Nuffnang Ads

Monday 30 April 2012

Bersih 3.0: Anwar Arah Rempuh Dataran Merdeka

                     


Mai Pikiaq Pi: Terbongkar satu rakaman yotube yang menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menunjukkan Ketua Pembangkang itu memberi isyarat kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang disifatkan oleh Amenoworld. blogspot.com sebagai satu arahan supaya peserta merempuh halangan polis di Dataran Merdeka.

Rakaman youtube berdurasi 18:53 itu bersumberkan blogger Amenoworld yang sudah dikenali umum sebagai blogger pro Pakatan Rakyat (PR).
“Ini ialah perhimpunan aman. DSAI tak sepatutnya bagi isyarat suruh rempuh halangan. Lepas tu bila rakyat kena serang dia kat mana? Bila rakyat kena balon, dia kat mana? DSAI bagi isyarat, barulah rakyat naik semangat slogankan suruh masuk di waktu Chegu Bard bagi ucapan bahawa kita tak boleh melepasi sekatan sebab polis tak bagi kebenaran. Apa benda tu,” kata blogger Amenoworld.
Dalam rakaman itu, Anwar kelihatan berpakaian kuning dan bercermin mata sedang menunjuk isyarat yang disifatkan arahan supaya para peserta BERSIH 3.0 mara ke Dataran Merdeka.
Selepas beri isyarat itu, Anwar meletakkan tangannya ke bahu seorang lelaki yang berada di sampingnya.
Azmin, yang berdiri supaya dapat berkomunikasi dengan Anwar, menerima isyarat Anwar itu, mangangguk-angguk yang menunjukkan beliau faham dengan isyarat dan arahan Anwar itu.
Azmin juga turut kelihatan memberi arahan ringkas kepada seorang lagi peserta yang berbaju kuning.
Selepas Azmin turun dari tempat tinggi di mana beliau berdiri ketika berkomunikasi dengan Anwar itu, dengan segera, seorang lelaki berbaju kuning yang menerima arahan Azmin itu membuka pintu halangan yang menutup Dataran Merdeka.
Orang kanan Azmin yang membuka pintu halangan itu dikatakan sebagai ahli PKR Seremban.
Tujuan pintu halangan ke Dataran Merdeka dibuka untuk membolehkan para peserta BERSIH 3.0 masuk ke Dataran Merdeka, tempat yang sebelum ini diisytiharkan haram untuk dimasuki oleh pihak polis.
Kurang dua minit kemudian, meriam air dilepaskan.
Menurut Mstar sebelum ini, The Star pernah melaporkan bahawa orang ramai menjadi tidak terkawal selepas mendengar ucapan oleh Azmin, yang meminta penunjuk perasaan supaya “menduduki Dataran Merdeka”.
Soalan beliau disambut dengan laungan “hancur rempuh, buka pagar”.
“Dataran tidak dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Ia milik rakyat,” kata Azmin kepada orang ramai di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tun Perak.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Comm. Datuk Mohmad Salleh berkata, mereka tidak mempunyai pilihan tetapi mengambil tindakan tegas kerana orang ramai telah mula membaling objek dan menuju ke arah Dataran Merdeka.
Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga mengakui kepada pemberita, Ahad, bahawa penyokong telah melanggar halangan di sekitar Dataran Merdeka, melanggar perintah mahkamah, sedangkan beliau mendakwa memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak memasuki dataran bersejarah itu tanpa kebenaran polis.
AIDCNews 29 April melaporkan pada hari kejadian BERSIH 3.0, sekitar jam 12.55 tengahari, Anwar Ibrahim berucap di hadapan penyokongnya di Masjid Negara supaya mara ke Dataran Merdeka.
“Kita tunggu sampai Zohor di sini, selepas itu kita ke Dataran Merdeka,” katanya seperti dilaporkan Mstar.
Anwar ketika memberi ucapan kepada ribuan penyokongnya berkata, perarakan ke Dataran Merdeka sebagai ‘memerdekakan’ dataran tersebut.
Beliau bersama pemimpin Bersih sebelum ini menggelarkan Dataran Merdeka sebagai ‘Dataran Penjajah’ apabila permohonan mereka untuk berhimpun di Dataran Merdeka ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Kita akan merdekakan Dataran Merdeka hari ini,” katanya sambil disambut dengan laungan ‘reformasi’ oleh peserta himpunan.
Namun, selepas memberi ucapan dan arahan, Anwar sendiri tidak menyertai perhimpunan mara ke Dataran Merdeka, hinggakan jejaknya tidak dapat dikesan ketika insiden merempuh Dataran Mendeka dan insiden kekasaran terhadap pemandu kereta peronda polis di Sogo.
Anwar menghilangkan diri selepas para penyokongnya mula mengganas selepas jam 3 petang.

