Nuffnang Ads

Thursday 30 August 2012

Tidak hairan pemimpin pembangkang terlibat salah laku seks


Sekali lagi pakatan pembangkang diseliputi kontroversi seks namun kini apa yang lebih menyedihkan adalah ianya membabitkan darah daging sendiri.
Sebelum ini, pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim sering dicalit kontroversi membabitkan kes liwat dan video seks, Mat Sabu pula berkaitan tangkap khalwat dengan isteri orang dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain juga pernah dikaitkan dengan masalah salah laku seks.
Kini seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya pula ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram yang membabitkan anak perempuannya yang berumur 15 tahun hingga melahirkan seorang bayi lelaki.
Menurut bekas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman, beliau tidak terkejut sekiranya akan terdedah lebih ramai lagi pemimpin pembangkang yang mempunyai masalah sedemikan rupa.
Menurutnya, rakyat yang tertipu dengan  cara penampilan mereka yang kononnya alim, namun mereka juga adalah manusia biasa dan tidak terlepas daripada godaan syaitan.
“Islam pada seseorang itu bukan terletak pada kopiah atau penampilannya yang berjubah termasuk kepetahan membaca ayat-ayat suci al-Quran dan hadis. Jadi rakyat jangan terpengaruh dengan penampilan mereka ini.
“Ini hanya sandiwara mereka yang mahu menutup kelemahan diri mereka. Apa yang boleh saya katakan, memang terdapat ramai pemimpin pembangkang yang mempunyai masalah sedemikian kerana mereka ini mempunyai masalah ‘mental’,” ujarnya.
Semalam Bernama melaporkan seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.
Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun itu ditahan reman pada 22 Ogos lalu bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.
Pihak polis telah mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.
Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).
Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional (BN).
Mai Pikiaq Pi: MPP tak terkejut jika ada lebih ramai lagi pemimpin pembangkang yang terjebak dalam salah laku seks...

Sumbang mahram: Polis ambil keterangan anak pemimpin kanan pembangkang


Sumbang Mahram Pemimpin Politik : Polis Ambil Keterangan, Tunggu Keputusan DNA

Pengarah Jabatan Siastan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin mengesahkan pihak polis telah mengambil keterangan anak perempuan seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang yang melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur empat hari lepas.
“Kita juga akan menyiasat jika benar ada penglibatan individu kedua (anak lelaki pemimpin pembangkang tersebut),” katanya kepada pemberita, Rabu.
Setakat ini, polis sedang menunggu keputusan ujian DNA itu untuk melengkapkan siasatan.
“Hasil daripada ujian baru (itu) kita akan buat keputusan dan cadangan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Beliau diminta mengulas laporan media mengenai penahanan seorang pemimpin kanan parti pembangkang dan anak lelakinya yang berusia 14 tahun bagi membantu siasatan satu kes sumbang mahram.
Media melaporkan dua beranak itu ditahan pada 22 Ogos lepas namun dibebaskan semalam dengan jaminan polis.
Mai Pikiaq Pi: Harap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan mereka yang bersalah patut dihukum seberat-beratnya...

PEMBELA GESA KARPAL, DONALD LIM TARIK BALIK KENYATAAN HINA ISLAM

Pertubuhan Pembela-pembela Islam (Pembela) menggesa Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Pengerusi MCA Negeri Selangor, Donald Lim menarik balik kenyataan yang didakwa telah menghina agama Islam.

Kedua-dua pemimpin itu juga digesa tidak menjadikan isu menyentuh Islam sebagai modal percakaran untuk meraih undi dan sokongan politik.

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Pembela tidak terpengaruh dengan parti politik yang ghairah memperjuangkan dasar dan manifesto mereka khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan berpendirian mengambil tindakan sekaligus tidak berkompromi terhadap mana-mana pemimpin yang anti-Islam untuk menyentuh kedaulatan Islam di negara ini.

“Laporan polis telah dibuat terhadap Karpal Singh dan Donald Lim dan kami mendesak pihak berkuasa melakukan siasatan kenyataan mereka yang prejudis di bawah Akta Hasutan 1948 dengan peruntukan undang-undang yang relevan serta mengambil tindakan yang perlu mengikut saluran yang perlu akibat keghairahan mengeluarkan kenyataan provokasi dengan sengaja.


“Saban hari umat Islam menyaksikan kebiadaban pemimpin politik yang secara terang-terangan menghina Islam sekaligus untuk mendapatkan publisiti murahan bagi meraih keuntungan politik yang bersifat sementara sehingga menolak sensitiviti masyarakat Islam di negara ini,” katanya sejurus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, hari ini. 

Menurutnya, Karpal juga dilihat bersungguh-sungguh memperjuangkan konsep negara sekular, malah ia menggambarkan bahawa beliau jahil tentang peranan Islam yang telah membina masyarakat Islam yang baik di negara ini walaupun sebelum Perlembagaan Persekutuan diterapkan dalam sejarah penubuhan negara.

“Kita takut perkara ini berlarutan sehingga masyarakat kita akhirnya terpaksa menerima pemikiran sekular yang diterapkan oleh kalangan yang anti-Islam ini," katanya.

Menurutnya, Karpal yang memperjuangkan konsep sekular membuktikan konsep yang jelasnya rapuh, bermasalah dan jelas menghancurkan tamadun lain di dunia, khususnya di barat.

Beliau juga tidak menolak kenyataan Lim adalah sebagai agenda yang ingin menghalang sebuah negara Islam untuk menyumbang ke arah pembinaan masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Baginya kenyataan Timbalan Menteri kewangan itu bersifat pramatang, menghasut serta mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab dalam menjaga sensitiviti terhadap umat Islam yang menjalankan kehidupan beragama mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berharap tiada mana-mana pihak yang sealiran dengan mereka membiarkan pemikiran ini dipengaruhi unsur-unsur stereotaip dan label media massa musuh-musuh Islam dalam membuat kenyataan mengenai Islam yang jelas tidak berwibawa dan berprasangka jahat terhadap Islam.

Aminuddin menyeru semua Pertubuhan Islam di negara ini menyertai Pembela dan menzahirkan kegusaran terhadap sikap pimpinan politik Muslim dan bukan Muslim yang membuat kenyataan jahat yang tidak adil mengenai Islam.

Mai Pikiaq Pi: Kenyataan pemimpin pembangkang ini dilihat semakin berani memperjuangkan konsep negara sekular... 

