Isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi yang dikesan kapal peronda China semalam masih belum dapat disahkan setakat ini.
Ketua Marsyal Udara Australia, Angus Houston berkata isyarat berkenaan ‘konsisten’ dengan kotak hitam dari pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.
Australia yang juga ketua pasukan pencarian antarabangsa pesawat MH370 kini sedang mempertimbangkan untuk mengerah aset carian ke kawasan tersebut serta meminta China untuk memberikan maklumat lanjut berkenaannya.
Dalam satu kenyataan oleh Agensi Pusat Koordinasi Bersama (JACC) mendakwa, beberapa objek putih juga kelihatan di permukaan lautan kira-kira 90 kilometer dari kawasan yang dikesan.
"Kita sedang mempertimbangkan untuk menghantar RAAF ke kawasan di mana kapal China mengesan bunyi tersebut,” kata Houston merujuk kepada Tentera Udara Diraja Australia.
Terdahulu,kapal dari China mengesan isyarat dari frekuensipada Sabtu yang dipercayai datang dari kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, di ketika harapan dalam misi pencarian itu seolah-olah kian pudar.
Sementara itu, agensi berita negara China, Xinhua , melaporkan pengesan kotak hitam di kapal Haixu 01 menerima isyarat pada frekuensi 37.5kHz , namun Australia memberi amaran bahawa tiada bukti isyarat tersebut ada kaitannya dengan pesawat MH370.
Menurut pakar, pengesan ping yang diguna oleh kapal China beroperasi dengan kedalaman maksimum 600 kaki berbanding dengan pengesan ping yang diguna Australia yang boleh mengesan sehingga kedalaman 20,000 kaki dan jauh dari bunyi bising permukaan.
Xinhua berkata pengesan ping yang digunakan Haixun 01 menerima isyarat di sekitar 25 darjah latitud dan 101 darjah timur.
Sebanyak 10 pesawat tentera, dua pesawat awam dan 13 kapal akan membantu dalam misi pencarian Ahad ini.
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) membahagikan kepada tiga kawasan carian berasingan iaitu kira-kira 2,000 kilometer ke utara barat Perth yang berjumlah 216,000 kilometer persegi.
Cuaca di kawasan carian dijangka baik dengan asas awan 2,500 kaki dan penglihatan jelas lebih daripada 10 kilometer.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia terus mengkaji kawasan di mana pesawat itu memasuki air berdasarkan analisis teknikal satelit dan prestasi pesawat yang diluluskan oleh pasukan penyiasatan nahas udara antarabangsa yang terdiri daripada penganalisis dari Malaysia, Amerika Syarikat, UK, China dan Australia.
Nuffnang Ads
Monday, 7 April 2014
Pesawat dipercayai terbang menyusuri pinggir ruang udara Indonesia bagi elak dikesan
Pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dipercayai terbang di utara Indonesia dan menyusuri pinggir ruang udara negara itu dalam berjalanannya ke selatan Lautan Hindi, kata seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia yang dipetik dari laporan agensi berita CNN.
Kesimpulan itu dicapai oleh kumpulan penyiasat setelah mengkaji data radar dari negara jiran itu.
Laporan yang sama turut menyebut bahawa kapal terbang itu tidak terbang merentasi Indonesia atau ruang udara Indonesia selepas membuat satu pusingan ke arah barat di Laut China Selatan dan terbang di utara Semenanjung Malaysia, sumber itu berkata.
Tambahnya, pesawat itu mungkin sengaja terbang di sepanjang laluan yang telah dirancang untuk mengelak pengesanan radar.
Pada 19 Mac, Menteri Pertahanan Indonesia Purnomo Yusgiantoro berkata radar tentera republik itu di Sabang, Aceh, tidak mengesan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang berkemungkinan telah terbang di ruang udara wilayah itu.