Bersih 3.0 Bermotif Politik Untuk Modal PRU-13


Adalah suatu yang menyedihkan terhadap apa yang berlaku pada perhimpunan haram Bersih 3.0 di ibu negara pada Sabtu lalu yang  bukan sahaja menyebabkan kekecohan dan kerosakkan harta benda, malah kenderaan pasukan keselamatan turut menjadi mangsa sehingga ada di kalangan anggota pasukan keselamatan turut cedera ketika ingin menyuraikan perhimpunan itu.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin menyifatkan perbuatan tidak bertanggungjawab itu membuktikan bahawa Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga tidak mampu menunaikan janjinya bahawa perhimpunan itu akan berjalan dengan aman.
“Mana janji-janji Ambiga yang menyatakan perhimpunan itu tidak menimbulkan sebarang masalah, tindakan ganas peserta perhimpunan yang bersikap ganas bukan sahaja menyebabkan kerosakan harta benda awan serta kecederaan kepada anggota pasukan keselamatan adalah bukti jelas terhadap apa yang berlaku.
“Mengapa beliau tidak mampu menghalang  tindakan buruk penyokongnya yang merempuh anggota keselamatan yang berkawal di sekitar Dataran Merdeka, sedangkan ketika itu anggota polis tidak bertindak walaupun mereka diprovok serta dicaci,” katanya ketika diminta  mengulas mengenai perhimpunan itu.
Menurutnya, alasan Ambiga mengatakan peserta perhimpunan tidak mendengar arahannya supaya bersurai selepas berhimpun berhampiran Dataran Merdeka hanya untuk mengaburi masyarakat, dan menuding jari apa yang berlaku kepada peserta perhimpunan.
“Ambiga harus bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku, beliau sebenarnya mengetahui apa yang bakal berlaku jika perhimpunan diteruskan, peristiwa hitam ketika Bersih 2 lalu sepatutnya menjadi pengajaran untuknya mengadakan Bersih 3.
“Jika benar ingin menyuarakan bantahan dan meneruskan perhimpunan itu, kejadian nuruk yang berlaku Sabtu lalu tidak akan berulang jika menerima cadangan pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengadakan perhimpunan lain yang lebih selamat serta tidak menganggu orang ramai di ibu negara.
“Beliau sepatutnya menerima cadangan mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan di tempat yang lebih sesuai seperti Stadium Nasional di Bukit Jalil,” katanya.
Rosnah berkata, kehadiran Ambiga bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin pembangkang ke kawasan berkenaan menunjukkan mereka seperti menghalalkan apa yang berlaku.
Katanya, kenyataan Anwar yang menggesa peserta perhimpunan supaya memerdekakan Dataran Merdeka yang dikatakan sebagai Dataran Penjajah serta orang ramai ke Dataran Merdeka walau apa yang berlaku membuktikan perkara itu seperti sudah merancang dan mengetahui apa yang berlaku.
“Sebenarnya tujuan mereka adalah adalah satu, untuk menimbulkan persepsi buruk bukan sahaja kepada rakyat tetapi kepada negara luar supaya melihat pihak keselamatan dan kerajaan bertindak ganas kepada peserta perhimpunan walaupun mereka mengatakan akan berjalan dengan aman.
“Perhimpunan yang diadakan itu bukannya untuk menunjukkan tanda bantahan terhadap apa yang dituntut, tetapi sengaja untuk menimbulkan tanggapan buruk kepada pihak kerajaan meraih sokongan  rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 nanti. Itu semua uantuk dijadikan modal ketika berkempen nanti,” katanya.
Beliau berkata, walau apapun alasan yang diberikan oleh Bersih 3, semuanya itu adalah bermotif politik untuk kempen pilihan raya nanti dengan menyalahkan pihak keselamatan dan kerajaan yang diterajui Barisan Nasional. 

PEMIMPIN PEMBANGKANG, AMBIGA PERLU TANGGUNGJAWAB



Tinjauan dari udara menunjukkan para peserta perhimpunan Bersih 3.0 berkumpul di sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, dengan diawasi oleh pihak polis, kelmarin. 

Pemimpin parti pembangkang dan Datuk S. Ambiga perlu dikenakan tindakan dan bertanggungjawab atas insiden keganasan di sekitar ibu negara semalam sehingga menyebabkan kemusnahan harta benda awam serta kecederaan serius.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada perhimpunan haram Bersih itu, Ambiga yang merupakan Pengerusi Bersih ternyata gagal mengawal keadaan di Dataran Merdeka sehingga menyebabkan rusuhan dan kecederaan kepada anggota polis.

“Dalam kejadian semalam, Ambiga tidak dapat mengawal keadaan dan telah ‘diculik’ parti pembangkang. Kalau pembangkang kita tahu muslihat mereka, ini sebahagian rancangan menghadapi pilihan raya umum.

“Mereka mahu membentuk fikiran rakyat kononnya semuanya tidak betul supaya jika Barisan Nasional (BN) kekalkan kuasa mereka akan kata itu kemenangan yang palsu.


Sebahagian penunjuk perasaan bertempiaran lari selepas disembur dengan gas pemedih mata pada perhimpunan haram Bersih 3.0 di Dataran Merdeka. 

“Mereka mahu menimbulkan kemarahan rakyat dan membawa anak-anak muda mengadakan demonstrasi di jalan raya seperti berlaku di sesetengah negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Nasional Pendidikan Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pasukan polis telah menjalankan tugas dengan profesional serta menahan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh dimanipulasi pembangkang.


Peserta perhimpunan haram, yang kononnya untuk menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil, bertindak liar dengan membaling objek dan menendang sebuah kenderaan polis di hadapan Pusat Membeli Belah Sogo. 

Bagaimanapun, beliau tidak akan terkejut sekiranya parti pembangkang tetap mencari pelbagai alasan untuk menyalahkan polis dan kerajaan.

“Mereka akan salahkan polis kononnya memulakan kekacauan atau gagal mengawal keadaan, tetapi dunia sudah terbuka dan kita boleh lihat video untuk tahu apa sebenar yang berlaku," katanya.

Mengenai individu-individu yang ditahan polis semasa perhimpunan haram itu pula, Muhyiddin berkata, mereka yang tidak bersalah tidak perlu takut akan dikenakan sebarang tindakan.


Sebuah khemah yang ditinggalkan oleh penyokong Bersih 3.0 di Jalan Lebuh Pasar.

