DEWAN Ulama Pas sekali lagi dibidas kerana dilihat masih takut-takut untuk mengambil tindakan konkrit dan konsisten dengan pendirian mereka yang tidak mengiktiraf negara Israel.
Ilmuwan Muda UMNO, Ustaz Fadlan Othman berkata, jika mereka konsisten dengan pendirian berkenaan, kenapakah masa yang diambil terlalu lama untuk membincangkan isu sokongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Israel seperti yang disiarkan di dalam Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.
Menurut beliau, sepatutnya perkara itu perlu disegerakan berbanding ceramah atau lain-lain tugas kerana ianya akan menimbulkan pelbagai persepsi dan tanggapan dalam kalangan rakyat.
No comments:
Post a Comment