Nuffnang Ads

Wednesday, 20 February 2013

HARON DIN PERLU TINGGALKAN PAS


Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din tampil mengeluarkan dirinya dan ahli Pas yang tidak bersetuju penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian dalam Bible Bahasa Melayu kerana beliau antara pimpinan Pas yang lantang bersuara menentangnya.
Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sebagai orang yang tinggi pengetahuan agama, Haron Din wajar memisahkan diri daripada parti itu jika didapati ia menyimpang daripada akidah.
Katanya, Haron Din wajar berbuat demikian kerana beliau juga telah mengambil ketetapan bahawa isu kalimah boleh memesongkan akidah umat Islam sekiranya diteruskan sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama Pas.
“Beliau menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh, Majlis Syura Ulama Pas iaitu sebuah badan tertinggi dalam parti juga memutuskan atas dasar akidah, bukannya politik.
“Haron Din selama ini yang menyedarinya tidak betul, jadi beliau perlu pimpin ahlinya untuk keluar,” katanya semalam.
Beliau berkata demikian mengulas keputusan Pakatan Rakyat (PR) yang tetap berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan PR membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible Bahasa Melayu dengan menggantikan perkataan God.
Keputusan berkenaan dibacakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu sebelum Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan menentang penggunaannya.
Mengulas lanjut, keadaan ini sebagaimana Nabi Muhammad SAW yang memimpin umatnya meninggalkan Makkah ke Madinah apabila gagal kerjasama dengan golongan musyrikin.
Katanya, beliau menyedari kesusahan yang dialami Haron dalam menentang hal ini secara bersendirian.
“Kita perlu memberikan sokongan kepada beliau. Tengok bagaimana Ustaz Nasha (bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa) melaluinya berseorangan,” katanya.
Sementara itu, mengulas berkenaan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berulang kali memperkatakan PR tetap dengan pendirian 8 Januari itu, beliau yang juga seorang peguam pernah mengendalikan kes qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan sebagai pengamal undang-undang, “Karpal jangan mengajar rakyat langgar undang-undang”.
“Sebagai peguam, ingin saya ingatkan Karpal Singh bahawa adalah satu kesalahan bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH mengikut Enakmen Syariah negeri-negeri yang dibuat berdasarkan Perkara 11 (4) Perlembagaan.
“Untuk Selangor, Enakmen Jenayah Syariah menetapkan 32 perkataan termasuk ALLAH, wahyu, rahmat dan lain-lain yang tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.
“Jadi Karpal sebagai peguam sepatutnya tidak mengajar orang melanggar undang-undang,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: Sebagai ulama, Hadi patutnya tahu membezakan ketetapan agama dengan politik... Jangan kerana politik kotor DAP dan PKR, Hadi sanggup merelakan agama diperkotak-katikkan....

11 DUN desak MB Kedah berundur gagal selesai masalah Pas


Sebanyak 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya Pas negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu.

Ketua Unit Peti Undi (UPU) Pas, Megat Dewa Asri Ahmad mendakwa, kelemahan kepimpinan Azizan yang gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai dalam kalangan anggota PAS tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa.

"Daripada segi pentadbiran negeri tak dak masalah, tapi dalam parti beliau sangat lemah dan kami mahu beliau melepaskan takhtanya sebagai Pesuruhjaya Pas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Komplek Pas Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.

Asri mendakwa antara 11 DUN yang mahu Azizan berundur ialah Kota Siputeh, Bandar Baharu, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas.

Dakwanya desakan itu sebenarnya disokong Dewan Ulama Pas Kedah yang bermesyuarat hari ini dan perkara itu akan dibawa ke peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya.

"Kami bagi sokongan kepada ulama dan mahu selesaikan perkara ini di peringkat pusat, minta Azizan turun... kami mahu PAS Kedah kembali kepada dasar yang ditetapkan, ulama adalah dasar perjuangan PAS," kata Asri.

Sementara itu, Azizan ketika diminta mengulas mengenai desakan itu berkata, ada pihak yang sengaja ingin menimbulkan huru-hara dan ia merupakan strategi yang dipercayai dirancang musuh Pas.