Pemuda Umno terus pelan tubuh kelab di IPTA


Pemuda Umno tetap akan meneruskan rancangan mereka untuk menubuhkan kelab penyokong parti di setiap kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi membolehkan mahasiswa memberi sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kelab penyokong itu tidak akan ditubuhkan di dalam kampus, tetapi hanya di luar atau kawasan berhampiran universiti.

“Saya faham dengan undang-undang Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang melarang pelajar terlibat dengan politik dalam kampus.

“Saya yang mencadangkan pindaan tersebut dilakukan. Jadi tiada halangan untuk kami meneruskan perancangan ini,” katanya semalam.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengenai pertubuhan politik tidak dibenarkan bergerak di dalam kampus kerana tertakluk kepada Auku.

Mengulas lanjut, Khairy memberi contoh jika kelab itu ditubuhkan di luar kampus Universiti Malaya (UM) dan dikendalikan oleh Pemuda Umno Lembah Pantai, itu tidak salah.

“Saya menghormati pendirian menteri dan peruntukan undang-undang sedia ada. Tetapi, ia tidak melarang mahasiswa mengikuti aktiviti di luar kampus untuk berbuat sedemikian,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: Belia universiti mempunyai pandangan yang boleh membantu kerajaan memacu negara untuk mencapai Wawasan 2020...

ISLAM BAGI PAS HANYA UNTUK POLITIK


“Pas tidak pernah berjuang untuk agama, Pas hanya pandai bercakap mengenai agama tetapi tidak pernah melakukannya, mereka hanya pandai bercakap sahaja tetapi perbuatan tidak pernah dilaksanakan.
“Apa yang sudah Pas perjuangkan untuk agama, sehingga kini mereka tak mampu pun bina sebuah masjid, sudah lebih 20 tahun jadi pemerintah di Kelantan apa yang sudah Pas lakukan, itu sebab agama kepada Pas adalah untuk politik sahaja,” kata Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Datuk Alwi Che Mat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa UMNO sudah kehilangan tokoh agama.
Hadi membuat kenyataan itu selepas mempengerusikan mesyuarat biro politik dan pilihan raya, di pejabat parti itu di ibu negara, baru-baru ini ketika mengulas berhubung isu bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.
Menurutnya, UMNO terpaksa menggunakan khidmat Nasharudin untuk mengadakan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan ulama Arab Saudi kerana UMNO sudah kehilangan tokoh agama sehingga terpaksa menumpang tokoh daripada Pas.
Alwi berkata, jika benar Pas berjuang untuk agama, apakah yang sudah dilakukan oleh Pas untuk orang Islam, berbanding UMNO yang sudah melaksanakan banyak perkara berdasarkan syariah Islam dalam pelbagai bidang di negara ini.
“Sudah banyak kejayaan sudah dilakukan oleh UMNO berdasarkan syariat Islam, tanya kepada Pas, siapakah yang memperkenalkan Bank Islam di negara ini, malah sistem perbankan Islam yang diperkenalkan di negara ini turut digunakan secara meluas oleh bank-bank lain.
“Pas perlu sedar pengiktirafan negara-negara Islam terhadap pentadbiran dan kemajuan Malaysia itu adalah hasil usaha UMNO yang menjadi pemerintah di negara ini sejak merdeka, kita tidak perlu bercakap macam Pas mendabik dada kononnya berjuang untuk Islam.
“Sebaliknya orang luar yang beri pengiktirafan kepada kita, kepada negara kita bukannya kepada Kelantan yang diperintah Pas,” katanya.
Menurutnya, tidak perlu mengikut rentak Pas yang hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu melakukannya, seharusnya mereka melaksanakannya apa yang diperkatakan jangan hanya untuk dijadikan modal politik untuk mendapat undi.
Mai Pikiaq Pi: Pas jangan hanya pandai berkata-kata walhal semua kosong belaka...

Program Transformasi Pacu BN Capai Kemenangan PRU13


Program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memastikan kemenangan bagi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang, kata pakar ekonomi daripada Economist Corporate Network, Justin Wood.
Beliau berkata, usaha transformasi itu iaitu Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan, yang diilhamkan oleh Najib selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2009, akan memastikan gabungan parti pemerintah meraih kejayaan dalam pilihan raya umum, yang perlu diadakan sebelum 28 April, 2013.
“BN akan terus memerintah. Mungkin majoriti akan berkurangan, namun saya meramalkan kerajaan yang sama selepas pilihan raya, yang paling getir dalam sejarah Malaysia.
“Ekonomi Malaysia kukuh, dan pelaburan langsung asing semakin meningkat. Semua ini disebabkan keprihatinan oleh kerajaan sedia ada terhadap rungutan yang ditimbulkan oleh pelabur asing sebelum ini,” katanya pada taklimat media di sini, Rabu.
Wood berkata, satu daripada kriteria paling penting yang dikehendaki oleh pelabur asing dalam sesebuah negara adalah kestabilan politik diiringi dasar yang jelas sebagai satu pakej.
“Jika kerajaan sekarang kekal, dasar yang jelas akan wujud,” katanya.
Selepas memenangi pilihan raya umum akan datang, Wood berkata, Najib dan kerajaan perlu meneruskan pelaksanaan program transformasi yang berjaya itu.
Mai Pikiaq Pi: Pakar ekonomi dari luar pun percaya akan kemampuan Najib menerajui negara!!!