Friday 27 April 2012

Jangan Bohong, Guan Eng Dicabar Buktikan Sumbangannya Kepada Pulau Pinang


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng membuktikan dakwaan kononnya beliau telah membangunkan negeri ini sejak mengambil alih tampuk pemerintahan di Pulau Pinang.
Katanya, dakwaan Lim kononnya telah membawa pelaburan asing adalah satu pembohongan kerana usaha membawa pelabur asing tidak mungkin dapat dilakukan tanpa sumbangan Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa serta agensi-agensinya.
“Dia (Lim) kata selepas sebulan menjadi Ketua Menteri telah membawa pelaburan sejumlah yang besar, jadi saya mahu beliau buktikan dakwaan itu kerana semua itu adalah hasil Kerajaan Pusat dan kerajaan terdahulu.
“Apa yang ada sekarang ini di Pulau Pinang juga adalah sumbangan kerajaan terdahulu, kita juga mahu tahu apa yang beliau telah sumbangkan terutama dalam membantu kos sara hidup rakyat di negeri ini yang semakin meningkat,” katanya semasa berucap pada Majlis Kenduri Rakyat 1Malaysia di Persiaran Mahsuri, Bayan Baru di sini hari ini.
Yang turut hadir pada majlis yang dihadiri lebih 10,000 pengunjung itu ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan pemimpin komponen parti BN.
Muhyiddin berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu hanya ‘menengek’ dengan apa yang telah diusahakan dan dilaksanakan di negeri ini.
“Beliau ‘menengek’ sahaja, buat sikit-sikit sahaja ok lah kerana semua sudah ada,” katanya.
Katanya, Kerajaan Pusat telah memberi sumbangan kepada rakyat Pulau Pinang lebih daripada apa yang diberikan oleh kerajaan negeri.
“Kalau kerajaan negeri beri RM100, kita (kerajaan pusat) telah beri lebih daripada itu,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mengesa rakyat Pulau Pinang untuk melihat masa depan yang lebih baik dan menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau meminta pengundi kawasan Parlimen Bayan Baru mengembalikan kawasan Parlimen dan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen itu kepada BN demi kebaikan dan masa depan mereka.
Mai Pikiaq Pi: Aku sebagai anak jati Pulau Pinang terpanggil menyeru semua rakyat Pulau Pinang bangkit mengundi Barisan Nasional (BN)... Jangan biarkan keparat Guan Eng terus memegang tampuk pemerintahan yang akhirnya tanah kita tergadai.....

Siapakah 12 Individu Pemantau Asing Jemputan Anwar?


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam kenyataannya hari ini berkata, pihaknya bersedia mengadakan pertemuan dengan kumpulan pemantau pilihan raya dari negara asing yang disarankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kumpulan pemantau asing itu terdiri daripada 12 individu yang didakwa Anwar tidak mewakili mana-mana pertubuhan atau badan bebas antarabangsa.
“Kumpulan yang dikenali sebagai International Fact Finding Mission berhubung pilihan raya di Malaysia menulis surat kepada SPR melalui pejabat Ketua Pembangkang yang memohon untuk mengadakan pertemuan dengan SPR.
“Saya difahamkan mereka ini bukan mewakili mana-mana badan antarabangsa, sebaliknya hanya atas kapasiti individu kerana ada antara mereka ialah pensyarah universiti, pengamal media, pegawai bank, wakil rakyat termasuk senator.
“Mereka bukan NGO tetapi sekumpulan individu yang dikumpul oleh pembangkang,” katanya seperti dilaporkan Mstar online.
Menurutnya pertemuan tersebut dijadual diadakan di pejabat SPR di Putrajaya pada Jumaat ini.
“Kita tidak takut untuk berjumpa dengan mereka, SPR sedia bertemu sesiapa sahaja yang ingin memahami proses SPR mengendalikan pilihan raya,” katanya.
Pada 24 April lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar tindakan Anwar yang berusaha membawa masuk pemantau pilihan raya dari luar negara bagi memantau proses pilihan raya umum negara tanpa persetujuan SPR.
Katanya, tindakan tersebut merupakan helah awal pihak pembangkang yang cuba dicetuskan sebagai persediaan jika mereka kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
“Sepatutnya, SPR yang menjemput pemantau pilihan raya dari luar, tetapi ini, pembangkang yang panggil sendiri. Ini semua kawan-kawan mereka juga.
“Pembangkang ini seolah-olah telah menjangka yang mereka akan kalah, sebab itu awal-awal lagi menuduh kerajaan menipu dan tabur fitnah kepada kita,” katanya.
Tengku Adnan turut memberitahu pihaknya juga turut menerima surat daripada Penasihat PKR itu yang mempelawanya mengadakan pertemuan bersama kira-kira 12 orang pemantau pilihan raya asing tersebut.
WikiLeaks sebelum ini pernah mendedahkan maklumat dari Kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang menyebut Anwar pernah memohon bantuan daripada NGO-NGO tajaan AS untuk membantu usahanya melakukan perubahan di Malaysia.
Dokumen WikiLeaks menyebut, Anwar memuji aktiviti aktiviti pengukuhan demokrasi yang dilaksanakan oleh NGO AS, the National Democratic Institute (NDI) dan the International Republican Institute (IRI) bersama-sama dengan pembiayaan yang disediakan oleh National Endowment for Democracy (NED).
Kata Anwar, beliau menggalakkan penglibatan Carter Center dan NGO Eropah bersama-sama dengan badan-badan dari Indonesia dan Turki, untuk memantau sistem pilihan raya di Malaysia.
AIDCNews 18 April mendedahkan 18 pucuk surat itu dihantar kepada ahli Senator, Kongres, dan Ketua-Ketua yayasan strategik berkaitan demokrasi dan pilihan raya di AS.
Selain itu, sepucuk surat khas telah dihantar Anwar kepada Jimmy Carter yang turut dibuat salinan kepada Al Gore, bekas Naib Presiden AS.
Kesemua surat tersebut ditandatangani oleh Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat menggunakan kepala surat Parti Keadilan Rakyat beralamat di ibu pejabat PKR Malaysia 110-3, Jalan Tun Sambathan, 50470, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia dan dalam kepala surat itu turut tercatat pejabat Anwar Ibrahim di AS, 585 Grove St Suite, 135 Herndon, VA, 20170, USA.