Beliau berkata, bagaimanapun sebagai sebuah negara bebas, sesiapa sahaja berhak untuk mengeluarkan kenyataan dan pihaknya hanya boleh lihat apa sahaja yang dilakukan mereka.

"Pimpinan-pimpinan bahagian semua bersatu dan tak ada masalah pun, tiba-tiba ada pulak pihak lain cuba timbulkan huru-hara. Apa lagi yang saya buat tak kena, saya dah cuba bangunkan negeri, buat yang terbaik untuk rakyat," katanya.

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi ketika ditemui pemberita pula berkata, setakat ini isu desakan supaya Azizan berundur belum pernah dibangkitkan dalam mesyuarat perhubungan yang dihadiri semua bahagian pada setiap bulan.

"Kalau ada perkara tak puas hati, patut guna saluran perhubungan... setakat ni tak sebut dalam mesyuarat perhubungan secara rasmi lagi," katanya.

Mai Pikiaq Pi: Azizan.... Oh Azizan... dah tau orang dah tak suka, apa lagi tunggu, belahlahhhhhhh....................

Dakwaan Anwar pembohongan besar


Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya negara sedang di ambang muflis ekoran tindakan kerajaan menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat adalah satu pembohongan besar.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, kebijaksanaan kerajaan mengurus dasar kewangan sehingga mengutip hasil yang tinggi membolehkan kekayaan negara diagihkan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk insentif termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Anwar pergi seluruh pelosok dunia, kata Malaysia hampir muflis hingga rakyat terabai dan menderita. Ini pembohongan besar kerana Malaysia bukan sahaja ada sumber banyak, malah pendapatan serta rizab yang dikumpul jauh lebih besar berbanding banyak negara di dunia.

"Pelbagai bentuk bantuan yang kita beri membuktikan kerajaan mempunyai kemampuan. Kalau negara kita bankrap, semua bantuan ini tidak mungkin dapat disalurkan kepada rakyat jelata," katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan; Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sungai Siput, Datuk Seri S. Samy Vellu;.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau terpanggil menjelaskan perkara itu kerana tohmahan tersebut terus dijadikan modal politik pemimpin pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) walaupun jelas tidak berlandaskan fakta.

Beliau menarik perhatian bagaimana dasar kewangan negara yang berjaya membolehkan kadar cukai tidak dinaikkan, tetapi pendapatan hasil negara terus meningkat mencecah RM125 bilion tahun lalu.

"Sebab itulah kita dapat agihkan semula kekayaan negara kepada rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan. Semua ini kita lakukan untuk membantu rakyat agar mereka tidak terbeban dan perkara ini akan diteruskan. Jika begitu, bagaimana boleh dikatakan negara kita muflis," soal beliau.

Pada majlis sama, Muhyiddin yang dalam lawatan sehari ke Perak hari ini, menyampaikan BR1M kepada 10 penerima bantuan tersebut, selain meluangkan masa beramah mesra dengan orang ramai.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri bersama isteri turut meluangkan masa kira-kira sejam bersarapan serta bertanya khabar dengan para peniaga dan pengunjung Pasar Awam Sungai Siput.

Pada sebelah petang, Muhyiddin menyempurnakan majlis perasmian Dewan Perniagaan India Perak sebelum menghadiri Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Padang Kelab Rekreasi India Buntong.

Beliau mengakhiri lawatannya dengan menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Pangsapuri Ashby Road.

Mai Pikiaq Pi: Negara mencapai pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan ke arah mencapai negara maju....

Dedahkan episod rambut palsu - Anuar Shaari


Bekas Setiausaha Sulit, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari meminta Senator Datuk S. Nallakaruppan menceritakan kisah rambut palsu Ketua Pembangkang itu yang didakwa ditempah khas dari India secara terperinci kepada media.

Kata beliau, tindakan tersebut boleh dilakukan oleh Nallakaruppan sekiranya kes perbicaraan saman fitnah Anwar terhadapnya masih dilengah-lengahkan oleh pihak tertentu.