Tuesday 28 August 2012

Pengaruh Kumpulan Moderat Punca Hadi Hilang Taring


Semakin ramai penganalisis politik bersetuju pengaruh kumpulan moderat merupakan punca utama PAS tersasar dari matlamatnya dan menyebabkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah hilang ‘taring’ dalam menerajui parti itu.
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Shamsu Adabi Mamat berpendapat, terdapat segelintir pengikut sudah lama dalam parti PAS mempunyai pemikiran ‘moderate’ beranggapan seolah-olah hudud menjadi asas perjuangan parti itu.
Malah, menurutnya ia dilihat menjadi punca utama kumpulan tersebut mengingkari kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengarahkan pemimpin menutup mulut berhubung isu hudud.
“Kumpulan-kumpulan ini memberikan pandangan mereka dalam hal-hal hudud ini, hudud ini ia seolah-olah menjadi asas perjuangan PAS. Jadi, kebanyakan kumpulan-kumpulan yang sudah lama dengan PAS ini mempunyai pemikiran dan perjuangan Islamik hudud yang tebal.
“Sudah pasti mereka tidak berkenan dengan situasi dominasi DAP terhadap PAS negara berkebajikan jadi mereka inilah sebenarnya yang mengemukakan pandangan yang bercanggah dengan kepimpinan PAS,” katanya dihubungi AntaraPos.
Penganalisis Politik, Ahmad Atory Hussein ketika dihubungi AntaraPos berkata, arahan ‘tutup mulut’ isu hudud yang dipersetujui bersama sebelum ini tidak lagi dihormati, malah Hadi dilihat sebagai tidak lagi dihormati.
“Pemimpin tertinggi PAS (Hadi Awang) sudah hilang taring kerana tidak dihormati lagi, kalau dia berwibawa tentu orang hormat.
“Kini sudah tidak ada disiplin dalam kalangan ahli PAS yang boleh patuhi seperti UMNO yang boleh dibanggakan,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan beberapa pemimpin PAS sebelum ini termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang kini menjadi Timbalan Ketua Pemuda Pas ‘melanggar’ arahan Abdul Hadi untuk ‘tutup mulut’ isu hudud.
Mengulas lanjut, Ahmad Atory menambah, parti Islam itu juga dilihat gagal dalam amalan demokratik kerana cuba menghalang pimpinannya yang lain daripada bersuara atau memberi komen berhubung isu hukum hudud.
Menurutnya, jika perkara ini berterusan maka pengaruh PAS akan semakin pudar dalam kalangan penyokongnya.
“Kalau tindakan pemimpin PAS ini tidak dibendung atau dibiarkan oleh ahli dan penyokong, ini akan mengurangkan lagi pengaruh PAS,” jelasnya
Kumpulan moderat PAS adalah nama lain kepada kumpulan ‘liberal PAS’ yang sering disebut-sebut oleh bekas Pengerusi Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd Ali sebagai kumpulan ‘parasit-parasit’.
Mentor kumpulan moderat adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah dinobatkan gelaran “Muslim Moderat of The Year Award 2005″ oleh CSID (The Center for the Study of Islam and Democracy), sebuah badan yang didalangi Yahudi berpangkalan di Amerika Syarikat yang ditaja oleh USAID (United States Agency for International Development) dan NED (National Endowment for Democracy).
Selepas CSID, Anwar juga diiktiraf oleh RAND Corporation sebagai salah seorang ‘rangkaian Muslim Moderat‘pada tahun 2007.
Pada 10 Mac 2009, Anwar bersama rangkaian kumpulan moderatnya telah mendesak Presiden Barrack Obama supaya konsisten menyokong perjuangan demokrasi di dunia Muslim dan Arab.
Abdar Rahman Koya adalah antara individu pertama yang berjaya mengesan bahaya Anwar sejak dari September 2004.
Abdar Rahman dalam tulisannya bertajuk, “Doubts over Anwar’s friends as he re-enters Malaysian politics“, berjaya mengesan bahaya itu sejak Anwar dirawat di Munich, Jerman.
“Sewaktu berada di Hospital Munich, pemerhati dan penyokongnya memberikan pandangan sepintas lalu terhadap Anwar ‘baru’ seperti yang dikatakan di mana dia baru sahaja menghabiskan masa selama 6 tahun di belakang tirai besi.
Personaliti yang melawatnya, daripada bekas Presiden Indonesia seperti Abdurrahman Wahid, BJ Habibie, intelektual Islam seperti Yusuf Qaradawi dan sebagainya, kepada pembuat-keputusan politik kanan Eropah dan AS, dan juga temu ramahnya bersama media Barat, telah mendedahkan gambaran serupa Anwar sebagai seorang Muslim ‘Moderate’ yang telah dipelihara oleh inkubator media Barat.
“Rasa sangsi ini ditambah lagi dengan pertemuan Anwar di Munich bersama Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, Paul Wolfowitz, seekor ‘pemangsa’ dalam pentadbiran Bush dan arkitek serangan AS ke atas Iraq tahun lepas,” kata Abdar Rahman yang juga salah seorang ahli kumpulan Crescent International.
Crescent International satu majalah pertubuhan Islam antarabangsa yang berpangkalan di Toronto (Kanada), London (United Kingdom), Pretoria (Afrika Selatan) dan Karachi (Pakistan).
Kemudian, pada Jun 2005, Abdar Rahman mengupas khusus tentang masa depan PAS selepas Anwar disahkan berpihak kepada AS.
“Suka atau tidak, Anwar dan parti yang dia menjadi penasihat sekarang telah mengadakan hubungan dengan PAS, sebagai apa yang dikenali sebagai Barisan Alternatif. Ini memberikan banyak masalah kepadanya secara peribadi, terutamanya kerana dia perlu terlibat dalam kepentingan dunia, sebagai contoh bertemu dengan pemimpin berhaluan kanan dari Washington dan kumpulan pemikir dari Barat, yang kesemuanya akan membentuknya sebagai seorang “pemimpin Muslim yang moderat”.
“Apabila ditanya sama ada dia (Anwar) bersetuju dengan usaha PAS untuk sebuah Negara Islam, dalam kebanyakan soalan disebutkan bahawa Negara Islam bermaksud penafian terhadap kebebasan kepada bukan Islam untuk mengamalkan kepercayaan mereka, jawapan Anwar hanya menekankan kepada persepsi seperti : Beliau berkata PAS perlu bekerja dalam lingkungan sebuah “jaminan perlembagaan” dalam kebebasan beragama kepada bukan Muslim.
“Ketika semua ini sedang berlaku, kepimpinan PAS telah berdiam diri. Kebanyakan penganalisis dan penyokong telah beranggapan sikap ini sama seperti kekosongan kepemimpinan, khususnya selepas ketiadaan arwah Fadzil Noor, Presiden PAS sebelum ini, pada 2002, tetapi terdapat beberapa sebab lagi, di kalangan mereka ada yang bersikap mahu mengambil alih kuasa daripada UMNO,” katanya.
Abdar Rahman dalam kupasan bertajuk “Implications of Anwar Ibrahim’s promotion of a moderate and west-friendly Islam” berkata dalam jangka panjang kerjasama dengan Anwar akan merugikan PAS.
“Survival PAS sebagai sebuah gerakan Islam untuk menyuarakan Islam di Malaysia akan menghadapi risiko, kerana ia terperangkap dalam sistem… Ia seolah-olah mahu survival sebagai ‘mesra market’ parti politik dan bekerjasama dengan Anwar, yang dijangkakan akan menjadi Perdana Menteri.
“Hasilnya, dalam jangka panjang (jika boleh diperbaiki) kerosakan terhadap gerakan Islam, dan risiko (untuk PAS) berubah kepada satu parti politik ‘Islam’ ala Turki yang (hanya) muncul untuk peti undi dan beberapa perkara kecil yang lain”, katanya.
Mai Pikiaq Pi: ANWAR IBRAHIM adalah musuh dalam lipatan perjuangan Islam!!!

