Nuffnang Ads

Monday, 26 November 2012

Pas tak berani perjuangkan Hudud selagi tiada restu DAP, PKR


Apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menyentuh langsung perjuangan parti itu dalam melaksanakan hukum hudud dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 baru-baru ini, ia seakan menunjukkan Pas seperti sudah fobia dengan isu hudud yang mereka perjuangkan selama ini.
Kenyataan Hadi Awang yang nyata jauh berbeza dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ini membuktikan  Pas ketika ini seperti tidak berani untuk memperjuangkan hudud kerana masih belum mendapat ‘restu’ daripada rakan sekutu politik mereka.
Harun sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa secara umumnya pakatan pembangkang bersetuju hukum hudud dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Menurut Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria, Pas sebenarnya telah hilang hala tuju dan matlamat sebenar mereka dalam memperjuangkan hudud hanya kerana takutkan rakan sekutu mereka. Sebab itulah mereka menukar perjuangan mereka kepada Negara Berkebajikan.
“Jika kita lihat di dalam muktamar Pas baru-baru ini, mereka langsung tidak bercerita tentang pelaksanaan hudud sehinggakan ahli mereka sendiri menjadi keliru. Mereka sebenarnya hanya menggunakan isu hudud untuk menakut dan mengelirukan rakyat dan agar rakyat beranggapan buruk terhadap kerajaan sedangkan selama ini kerajaanlah yang telah banyak menjaga dan memelihara perjuangan agama Islam malah negara kita ini dikenali sebagai negara Islam contoh di mata dunia.
“Jika kita kaji semula, di dalam dokumen Buku Jingga dan manifesto mereka juga tidak disebut langsung untuk melaksanakan hudud. Ini jelas membawa makna Pas takut dan fobia untuk terus bermain dengan isu hudud. Mereka risau sekiranya terus bercakap pasal perjuangan hudud, mereka akan hilang aras sokongan daripada DAP dan PKR,” ujarnya.
Tambah Nizar, selama ini Pas bermain dengan isu hudud hanyalah satu dongengan semata demi mendapatkan sokongan rakyat khususnya orang Melayu supaya rakyat terpengaruh dan memberikan sokongan kepada mereka.
“Kita lihat selama ini mereka terus mendesak Kerajaan Pusat melaksanakan hukum hudud tetapi sekiranya Kerajaan Pusat bersetuju melaksanakan hudud, adakah mereka sendiri bersedia melaksanakan hudud kerana mereka sendiri belum mendapat ‘restu’ daripada DAP dan PKR.
“Saya percaya mereka tidak akan berani melaksanakan hudud walaupun mendapat persetujuan daripada Kerajaan Pusat selagi DAP dan PKR tidak memberi persetujuan,” ujarnya lagi.
Mai Pikiaq Pi: Pas tidak selari dengan perjuangan asalnya untuk mempertahankan hudud demi cita-citanya menghancurkan Kerajaan BN... 

Wednesday, 21 November 2012

DAP boleh kontrol Anwar faktor jadi PM - Mahathir


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti dilaporkan portal mkini dotcom berkata, tujuan DAP menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM) kerana berpendapat parti itu boleh memproksikan Ketua Pembangkang itu dan dalam masa sama boleh mendapat sokongan Melayu.
Menggunakan contoh yang pernah berlaku ke atas bekas Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin, Mahathir berkata, meskipun DAP mempunyai bilangan kerusi majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi wakil PAS dipilih parti itu menjadi Menteri Besar (MB) yang meluluskan lanjutan pajakan tanah kepada kaum Cina untuk 99 tahun.
“Desakan DAP menyokong Anwar adalah semata-mata untuk mendapat sokongan orang Melayu,” katanya.
Dr. Mahathir yang turut dilaporkan Bernama menambah hasrat PAS yang mahu presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi PM mencerminkan sikap berebut-rebut sesama mereka.
“Belum jadi kerajaan sudah berebut-rebut, esok (kalau) dah jadi kerajaan bukan saja Hadi, Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) malah Karpal Singh pun nak jadi PM juga.
“Bagilah kepada dia. Teruk, lama dia berjuang…patut bagi Karpal Singh (jadi) Perdana Menteri Malaysia, yang amat berhormat…bila pencen dapat Tun,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gaza di Kuala Lumpur, Selasa.
Mai Pikiaq Pi: Pakatan pembangkang akan melantik tiga Perdana Menteri untuk mentadbir Malaysia....