"Rakyat Malaysia dan Majlis Syura Ulama Pas pasti mahu mendengar episod Anwar memakai rambut palsu semasa beliau masih menjadi Timbalan Perdana Menteri.

"Berdasarkan sumber yang rapat dengan Anwar, beliau mempunyai rambut palsu yang ditempah khas dari India dan akan memakainya semasa keluar menjelajah ibu kota ketika larut malam bersama Nallakaruppan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, Anwar dikatakan memakai rambut palsu sebab takut dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pada 26 Mac 2012, Anwar telah memfailkan saman fitnah ekoran petikan ringkas yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac tahun sama di muka hadapan bertajuk 'Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla' dan berita penuh di muka surat enam bertajuk 'Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual'.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar selaku plaintif menyatakan, perkataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau tidak layak memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Malaysia, seorang pemimpin muslim yang berkelakuan tidak selari dengan ajaran Islam dan rendah moral.

Anwar turut mendakwa, perkataan tersebut tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat sehingga menjejaskan reputasi peribadi, politik dan kedudukannya selain terpaksa menanggung malu.

Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei tahun yang sama menyenaraikan kira-kira 10 orang merangkumi wanita dan lelaki bagi membuktikan dakwaannya berhubung kegiatan seks bekas rakan baiknya itu.

Dalam pada itu, Anuar meminta supaya perbicaraan kes saman fitnah Anwar terhadap Nallakaruppan yang telah difailkan sejak hampir setahun lalu disegerakan oleh pihak yang bertanggungjawab.

"Mengapa apabila kes melibatkan Anwar, sudah pasti ada pihak sengaja mencari alasan untuk melengah-lengahkan perbicaraan. Rakyat dan Majlis Syura Ulama Pas perlu tahu cerita sebenar perihal rambut palsu Anwar yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya.

Mai Pikiaq Pi: Macam-macam ada si Anu War nie....

Tuesday, 19 February 2013

Hudud Pas ditolak kerana tidak ikut tuntutan Islam


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hukum hudud yang diperjuangkan Pas sebelum ini tidak mengikut tuntutan Islam yang sebenar kerana tidak menghukum pesalah secara adil, menyebabkannya ditolak oleh kebanyakan pihak.

Katanya, hukum hudud yang ditekankan di dalam al-Quran ialah menghukum pesalah secara adil antara orang Islam dan bukan Islam.

"Tetapi secara terbuka Pas buat kenyataan, orang Islam sahaja yang akan kena (hukum hudud), orang bukan Islam tak kena. Mereka takut orang bukan Islam marah dan tak undi mereka.

"Jadi apabila dua orang, Islam dan bukan Islam berpakat melakukan jenayah, yang Islam kena potong tangan, yang bukan Islam hanya kena penjara dua bulan, itu sudah tidak adil,'' katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Negarawan Ulung anjuran Felda di sini hari ini.

Apabila menjatuhkan hukuman katanya, keputusan itu perlu dilakukan dengan adil.

''Yang ditekankan dalam al-Quran berkali-kali ialah jangan kita zalim. Jadi apabila hukum disebabkan kepentingan politik, duniawi, itu bukan Islam. Sebab itu kita tolak hukum mereka, kita pegang hukum Allah," katanya.

Dr. Mahathir mengulas sikap pemimpin Pas yang tidak konsisten tentang pendirian mereka berhubung isu hukum hudud dan kerjasama dengan pakatan pembangkang.

Beliau berkata, Malaysia selama ini cuba bersikap adil dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam menjatuhkan hukuman serta tidak menuduh secara membuta-tuli.

Katanya, kerajaan berpegang teguh pada hukum hudud Islam dan melaksanakannya secara adil supaya sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan jenayah menerima hukuman yang setimpal dan adil.

"Jadi jangan kata kerajaan tidak mahu melaksanakan hukum Islam di negara ini tetapi kita harus melaksanakannya dengan kehendak Islam dan laksanakan dengan adil," katanya.

Mai Pikiaq Pi: Kajian menyeluruh perlu dibuat sebelum melaksanakannya.....

Friday, 15 February 2013

Belum tentu menang sudah berbalah isu jawatan PM


Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Nordin membidas kemelut perebutan jawatan Perdana Menteri antara ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Pembangkang yang dianggap sesuatu yang amat memalukan ahli dan penyokong Pakatan Pembangkang dan sangat jelas memperlihatkan kedangkalan kepimpinan gabungan parti tersebut dalam soal pemilihan pemimpin.
Menurut beliau, polemik tentang jawatan PM ini merupakan satu bukti betapa singkatnya pemikiran kepimpinan Pakatan Pembangkang sekaligus memperlihatkan bahawa perjuangan Pakatan bukanlah untuk rakyat, sebaliknya untuk kepentingan politik dan agenda peribadi  parti tertentu.
“Saya sebagai ahli Pakatan Pembangkang merasa amat malu bila lihat pemimpin Pakatan  tidak habis-habis berbalah siapa mahu jadi PM sehingga jadi isu antara mereka sendiri. Sepatutnya mereka ini tumpu untuk menang pilihanraya dulu, barulah fikir siapa yang layak untuk jawatan itu.
“Ini pilihan raya pun belum tentu menang, sudah kalut berkelahi siapa nak jadi PM. Nampak sangat kepimpinan Pakatan sudah mula tamak dan berebut jawatan, terutamanya DAP. Saya sebagai ahli berasa kecewa dengan sikap kepimpinan yang separuh masak tetapi bercita-cita tinggi untuk mentadbir negara,” tegas beliau di sini hari ini.
Tambah beliau lagi, jika mahu dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN) yang sudah memerintah lebih 55 tahun, isu siapa yang patut menjadi PM tidak pernah timbul dan ini membuktikan bahawa kepimpinan parti-parti komponen di dalam BN lebih bijak bermuafakat dan menjadikan agenda nasional lebih utama daripada kepentingan politik parti masing-masing.
“Selama 55 tahun BN memerintah, isu seperti ini tak pernah timbul. Tapi Pakatan, belum pun tentu menang pilihanraya akan datang nanti, mereka sudah mula berbalah siapa yang patut jadi PM. Inilah bezanya antara kematangan BN dan kedangkalan Pakatan.
“Bagi pendapat saya, Pakatan memang tak layak jadi pemerintah. Mereka tidak ada calon yang berpengalaman. Katakanlah jawatan PM ada calon, tapi bagaimana pula jawatan-jawatan lain, seperti timbalan dan sebagainya? Siapakah pemimpin yang benar-benar layak dan berpengalaman untuk pegang jawatan itu dalam Pakatan?” soalnya.
Jelasnya lagi, hakikatnya Pakatan Pembangkang sebenarnya amat ketandusan pemimpin yang berpengalaman dan berkaliber untuk mentadbir negara.
“Saya yakin rakyat boleh menilai sendiri siapa antara kepimpinan Pakatan Pembangkang yang layak dan berpengalaman untuk mentadbir. Macam Karpal, biarpun dia seorang ahli politik veteran, tetapi kadang-kadang sikapnya dan pendapatnya seperti budak-budak.
“Datuk Seri Haji Hadi sendiri pun tidak punya pengalaman tadbir negara, cuma ada pengalaman jadi MB saja. Itu pun tak lama, sepenggal saja. Mungkin Anwar sajalah yang dilihat ada pengalaman. Tapi rasa malulah sikit, sebab pengalaman mentadbir yang Anwar ada pun bukannya dikutip dalam Pakatan, sebaliknya semasa dia memegang jawatan dalam UMNO.
“Jadi, saya tidak nampak ada pemimpin dalam Pakatan yang benar-benar layak dan berpengalaman untuk tadbir negara. Sebab itu saya tegaskan, Pakatan Pembangkang hari ini tidak layak lagi untuk memerintah negara,” ujarnya.
Mai Pikiaq Pi: Jatuh bangun sesebuah negara bergantung penuh kepada kepimpinan seorang ketua negara...   

Thursday, 14 February 2013

Jangan terlalu taksub tukar kerajaan


Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ada golongan muda terlalu taksub dan percaya bahawa hanya perubahan dalam pemerintahan negara akan dapat mengubah keadaan hidup mereka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, golongan ini ingin melihat perubahan pentadbiran kerajaan semata-mata kerana percaya janji-janji pembangkang.