Dompok sokong kajian semula undang-undang antilompat parti secara bersyarat

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Tan Sri Bernard Dompok berkata, beliau bersetuju undang-undang antilompat parti dikaji semula, "dengan syarat mereka yang menukar parti, tidak dihalang daripada menjadi calon pada pilihan raya kecil".

Kata beliau, peruntukan sedia ada yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang meletak jawatan, hilang kelayakan untuk bertanding sebagai anggota Dewan Rakyat (atau Dewan Undangan Negeri) bagi tempoh lima tahun, mulai tarikh beliau meletak jawatan.

"Adalah sesuatu yang amat malang sekiranya seseorang wakil rakyat yang meletak jawatan atau dipaksa meletak jawatan kerana sebab tertentu dan selepas itu, menyertai parti lain, tidak dibenar menawarkan diri untuk menjadi calon pada pilihan raya kecil yang diadakan selepas itu.

"Ya, kita boleh wujudkan undang-undang antilompat, tapi berilah kebenaran kepada mereka yang melompat itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Getah bagi daerah Penampang di Kampung Timpangoh, Sugud, dekat sini hari ini.

Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Utama dan Komoditi berkata demikian apabila diminta mengulas cadangan DAP Pulau Pinang baru-baru ini untuk menggubal undang-undang antilompat parti.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini dipetik sebagai berkata, negeri itu bercadang menggubal undang-undang antilompat parti November ini, menjelang berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada April tahun depan.

Semalam, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dilaporkan berkata, cadangan menyemak semula undang-undang antilompat parti mempunyai merit kerana ia boleh menghalang seseorang ahli politik daripada menukar parti selepas dipilih sebagai Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri.

Kerajaan PBS di Sabah pernah menggubal undang-undang seperti itu pada 1980-an, tetapi diisytihar bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana ia menghalang kebebasan seseorang untuk berpersatuan.

Pada asasnya, undang-undang antilompat parti bertujuan menghalang wakil rakyat, yang menang pada pilihan raya atas tiket sesuatu parti politik, melompat ke parti lain.

Mengenai dakwaan pakatan pembangkang bahawa kedudukan mereka semakin kuat di Sabah, Dompok berkata, nasib Barisan Nasional (BN) hanya boleh ditentukan oleh rakyat Sabah melalui peti undi.

"Sesiapa saja boleh membuat dakwaan seperti itu, tapi akhirnya, rakyatlah yang membuat keputusan muktamad melalui peti undi. Seperti parti lain, kami juga menghadapi cabaran untuk mempertahankan pemerintahan BN pada tahun-tahun akan datang," katanya.

Mengenai Upko pula, beliau berkata parti itu tetap wujud dan kukuh, walaupun ditinggalkan beberapa pemimpinnya, termasuk bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Naib Presiden, Senator Datuk Maijol Mahap, yang kini menyokong pakatan pembangkang.

Anggota Parlimen Penampang ini juga menyangkal dakwaan bahawa ramai anggota parti itu menyertai pembangkang.

Ditanya sama ada Mesyuarat Agung Upko pada 24 Ogos membincangkan kedudukan parti itu dalam BN, Dompok berkata, perkara itu tidak termasuk dalam agenda mesyuarat.

Beliau berkata, senarai calon yang akan bertanding bagi kerusi yang diperuntukkan kepada Upko, termasuk kerusi Parlimen Tuaran, telah diserahkan kepada kepimpinan BN untuk tindakan selanjutnya.


Mai Pikiaq Pi: Eloklah dikaji semula undang-undang antilompat parti agar wakil rakyat yang dipilih tidak sewenang-wenangnya berpaling tadah...

Anwar ulang episod 16 September


Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membayangkan seolah-olah akan berlakunya tsunami politik di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) disifatkan oleh Datuk Seri Salleh Said sebagai satu lagi rekaan yang terhasil daripada impian Anwar, sama seperti episod pembohongan 16 September yang pernah dilakukan  oleh beliau beberapa tahun yang lalu.
Menurut beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, rakyat di Sabah hari ini berada di dalam keadaan yang  selesa, aman dan makmur di bawah pemerintahan BN yang terbukti telah banyak berjasa dan berkhidmat kepada rakyat di negeri itu sejak dulu lagi.
“Rakyat Sabah amat menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan segala program tranformasi yang dilakukan oleh kerajaan di bawah kepimpinan beliau yang mendahulukan kebajikan rakyat di negara ini, khususnya rakyat di Sabah.
“Justeru itu, saya tidak nampak sebarang sebab yang boleh menyebabkan berlakunya tsunami politik di Sabah apatah lagi, rakyat Sabah adalah rakyat yang mengenang jasa dan tahu membalas budi terhadap kerajaan yang selama ini banyak membantu mempertingkatkan kualiti hidup rakyat di negeri ini,” ujar beliau.
Sehubungan itu, apa yang cuba digembar gemburkan oleh Datuk Seri Anwar bahawa akan berlakunya tsunami politik di Sabah yang hanya semata-mata berdasarkan senario tiga pemimpin parti komponen UMNO dan BN yang beralih arah berpihak kepada beliau, hanyalah  satu omong kosong Ketua Pembangkang itu untuk mencetuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat di negara ini, khususnya di Sabah.
“Ini adalah satu lagi strategi provokasi yang cuba dicetuskan oleh Ketua Pembangkang bagi membuatkan rakyat keliru dan terpengaruh, di mana modus operandinya saling tak tumpah dengan peristiwa hitam 16 September yang ternyata hari ini, ia merupakan  satu andaian dan khayalan Datuk Seri Anwar semata-mata. Hari ini, beliau cuba mendendangkan lagi lagu yang sama, cuma kali ini liriknya saja yang ditukar,” tegas beliau lagi.
Tambah beliau, semenjak peristiwa 16 September  lalu, segala muslihat dan helah politik Anwar sudah dapat dilihat dan dinilai oleh rakyat di negara ini terutamanya di Sabah, yang ternyata memperlihatkan sikap dan kata-kata Penasihat PKR  itu bagaikan gema dari tin kosong yang tidak ada isi kebenarannya.
“Saya yakin bahawa rakyat, khasnya di Sabah tidak akan terpengaruh dan tertipu untuk kali kedua dengan helah dan tipu daya Anwar yang sekali lagi  mencanangkan bahawa  akan berlakunya tsunami politik di Sabah.
“Cukuplah pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh beliau sepanjang empat tahun ini di mana hari ini rakyat sudah sedar, bahawa individu yang bernama Anwar Ibrahim itu hanyalah seorang yang  pandai  bermain kata-kata, malah sanggup membohongi  rakyat demi kuasa dan jawatan PM yang menjadi idamannya sejak sekian lama,” ujarnya lagi. 
Mai Pikiaq Pi: Omongan Anwar ternyata kosong belaka... Rakyat jangan mudah termakan segala omongan daripada mulut Anwar Ibrahim....

