Mai Pikiaq Pi: Belia mendapat pelbagai peruntukan sempena Bajet 2013...
Nuffnang Ads
Friday, 8 February 2013
DANA RM100 JUTA UNTUK SUKARELAWAN BELIA
Mai Pikiaq Pi: Belia mendapat pelbagai peruntukan sempena Bajet 2013...
Wednesday, 6 February 2013
Semua Parti Komponen Diminta Sokong Calon BN Pada PRU13
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua parti komponen Barisan Nasional (BN) menyokong siapa sahaja calon BN yang dipilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata sokongan untuk memastikan BN memenangi PRU-13 itu adalah mengatasi perbezaan parti masing-masing.
“UMNO akan sokong calon MCA, Gerakan akan sokong calon MIC dan semua dalam komponen akan sokong calon BN kerana kita adalah satu,” katanya semasa berucap pada majlis perjumpaan dan jamuan tengah hari bersama jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pulau Pinang di sini, Selasa.
Seramai 1,500 orang dari 345 PDM di seluruh Pulau Pinang menghadiri taklimat oleh Timbalan Perdana Menteri sempena lawatan kerja beliau ke negeri ini.
Katanya calon yang dipilih itu adalah yang terbaik dan boleh menang serta telahpun melalui beberapa tapisan sebelum terpilih.
“Kita dalam BN telah pegang apa juga keputusan pucuk pimpinan parti dan kita akan terima siapa sahaja calon. Tanggungjawab anggota parti BN adalah menyokong siapa sahaja yang dipilih Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak),” katanya.
Muhyiddin berkata senarai nama calon telah diserahkan kepada Perdana Menteri oleh Pengerusi Badan Perhubungan negeri masing-masing selepas perbincangan dilakukan di peringkat bahagian.
Beliau berharap mereka yang tidak terpilih menjadi calon agar tidak mengsabotaj parti kerana tindakan itu akan menjejaskan kemenangan BN.
“Sampai masanya diputuskan inilah calonnya walaupun mata sedikit sepet dan tidak hensem (kacak), tetapi kerana dialah calon boleh menang selepas melalui beberapa penilaian dan penapisan oleh pihak tertentu dan kita kena sokong.
“Jangan bila nama kita tidak naik kita panggil PDM untuk buat mesyuarat tergempar dan suruh tutup PDM, janganlah sabotaj parti. Kita terima siapa sahaja calon kerana calon yang dipilih itu adalah yang terbaik antara terbaik… mana ada manusia yang perfect (sempurna), sikit-sikit itu tidak apalah,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata BN bertanding di bawah satu parti dan lambang iaitu dacing, bukannya seperti pakatan pembangkang yang partinya bertanding menggunakan simbol masing-masing.
“BN mempunyai keupayaan untuk membentuk kerajaan berdasarkan pengalaman lepas, kita juga sebuah pakatan yang kuat dan bukan terbentuk untuk pakatan sementara seperti pembangkang.
“Mereka (pakatan pembangkang) bertanding menggunakan simbol parti masing-masing, Pas guna logo dia, PKR juga begitu, tetapi BN sahaja yang bertanding guna simbol dacing,” katanya.
Muhyiddin berkata ada pihak bertanya kepadanya mengapa tidak mengumumkan nama calon sekarang ini sedangkan beliau telah mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri berhubung perkara itu.
“Biar Perdana Menteri umumkannya. Insya-Allah calon yang telah disenaraikan itu boleh menang. Apa yang penting kita berusaha dan bekerja keras bersama-sama supaya parlimen terutama kawasan-kawasan kelabu dijernihkan,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata beliau akan lebih kerap turun padang terutama di Pulau Pinang untuk mendedahkan tembelang pembangkang.
Mai Pikiaq Pi: Kalau tak suka pada calon PRU... fikir-fikirlah demi parti.....
Mustapa Perjelas Isu royalti Rakyat Kelantan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Datuk Mustapa Mohamed memberi penjelasan berhubung isu royalti hasil pengeluaran petroleum yang sering dibangkitkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, isu royalti sengaja dimainkan oleh kerana negeri untuk membolehkan rakyat negeri itu sentiasa bermimpi.
Ikutilah penjelasan Mustapa Mohamed dengan menonton rakaman video di bawah.
Mai Pikiaq Pi: Harap isu royalti minyak ada kesudahan....
DAP Tidak Ikhlas Bertahaluf Dengan Pas
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, DAP sudah jelas mencabuli dasar hormat-menghormati yang dijalin melalui ‘tahaluf siyasi’ apabila ia secara terang mencabar beberapa asas dan dasar perjuangan Pas.