"Saya telah menerima laporan itu, sistem radar pertahanan udara di Sabang adalah sangat kuat, tetapi ia tidak kesan pesawat itu ," katanya kepada pemberita yang dipetik oleh agensi berita Antara.
Kapal peronda China,Haixunmengesan dua isyarat akustik sepanjang 36 jam lalu, kata ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston.
"Kapal tersebut mengesan dua isyarat dan memberikan sedikit harapan," katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi.
Sementara itu, isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi yang dikesan kapal peronda China semalam masih belum dapat disahkan setakat ini.
Houston berkata isyarat berkenaan ‘konsisten’ dengan kotak hitam dari pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.
Katanya lagi, selain kapal Haixun, kapal perang Australia Ocean Shield turut mengesan isyarat kira-kira 300 batu dari kapal China.

Apa kaitannya denyutan 37.5 kHz dan kotak hitam?
Kotak hitam, yang merekodkan semua data di dalam kapal terbang, adalah alat penting dalam penyiasatan kemalangan udara dan kerana kotak hitam, sembilan daripada sepuluh kemalangan dapat dijelaskan.
Pesawat komersil akan membawa dua kotak hitam. Perakam Digital Data Penerbangan mengandungi maklumat tentang kelajuan, ketinggian dan arah, manakala Perakam Suara Kokpit menjejaki perbualan kokpit dan bunyi dan pengumuman lain di dalam kabin juruterbang.
Ia sebenarnya berwarna oren ditambah dengan jalur putih agar ia mudah untuk dikesan. Setiap kotak hitam seberat tujuh hingga sepuluh kilogram (15-22 lb).
Diperkenalkan penggunaannya untuk penerbangan pada tahun 1960-an, perakam penerbangan diletakkan di dalam kotak besi agar ia dapat tahan lasak, elak dari kebakaran dan dapat bertahan di dalam air yang dalam.
Ia boleh bertahan sedalam 6,000 meter (hampir 20,000 kaki) di bawah air atau kepada suhu yang sangat panas iaitu 1,100 darjah selsius untuk satu jam. Ia dilengkapi dengan pengesan yang boleh mengeluarkan isyarat selama kira-kira satu bulan.
Isyarat itu kadang-kadang boleh berterusan selama beberapa hari selepas tempoh ini, kira-kira lapan hingga 10 hari, menurut ketua misi carian Australia, Angus Houston.
Frekuensi 37.5 kHz adalah denyutan yang paling biasa untuk perakam data penerbangan, menurut pakar . Ia adalah tahap yang sama di mana isyarat yang dikesan oleh kapal Cina Haixun 01 pada 5 April ketika pencarian dilakukan di selatan Lautan Hindi untuk mencari pesawat MH370 yang hilang.
Kotak hitam dapat dikesan dalam purata dua kilometer (1.2 batu).
Perairan dimana kapal China melakukan pencarian adalah 4.5 kilometer (hampir tiga batu) dalam.
Jadi, walaupun isyarat didapati datang dari pesawat namun kerja mencari tetap akan menjadi satu cabaran, kata Houston.
Pada Januari 2004 kotak hitam penerbangan Mesir yang terhempas di perairan Sharm el-Sheikh ditemui selepas carian dua minggu, 1,022 meter di bawah air.
Pada bulan Mei 2011, selepas 23 bulan tenggelam pada kedalaman 3,900 meter di Lautan Atlantik, kotak hitam penerbangan Air France AF447 berjaya ditemui dengan data yang masih utuh.
Ini dapat membantu penyiasat untuk menentukan punca kemalangan yang berlaku pada 1 Jun 2009.

MH370: AUSTRALIA BUKTIKAN KAWAN SEJATI
Tindakan segera Australia berhubung misi menjejaki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 selain tidak menetapkan garis masa pembabitannya, membuktikan negara itu kawan sejati Malaysia.
Keikhlasan Australia membantu Malaysia dianggap oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu budi daripada 'sahabat setia' Malaysia.