KAJI SEMULA AIR PERCUMA

Kerajaan Selangor perlu mempertimbangkan semula dasar memberi bekalan air percuma kepada rakyat bagi mengelakkan defisit serius. 

Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Amir Baharuddin berkata, ia perlu memandangkan Kerajaan Selangor tidak mempunyai sumber pendapatan yang banyak untuk menanggung kos operasi dan penyelenggaraan loji air di negeri itu. 

“Mereka tidak mempunyai sumber kewangan daripada cukai pendapatan atau korporat, tetapi hanya mempunyai cukai tanah dan pintu yang sememangnya tidak dapat membiayai bekalan air percuma bagi tempoh jangka panjang.
“Saya berharap Selangor bersikap realistik dan tidak memberi harapan kepada rakyat untuk terus menerima air percuma,” katanya semalam.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S Piarapakaran pula berkata, Selangor sepatutnya mengenal pasti rakyat yang memerlukan bekalan air percuma dan bukan memberi kepada semua.
 
“Kerajaan Selangor perlu mencontohi Kerajaan United Kingdom (UK) yang hanya memberi bekalan air percuma kepada rakyatnya menerusi mekanisme tertentu dan permohonan yang dikemukakan,” katanya.


Mai Pikiaq Pi: Bagi kepada mereka yang benar-benar memerlukan...

Tahap kesedaran masih rendah berhubung pendermaan organ


Tahap kesedaran rakyat Malaysia menderma organ selepas meninggal dunia masih rendah apabila hanya 0.68 peratus atau 196,364 berikrar berbuat demikian sehingga 30 Jun lalu.

Data Kementerian Kesihatan menunjukkan kaum Cina paling tinggi berikrar menyumbang organ, iaitu 105,587 orang, diikuti India (47,608) dan Melayu (37,510). 
Bagaimanapun, jumlah mereka yang berikrar menderma organ menunjukkan peningkatan apabila 28,769 berikrar berbuat demikian tahun lalu, berbanding 20,029 pada 2010 dan 16,455 pada 2009. 
Sehingga 30 Jun lalu, jumlah penderma organ dan tisu kadaverik (penderma selepas kematian) adalah 375 orang dengan Cina seramai 228 orang; India (93) dan Melayu 20 orang serta lain-lain 34 orang.

Jumlah penderma organ dan tisu kadaverik menunjukkan peningkatan setiap tahun, iaitu 47 orang pada 2011, berbanding 38 orang (2010) dan 39 orang (2009).
Sehingga 30 Jun lalu, jumlah pesakit yang menunggu mendapatkan organ di Malaysia ialah 15,420 orang, iaitu 15,417 membabitkan buah pinggang dan bakinya berkaitan hati.

Selain itu, enam orang sedang menunggu mendapatkan jantung, dua paru-paru dan tiga membabitkan jantung serta paru-paru.
Sejak 1975 hingga 30 Jun lalu, 1,659 pembedahan transplan organ dilakukan di Malaysia dengan 1,523 membabitkan buah pinggang, iaitu 385 penderma kadaverik, manakala 1,138 sumbangan penderma hidup.
Mai Pikiaq Pi: Tahap kesedaran derma organ masih rendah dalam kalangan rakyat Malaysia berbanding di luar sana dari dulu lagi walaupun banyak risalah tentangnya....

Anwar punca parasit menular dalam kepimpinan Pas


Kepimpinan Pas khususnya Jawatankuasa Pas Pusat seakan dikuasai oleh golongan parasit yang tentunya didalangi oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan banyak keputusan yang tidak menggambarkan ketegasan terhadap Islam termasuklah pelaksanaan hudud.
Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub menyatakan bahawa tindakan Pas yang masih terus mengharapkan Anwar untuk menyokong pelaksanaan negara Islam dan hudud ibarat jauh panggang dari api.
“Hanya orang yang tidak siuman saja yang boleh mempercayai bahawa Anwar akan bersetuju dengan usaha Pas itu. Jadi sudah jelas yang untungnya Anwar dan DAP dan yang ruginya Pas,” katanya.
Jelasnya, veteran telah menduga bahawa Pas tidak akan berani membuat sebarang keputusan terhadap bangkangan DAP tentang pelaksanaan negara Islam dan hudud walaupun banyak pihak berharap Pas akan membuat satu keputusan yang tegas dan berani dalam mesyuarat AJK Pusatnya yang lalu.
“Terbukti kepimpinan Pas telah bacul dan akan terus menjadi barua DAP walaupun terpaksa menggadai maruah perjuangan dan kerana kebaculan pimpinan Pas itulah maka DAP semakin kurang ajar dan angkuh serta sombong.
“Malangnya yang nampak keangkuhan DAP ini tidak ramai dalam kepimpinan Pas, kecuali beberapa orang seperti Nasharudin dan Nik Abduh yang berani bersuara dan bakal menerima tindakan seperti apa yang berlaku kepada Hasan Ali,” katanya.
Ujarnya lagi, Pas akan terus bersekongkol dengan DAP dan PKR demi untuk mencapai matlamat menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
“Dalam persekongkolan itu Pas akan menjadi alat kepada Anwar dalam usahanya untuk menjadi Perdana Menteri dan membantu cita-cita DAP dan kerana dendam tak sudah Pas kepada UMNO maka Pas menjadi pak turut DAP, walaupun dasar perjuangan antara dua parti itu seperti langit dengan bumi,” katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau dan anggota Veteran UMNO Malaysia menyeru penyokong Pas supaya menolak parti itu demi kesucian agama Islam yang diperalatkan pimpinan Pas selama ini.
“Sesungguhnya pimpinan Pas telah sesat dan mereka menyesatkan. Nauzubillahi min zalik,” katanya. 
Mai Pikiaq Pi: Pas sudah jauh menyimpang daripada matlamat asalnya....