Tahaluf siyasi bermaksud kerjasama badan Islam dengan pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam dalam perjuangannya, bagi mencapai matlamat sama.
Beliau berpendapat tindakan itu adalah satu sikap yang tidak menghormati semangat kesepakatan antara parti yang sekaligus menandakan mereka tidak ikhlas dalam bertahaluf dengan Pas.
“Tahaluf siyasi yang disepakati oleh Pas pada peringkat awal tertubuhnya pakatan pembangkang bersetuju untuk menghormati dasar parti masing-masing,” katanya dalam lintas langsung eksklusif melalui BH Online bertajuk ‘Mengupas Kemelut Dalaman Pas’ pada Selasa.
“Tetapi kelihatan mutakhir ini, dasar hormat-menghormati ini sudah tercabar dengan DAP secara khususnya secara terang mencabar beberapa asas dan dasar perjuangan Pas,” katanya.
Menjawab pertanyaan faktor yang menyebabkan Pas telah keluar dari landasan perjuangannya, Nasharudin berkata mungkin keadaan itu berlaku kerana tuntutan politik semasa yang kelihatan begitu mendesak bagi Pas meraikan tuntutan berkenaan.
“Akibatnya, kelihatan beberapa pendirian dan dasar Pas terpaksa diolah mengikut kehendak itu yang mengakibatkan persepsi yang timbul adalah Pas lari daripada landasan perjuangannya,” katanya yang sedang menerima rawatan fisioterapi sakit belakang dan berkaitan saraf di sebuah pusat perubatan swasta, di sini.
Ditanya sama ada majoriti undi orang Islam akan berubah kepada Pas apabila parti itu bersendirian, beliau berkata kekuatan Pas terletak kepada agenda perjuangan Islamnya yang menjadi sebab penubuhan parti Pas.
“Jadi, saya melihat kalau sekiranya Pas itu bersendiri, Pas akan lebih bebas untuk melaksanakan agenda terbabit,” katanya sambil menambah sudah ada banyak suara yang merasakan Pas akan lebih terserlah jika bersendirian.
Berhubung laporan mengenai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang seolah-olah marah kepada beliau, Nasharudin berkata memang ada timbul tanda tanya pada dirinya tentang sikap Mursyidul Am Pas itu terhadap beliau.
“Sejak daripada isu kerajaan perpaduan yang timbul satu ketika dulu, sehinggalah hari ini. Saya tidak tahu apa puncanya, namun saya masih menghormati beliau sebagai pimpinan tertinggi parti,” katanya sambil memberitahu sehingga saat ini masih belum menerima sebarang hitam putih mengenai pemecatan beliau.
Ditanya sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah campurtangan dalam urusan dalaman Pas, beliau berkata mungkin ada, dan itu tidak sepatutnya berlaku.
Mengenai pandangan beliau terhadap Anwar dan perjuangan yang dibawa olehnya, beliau berkata berbangkit beberapa isu berkaitan Anwar yang menimbulkan keraguan.
“Saya berpandangan sebagai ahli Pas, sudah tentu kepimpinan tertinggi parti saya sebagai calon terbaik untuk memimpin,” katanya.
Mengenai gambar beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah Ogos lepas, Nasharudin berkata beliau menyertai banyak rombongan rasmi sebagai anggota Parlimen ke luar negara, termasuk secara kebetulan bersama perdana menteri.
Katanya menyertai rombongan ke luar negara adalah tugas sebagai anggota Parlimen untuk mewakili negara ke beberapa persidangan dan program.
“Saya pernah keluar negara dengan menteri, dengan speaker Parlimen dengan anggota Parlimen dan secara kebetulan, mutakhir ini dengan perdana menteri,” katanya.
Kehadiran Nasharudin yang dilihat bersama Najib semasa pertemuan dengan beberapa ulama selepas sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menimbulkan pelbagai tanggapan pihak tertentu dalam Pas berhubung pendirian beliau.
Ditanya sama ada akan menerima pelawaan UMNO untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang sekiranya Pas memecat beliau, Nasharudin berkata beliau tidak pernah dan belum pernah menerima sebarang pelawaan daripada UMNO untuk menjadi calon PRU Ke-13.
Sementara itu, Nasharudin berpendapat isu kalimah Allah yang dimainkan oleh pimpinan DAP adalah sekadar untuk meraih undi daripada mereka yang beragama Kristian.
“Pada pandangan saya, yang mereka mahukan sekadar meraih undi daripada rakan-rakan kita yang beragama Kristian. Karpal Singh yang kuat bersuara pun pada hemat saya, bukan beragama Kristian. Jadi, apa perlunya Karpal Singh bersuara dalam isu ini sedangkan dia sendiri tidak beriman dengan Kristian,” katanya.