Najib dalam lawatan dua harinya ke Australia pada Khamis lepas, meluahkan penghargaan yang tidak terhingga kepada rakan sejawatannya Tony Abbott dan 25 negara lain yang membantu Malaysia mencari pesawat itu.
"Kami juga berterima kasih kepada semua yang membawa kepakaran masing-masing untuk merungkai apa yang dikatakan oleh Abbott sebagai 'antara misteri paling hebat abad ini'," kata Najib dalam sidang media bersama-sama Abbott.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, 8 Mac dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika di ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan sebelum diperluas ke bahagian barat Semenanjung Malaysia termasuk ke Laut Andaman dan Lautan Hindi selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal.
Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.
Keihklasan Australia terus terserlah apabila Abbott bersetuju untuk menyertai siasatan kehilangan MH370 sebagai 'Wakil Bertauliah'
Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata Australia sedang menggubal perjanjian komprehensif berhubung perkara itu, selaras dengan undang-undang antarabangsa.
"Selain Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan China juga merupakan Wakil Bertauliah dalam siasatan itu," kata Houston dalam sidang media, di sini pada Jumaat.

Semasa lawatan itu, Najib dan Abbott juga membincangkan fasa baharu dalam misi membabitkan penggunaan dron dan peralatan lain untuk pencarian di dalam air.
Sehari kemudian JACC mengumumkan fasa baharu pencarian dan Houston dilapor berkata usaha pencarian bawah permukaan air itu bertujuan mengesan isyarat daripada kotak hitam.
Setakat Sabtu, pencarian bawah permukaan air itu belum membuahkan hasil dan misi kini disifatkan sebagai perlumbaan mengejar masa sebelum kotak hitam pesawat kehabisan hayat bateri.
Bagaimanapun pada petang Sabtu, kapal China, Haixun 01 mengesan denyut elektrik di dalam Lautan Hindi.
Mengulas perkara itu, Houston berkata perkembangan terkini tersebut belum boleh disahkan kerana masih dalam siasatan.
Budi mereka yang terbabit dalam misi menjejaki MH370 akan sentiasa dikenang Malaysia seperti yang diluahkan oleh Najib ketika melawat Pangkalan Udara Pearce: "Kami mengiktiraf usaha oleh ratusan lelaki dan wanita yang terbabit dalam pencarian ini.
"Saya tahu tugas ini getir kerana terpaksa berdepan dengan cuaca buruk dan suasana yang amat mencabar. Malaysia sangat-sangat menghargai keberanian dan komitmen anda."

Tuesday, 1 April 2014
Isu Saman RM2 Juta… Pas Kena Main Lagi!!!
Kalau sesama sendiri pun ditipu hidup-hidup, apatah lagi rakyat biasa. Apa lagi kesimpulan dan pandangan yang boleh dibuat berhubung kes saman bekas calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Mohd. Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bukankah sebelum ini menjelang pilihan raya kecil DUN Kajang PKR memberi jaminan perkara tersebut dapat diselesaikan secara baik tetapi perkembangan terbaru hari ini rupa-rupanya menunjukkan sebaliknya, kata Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 April ini bagi memutuskan permohonan mengetepikan perintah penghakiman ingkar, Mohd. Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendaftar, Mohamad Nasrudin Mohamed memberi tempoh kepada plaintif, Mohd. Shamsul yang diwakili peguam A. Vasudevan untuk memfailkan afidavit jawapan terhadap afidavit yang dikemukakan oleh pihak defendan.
Bagaimanapun defendan Abdul Hadi tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Asmuni Awi.
Johari seterusnya menambah jelas dan terang lagi bersuluh bagaimana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipermain-mainkan berhubung perkara berkenaan kerana berdasarkan apa yang diperkatakan sebelum PRK Kajang, ianya seolah-olah hampir selesai dan tidak diteruskan di peringkat seterusnya.