200, 000 dijangka penuhi Stadium Nasional Bukit Jalil


Hampir 200,000 orang dijangka membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memeriahkan Perhimpunan Janji Ditepati sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55, Jumaat ini.


Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, khalayak adalah daripada agensi dan jabatan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan, badan beruniform, parti komponen Barisan Nasional, pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi, komuniti 1Malaysia serta belia pelbagai kaum.
"Kesemua pihak yang terlibat menunjukkan minat yang amat menggalakkan dalam penyertaan 'Perhimpunan Janji Ditepati' berdasarkan kepada penambahan jangkaan kehadiran pada hari itu," katanya kepada pemberita selepas taklimat akhir jawatankuasa khalayak persembahan khas sempena perhimpunan itu, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya sudah memohon untuk mendapatkan perkhidmatan sistem aliran ringan (LRT) secara percuma bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Jalil.

"Kita sedang usahakan sesuatu yang melibatkan pihak awam untuk menggalakkan orang ramai turun beramai-ramai bukan sahaja untuk mengisi ruang di dalam malah di luar stadium yang dihias bertemakan Merdeka Raya.
"Dan yang paling penting adalah untuk mendengar perutusan Sambutan Kemerdekaan Ke-55 daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam itu nanti," katanya.
Persembahan untuk khalayak adalah berunsur patriotik dan bercirikan perpaduan yang dibahagi kepada tiga segmen melibatkan 16,000 peserta.

Antara acara pada malam itu ialah persembahan artis remaja tanah air, seni mempertahankan diri, penganugerahan sijil Pencapaian Cemerlang kepada 10 ikon generasi muda, flashmob, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.
Selain menyampaikan amanat, Perdana Menteri dijangka menyertai Tweet Up Merdeka dan meluangkan masa beramah mesra dengan Gen Y di luar Stadium Nasional.
Sementara itu, mengulas perhimpunan 'Janji Bersih' pada malam sambutan Hari Kemerdekaan, Kamaruddin berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku kerana kawasan Dataran Merdeka dipenuhi peralatan sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.
"Kita sudah gunakan Dataran Merdeka sejak hari ini, dan semua tempat kita sudah isi dengan peralatan seperti sistem PA.
"Peralatan semua dah disiap pasang. Saya ingat polis tidak akan benarkan perhimpunan itu berlaku di dalam kawasan Dataran Merdeka," katanya.
Beberapa NGO, termasuk Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih), merancang Perhimpunan 'Janji Bersih' di Dataran Merdeka pada malam Hari Kemerdekaan bagi mengulangi tuntutan penambahbaikan proses pilihan raya.
Berdasarkan laporan sebuah portal berita 9 Ogos lepas, wakil kumpulan NGO terbabit iaitu Pengerusi bersama Bersih, Datuk A. Samad Said berkata, perhimpunan yang dikenali sebagai 'Janji Bersih' akan bermula pada 10 malam. 
Mai Pikiaq Pi: Mari beramai-ramai berkumpul menyambut Hari Kemerdekaaan pada 31 Ogos ini... 55 tahun kita merdeka!!!

Friday 17 August 2012

ANWAR DEMOKRAT PALSU

                         

Mai Pikiaq Pi: Rakyat boleh menilai siapa sebenarnya Anwar Ibrahim Penipu Besar!!!

Jangan ulangi silap 2008, rayu Umno Kedah

Umno Kedah sekali lagi mengingatkan rakyat negeri itu supaya tidak mengulangi kesilapan dalam memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, kesilapan yang dilakukan pada PRU 2008 perlu ditebus bagi memastikan kebajikan rakyat terpelihara.

Beliau berkata, rakyat wajar memilih parti yang akan memerintah Kedah dengan bijaksana kerana pakatan pembangkang yang mentadbir negeri ini selepas PRU12  tidak membawa sebarang pembangunan malah kebajikan rakyat tidak terbela.

"Rakyat boleh menilai sejauh mana kerajaan pakatan pembangkang membangunkan negeri. Apa yang mereka laksanakan," katanya selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 1,500 warga emas, golongan miskin dan orang kelainan upaya (OKU) dalam kawasan Parlimen Alor Setar di sini hari ini.

Justeru, Ahmad Bashah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata menasihatkan rakyat memilih parti yang telah membuktikan keupayaan mentadbir negeri dan negara dengan bijak.

"Sebelum ini rakyat memilih pemimpin Umno yang berwibawa bermula dengan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman hingga sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Transformasi yang dilakukan pemimpin Umno jelas memberi kesejahteraan kepada rakyat. Ekonomi negara mantap dan rakyat hidup aman damai," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap bantuan yang disampaikan hari ini dapat meringankan beban golongan tidak bernasib baik membuat persiapan menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.


Mai Pikiaq Pi: Rakyat Kedah harus membuat pilihan bijak pada pilihan raya akan datang agar nasib mereka terbela oleh BN...

Rais: 'Isu Seksyen 114A tidak harus dibangkit'

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata, tidak ada sebab untuk rakyat takut dengan peruntukan Sekyen 114A Akta Keterangan 1950 kerana ia dilaksanakan berdasarkan anggapan fakta dan bukannya anggapan bersalah.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang dituduh mengikut peruntukan Seksyen 114A mempunyai hak untuk menangkis dakwaan itu di mahkamah.

"Dan terserah kepada mahkamah akhirnya untuk memberikan justifikasi apa yang perlu dilakukan (putuskan)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan iklan teksi bertujuan mempromosi Hari Kemerdekaan dan Budi Bahasa di sini, hari ini.

