Nuffnang Ads

Tuesday 11 September 2012

Pengawal peribadi Anwar acu pistol keterlaluan


Tindakan pengawal peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengacukan senjata kepada orang ramai ketika mengiringi konvoi Jelajah Merdeka Rakyat sebagai tidak munasabah.
Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua, Datuk Khairul Anwar Rahmat menyifatkan apa yang dilakukan oleh pengawal peribadi itu sebagai keterlaluan kerana suasana ketika itu tidak menimbulkan bahaya kepada mana-mana pihak walaupun dikatakan adanya berlaku provokasi.
“Perbuatan pengawal itu mengeluarkan senjata dengan mengacukan kepada orang ramai adalah suatu tindakan yang salah, apa yang dilakukan itu boleh disifatkan sebagai cubaan untuk menakut-nakutkan orang ramai di tempat awam.
“Ia boleh dianggap keterlaluan dan tindakan undang-undang boleh dikenakan oleh pihak berkuasa jika didapati melakukan dengan sengaja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas terhadap kejadian seorang pengawal peribadi Anwar yang mengacukan senjatanya kepada orang ramai ketika mengiringi konvoi Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka, baru-baru ini.
Khairul Anwar berkata, belum ada keperluan di negara ini sehingga memaksa seorang pengawal keselamatan mengacukan senjata kepada orang ramai tetapi apa yang berlaku itu mengkin mempunyai motif lain dan biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.
“Apa yang berlaku itu boleh dianggap sebagai satu keangkuhan yang cuba ditonjolkan oleh pengawal terbabit kepada orang ramai, belum pernah kita dengar mana-mana pengawal peribadi orang kenamaan termasuk pengawal peribadi Perdana Menteri yang melakukan perbuatan sebegitu.
“Kita tidak tahu apakah motif sebenar sehingga dia bertindak sebegitu, dan mana-mana pihak tidak harus mempolitikkan apa yang berlaku untuk kepentingan politik kerana boleh menimbulkan suatu suasana tidak sihat,” katanya.
Menurutnya, mereka yang mempolitikkan perkara itu sebagai suatu yang tidak beretika dan keadaan sekarang terserahlah kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan tanpa mana-mana pihak yang membuat sebarang spekulasi.
Mai Pikiaq Pi: Agaknya si Anwar brahim takut mati buta di tengah-tengah orang ramai.... Itu sebab pengawal peribadinya lebih awal mengacukan senjata kepada khalayak...

No comments:

Post a Comment