Nuffnang Ads

Saturday, 21 December 2013

Bekas ADUN Kuala Perlis meninggal dunia

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuala Perlis Ahmad Osman, 70, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah di sini malam tadi kerana komplikasi pernafasan.

Menurut anaknya, Mohammad Anwar, 37, ayahnya menghembuskan nafas terakhir pukul 10.20 malam setelah dirawat di hospital berkenaan sejak lima hari lepas.

Allahyarham menghidap penyakit kencing manis serta darah tinggi dan pernah diserang angin ahmar ringan dua tahun lepas.

Beliau menjadi ADUN kawasan Kuala Perlis dua penggal dari 1982 hingga 1990.
Beliau meninggalkan seorang isteri, Puteh Ahmad, 61, dan tujuh
anak.

Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Oran dekat sini hari ini.

No comments:

Post a Comment