Beliau mengulas permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya Jemaah Menteri berbincang mengenai peruntukan seksyen itu yang telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat termasuk pengamal media dan ahli politik.

Rais berkata, dalam perbincangan semalam, Kabinet memutuskan bahawa pewartaan undang-undang itu adalah wajar kerana telah melalui proses penggubalan yang sepatutnya. 

Ditanya sama ada akta itu akan dipinda lagi, Rais berkata: "Kabinet tidak ada mencadangkan sedemikian."

"Penelitian seperti itu yang telah dilunaskan oleh Jabatan Peguam Negara, dan diluluskan oleh Parlimen seharusnya tidak dirungkai lagi sebab sudah cukup perbahasannya," katanya.

Seksyen 114A ialah satu daripada dua pindaan yang dibuat terhadap Akta Keterangan yang telah diwartakan Julai lepas.

Ia dikatakan berat sebelah kerana undang-undang boleh mendakwa mereka yang menyiar atau menyalin semula atau memaparkan kandungan seperti hasutan dan fitnah walaupun bukan mereka yang menghasilkan bahan itu.

Rais menjelaskan bahawa butiran Seksyen 114A yang memberi anggapan adalah biasa bagi undang-undang yang berasaskan kedaulatan undang-undang seperti undang-undang berkaitan hasutan, dadah, hubungan kontrak dan sebagainya.

"Ini menjadi isu bangkangan saja," katanya sambil menambah kerajaan akan terus mendengar pelbagai sentimen yang dibangkitkan pihak-pihak tertentu.

Beliau bagaimanapun berkata, buat masa ini peruntukan Seksyen 114A itu kekal seperti yang ada sekarang.

"Parlimen telah secara rasmi meluluskan rang undang-undang ini dan ia sudah diwartakan sebagai undang-undang. Oleh itu, hanya baru sekarang untuk mengatakan yang anda perlu lakukan sesuatu yang lain, ia sebenarnya pandangan politik yang hanya difikirkan kemudian. Ia bukan sesuatu yang sebenarnya berdasarkan pada kesahihan atau ketidaksahihannya," katanya.

Beliau juga berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang bertanggungjawab menguruskan Parlimen dan hal ehwal undang-undang, dijangka membuat penjelasan terperinci berhubung pelaksanaan Seksyen 114A tersebut.


Mai Pikiaq Pi: Sekyen 114A Akta Keterangan 1950 sepatutnya tidak dijadikan isu oleh pihak berkepentingan...

Rumah Terbuka Perdana Menteri Hari Raya Pertama


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bersama anggota jemaah menteri akan mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri pada hari raya pertama di kediaman rasminya di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya mulai 10.30 pagi hingga 4 petang.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri hari ini, orang ramai dinasihatkan menggunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan secara percuma bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Sebanyak 16 bas disediakan dari 10.30 pagi hingga 6 petang di empat lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Park and Ride Presint 1, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Orang ramai disaran menggunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang terdapat di empat lokasi itu pada setiap 15 minit .
Menurut kenyataan itu lagi, Najib yang juga merupakan anggota Parlimen Pekan, Pahang akan mengadakan rumah terbuka di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan pada 26 Ogos bersamaan Ahad mulai 10 pagi hingga 2 petang.
Mai Pikiaq Pi: Tak akan melepaskan peluang menghadiri rumah terbuka PM...

Keputusan pelajar bawa iPad, telefon bimbit akhir tahun ini

Cadangan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan akan diputuskan menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pandangan daripada semua pihak berkepentingan akan diambil kira sebelum keputusan muktamad dibuat berhubung cadangan tersebut.

Sebelum ini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional tidak merestui cadangan Kementerian Pelajaran itu atas alasan ia membawa lebih banyak keburukan terutama daripada segi tumpuan pelajar terhadap pembelajaran.

Wee berkata, cadangan itu adalah selari dengan perkembangan semasa serta garis panduan akan ditetapkan bagi mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelak ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek bantuan tahunan sebanyak RM11.2 juta kepada 165 buah sekolah jenis kebangsaan (SJK) bantuan kerajaan dan sekolah mubaligh aliran Cina di sini hari ini.

Wee juga berkata, kementerian akan memperbaiki bangunan sekolah SJK yang usang di Sarawak termasuk menggantikan struktur bumbung, perabot serta menambah kapasiti bilangan murid.


Mai Pikiaq Pi: MPP tak setuju pelajar sekolah membawa telefon bimbit dan iPad ke sekolah kerana akan mendorong lebih banyak kelakuan jenayah berlaku...