JANGAN BERSEKONGKOL DENGAN PEJUANG KEZALIMAN


Umat Islam ditegah bersekongkol dengan mana-mana pihak yang terbukti melakukan kezaliman dan maksiat seperti pengamal, pejuang termasuk penyokong aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Malah, seorang tokoh ulama muda meletakkan hukuman yang cukup keras dengan menyatakan adalah haram bagi umat Islam daripada terlibat di dalam sebarang majlis atau program diketuai seorang pejuang LGBT kerana seks songsang merupakan perbuatan jijik lagi hina di sisi Islam.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, wajib setiap umat Islam mengelakkan diri daripada terjebak dengan perhimpunan Bersih 3.0 kerana pengerusinya, Datuk S. Ambiga seorang penyokong tegar LGBT, selain menyokong aktiviti memurtadkan umat Islam.

Mai Pikiaq Pi: Sokong Ambiga + sokong PR = Ancam negara ke arah kemaksiatan dan kehancuran

Thursday 26 April 2012

Protes Sabtu Dahului Pembaharuan Pilihan Raya


Penganjur yang merancang perhimpunan awam di ibu negara Sabtu ini bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil membuat andaian awal terhadap hasil penambahbaikan proses pilihan raya yang sedang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
 
Katanya cadangan penambahbaikan proses pilihan raya yang diutarakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbabit dalam perhimpunan sebelum ini telah dipersetujui atau sedang dipertimbangkan. "Semasa perhimpunan lepas, anda mengemukakan lapan tuntutan dan beberapa daripadanya telah ditangani atau menjadi sebahagian daripada syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan proses pilihan raya.

"Pembaharuan sedang berlaku...daftar pemilih sedang dibersihkan dan penggunaan dakwat kekal dipersetujui. Hanya menjadi isu ialah tempoh berkempen minimum selama 10 hari berbanding 21 hari. 

"Meskipun begitu, mereka (penganjur perhimpunan) masih mengedar risalah dengan membayangkan penipuan dalam proses pilihan raya Malaysia. Ini merupakan pandangan berprasangka," katanya semasa debat awam dengan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga, di sini malam tadi.
 
Siri debat, anjuran 'The Malay Mail Spark The Debate', berjudul 'Electoral Reform: Is Enough Being Done?' diadakan di The Club @ Bukit Utama, Bukit Utama Golf Course di Bandar Utama di sini dengan sokongan Universiti UCSI dan Yayasan Orator. 

Ambiga semasa berhujah menyentuh beberapa isu yang mereka menuntut khusus dalam memastikan daftar pemilih bersih dan melahirkan keraguan dengan usaha SPR yang secukupnya seperti diperkatakan. Beliau juga menggesa supaya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ditangguh bagi menyediakan masa untuk proses penambahbaikan dilakukan khususnya daftar pemilih dibersihkan sebelum Parlimen dibubarkan. 

Bagaimanapun, bekas Presiden Majlis Peguam itu bersetuju dengan cadangan Khairy mengenai pembentukan sebuah badan bebas supaya duduk bersama dengan SPR dan membincangkan isu-isu pilihan raya yang masih belum diselesaikan. 

                     




POPULARITI ANWAR MERUDUM: DAP

                    


“Lim Guan Eng perlu melakukan sesuatu sekarang kerana sokongan Melayu telah berubah. Populariti Anwar telah turun kepada hanya 50 peratus di Permatang Pauh dan ia amat dibimbangkan,” kata sumber DAP kepada The Malaysian Insider.
Lapor laman itu lagi, Pulau Pinang merupakan kawasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Permatang Pauh merupakan kerusinya sejak menyertai politik pada 1982, namun sumber dalaman DAP berkata, walaupun tiada ancaman Anwar akan kehilangan kerusinya, tetapi prestasi yang lemah memungkinkan BN menguasai semula negeri tersebut.
Pada tahun lalu, kajian itu dilakukan oleh Prof. Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM daripada Mac 2008 hingga Julai 2011 menunjukkan prestasi Anwar Ibrahim jatuh merudum berbanding dengan empat tokoh lain, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Lim Guan Eng.
Ketika ditanya kenapa populariti Anwar jatuh merudum, Azrul Hisyam Wakichan, pembantu penyelidikan kepada Prof. Datuk Syed Arabi Idid berkata, “puncanya adalah cara Anwar mengendalikan isu”.
“Pada waktu itu (2008), dia (Anwar) janji macam-macam..bila datang isu skandal (yang membabitkan dirinya), dia tidak mampu nak jawab.
“Dia jawab dia kilas ke lain..dia tidak menjawab sebenarnya," katanya.
Selain itu, kata pembantu penyelidik dari UIA itu, populariti Najib Razak yang dilantik menjadi Perdana Menteri merupakan satu-satu faktor yang menyebabkan populariti Anwar semakin jatuh merudum.
Mai Pikiaq Pi: Mau tak merudumnya jika selalu bohong... kiri kanan bohong... depan belakang bohong... Rakyat sekarang bukan macam dulu lagi percaya dengan janji-janji kosong... Sekarang rakyat mahu kesahihan.... Janji dan buat kerja...

POTONG...

                          

Mai Pikiaq Pi: Biar lambat asal selamat... Pepatah ini sering kita dengar namun seringkali kita lupa akan ia... Manusia lebih suka bersikap mahu cepat tanpa menghiraukan apa yang akan terjadi atas sikap negatif tersebut...

Wednesday 25 April 2012

ANWAR RANCANG BAWA PEMANTAU PILIHAN RAYA LUAR


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba membawa masuk pemantau pilihan raya dari luar negara bagi memantau proses pilihan raya umum negara tanpa persetujuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, tindakan tersebut merupakan helah awal pihak pembangkang yang cuba dicetuskan sebagai persediaan jika mereka kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Sepatutnya, SPR yang menjemput pemantau pilihan raya dari luar, tetapi ini, pembangkang yang panggil sendiri. Ini semua kawan-kawan mereka juga.

"Pembangkang ini seolah-olah telah menjangka yang mereka akan kalah, sebab itu awal-awal lagi menuduh kerajaan menipu dan tabur fitnah kepada kita,’’ katanya pada sidang akhbar mengenai sambutan ulang tahun UMNO ke-66 di sini hari ini.

