Nuffnang Ads

Wednesday 12 September 2012

Gerakan sulit Suaram dan Soros bantu Anwar jadi PM


Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebagai topeng untuk meneruskan agenda politik.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras itu, Suaram digunakan oleh Anwar dengan bantuan asing bertujuan meruntuhkan kestabilan politik negara.
Katanya, Suaram juga dikatakan memperolehi bantuan kewangan secara langsung daripada Tides Foundation yang ditaja oleh Open Society Foundation (OSF), miliki penyangak mata wang, Geoge Soros.
Menurut sumber laman web, OSF adalah pertubuhan berhaluan kiri dan dipercayai turut menyalurkan bantuan kewangan kepada gerakan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender). 
Dalam hubungan ini dakwa beliau lagi, sekaligus turut membabitkan pejuang Seksualiti Merdeka yang menjadi platform perjuangan LGBT di Malaysia, Ambiga Sreenevasan.
“Ini menunjukkan Suaram dan BERSIH dibiayai oleh Soros dan didalangi oleh pembangkang,” tegasnya.
Justeru kata beliau, kerajaan perlu mengharamkan Suaram dan BERSIH kerana jelas mempunyai unsur-unsur yang boleh memudaratkan keamanan dan ketenteraman awam.
Tambah beliau, Anwar ketika itu sebagai Menteri Kewangan mempunyai hubungan akrab dengan Soros iaitu sewaktu kemuncak krisis ekonomi dunia pada tahun 1997/1998.
Katanya, Malaysia turut terkena tempias daripada krisis ekonomi dan Tabung Kewangan Dunia (IMF) yang dipengerusikan oleh Soros turut menawarkan bantuan tetapi ditolak oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Anwar dikatakan memaksa rancangan pemulihan ekonomi negara mengikut telunjuk IMF dengan menaikkan kadar faedah tetapi ditentang keras oleh Dr. Mahathir,” jelasnya.
Oleh sebab itu kata Syed Ali, Dr. Mahathir memanggil Soros sebagai ‘penyangak mata wang’ kerana menyebabkan negara ini hampir-hampir lumpuh.
Tindakan berani Dr. Mahathir itu jelas beliau, menyebabkan Anwar semakin agresif untuk menjatuhkan Dr. Mahathir dengan bantuan Soros menerusi OSF memburukkan imej bekas Perdana Menteri dan menaikkan imej Anwar sebagai ‘ikon demokrasi’.
Rakan-rakan karib Soros seperti bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al-Gore dan tokoh Yahudi, Wolfowitz turut membantu politik Anwar dan diberikan perhatian meluas oleh media Barat.
Sehubungan itu, Syed Ali menyifatkan pendedahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Keporasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai hubungan Suaram dengan Soros perlu diberikan perhatian serius oleh rakyat negara ini.
“Pendedahan oleh Ismail Sabri seperti mengsahkan perancangan halus Anwar dengan penyangak mata wang dan kuasa-kuasa Barat untuk menghancurkan negara ini dengtan berselindung disebalik nama NGO,” ujarnya.
Berdasarkan laporan kewangan yang diberikan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), menteri berkenaan menjelaskan Suaram didakwa menerima dana daripada OSF berjumlah AS180,000 secara berperingkat dari tahun 2007 hingga 2010.
Menurut Syed Ali lagi, pembabitan secara langsung Soros dan kuasa Barat bagi merealisasikan cita-cita politik Anwar jelas amat berbahaya kepada negara dan umat Islam.
Dalam hal ini, beliau mahu kerajaan bertindak tegas terhadap Suaram termasuk BERSIH yang jelas mengancam keselamatan negara dan perpaduan rakyat.
“Kita berharap pihak berkuasa menangani isu ini dengan serius kerana ia membabitkan masa depan negara,” tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali mendedahkan bagaimana Anwar dikatakan pernah menemui Soros di Vancouver, Kanada pada Mesyuarat ICG (International Crisis Group) pada tahun 2007.
“Pada persidangan yang ditaja oleh Soros, ada sumber menyebut bahawa Anwar turut menandatangani satu memorandum meminta negara-negara Arab supaya menjalin hubungan diplomatik secara rasmi dengan rejim Israel,” katanya.
Resolusi ‘ two state solution’ Persidangan Vancouver itu mengiktiraf negara Israel dan Palestin merdeka sebagai penyelesaian konflik di Timur Tengah.
Tambah Syed Ali lagi, pembabitan Anwar dengan kuasa Barat termasuk rejim Yahudi sepatutnya disedari oleh PAS yang selama ini lantang memperjuangkan Islam.
“Saya tidak menolak kemungkinan ini juga salah satu punca mengapa sejak akhir-akhir ini berlaklu penentangan dari dalam PAS supaya parti itu keluar daripada pakatan pembangkang diketuai oleh Anwar,” ujarnya.
Beliau berkata, gerakan tersebut yang diterajui oleh Anwar dengan bantuan gerakan sulit dalam negeri menerusi parti-parti politik dan NGO membuktikan agenda pihak tertentu untuk menguasai negara ini.
“Inilah yang amat membimbangkan di mana ancaman tersebut merupakan gerakan halus yang bakal menghancurkan negara ini,” tegasnya.
Mai Pikiaq Pi: Sudah terang lagikan bersuluh.. Anwar patut ditolak habis-habisan kerana sekutu Yahudi dan haram untuk umat Islam mengundinya pada PRU akan datang...

No comments:

Post a Comment