Nuffnang Ads

Saturday, 16 November 2013

Bukan pinggir tapi utamakan kualiti

Syarat diletakkan Petronas Dagangan Bhd (PDB) yang mewajibkan semua pembekal makanan di stesen minyak milik Petronas menjadi pembekal berdaftar adalah untuk menjaga kualiti produk yang dijual di kedai Mesra stesen itu.

Menurut PDB, sebagai syarikat awam tersenarai dan entiti korporat bertanggungjawab, PDB mempunyai kewajipan kepada orang awam untuk memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan mempunyai standard dan kualiti paling tinggi.



“PDB sentiasa berusaha menyokong usahawan tempatan dengan memberikan mereka peluang perniagaan untuk bekerjasama dengan PDB melalui pelbagai platform.

“Usahawan tempatan boleh memohon untuk menjadi pembekal sah (bagi menjual produk makanan di stesen Petronas) melalui Program Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kami,” menurut PDB dalam satu kenyataan, semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjelaskan dakwaan bahawa PDB meminggirkan pembekal Bumiputera bagi produk makanan seperti nasi lemak yang dijual di kedai Mesra di stesen Petronas.

Sinar Harian sebelum ini menyiarkan laporan berhubung dakwaan dibuat beberapa pengusaha stesen Petronas dan badan bukan kerajaan yang menyebut PDB cuba meminggirkan usahawan Melayu dan Bumiputera yang menjadi pembekal kecil-kecilan produk makanan di stesen Petronas dengan meletakkan syarat yang membebankan pembekal.

Isu K-Pop: Ahmad Shabery beri keterangan Khamis

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Khamis depan, berhubung isu bayaran RM1.6 juta untuk persembahan artis K-Pop dalam acara Hari Belia Negara, tahun lalu.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan di dalam satu kenyataan berkata, Ahmad Shabery yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan akan hadir bersama semua pegawai kementerian yang terbabit dalam program berkenaan.

Sebelum ini, Ahmad Shabery telah memohon kepada Parlimen untuk membenarkan prosiding penjelasannya kepada PAC dibuat secara terbuka dan disiarkan secara langsung  menerusi stesen televisyen.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, kementerian itu membelanjakan RM2.94 juta untuk Hari Belia Negara 2012, termasuk RM1.6 juta untuk bayaran artis K-Pop dari Korea sempena Himpunan Jutaan Belia 2012.

Nur Jazlan berkata PAC akan memulakan prosiding pada Rabu depan dengan memanggil Kementerian Pengangkutan bagi memberi penjelasan mengenai isu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah.

"PAC kemudian akan mendengar penjelasan daripada Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berhubung kutipan hasil kepada kerajaan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, LHDN dan KDRM akan memberikan keterangan pada 26 November kerana PAC berpendapat bahawa kutipan hasil yang cekap juga amat penting dalam menjamin kewangan negara sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

"Pada masa sama, dengan pelaksanaan sistem cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula pada 2015, PAC mahu dengar persediaan dua agensi ini kerana peranan mereka amat penting dalam memastikan hasil negara dikutip dengan sebaiknya," katanya.

Nur Jazlan berkata, Kementerian Pendidikan pula akan memberi keterangan pada 27 November berhubung isu mengenai pengurusan kawalan keselamatan di institusi pendidikan dan sekolah.

Katanya Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memberi keterangan berhubung pengurusan loji insinerator pada 3 Disember depan.

"PAC juga sedang menyenaraikan beberapa kementerian, jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang akan dipanggil tahun depan, bagi memberi penjelasan terhadap pengurusan wang kerajaan berdasarkan beberapa kriteria serta keutamaan terhadap kepentingan rakyat," katanya.