“Nampak jelas dalam situasi itu Pas dipermainkan sekutunya. Sewajarnyalah Pas melihat perkara ini dan mereka perlu ada maruah yang tersendiri dan bukannya dengan mudah diperkotak-katikkan.
“Sudahlah dalam rakan pakatan pun sekadar pelengkap gabungan pembangkang, perkembangan terkini isu saman itu juga menunjukkan sebaliknya yang berlaku. Cukup-cukuplah dipermainkan.Takkanlah pimpinan Pas tidak ada perasaan sekelumit pun rasa kecewa dan sebagainya,” katanya.
Beliau seterusnya menambah Pas perlu ada maruah dan bukannya sekadar melihat isu tersebut dengan sebelah mata kerana ianya melibatkan soal maruah parti.
“Takkanlah melibatkan maruah Presiden parti pun boleh berpeluk tubuh…dan takkanlah melibatkan maruah institusi parti itu sendiri pun mereka boleh goyang kaki…Renung-renungkanlah,” katanya.
Bekas calon PKR DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin dilapor tidak akan menarik balik saman sebanyak RM2juta terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut Mohd Shamsul beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya berikutan kegagalan pihak Abdul Hadi bersemuka dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian secara baik berhubung persoalan yang begitu serius menyentuh kehidupannya dan keluarga.
Beliau yang kecewa dengan sikap yang ditunjukkan pemimpin Pas itu, menyifatkan pihak defendan tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kemelut tersebut walaupun telah membuka peluang kepada mereka sebelum ini.
Kerajaan Peruntuk RM10Juta Bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera – Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) untuk membantu golongan muda Bumiputera memulakan perniagaan.
Beliau berkata, melalui program yang akan dikendalikan oleh SME Corp dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) itu, usahawan muda akan melalui tiga fasa sebelum diberikan geran permulaan perniagaan sebanyak RM15,000.
“Fasa pertama ialah ketahanan jati diri, (usahawan muda akan) melalui latihan berbentuk fizikal dan mental. Fasa kedua ialah bengkel perniagaan yang merangkumi asas perniagaan dan penyediaan pelan perniagaan.
“Fasa ketiga ialah pelaksaan perniagaan oleh peserta yang akan dapat bantuan sekiranya mereka melepasi fasa satu dan dua, di bawah fasa ketiga ini juga mereka akan dibimbing oleh kaunselor perniagaan, kaunselor kewangan dan panel penasihat pakar perniagaan dari pihak SME Corp di bawah ‘sistem kawan’ selama 12 bulan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Kongres Usahawan Muda Bumiputera di Menara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) sini hari ini.
Turut hadir pada majlis yang dianjurkan oleh Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB) itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Najib berkata 500 belia Bumiputera disasarkan menyertai program Tube.
Selain itu, beliau berkata banyak lagi usaha yang sedang dilakukan kerajaan bagi membantu usahawan Bumiputera mengembangkan perniagaan masing-masing ke peringkat lebih tinggi, termasuk program Superb.
Menerusi program Superb, kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi memberi peluang kepada syarikat permulaan Bumiputera menerima kemudahan geran sehingga RM500,000, katanya.
Pelaksanaan Projek Lebuh Raya Kota Bharu–Kuala Krai Bukti Janji Ditepati
Pelaksanaan projek lebuh raya Kota Baharu- Kuala Krai hari ini adalah bukti benarnya slogan “janji ditepati” oleh kerajaan persekutuan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pembinaan lebuh raya itu, katanya adalah antara tujuh janji diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk rakyat Kelantan dalam lawatannya ke negeri itu pada 20 Jan tahun lepas.
“Ini bukti jelas apa yang disebut oleh Perdana Menteri dalam lawatan ke Kelantan sebelum pilihan raya (umum ke-13) dulu kita laksanakan, walaupun ia dibuat secara berperingkat-peringkat, pastinya kita tidak akan buat setakat itu sahaja, kita akan buat hingga selesai lebuh raya ini,” katanya di sini.