Tengku Adnan hari ini menerima surat daripada Penasihat Parti Keadilan (PKR) itu yang mempelawanya mengadakan pertemuan bersama kira-kira 12 orang pemantau pilihan raya asing pada Khamis ini.

Menurutnya, Anwar dalam suratnya turut menjemput semua parti politik di negara ini bagi membincangkan proses pilihan raya yang bebas.

"Saya bersedia dan tidak ada masalah untuk berjumpa dengan mereka. Kita tidak takut kerana saya akan terangkan bahawa ini helah pembangkang yang telah meramalkan akan kalah nanti,’’ katanya.

JANGAN IKUT PERANGAI SI BEBAL

                    

Mai Pikiaq Pi: Sudah-sudahlah dok buat demonstrasi... Tak pikirkah mak bapak ko orang yang susah payah mendidik ko orang sampai berjaya ke universiti.. tp ko orang hanya tau berdemonstrasi menentang kerajaan... Apa yang kurang lagi kerajaan bagi...? Orang macam ko orang nie memang manusia munafik yang tak tau bersyukur...

Anwar Bohong Lagi...


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi bakal melakukan pembohongan besar apabila mendakwa ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Sabah akan menyertai pakatan pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Anwar bakal mengulangi pembohongan besar yang dilakukannya pada 16 September 2008 kononnya pembangkang akan membentuk kerajaan berikutan penghijrahan ramai wakil rakyat BN, walhal perkara itu tidak berlaku sehingga sekarang.

Menurut beliau, kenyataan Anwar tersebut tidak lebih untuk menunjukkan dia mendapat sokongan besar sehingga sanggup melakukan pembohongan demi pembohongan.

"Apakah rakyat masih nak terpedaya dengan kenyataan Anwar Ibrahim tentang hal itu? Dia fikir kalau ada orang kita nak duduk dekat sebelah dia bercakap, nak masuk ikut dialah.

"Pemimpin-pemimpin utama BN tahu lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang, baik di Sabah, Kelantan, Sarawak sokongan meningkat dan jelas terbukti memang rakyat mahukan pimpinan BN," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan khas bersama pesara-pesara kerajaan, guru, tentera dan polis di sini.


Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Muhyiddin diminta mengulas kenyataan Anwar yang mendakwa beberapa wakil rakyat BN di Sabah akan menyertai pakatan pembangkang.

Mengulas lanjut, Timbalan Presiden UMNO itu berkata, rakyat boleh menilai prestasi parti pakatan pembangkang khususnya di negeri-negeri yang mereka kuasai.

"Pelbagai ideologi, pendekatan yang sememangnya menimbulkan keresahan masyarakat, dasar tidak konsisten, pakatan yang rapuh, strategi yang makan diri, pendirian tidak tegas, ini dapat kita lihat berlaku dalam tempoh tiga tahun (pentadbiran pembangkang)," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, berdasarkan tinjauan lawatan beliau ke Kelantan mendapati rakyat negeri itu semakin berminat dan ada kesungguhan untuk bersama-sama dengan UMNO dan BN.

Sementara itu, Muhyiddin turut memberitahu, Kerajaan Pusat memperuntukkan RM100,000 bagi menyediakan sistem penapis air di 30 buah sekolah di negeri ini yang menghadapi masalah bekalan air bersih.

Katanya, usaha tersebut dilakukan kerana kerajaan bimbang penularan penyakit dalam kalangan pelajar disebabkan bekalan air tidak bersih di sekolah-sekolah.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keutamaan diberikan kepada sekolah-sekolah yang berdepan masalah bekalan air bersih serius termasuk di kawasan luar bandar, sebelum diperluaskan ke seluruh negeri.

"Masalah air bersih isu besar di Kelantan dan kita bimbang kalau anak-anak kita tak dibekalkan air bersih di sekolah, ini akan jadi satu isu kesihatan yang boleh mengganggu pelajaran mereka," katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM120,000 kepada empat persatuan iaitu Persatuan Bekas Tentera Malaysia, persatuan bekas polis, persatuan pesara kerajaan dan persatuan pesara pendidikan Kelantan.

Mengulas sikap kerajaan Pas Kelantan yang menganggap isu bekalan air bersih sebagai 'remeh', Timbalan Perdana Menteri menegaskan, ia berlaku disebabkan ketidakupayaan kerajaan Pas untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Anak Orang Lain Mansuh PTPTN, Anak Anwar Ditaja Ke Luar Negara