Isu Perkauman Terus Jadi Senjata Utama Pembangkang Raih Simpati Rakyat

Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique membidas tindakan pembangkang yang seringkali membangkitkan sentimen perkauman apabila timbulnya isu-isu yang melibatkan kaum dan agama, semata-mata untuk meraih simpati rakyat serta mewujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan.
Menurut beliau, isu perkauman kini dilihat menjadi senjata bagi pembangkang dalam usaha mereka untuk menimbulkan kebencian di kalangan rakyat, khususnya bukan Melayu terhadap pimpinan kerajaan hari ini.
“Sebagai contoh yang terbaru, mereka cuba membangkitkan sentimen kaum berhubung isu kuil Muneswarar di Jalan P. Ramle, sedangkan hakikatnya isu tersebut bukanlah isu kaum atau agama, tetapi ianya merupakan isu pencerobohan tanah persendirian.
“Perkara ini telah pun dijelaskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor secara panjang lebar di dalam parlimen.
v-sivakumar-dap-tronoh-perak-rasis-perkauman-politik-agama-kaum-sempit-kuil-parlimen
“Namun pembangkang tetap mahu menimbulkan isu perkauman dengan niat untuk menimbulkan syak wasangka dan perasaan tidak puas hati termasuk di kalangan parti komponen BN sendiri,” tegasnya di sini hari ini.
Tambahnya lagi, pembangkang  kini gemar memainkan isu tersebut apabila mereka melihat isu perkauman ini berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat terutama kaum bukan Melayu untuk membenci UMNO dan kerajaan.
“Kita lihat seperti isu-isu sebelum ini seperti isu Teoh Beng Hock, isu kematian S. Kugan yang sebenarnya tidak ada kena mengena dengan isu perkauman, dimanipulasikan oleh pembangkang sebagai isu perkauman sehingga mempengaruhi sesetengah rakyat di negara ini.
“Tindakan pembangkang yang menjadikan isu perkauman sebagai modal politik mereka amat bahaya kerana ini boleh merobek keharmonian  yang selama ini disemai antara kaum yang sekaligus boleh menjejaskan keamanan di negara ini,” ujarnya.
tengku-adnan-menteri-wilayah-isu-roboh-runtuh-kuil-haram-umno-bn
Justeru itu, beliau meminta agar rakyat di negara ini melihat isu-isu yangdibangkitkan oleh pembangkang, khususnya berkaitan dengan kaum dan agama dengan lebih rasional dan tidak mudah menelan setiap dakwaan yang dilontarkan oleh pihak pembangkang terhadap kerajaan.
“Jika kerajaan hari ini, di bawah teraju BN adalah kerajaan perkauman, maka golongan bukan Melayu tidak akan dapat mengecapi nikmat dan kemewahan seperti mana yang mereka nikmati hari ini.
“Kita boleh lihat betapa nasib sesetengah etnik atau kaum yang berada di dalam sebuah negara yang mengamalkan pentadbiran bersifatkan perkauman yang jauh lebih malang nasib mereka jika mahu dibandingkan dengan keadaan di negara ini.
“Kaum bukan Melayu di negara ini bukan saja hidup dengan aman dan tenang, bahkan boleh jadi kaya raya dan menguasai ekonomi di bawah keadilan pentadbiran BN.  Jadi, isu-isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pembangkang itu tidak lain hanyalah untuk meraih keuntungan politik mereka, biarpun mereka terpaksa memperjudikan keharmonian dan keselamatan negara,” akhiri beliau. 

Friday, 15 November 2013

Bukti kerajaan serius tangani muflis

Sektretariat Bebas Muflis menyifatkan keputusan membentangkan akta baharu di Parlimen bagi menggantikan Akta Kebankrapan 1967 sebagai bukti kerajaan serius tangani isu tersebut.

Pengerusinya,  Datuk Sohaimi Shahadan berkata, dengan seramai lebih 250,000 pemuflis yang ada sekarang ini dan hanya 28 peratus sahaja yang berdaftar dengan Jabatan Insolvensi untuk ditadbir dan diberi peluang kedua, golongan ini perlu dibantu untuk keluar daripada kemelut itu.

“Kebangkrapan bukan penghujung hidup. kami mengharapkan agar draf akta baharu itu menjadi akta yang lengkap, kemas dan meliputi semua penyelesaian ke atas permasalahan yang timbul selama ini dengan mengambil kira peredaran zaman yang mana kemajuan bergerak dengan pantas dan sesuatu akta itu bukanlah selalu boleh digubal," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri bahawa akta baharu bagi menggantikan Akta Kebankrapan 1967 yang akan memberi pelepasan automatik kepada golongan muflis selepas sesuatu tempoh tertentu dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan.

Pada masa yang sama, Sohaimi turut mencadangkan  kepada kerajaan agar menghentikan operasi agensi rujukan kredit, Credit Tip Of Service Sdn. Bhd. (CTOS) yang telah menimbulkan keraguan terhadap keupayaan perkhidmatan yang ditawarkannya apabila berlaku kes peminjam yang telah membuat pembayaran, tetap disenaraihitamkan.

Beliau berkata,  ramai peminjam gagal untuk membuat pinjaman walaupun telah melangsaikan hutang, ekoran data dalam sistem CTOS tidak dikemas kini

"CTOS yang dikendalikan oleh swasta sering kali menyusahkan orang ramai dari segi maklumat yang tidak dikemas kini dan ini menimbulkan ketidakadilan dan penganiayaan.

"Operasi syarikat ini perlu dikaji semula atau dihentikan terus perkhidmatannya dan digantikan dengan satu unit yang diuruskan oleh kerajaan dalam menentukan status kredit seseorang untuk dinilaikan oleh institusi kewangan dan sebagainya," katanya.

Selain itu katanya, sekretariat turut berharap agar proses pinjaman dan lain-lainnya dirombak semula agar tidak timbul masalah penjamin sosial, teknikal, teraniaya dan tertipu dengan sistem pinjaman yang ada sekarang ini.

"Kami merakamkan ribuan terima kasih di atas perhatian serta tindakan yang sewajarnya diambil menteri dan Jabatan Insolvensi yang telah menerima pandangan dan cadangan- cadangan dari sekretariat untuk membantu golongan muflis," katanya.

