Nuffnang Ads

Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts

Friday, 2 March 2012

GUAN ENG JANGAN CEPAT MELATAH!!!


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng jangan membuat tuduhan melulu dengan menuduh UMNO sebagai punca kekecohan yang berlaku pada Perhimpunan Hijau yang diadakan baru-baru ini di Pulau Pinang.
Senator Norliza Abd Rahim berkata, sebagai pemimpin negeri sepatutnya beliau lebih bijak dalam menangani perkara itu dan tidak mudah percaya dengan apa yang diperkatakan orang lain ketika membuat sesuatu kenyataan.
“Guan Eng perlu sedar beliau adalah seorang Ketua Menteri, Ketua Menteri untuk rakyat bukan untuk sesuatu pihak, beliau seharusnya bijak dan tidak mudah melatah dengan menuduh pihak lain tanpa membuat siasatan.
“Dia seharusnya meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan  dan sesudah itu barulah boleh memberi komen, bukan ikut rasa hati dengan menuduh UMNO yang menjadi punca kepada kejadian itu,” katanya kepada UMNO Online di sini.
Menurutnya, tuduhan yang dilemparkan oleh Guan Eng kepada UMNO bukan pertama kali dibuat olehnya, malah beliau sering membuat tuduhan apa sahaja rungutan, bantahan serta kekecohan yang berlaku di negeri itu semuanya perancangan UMNO. - Media UMNO

Mai Pikiaq Pi: Aku tak paham sungguh depa nie... dengki, khianat, tuduh-menuduh sudah jadi asam garam hidup... 

Wednesday, 29 February 2012

Skandal RM10 Bilion: Guan Eng Gagal Jawab!!!


"Saya tidak mahu rakyat Pulau Pinang tertipu dengan janji Guan Eng ke atas pembangunan Bayan Mutiara seperti mana beliau menipu memansuhkan Tol Sungai Nyior pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dahulu. 

Bayan Mutiara tidak menyebut langsung pembinaan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah dan seakan-akan ada rancangan hendak mengeluarkan orang miskin keluar dari bahagian pulau,"
Ir Shaik Hussein



ISU pembangunan Bayan Mutiara di Pulau Pinang timbul baru-baru ini apabila tanah tebus guna yang luas itu tidak dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang merupakan pemilik tanah itu. Tanah itu kemudiannya dijual kepada syarikat swasta untuk dibangunkan sedangkan PDC mempunyai kepakaran serta pengalaman dalam menjalankan banyak projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

Tanah yang dianggap sebagai bernilai amat tinggi di Bayan Mutiara adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Dalam memperkatakan isu ini, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ir. Shaik Hussein Mydin, 39, menyuarakan rasa kecewa dengan dasar Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk tidak menyelesaikan masalah yang timbul dalam pembangunan Bayan Mutiara. Sebaliknya, Setiausaha Agung DAP itu berterusan mempolitikkannya dengan melibatkan pemimpin UMNO.