Ramai pihak berpendapat kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memansuhkan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diganti dengan pendidikan percuma sekadar janji kosong untuk menarik undi golongan muda menyokong Pakatan Rakyat (PR).
Apatah lagi seperti dilaporkan Antarapos, Anwar sendiri tidak mahu melaksanakan dasar pendidikan percuma di kolej universiti dan universiti di bawah Kerajaan Negeri Selangor khususnya di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan UNISEL (Universiti Selangor).
Ketika Anwar mencanang mahu memansuhkan kemudahan pinjaman PTPTN untuk generasi muda yang menuntut di dalam negara, ramai yang terlupa bahawa kebanyakan anak-anak Anwar dihantar ke luar negara.
Anak-anak Anwar bukan belajar di UNISEL atau KUIS sebaliknya dihantar ke negara maju, Amerika Syarikat (AS).
Negara maju seperti AS sendiri tidak memperkenalkan polisi pendidikan percuma.
Nurul Izzah adalah lulusan dari SAIS (School of Advanced International Studies) Universiti Johns Hopkins, AS pada tahun 2007.
Laman discoverthenetworks.org mendedahkan pada tahun 2003, IIIT (International Institute of Islamic Thought), badan pemikir yang diasaskan Anwar yang berpengkalan di AS telah menyalurkan wang sebanyak $ 92.200 kepada Nurul Izzah.
Pendedahan sama turut dilaporkan laman frontpagemag.com yang menyebut sumbangan $ 92.200 kepada Nurul Izzah itu adalah hasil penipuan cukai (tax fraud) yang dilakukan oleh IIIT.
Satu lagi dokumen dilampirkan di bawah membuktikan Anwar terpaksa membayar pendidikan anaknya, Nurul Ilham ketika menuntut di Universiti Georgetown, AS.
Surat Anwar bertarikh 10 Julai 2007 dihantar kepada Pejabat Program Antarabangsa Universiti Georgetown menyatakan bahawa beliau akan bertanggungjawab terhadap perbelanjaan tuisyen dan kos hidup anaknya, Nurul Ilham selama dua tahun menuntut di universiti itu.
Menurut Anwar jumlah bayaran yang dikenakan sebanyak $ 21.564 setahun akan dibayar melalui akaun bank miliknya di AS.
Anwar juga turut melampirkan bukti penyata bank miliknya untuk bulan Jun 2007 yang menunjukkan beliau mampu membayar kos perbelanjaan anaknya menuntut di universiti itu.
Baki selebihnya perbelanjaan anaknya, kata Anwar akan ditaja oleh Mena Estates Inc, satu syarikat perniagaan di bawah naungan Safa Group.
Menurut laman investigativeproject.org, Safa Group dimiliki oleh pengasas-pengasas IIIT, di mana Anwar merupakan salah seorang pengasas badan tersebut.
Daripada segi logik, tanpa bantuan daripada Mena Estates Inc sekalipun, Anwar mampu menanggung sepenuhnya pengajian anak-anak di AS, kerana sebelum ini telah dibuktikan kemampuannya membuka syarikat perniagaan dan membayar gaji beberapa orang pembantunya di negara itu.

Tuesday 24 April 2012

'Kerja sia-sia' di Dataran Merdeka


MELALUI Dataran Merdeka Jumaat lepas, kami tiba-tiba tertarik melihat beberapa khemah yang didirikan di hujung dataran berdekatan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.


Teringin menyelami rintihan pembantah-pembantah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini, lantas menarik kami meletakkan kereta di bangunan Daya Bumi menuju ke sana.

Tidak ramai kalangan para pembantah ini. Cuma kira-kira 20 orang. Tambah memeranjatkan kami, pelajar cuma beberapa kerat. Yang banyaknya adalah kumpulan dewasa termasuklah beberapa individu yang berusia sekitar 60 tahun - lebih layak digelar warga emas.

Apa yang dibuat mereka di sini? Meninjau-ninjau sebentar, ternampaklah kelibat Adam Adli Abdul Halim, 'hero kampus' kononnya. Mukanya sembab, mata merah... tidak cukup tidur barangkali. Apabila ditujah soalan oleh salah seorang daripada kami tentang hasil yang mereka boleh dapat daripada pemansuhan PTPTN ini, Adam yang telah digantung pengajian dari UPSI ini enggan bersuara.

Dia seakan-akan cuak dengan kami. Dia memberi alasan 'banyak kerja' dengan sibuk menyusun botol-botol minuman yang sebenarnya telah pun tersusun dengan elok di tepi sebuah khemah.

Memerhatikan sekeliling, keadaannya kotor sekali. Bekas-bekas bungkusan polistren makanan berselerakan. Kata mereka, bila waktu mandi, turunlah ke tandas di bawah Dataran Merdeka.

Hampir sejam di situ, kami mula berasa tidak selesa. Cuaca pula panas terik.

Kelihatan di situ, beberapa pelajar bebas bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Seorang gadis pula tanpa segan silu merokok menjadikan keadaan lebih 'memualkan'.

Jumlah anggota kumpulan dari kalangan kaum Cina ketika itu lebih ramai berbanding Melayu. Tidak kelihatan pun pelajar atau orang dewasa kaum India.

Tertanya-tanya kami siapa agaknya dalang di sebalik khemah-khemah itu sehingga ada mahasiswa yang sanggup berpanas dan berhujan sedangkan rakan-rakan sebaya mereka sedang bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran bagi menghabiskan pengajian.

Sudah tentu tidak menghairankan kebanyakan mereka di situ merupakan mahasiswa yang mendapat keputusan rendah atau corot.

Sedang memerhatikan lagi gelagat mereka, salah seorang pelajar memperkenalkan diri sebagai Din dari UPSI memberitahu, mereka sendiri tidak tahu sampai bila akan berada di Dataran Merdeka.

''Kita akan berada di sini sampai sudah bosan. Bila dah bosan kita balik. Duduk lama-lama pun tak guna dan memenatkan sebab panas, lebih-lebih lagi kalau duduk di dalam khemah waktu tengah hari," katanya.

Seorang lelaki dalam usia 60-an yang katanya dari Melaka memberitahu kami: ''Ah, hapuskan sahaja PTPTN, duit Petronas kan ada."

Lelaki ini dalam aksinya berjubah hijau seolah-olah menjadi pengawal di situ yang turut menimbulkan tanda tanya daripada orang ramai yang lalu lalang kerana dia bukannya muda lagi.

Kami kemudian meninggalkan Dataran Merdeka menuju ke masjid berdekatan. Dan kelmarin, kami dikhabarkan Dataran Merdeka tidak ada lagi kelibat kumpulan terbabit.

Syabas diucapkan kepada pasukan penguat kuasa DBKL yang begitu tegas menanggalkan khemah-khemah pelajar dan kumpulan terbabit.

Sebenarnya, kalau daripada pengamatan mata kasar, manfaat PTPTN banyak menguntungkan pelajar Melayu. Namun jika dikaji secara berfakta, faedahnya begitu mencurah- curah kepada pelajar bukan Melayu.

Ini kerana sehingga 29 Februari lalu, seramai 11,764 peminjam/penerima biaya PTPTN telah diluluskan pengecualian bayaran balik pinjaman/pembiayaan pendidikan kerana mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf dengannya. Ia melibatkan jumlah pelupusan pembiayaan pendidikan sebanyak RM339.07 juta.