Beliau berkata isu kalimah Allah harus dipertahankan daripada digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat Islam.
“Bagi saya, ia adalah isu akidah yang menjadi tanggungjawab kita semua,” katanya yang mahu keputusan Majlis Syura Ulama ditaati dengan sepenuhnya oleh semua anggota dan pemimpin Pas.
Isu kalimah Allah ditimbulkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu dan pada satu ketika gabungan pembangkang termasuk pemimpin Pas turut bersetuju agar kalimah itu digunakan bukan Islam.
Bagaimanapun kepimpinan Pas disanggah Majlis Syura Ulamanya yang mengeluarkan ketetapan kalimah Allah tidak dibenar digunakan bukan Islam bagi mengelak kekeliruan dan pemimpin Pas yang diketuai Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa akur terhadap ketetapan itu.
Pertembungan dua kemahuan dalam isu ini semakin membakar kerjasama Pas bersama pakatan pembangkang dengan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh mendesak Abdul Hadi supaya berpegang kepada pendirian pakatan pembangkang mengenai isu itu.
Mai Pikiaq Pi: Kerana politik, agama jadi taruhan.. Apa nak jadi ni????
Tuesday, 5 February 2013
BN SIAP SEDIA HADAPI PRU13 BILA-BILA MASA
Barisan Nasional (BN) sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada bila-bila masa sahaja dan parti gabungan itu kini
berada dalam keadaan lebih kuat dan kukuh, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, BN menjadi bertambah kukuh sejak kepimpinan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengilhamkan program transformasi
dan ini sekaligus telah mengubah persepsi rakyat terhadap BN.
"Program transformasi sudah mula menampakkan hasil,
sudah mula digeruni pembangkang. Bantuan yang kita beri telah mula sampai ke
akar umbi.
Langkah-langkah itu adalah bantuan kepada semua
rakyat...orang Melayu sudah balik sokong BN, orang India juga begitu hebat
menyokong...orang Cina juga begitu...orang Asli dan Siam juga semakin
meningkat...tidak terkecuali juga di Pulau Pinang.
"Kalau situasi sudah begitu bertambah baik, pandangan
dan persepsi masyarakat kepada BN juga sudah berubah... yang kita harus pikul
sekarang ini bagaimana nak menterjemahkan perkara itu," katanya semasa
berucap pada majlis perjumpaan dan jamuan tengah hari bersama jentera Pusat
Daerah Mengundi (PDM) Pulau Pinang di sini hari ini.
Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN,
mengingatkan semua pemimpin parti komponen BN untuk bekerja lebih keras dan
tidak berhenti menjalankan tugas mereka kepada rakyat.
"Kita masih perlu bekerja lebih kuat lagi. Kita tahu
kelemahan kita dan kita perlu perbaiki...kita perkukuhkan lagi untuk masa-masa
akan datang. Langkah (program transformasi) sebegitu sahaja tidak memadai,
rakyat mahu melihat pembaharuan yang dibuat kerajaan BN," katanya.
Muhyiddin menegaskan, BN memerlukan komitmen secara total
daripada seluruh pemimpin parti dalam memastikan sokongan yang berterusan
daripada rakyat, sekali gus menterjemahkannya dalam bentuk undi.
"Perjuangan kita bukan untuk menangkan BN, tetapi untuk
membela semua bangsa, Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli, mereka
memerlukan bantuan kita. Perjuangan kita perjuangan yang suci dan bukan hanya
enteng sahaja...memerlukan satu komitmen yang total bukan separuh
kesedaran," katanya.
Mai Pikiaq Pi: Akar umbi BN juga perlu bekerja keras dan memberi sokongan padu kepada calon-calon pilihan parti....
TAK MUSTAHIL BN TAWAN SEMULA PULAU PINANG
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,
adalah tidak mustahil bagi Barisan Nasional (BN) untuk menawan semula Pulau
Pinang walaupun ia bukan perkara mudah.
Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan perubahan sikap
pengundi yang kini dilihat mula menolak kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng
ekoran isu yang dibangkitkan olehnya sendiri.
"Ia bukannya mustahil, tetapi ia bukan mudah kerana
kita menerima hakikat kita bekerja kuat tetapi pihak pembangkang pun buat
macam-macam yang membawa kesan," katanya kepada pemberita selepas majlis
perjumpaan dengan jentera BN Pulau Pinang, di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, rakyat Pulau Pinang sememangnya tidak lagi
gemar dengan kepimpinan Guan Eng yang disifatkan seperti memonopoli semua
perkara termasuk penggunaan nama negeri Pulau Pinang.