Ahli Parlimen sepakat kecam tindakan Israel


Anggota Parlimen hari ini mencapai kata sepakat menyatakan sokongan ke atas usul yang dibentangkan berkaitan serangan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza dan mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda.
Dalam hal ini, tentunya perhatian akan bertumpu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah mengeluarkan kenyataan dalam temuramah dengan The Wall Street Journal (WSJ) Januari lepas dengan menyatakan komitmennya untuk melindungi Israel.
“Tentunya semua pihak mahu mendengar apa pandangan Anwar berkaitan insiden serangan tentera Israel di Gaza walhal sebelum ini beliau mempunyai pandangan yang bertentangan dengan pendirian Malaysia dan sehingga kini beliau tidak pernah menarik balik apa yang telah diperkatakan atau membuat pembetulan,” kata penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Zainal Abidin Borhan.
Katanya, Anwar perlu mempunyai pendirian yang tegas dan pandangan yang kukuh untuk ditunjukkan kepada rakyat apatah lagi sebagai ketua dalam pakatan pembangkang dan antara calon Perdana Menteri sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
“Anwar perlu berani berdepan dengan kenyataan sebagaimana kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) sentiasa konsisten dan berterusan menyatakan sokongan kepada perjuangan masyarakat Palestin.
“Jangan hanya lantaran ada isu berbangkit dan serangan bertali arus Israel yang telah membunuh puluhan orang awam maka akan timbul sandiwara baru yang barangkali dibuat untuk ‘menjaga hati’ anggota pakatan pembangkang atau kerana PRU sudah dekat,” katanya.
Jelas beliau, sebagai anggota masyarakat di negara ini, beliau amat bersyukur kerana kesepakatan dalam mengutuk tindakan ketenteraan dibuat tanpa melihat kepada latar belakang parti, kedudukan dan idealogi politik.
“Apa yang berlaku ke atas rakyat Palestin perlu menjadi tauladan kepada kita agar sentiasa muafakat dan mengelakkan perpecahan yang hanya akan merugikan pelbagai pihak.
“Senario di Palestin perlu dijadikan tauladan dalam mana kita mahu berdepan PRU13 maka macam-macam perkara ditimbulkan sehinggakan dalam keadaan negara ini aman dan sejahtera pun ada pihak yang mengatakan kerajaan zalim walhal mereka ini sendiri menikmati kesenangan hasil pentadbiran BN.”
Jelasnya lagi, bukti-bukti imperikal tidak boleh dihapuskan dengan meneruskan lakonan apatah lagi tanggungjawab sebagai pemimpin masyarakat dan ahli politik bukanlah sekadar sedap dimulut untuk melontarkan kata-kata.
“Setiap kata-kata yang diluahkan oleh seorang pemimpin adalah amanah yang perlu dilunaskan untuk rakyat,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: Serangan ke atas rakyat Palestin disifatkan terlalu kejam dan tidak ada sifat kemanusiaan... 

Anwar masih tagih sokongan Obama


Bersempena dengan lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Myanmar, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengeluarkan rencana khas hari ini bertajuk “Obama’s Visit to Burma And What it Means for Democracy in The Region ” di laman peribadinya.
Rencana yang ditulis dalam Bahasa Inggeris itu disifatkan sebagai menagih simpati Presiden AS itu agar membantu penyebaran demokrasi dan kebebasan Asia Tenggara, khususnya di Malaysia.
“Di rantau ini, terdapat negara-negara Islam yang rakyatnya terlalu bercita-cita untuk kebebasan dan demokrasi sebenar,” tulisnya dengan memberi contoh demonstrasi jalanan yang dianjurkan BERSIH di Malaysia.
Baca selengkapnya rayuan Anwar kepada Obama, sila klik di sini.
Mai Pikiaq Pi: Kalaulah Obama pejuang kebebasan yang sebenarnya, kenapalah dari dulu hingga sekarang Palestin tidak bebas sebagai sebuah negara merdeka!

Tuesday, 20 November 2012

Kondo Batu Caves: Ronnie Liu digesa letak jawatan


Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Thian Kiew hari ini dicabar supaya meletak jawatan sekiranya tidak dapat menangani isu projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves yang mendapat bantahan keras daripada pelbagai pihak.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M.Manoharan dilaporkan Bernama berkata, projek pembinaan kondominium itu yang dirancang dibina berhampiran bukit batu kapur, dan akan menjejaskan kawasan dan penduduk di sekitarnya.
“Adakah Yang Berhormat Pandamaran bersedia meletak jawatan sekiranya projek kondominium ini tidak dapat dibatalkan kerana ia dilihat mengancam agama Hindu dan struktur kuil Batu Caves berumur 100 tahun,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Ronnie Liu (DAP-Pandamaran) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.
Ronnie Liu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri berkata, isu letak jawatan tidak timbul sebab kerajaan negeri telah pun mengeluarkan arahan untuk memberhentikan sementara projek pembinaan itu dan satu jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi mengkaji kelulusan projek.
Mstar turut melaporkan Ronnie Liu cuba lari daripada tanggungjawabnya dengan mengalihkan kesalahan itu kepada pihak lain.
Ronnie Liu berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempunyai kuasa penuh untuk menarik balik lesen projek berkenaan daripada pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd.
“Kalau Perdana Menteri dan menteri nak batalkan projek itu, mereka sebenarnya ada kuasa.
“Mereka boleh menarik balik lesen pemaju atau membatalkan permit untuk penjualan dan pengiklanan projek itu,” katanya pada sesi soal jawab lisan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Mai Pikiaq Pi: Pembangkang akan selalu meletakkan kesalahan mereka di bahu orang lain seakan-akan mereka tidak bersalah...