Kalau dilihat rekod peminjam yang diluluskan pengecualian bayaran balik mengikut kaum setakat ini, sejumlah 2,347 orang adalah pelajar Melayu dengan amaun RM47. 2 juta.

Tetapi pelajar Cina, bilangannya ialah 8,818 orang dengan amaun pengecualian bayar balik PTPTN RM274.2 juta. Inilah hakikatnya.

Rekod pelajar Cina di universiti ialah mereka fokus kepada pembelajaran. Mereka sedar harapan menggunung ibu bapa. Mereka tahu jika tak memperoleh CGPA yang baik, sukarlah untuk mencari kerja yang baik dan lumayan gajinya.

Pada awal 1990-an, pendidikan merupakan sesuatu yang 'mahal' kerana pada era itu tidak ramai yang mampu untuk melanjutkan pengajian ke tahap tertinggi.

Jika tidak ada biasiswa atau tajaan, harapan seseorang khususnya orang Melayu dan bumiputera untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi amat tipis sekali.

Kemudian apabila PTPTN ditubuhkan bagi memberikan pinjaman kepada semua kaum di negara ini, berduyun-duyunlah anak Malaysia tanpa mengira keturunan dapat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Bagi Pensyarah Perhubungan Antarabangsa Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya. Dr. Mohd. Noor Yazid, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan telah menjelaskan bagaimana Kerajaan Pusat perlu melindungi kepentingan kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia yang secara kumpulannya dirujuk sebagai bumiputera.

''Itu termasuklah kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam yang dalam hal biasiswa kepada bumiputera seperti sudah diliberalkan," tegasnya.

Jelasnya, jika mahu memansuhkan PTPTN, ia bermakna setiap bumiputera perlu diberikan biasiswa sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan.

"Pada era Allahyarham (Perdana Menteri kedua) Tun Abdul Razak Hussein dulu perkara itu telah dilaksanakan dan mungkin bagi memberi keadilan saksama kepada kaum- kaum lain, PTPTN diperkenalkan bagi memberi kemudahan pinjaman pengajian di peringkat universiti. "Tapi malangnya, ada pihak cuba mempolitikkan isu ini," katanya.

Meninggalkan Dataran Merdeka Jumaat lalu, kami berkongsi pengalaman memikirkan apa sebenarnya matlamat segelintir pelajar terbabit menyuarakan bantahan terhadap PTPTN.

Kami pernah berada di universiti sekitar era 90-an. Dan ketika itu kami memang 'dahagakan' PTPTN - di sebalik kesedaran tinggi akan harapan menggunung ibu bapa yang hidupnya susah untuk melihat anaknya meraih segulung ijazah.

ANWAR SEORANG YANG AMAT KELIRU


"Saya terpanggil untuk memberitahu Anwar Ibrahim,You are a very confused person..seorang yang sangat keliru,” kata bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad, semasa Majlis Pelancaran Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, 22 April.
Datuk Ruhanie yang lebih dikenali dengan nama singkatan Datuk Ron menceritakan pengalamannya yang pernah menjadi penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bekas Timbalan Perdana Menteri itu masih berada dalam kerajaan pada tahun 1998.
“Pada ketika itu saya Presiden Backbenchers Club..saya jaga lebih kurang 40-50 Ahli Parlimen (BN) yang tak ada jawatan.
“(Anwar arah) Ron minta kawan-kawan ‘cross over‘(lompat parti)..sampai hati, saya seorang UMNO..diminta untuk cross over mengkhianati UMNO.
“Maka saya kata..pak sheikh (Anwar), kalau you boleh dapat satu, besok pagi melompat..inilah (menunjukkan kepada dirinya) yang akan jadi lembu yang akan melompat," katanya.
Datuk Ron juga mendedahkan, Anwar sekitar tahun 1994-1995 pernah membuat pakatan dalam kalangan ahli UMNO untuk menumbangkan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi Presiden UMNO ketika itu.
“Pada hari ini, Anwar melakukan dosa yang paling besar kepada umat Islam dan rakyat Malaysia. Pertamanya kerana beliau mengiktiraf Yahudi, Israel.
“Keduanya kerana bersekongkol dengan DAP, Malaysian Malaysia. Malaysian Malaysia arwah bapa saya kata, sama rata, sama rasa…Tapi kepada dia (Anwar) sama rata, sama rasa, saya tak tahu, tanya dengan Azmin, rasa apa, rata apa..,” katanya.
Ron yang mengenali Anwar sejak tahun 1969 tidak menyangka Anwar yang dikenali sejak sekian lama, sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya sendiri.

TIBAI!!!


Pendedahan berterusan oleh Ahli-Ahli Majlis Syura Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) mampu menjatuhkan Ketua Pembangkang itu daripada menjadi pemimpin utama negara ini.

Justeru, ceramah seperti yang dilakukan pada malam pelancaran TIBAI di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi wajar diperluaskan ke seluruh negara untuk merealisasikan matlamat penubuhan kelab oleh bekas-bekas pemimpin dan pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Seorang pengunjung yang menghadiri pelancaran Kelab TIBAI, Arman Putera Asmuni, 39, berkata, majlis ceramah seumpama itu merupakan peluang terbaik untuk memberi peluang orang ramai mendengar dan menilai pendedahan dilakukan oleh individu yang pernah berjuang bersama Penasihat PKR itu.

Mai Pikiaq Pi: Sapa lagi yang nak percaya ngan hang lepas nie???....

Anwar Ibrahim ditibai....