"Hendak menggunakan nama negeri pun kini terpaksa
dirujuk kepada beliau dan inilah tafsiran rakyat walau apa sekalipun alasan
yang diberikan (oleh Guan Eng)," katanya.
Bagi BN, Kerajaan Pusat mementingkan bantuan kepada rakyat
dan disebabkan itu rakyat mula membuka mata kerana ia telah memberi impak besar
kepada kumpulan sasar, katanya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, inisiatif Kerajaan Pusat seperti program transformasi, bantuan kepada kumpulan sasar dan
sentuhan nadi merupakan sesuatu yang agak digeruni pihak pembangkang.
Beliau berkata, terdapat satu perubahan yang jelas dalam kalangan rakyat Pulau Pinang berbanding dahulu kerana beberapa golongan
masyarakat tidak berpuas hati tentang apa yang berlaku di negeri ini dan ini
ada impak daripada segi tahap sokongan yang BN dapat.
"Namun kita perlu beri penjelasan, penerangan tentang
isu berbangkit supaya tiada pihak yang eksplotasi pemikiran rakyat sehingga
mereka terkeliru.
"Kekalahan kita dahulu bukan kerana pihak pembangkang
kuat, tetapi ada isu dalaman di kawasan itu yang kini dapat diselesaikan. Ada
peningkatan sokongan dan kecenderungan untuk kembali menyokong BN agak jelas
sekarang berbanding dahulu," katanya.
Sementara itu, semasa berucap pada majlis perjumpaan dan
jamuan tengah hari bersama jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) negeri,
Muhyiddin mengingatkan jentera PDM supaya jangan berbalah, tetapi perlu sentiasa
bekerjasama bagi memperkukuhkan BN negeri.
"Kalau kita sama kita berbalah, musuh mudah serang dan
mudah kalah, elakkan daripada timbulkan masalah. Kalau rasa ada tidak seronok
atau selesa, simpan dulu dan selesaikan selepas pilihan raya," katanya kepada
kira-kira 1,500 anggota dari 345 PDM di seluruh negeri yang hadir pada majlis
itu.
Katanya, jentera PDM adalah hulubalang untuk berperang" pada pilihan raya umum nanti dan dengan
itu perlu fokus bagi memastikan BN kekal sebagai sebuah kerajaan.
"Kita telah hantar jentera PDM untuk berkursus...Inilah
masanya untuk terjemahkan kepada rakyat terutama pengundi di kawasan
mereka...pengundi adalah "raja" yang akan menentukan kemenangan atau
kekalahan BN.
"Tapi saya percaya tahap kesiapsiagaan PDM di Pulau
Pinang berada pada momentum terbaik dan mereka telah lama bekerja keras demi
kejayaan parti," katanya.
Mai Pikiaq Pi: Kita sama-sama tawan Pulau Pinang... Jangan biarkan tanah Melayu menjadi seperti Singapura!
Monday, 4 February 2013
Kebangkitan Rakyat Kelantan Petanda Mereka Mahu Perubahan
Kebangkitan rakyat Kelantan membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Pas yang gagal menyelesaikan pelbagai masalah termasuk isu tanah dan bekalan air bersih menjadi petanda rakyat mula sedar dan mahukan perubahan.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata masih belum terlewat bagi rakyat Kelantan membuat perubahan itu dengan memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU)ke-13.
“Apa yang perlu, kita (anggota UMNO dan BN) memperkukuh parti untuk menghadapi pilihan raya tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program ‘My Beautiful Malaysia’ peringkat Parlimen Jeli, di sini, Ahad.
Lebih 3,000 penduduk terdiri daripada masyarakat setempat dan pelajar sekolah menyertai program itu yang dilancarkan serentak di seluruh negara.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mengulas penganjuran beberapa perhimpunan dan demontrasi rakyat secara aman termasuk oleh pertubuhan bukan kerajaan sejak akhir-akhir ini berhubung apa yang dilihat sebagai kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan isu-isu berkenaan.
Semalam, kira-kira 2,000 orang mengadakan perhimpunan secara aman bertema ‘Selamatkan Bumi Kelantan’ di Pasir Pekan, Tumpat, sebagai bantahan kepada kerajaan negeri yang didakwa merampas tanah rakyat untuk diberi kepada syarikat asing untuk dimajukan.
Mustapa, yang juga Anggota Parlimen Jeli, menegaskan anggota UMNO dan BN mesti bekerja kuat dan memperkasakan semangat perjuangan untuk memenangi pilihan raya umum kali ini.
Mai Pikiaq Pi: Rakyat Kelantan sudah bosan dengan kerenah kerajaan negeri....
Subscribe to:
Posts (Atom)