Nuffnang Ads

Wednesday 26 September 2012

Jet eksklusif: Bukti Anwar hipokrit, cakap tak serupa bikin


Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti Keadilan Nasional, Lokman Noor Adam tidak mahu mempertikai sama ada jet eksklusif yang Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim gunakan untuk ke Sarawak dan Sabah baru-baru ini milik beliau, milik kroninya ataupun disewa.
Ujar Lokman, itu bukan persoalannya namun apa yang mengembirakannya, semalam Naib Presiden PKR sendiri, Tian Chua telah mendedahkan sikap sebenar Anwar Ibrahim yang hipokrit dan cakap tak serupa bikin.
“Selama hari ini, beliau (Anwar Ibrahim) menuduh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai seorang yang boros, bermewah-mewahan dan suka membazirkan duit rakyat malah dalam ceramah-ceramahnya, beliau menceritakan bahawa rakyat harus berkorban jiwa dan raga, serta harta benda demi menyelamatkan Malaysia.
“Tapi hakikat sebenarnya, yang selamat hanyalah Anwar Ibrahim sebab dari penjara lagi, keluarganya hidup dalam keadaan mewah sepanjang beliau di dalam penjara. Malah apabila dibebaskan, beliau terus membina sebuah banglo di Segambut bernilai lebih RM7 juta,” ujarnya yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Beliau turut mendedahkan bahawa kereta pertama yang Anwar beli selepas dibebaskan ialah merupakan sebuah MG Rover 3500 cc yang mempunyai enjin Mustang. Itu baru kereta peribadi beliau, belum lagi pegawai pengiring dan pengawal keselamatan Anwar Ibrahim.
“Hari ini, dengan pendedahan Tian Chua melalui gambar yang diupload di dalam twitternya, amat jelas sikap sebenar Anwar yang bermewah-mewah, walaupun belum lagi diangkat jadi Perdana Menteri.
“Itu menunjukkan bahawa Anwar seorang yang hipokrit dan cakap tak serupa bikin. Beliau harapkan ahli-ahli PKR untuk berkorban harta benda sedangkan dalam masa yang sama, beliau hidup mewah.
“Saya menyeru kepada ahli-ahli PKR dan pakatan pembangkang, supaya menggunakan akal mereka yang waras dan berhenti dari terus membiarkan diri mereka ditipu oleh Anwar Ibrahim,” ujarnya. 


















Mai Pikiaq Pi: Orang macam Anwar hanya mahu kuasa dan kemewahan untuk diri dan keluarganya bukan untuk rakyat.... Selama ini hanya bermuka-muka demi mengejar impian untuk menjadi Perdana Menteri....

No comments:

Post a Comment