                         


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), YB Datuk Ibrahim Ali mengetuai menibai foto Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai simbolik pelancaran rasmi satu kelab yang dinamakan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim atau ringkasnya TIBAI.
Ibrahim dijemput sebagai perasmi majlis penubuhan kelab itu di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, 22 April yang turut dihadiri lebih 3,000 ahli kelab tersebut.
“Saya mengenali Anwar sejak tahun 70-an sewaktu kami sama-sama menjadi pemimpin pelajar, dahulu beliau idola semua orang termasuk saya kerana ketegasan memperjuangkan agama Islam. Saya sayang dan menghormati Anwar sehingga sanggup dipenjara kerana beliau.
“Namun selepas ditunjukkan dengan segala bukti sahih, saya akhirnya sedar Anwar tidak layak memimpin negara, Anwar bukan lagi pemimpin yang kami kenal semasa era 70-an, dia sudah jauh berubah dan pada saya, Anwar sudah jauh tersesat daripada perjuangan sebenar,” kata Ibrahim.
Turut berucap dalam majlis pelancaran itu adalah bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan; Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim; bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad; bekas pengasas PKR, Ng Yum Yong; bekas Exco Angkatan Muda PKR, Ghani Haron dan Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin.
TIBAI diketuai bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Muhammad Zahid Md. Arip dan disokong oleh seramai 28 bekas pemimpin parti itu dilantik ahli majlis syura untuk menghalang cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Bekas salah seorang pengasas Parti Keadilan Nasional, Ng Yum Yong berkata, semangat penubuhan TIBAI ini seumpama semangat penubuhan parti Keadilan pada tahun 1998 dahulu.
Mai Pikiaq Pi: Aku harap TIBAI dapat jatuhkan individu bernama Anwar Ibrahim... bukan tibai macam bapa memukul anaknya yang nakal tapi menerangkan dan menunjukkan bukti yang sahih siapa sebenarnya Anwar Ibrahim pada masyarakat....

Monday 23 April 2012

UNDI PAS DAPAT DAP

                  

Mai Pikiaq Pi: Macam nie kah kita nak amik jadi pemimpin...???

PAKATAN PEMBANGKANG PERGUNAKAN MAHASISWA ISU PTPTN


Tindakan pakatan pembangkang yang sanggup memperkudakan mahasiswa untuk berkhemah di Dataran Merdeka bagi tujuan memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah amat memalukan.
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, pembangkang begitu terdesak untuk mendapat sokongan orang muda sehingga sanggup memberi janji-janji kosong yang tidak dapat dilaksanakan dan hanya memperdayakan mereka.
“Kita tengok berapa suara mahasiswa yang keluar ke Dataran Merdeka, kalau tak silap saya tak sampai lima khemah, kononnya suara mahasiswa nak hapuskan PTPTN dan menyokong pakatan pembangkang, saya rasa lebih ramai anak muda yang keluar beratur untuk beli iPad yang baru,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program BN Pilihan Orang Muda peringkat Wilayah Persekutuan di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Bandar Tun Razak di sini, Ahad.
Perhimpunan yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut disertai Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Mokhtar serta Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Zauyah Zainudin.
Menurut Khairy, beliau percaya rakyat khususnya golongan muda tidak akan terpedaya dengan pelbagai tipu daya pakatan pembangkang termasuk janji menurunkan harga minyak dan menghapuskan tol lebuh raya.
Jelas beliau, menerusi program transformasi yang dilaksanakan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Turun Razak, sokongan orang muda telah kembali kepada BN dan perkara tersebut telah ditunjukkan dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan sebelum ini.
“Dalam program BN Pilihan Orang Muda di Ipoh baru-baru ini kita telah berjaya himpunkan lebih 10,000 orang dan hari ini, untuk jentera Wilayah Persekutuan, kita telah himpunkan lebih 5,000 orang, kalau hendak dibandingkan dengan lima khemah di Dataran Merdeka, bila-bila masa kita dapat tawan Wilayah Persekutuan,” katanya.

LGBT IBARAT WABAK JADI KANSER



Amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ibarat satu wabak yang akan menjadi kanser dan menjadi satu penyakit parah dalam masyarakat dengan ancaman dahsyat yang membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial.

Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari Nasharudin Mat Isa berkata, semua pihak perlu berganding bahu memastikan generasi muda bebas daripada gejala LGBT kerana mereka merupakan bakal pemimpin serta pewaris untuk mengemudi negara ini dengan akhlak yang baik serta terpuji.
Oleh itu, bekas Timbalan Presiden Pas itu berkata, demi masa depan dan akidah generasi muda, isu LGBT tidak boleh dipolitikkan.


“Ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan kerana ia melangkaui politik dan kita jangan hanya kejar pembangunan sehingga terikut dengan budaya negatif Barat,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada “Wacana Kemungkaran LGBT: LGBT Mengundang Bala Allah SWT" semalam.

Nasharudin berkata, wacana seumpama itu merupakan satu gerakan bagi menyedarkan rakyat serta memastikan mereka tidak terjebak serta menyokong golongan ini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mahamad Naser Disa turut berkongsi pendapat sama dengan Nasharudin agar isu LGBT, yang jelas melanggar prinsis asas agama, tidak dipolitikkan kerana ia boleh menyekat usaha untuk membela agama Islam.

“Islam adalah agama rasmi negara, saya tidak kisah sebarang kecenderungan politik, jika ada parti yang menyokong Alhamdulillah tetapi saya tidak mengaitkan diri saya dengan politik,” katanya.

Mahamad Naser turut menyelar pihak yang cuba mempertahankan golongan LGBT serta memberi sokongan kepada golongan itu memperjuangkan hak bagi mendapatkan tuntutan yang mereka inginkan.

“Ia seolah-olah mempopularkan golongan ini bila ada pihak yang mempertahankan mereka sedangkan golongan ini ternyata sekali pelaku orientasi seks yang dilarang di dalam undang-undang dan mencabar ketentuan Tuhan,” katanya.

Wacana sehari ini dihadiri kira-kira 100 peserta daripada segenap lapisan masyarakat anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia.

Mai Pikiaq Pi: Kita patut singkirkan pemimpin yang mengamalkan biseksual, homoseksual dan seks songsang daripada masyarakat kita...