DR. M KECEWA WAWASAN 2020 TIDAK LAGI DIGUNA

“Saya tidak tahu apa dah jadi selepas zaman saya,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika program sepetang bersamanya di pekarangan Muzium Padi di sini, hari ini.

Ini kerana pada kebiasaannya seorang pemimpin akan buat sesuatu atau agenda yang baru supaya terus diingati rakyat.

Sebagai contoh, beliau menjadikan Wawasan 2020 sebagai matlamat tetapi sudah tidak digunakan lagi pemimpin baru dalam memajukan negara ini selepas meletak jawatan sebagai perdana menteri.

“Kita buat Wawasan 2020. Kalau dia buat juga Wawasan 2020 sudah pasti orang tidak akan mengingatinya. Sebab itu dia buat yang lain untuk rakyat mengingatinya.

“Kemudian muncul Islam Hadhari. Selepas pemimpin berkenaan tidak memegang jawatan lagi, muncul pula National Key Result Areas (NKRA), transformasi dan sebagainya. Siapa yang terlibat dalam perkara ini, sudah pasti si pulan dan si pulan,” katanya sambil senyum sinis.

Turut hadir Exco Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Badan-badan Bukan Kerajaan, Aminuddin Omar.

Bagaimanapun, Mahathir berkata, negara ini perlu ada perubahan yang lebih baik untuk jangka masa panjang.

“Tapi yang lebih baik itu kadang-kadang tidak jadi lebih baik, jadi lebih teruk. Itu pun tidak ada penerusan daripada apa yang ada pada sebelumnya. Tapi ada juga sedikit sebanyak kaitan dengan apa yang dilaksana sebelumnya.

“Nak cari yang buruk itu mudah. Kadang-kadang kita buat tidak kena, orang suruh kita berhenti. Pada saya, penerusan itu perlu berlaku kerana ia ada kaitan. Perkara yang kita buat sebelum ini tidak boleh dilupakan,” katanya.

TAK HABIS-HABIS FITNAH.....



Mai Pikiaq Pi: Dari tahun 1998 sampai dah 2013... Cehhh!!! Nuar tu sebenarnya yang sudah dan sedang serta masih menyuntik fitnah dan pembohongan kepada rakyat untuk memburukkan Kerajaan Malaysia......

Thursday, 14 November 2013

Politik Bermusim Tidak Mampu Bertahan Di Sabah

Politik bermusim parti-parti pembangkang di Sabah bukan sahaja dilihat tidak diterima oleh rakyat negeri itu pada pilihan raya umum yang lalu, tetapi rupa-rupanya telah menular di kalangan wakil rakyat mereka sendiri.
Ketua Pemuda UMNO Tenom Jamawi Jaafar berkata perkara itu dapat dilihat setelah berlakunya penghijrahan daripada kalangan Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) PKR dan DAP di Sabah baru-baru ini.
jamawi tenom umno bn
Menurut beliau gaya retorik yang hanya sekadar mahu memancing undi berbanding dengan apa yang direncanakan oleh kerajaan negeri yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) telah menyebabkan parti pembangkang di Sabah retak menunggu belah.
“Mungkin pengalaman bergelumang di dalam parti pembangkang secara lebih dekat memberi kefahaman yang jelas kepada adun-adun terbabit bagaimana hala tuju serta perancangan parti-parti pembangkang berkenaan.
“Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan syabas kepada ADUN pembangkang yang berani bertindak demi manfaat serta kepentingan penduduk di kawasan yang mereka wakili. Langkah mereka amat tepat sekali,“ katanya kepada UMNO-Online di sini.
Tambah Jamawi lagi mesej besar dan tersirat daripada apa yang berlaku itu perlu dikongsi  dan ianya bukan sahaja memberi tamparan hebat kepada pimpinan negeri malah kepada pimpinan pusat parti pembangkang.
“Tersiratnya mesej daripada apa yang berlaku itu ialah gaya retorik serta perjuangan politik bermusim tidak akan ke mana.
“Sebaliknya rakyat mahukan sebuah parti yang benar-benar berkesan. Bagi saya itulah mesej yang cukup penting dan apa pun pembangkang di Sabah menuju kehancuran. Apa yang dilontarkan ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, bongkak dan angkuh tetapi inilah realiti… inilah hakikat dan inilah senario di Sabah,” ujaynya.
Sebelum ini, ADUN kawasan Luyang daripada DAP, Hiew King Cheu, mengumumkan keluar parti itu dan menjadi wakil rakyat bebas, manakala ADUN Kadamaian Jeremmy Malajad bertindak  keluar PKR berkuat kuasa pada Isnin lalu.
Terbaru, pada Jumaat,  ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan  pula mengisytiharkan peletakan jawatan Naib Pengerusi 1, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) parti itu, berkuat kuasa serta-merta .