Beliau sebelum itu merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Lebuh Raya Kota Baharu-Kuala Krai bagi pakej 1B: Pasir Hor ke Kadok di sini, hari ini.
Projek lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai sepanjang 73.5 km dengan anggaran kos RM1.8 bilion. Pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok di sini, sepanjang tujuh kilometer melibatkan kos RM168.5 juta, merupakan fasa pertama daripada tiga fasa pembinaan.
Pembinaan pakej 1B dijangka disiapkan dalam tempoh tiga tahun iaitu pada April 2017.
Muhyiddin berkata walaupun mengambil masa untuk menyiapkan sepenuhnya lebuh raya itu, kerajaan persekutuan akan tetap menyiapkannya kerana ia sudah lama diidam-idamkan oleh rakyat Kelantan.
“Projek seperti ini sudah lama diidam-idamkan oleh orang Kelantan sebab itu Perdana Menteri buat komitmen dan kita laksanakan,” katanya sambil menambah bahawa lebuh raya itu bebas bayaran tol (percuma).
Ditanya mengenai cadangan kerajaan Pas Kelantan yang juga mahu membina lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai, Muhyiddin berkata kerajaan negeri menyatakan kesediaan bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk pembinaan lebuh raya itu, yang jajarannya disediakan oleh kerajaan pusat, bagaimanapun setakat ini tidak ada perbincangan mengenai cadangan itu.
“Saya diberitahu ada fasa pembangunan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri, kita harap mereka boleh laksanakan tetapi bahagian di bawah kerajaan pusat telah kita laksanakan, terserah kepada kebijaksanaan kerajaan negeri untuk laksanakan,” katanya.
Beliau berkata pelaksanaan projek pembinaan lebuh raya itu sehingga siap melibatkan tempoh masa Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan RMK-11.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan persekutuan tidak menghalang kerajaan negeri untuk melaksanakan projek infrastruktur di negeri itu malah beliau menyokong usaha itu demi faedah rakyat.
Mengenai pelaksanaan enam lagi projek pembangunan yang diumumkan perdana menteri sebelum ini, beliau berkata pelaksanaannya adalah mengikut keperluan dan keutamaan dan perdana menteri akan membuat keputusan mengenai perkara itu.
Enam projek itu adalah pembinaan stadium baharu, masjid terbesar, perumahan rakyat, sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus Bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek bagi menyelesaikan masalah air.
Terdahulu semasa berucap pada majlis itu, Muhyiddin yang sedang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Kelantan, berkata dalam RMK-10 kerajaan persekutuan memperuntukkan RM2.5 bilion untuk membiayai 116 projek pembangunan di Kelantan dan sebanyak 77 daripada jumlah projek itu telah siap sepenuhnya.
“Baki 39 projek kini dalam pelbagai peringkat seperti reka bentuk, perolehan dan juga dalam pembinaan,” katanya.
Katanya 50 daripada 116 projek pembangunan itu melibatkan projek jalan dan jambatan.
“Tanggungjawab kerajaan persekutuan ini tidak hanya terbatas kepada pembinaan atau menaik taraf jalan sahaja, malah bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna, kerajaan persekutuan memperuntukkan RM26 juta setahun bagi menyenggara 1,261.22km jalan persekutuan sedia ada di Kelantan,” kata Muhyiddin.
Beliau berkata projek seumpama itu merupakan contoh bukti kerajaan persekutuan sentiasa peka terhadap kehendak rakyat dalam usahanya untuk memperbaiki mutu kehidupan masyarakat di seluruh negara.
Katanya pembinaan lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai itu, merupakan sebahagian daripada projek Central Spine Road (CSR) di bawah pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), apabila siap akan membuka satu lembaran baharu dari segi rangkaian hubungan, aksesibiliti dan mobiliti di Kelantan.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Subscribe to:
Posts (Atom)