"Apa jua yang dikatakan oleh Barisan Nasional (BN) nampak tidak berkesan. Walaupun benar dan nyata tapi nampak tidak berkesan kerana mereka taksub dengan kepercayaan bahawa hanya perubahan pemerintahan akan membawa kepada perubahan dalam kehidupan mereka, sebab itu keadaan sekarang berbeza dengan suatu masa dulu," kata beliau dalam temu bual di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Katanya, ketika Malaysia tidak banyak pembangunan dan masih dianggap negara membangun, setiap perubahan akan dihargai, berbeza dengan orang muda sekarang yang lahir semasa negara sudah mencapai banyak kemajuan yang ketara.

Menurutnya, generasi sekarang tidak mengalami keadaan negara miskin, terhad dalam peluang pekerjaan, peluang pelajaran, peluang menjadi ahli profesional dan sebagainya, menjadikan mereka tidak begitu menghargai kemajuan semasa.

"Bila kita anggap sesuatu itu sebagai perkara biasa, kita tidak begitu menghargainya. Kita menghargainya bila kita mendapat sesuatu yang tidak kita pernah dapat, tapi mereka dilahirkan di zaman negara sudah capai banyak kemajuan dan bagi mereka, ini memang keadaan biasa, dengan itu mereka tidak menghargainya," katanya.

Dr. Mahathir berkata, golongan sekarang juga dilihat terlalu terdedah dengan pengaruh Barat, umpamanya berhubung prinsip kebebasan, mengakibatkan mereka berpendapat keadaan sekarang masih belum cukup bebas, masih lagi tersekat dalam banyak perkara.

Beliau mengakui memang banyak yang perlu dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memenangi hati golongan muda dalam tempoh masa yang semakin suntuk, ketika bahang pilihan raya umum sudah terlalu hampir.

(Berdasarkan statistik suku ketiga Daftar Pemilih 2012 Suruhanjaya Pilihanraya, sejumlah 13.1 juta pemilih berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan daripada jumlah itu 18.07 peratus atau 2.37 juta pengundi terdiri daripada kumpulan umur antara 21 dan 29 tahun manakala 22.8 peratus atau hampir tiga juta terdiri daripada kumpulan umur antara 30 dan 39 tahun).

Dr. Mahthir berkata, sejak pilihan raya umum lepas, kepimpinan Najib dilihat berusaha gigih untuk meraih kembali kepercayaan pengundi, dan sedikit sebanyak beliau kelihatan berjaya.

Katanya, Najib sudah tidak punyai banyak masa, semasa beliau bertungkus lumus bekerja keras untuk mendekati rakyat seramai mungkin, beliau juga berhadapan dengan pelbagai tuntutan daripada banyak pihak.

"Masa saya (masih Perdana Menteri) dulu orang tidak tahu bila ada election (pilihan raya), jadi dengan itu, sebelum mereka buat tuntutan itu ini, kita sudah adakan election. Tapi bila kita tunggu sampai saat terakhir yang mana kita terpaksa bubar Parlimen, tidak ada unsur kejutan lagi, semakin hampir pilihan raya, semakin banyak tuntutan diterima," katanya.

Mengenai konsep 1Malaysia, Dr. Mahathir berkata, ia sememangnya baik dan ia memerlukan sambutan daripada semua kaum.

Katanya, kesejahteraan dan keharmonian negara selama ini ialah hasil persetujuan antara kaum untuk berkongsi kuasa, sekali gus menjauhkan keadaan huru-hara.

"...dengan itu negara dapat dimajukan, kalau hari ini masing-masing kaum hendakkan semua yang mereka tuntut, ini akan sebabkan ada kaum yang tidak puas hati, maka kestabilan negara tergugat.

"(Dan) kemajuan tidak tercapai, ekonomi tidak akan tumbuh dan kita semua tidak akan dapat nikmat pembangunan. Ini patut semua kaum faham," katanya.

Mai Pikiaq Pi: Tukar kerajaan umpama jual negara kepada bangsa asing!