Ahli Pas mula tidak percaya kepada Anwar


Tindakan ahli Pas yang terus menyatakan sokongan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat sebagai Perdana Menteri memberi gambaran mereka semakin tidak mempercayai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan pilihan utama pembangkang memegang jawatan itu sebelum ini.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perkara itu turut dibuktikan melalui ‘kesediaan’ Abdul Hadi dipilih ke jawatan itu sementara Anwar pula sekadar memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang halangan terhadap ‘hasrat’ Abdul Hadi itu.
Walau bagaimanapun, kata beliau, keikhlasan Anwar itu serta kesediaan DAP menerima Abdul Hadi menjadi persoalan besar memandangkan PKR dan DAP sebelum ini sebulat suara mahukan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan menjadi Perdana Menteri.
“Kalau Anwar betul-betul menyokong, satu kontrak sosial antara ketiga-tiga parti itu perlu dimeterai dan DAP juga perlu bersetuju hukum hudud dilaksanakan sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) seperti dimahukan Pas,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas hasrat perwakilan Pas sepanjang muktamar tahunan parti itu sejak beberapa hari lalu yang mahukan Abdul Hadi dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.
Mengulas lanjut, Ibrahim memberitahu, tindakan Pas mengangkat Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri juga dilihat strategi politik parti itu menarik semula sokongan ahli yang semakin ragu dengan perjuangan parti tersebut.
“Pas berhadapan pelbagai isu kebelakangan ini dan langkah terbaik untuk mereka menyuntik kepercayaan dalam kalangan ahli serta pengundi Melayu adalah dengan memberi harapan bahawa Abdul Hadi bakal memimpin negara,” katanya.
Ibrahim berkata, Abdul Hadi sendiri sedar beliau tidak akan dilantik sebagai Perdana Menteri kerana Pas tidak mampu memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.
Berdasarkan Pilihan Raya Umum 2008 lalu, katanya, Pas hanya memenangi 23 daripada 66 kerusi yang ditandingi dan beliau percaya jumlah tersebut bakal berkurangan dalam pilihan raya umum akan datang.
“Kalau tidak boleh dapat majoriti kerusi Parlimen bagaimana Pas mahu angkat Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri?
“Abdul Hadi sedar perkara ini, tetapi seperti saya katakan, ini strategi mereka dalam mengekalkan sokongan terhadap Pas,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: Ramai ahli pembangkang yang makin tidak mempercayai ketelusan dan kebolehan Anwar Ibrahim...

Dakwaan murtad oleh Nik Aziz adalah fitnah kepada umat Islam - Harussani

Tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Umno sebagai murtad adalah satu fitnah kepada umat Islam, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau turut mempersoal atas asas apa dakwaan murtad itu dikeluarkan oleh Nik Aziz sedangkan umat Islam yang menjadi anggota Umno juga mengucap dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu dan bertuhankan Allah yang satu.
“Dan jika kita menyampaikan pendapat serta mempertahankan Islam, macam mana dihukum murtad? Dalam keadaan sekarang, tidak pernah berlaku di dalam Islam untuk mendoakan kehancuran orang Islam. Salah, ia bertentangan dengan Islam,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Muzakarah Ulama dan Cendiakawan Islam yang disempurnakan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di sini pada Isnin.
Beliau berkata, perbuatan berdoa dan mengaminkan kehancuran umat Islam adalah bidaah dan hukumnya haram serta perlu bertaubat manakala menuduh orang Islam kafir boleh membuatkan orang Islam yang menuduh itu sendiri menjadi kafir.
Katanya dalam Islam, seluruh umat adalah bersaudara dan menjadi kewajipan untuk menasihati jika mereka melakukan sesuatu yang tidak betul, namun parti pembangkang PAS melenting dan menuduh pihak lain tidak menyokong Islam apabila tindakan melampaunya ditegur.


Mai Pikiaq Pi: Umat Islam perlulah mendoakan yang baik-baik untuk umat Islam yang lain....