Nuffnang Ads

Saturday, 21 December 2013

BR1M bakal diperluas kepada lebih kumpulan sasar

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diperluas kepada lebih banyak kumpulan sasar supaya pemberian bantuan itu boleh memberi manfaat lebih tinggi kepada rakyat.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pelaksanaan tersebut sedang dalam kajian di bawah pembentukan satu model baharu yang dihubungkan dengan langkah rasionalisasi subsidi kerajaan.

"Pada masa ini kita sedang melihat seluruh bentuk langkah rasionalisasi subsidi ini kepada satu bentuk model baharu bagaimana untuk dikaitkan dengan Br1M.

"Model itu boleh memberi manfaat lebih tinggi berbanding sekarang ini dan kita sedang buat kajian yang dijangka selesai tidak lama lagi dan kita percaya ia boleh diperluas kepada lebih kumpulan sasar,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Waqaf serta menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) penubuhan Pusat Penyelidikan Waqaf Antarabangsa, anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment