalkan sebelum mereka berjumpa iaitu 'terpulang kepada Anwar Ibrahim'.

Jika jawapannya 'terpulang kepada kepada Anwar Ibrahim', maka tindakan Majlis Syura PAS yang 'berpendirian tegas' mengecam kenyataan Anwar Ibrahim hanya sekadar gimik politik murahan yang amat memualkan.

Sah!!! 20 Jin Telah Serang Ostaz.....

Menurut Ostad Badrol pujaan PKR yang mengentot isteri orang, beliau telah dipukul oleh 20 orang samseng yang dibawa oleh suami Zati Wani. Memandangkan status Badrol sebagai Ostad PKR sudah pasti beliau tidak pernah bercakap bohong. Sebab itulah juak haprak pakatan telah menuduh media, blogger dan Umno telah berbohong dan fitnah terhadap beliau.

CCTV yang canggih gagal mengesan kelibat 20 orang yang dikatakan memukul Badrol. Sudah pasti ini satu lagi konspirasi yang boleh dikaitkan pula dengan pihak hotel. Adakah pihak hotel turut terlibat? Atau suami Zati Wani telah bersekongkol dengan 20 ekor jin yang entah dari mana dan tidak boleh dilihat oleh mata kasar mahupun CCTV.