MB Selangor dituntut beri penjelasan isu tanah bernilai jutaan ringgit


Barisan Nasional (BN) Selangor meminta penjelasan mengenai status tanah seluas 234 hektar yang mana pada Februari 2012, Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengakui bahawa kerajaan negeri telah merampas tanah tersebut yang bernilai RM250 juta di Gombak yang sepatutnya dimiliki oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) atas alasan berlakunya perlombongan haram.
Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata,  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan tegas mengakui bahawa ini adalah salah satu tindakan penguatkuasaan kerana pemilik tanah tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Bagaimanapun, kenyataan oleh MB itu mengundang lebih banyak persoalan dan ianya begitu mencurigakan.
“Pada 4 Ogos 2011, pihak Mahkamah telah menetapkan bahawa tanah itu dimiliki secara sah oleh SAP Holding Berhad (anak syarikat KHSB). Namun begitu, tanpa menghiraukan arahan mahkamah, pada 25 Ogos 2011, tanah yang bernilai RM250 juta ini dirampas oleh kerajaan negeri tanpa alasan yang kukuh. Majoriti pemegang saham KHSB tidak dimaklumkan mengenai perkara ini.
“Persoalannya, kenapa tanah itu dirampas setelah mahkamah memberikan kuasa kepada SAP Holding sebagai pemilik yang sah? Apakah status sebenar tanah itu? Adakah tanah pembangunan atau tanah pertanian?
“Jika benar berlakunya aktiviti perlombongan haram di tanah tersebut, kenapa tiada tindakan dikenakan terhadap pihak yang melombong, dan kenapa selepas lebih setahun berlaku baru tindakan merampas tanah dilaksanakan?” ujarnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.
Tambahnya, adakah pihak kerajaan negeri membuat pengumuman kepada pihak Bursa Malaysia berhubung rampasan tanah tersebut? Apakah status tanah itu sekarang ini, dan adakah aktiviti perlombongan di tanah tersebut benar-benar telah terhenti?
“Pada 15 Nov 2011, Raja Idris yang juga Pengerusi KHSB telah mengarahkan CEO KHSB, Hashim Kamil Harun supaya membuat rayuan di PTD Gombak walaupun beliau maklum bahawa rayuan sepatutnya dibuat di Mahkamah tiga bulan dari tarikh berlakunya rampasan.
“Kemudiannya pada 24 Nov 2011, Raja Idris mempertahankan arahan beliau supaya tiada rayuan dibuat di mahkamah berdasarkan keputusan Lembaga Pengarah, namun begitu, tiada sebarang arahan yang ditunjukkan berhubung keputusan Lembaga Pengarah tersebut. Namun pada 18 Jan 2012, selepas tempoh tiga bulan berakhir, CEO KHSB sekali lagi menulis surat kepada PTD Gombak kononnya inginkan penjelasan berhubung rampasan tanah tersebut," terangnya.
Justeru, Mohd Zin mempersoalkan kenapakah Pengerusi KHSB tidak bersungguh-sungguh mempertahankan tanah mereka yang bernilai RM250 juta itu? Kenapakah Raja Idris tidak membuat rayuan di Mahkamah berhubung rampasan tersebut dan beliau seperti bersetuju dengan tindakan MB merampas tanah itu?
“Adakah Pengerusi KHSB berpakat dengan kerajaan negeri untuk melepaskan tanah tersebut? Sehingga kini, pemegang saham minoriti masih belum mendapat penjelasan berhubung kehilangan tanah yang bernilai RM250 juta itu. Adakah ini konspirasi antara Pengerusi KHSB dan MB Selangor untuk merampas tanah bernilai tinggi bagi kepentingan peribadi mereka?” soalnya.
Tegas beliau lagi persoalan yang ditimbulkan ini perlu dijawab oleh pihak kerajaan negeri dan KHSB sendiri.
“Kami percaya mungkin ada berlaku penyelewengan dan rakyat Selangor sendiri berhak untuk mengetahui ke mana hilangnya tanah yang bernilai RM250 juta itu. Adakah ada pihak yang mendapat untung daripada rampasan tersebut? Dan adakah ia juga sebenarnya berkaitan dengan pendedahan pembelian tanah bernilai jutaan ringgit yang hangat diperkatakan sekarang ini?” ujarnya lagi.
Mai Pikiaq Pi: MB Selangor jangan berdiam diri.. tolong jawab isu tanah tersebut!!!

TANDA PUTERA: KENAPA PEMBANGKANG SEPERTI 'BERUK KENA BELACAN?'


Belum pun filem “Tanda Putera” ditayangkan, pemimpin pembangkang terutama DAP seperti “beruk kena belacan” kononnya mendakwa filem tersebut mempunyai sentimen perkauman dan membabitkan pemimpin DAP terutama dalam babak tragedi 13 Mei 1969.
Pemimpin pembangkang seolah-olah berlumba-lumba mengecam filem tersebut yang disifatkan sebagai alat propaganda Barisan Nasional (BN).
Ternyata dakwaan yang dihambur dan dikecam pemimpin pembangkang jelas tersasar apabila pengarah filem tersebut, Datin Paduka Shuhaimi Baba mengulangi tidak ada watak seorang pemimpin DAP digambarkan dalam filem itu seperti didakwa sebelum ini.
Justeru, beliau yang juga Pengarah Urusan Pesona Pictures Sdn. Bhd. meminta masyarakat di negara ini menonton terlebih dahulu filem ‘Tanda Putera’ sebelum membuat kesimpulan melulu dan pelbagai tanggapan salah lain.
Jelas beliau, sejak treler selama 90 saat dimuat naik menerusi Internet, banyak tuduhan dan dakwaan tidak berasas dilempar oleh pihak tertentu.
“Mereka ini yang bukan peminat filem tempatan cuba mempengaruhi rakyat Malaysia agar memboikot filem itu," katanya pada sidang media, di sini Rabu.
Beliau turut meminta mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan serangan peribadi termasuk ugutan kepada semua pihak berkait dengan filem itu agar menghentikan perbuatan mereka.
Tanda Putera memaparkan perjuangan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, memulihkan keadaan negara selepas peristiwa 13 Mei 1969 ketika keadaan kesihatan beliau tidak memuaskan.
Filem itu juga mengisahkan persahabatan akrab antara Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang sama-sama berjuang memulihkan negara daripada trauma 13 Mei serta kematian mereka yang tidak diduga.
Filem itu yang dilulus tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem dengan sijil PG13 akan menemui penonton mulai 15 Nov ini.
Antara pelakon yang membintangi filem dengan usaha sama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu ialah Rusdi Ramli yang diberi tanggungjawab memegang watak Abdul Razak, Zizan Nin sebagai Dr. Ismail, manakala Faezah Elai memainkan watak isteri Abdul Razak, Tun Rahah Tan Sri Mohamad Noah.
Mai Pikiaq Pi: Peristiwa 13 Mei 1969 adalah mimpi ngeri kepada seluruh rakyat Malaysia....

'Saya tidak gesa Nasha keluar parti' - Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa keluar dari parti seperti yang dikeluarkan oleh sebuah portal semalam.

Apa yang beliau katakan hanya tidak hairan jika mana-mana tokoh mahu keluar parti sebagaimana bekas Presiden PAS, Datuk Asri Muda dahulu.

"Soal keluar parti bergantung kepada individu itu sendiri atau keputusan PAS Pusat.

"Apa yang saya nyatakan hanyalah saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti," kata Tuan Guru Nik Aziz dalam kenyataan ringkasnya hari ini.

Beliau mengulas berita sebuah portal yang melaporkan berita dengan tajuk 'Nik Aziz: Lebih baik Nasha keluar PAS'.



Manakala bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menegaskan, beliau tidak ada niat untuk masuk Umno, sekaligus menafikan tanggapan banyak pihak bahawa kemunculannya di Makkah pada majlis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin sebagai isyarat akan melangkah ke parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
“Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan.
“Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah,” kata beliau dalam satu kenyataan petang ini.
Mengenai pertemuan dengan Najib di Makkah, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, “kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir ramadan ini.”
Katanya, beliau kesian melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal.
“Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang-orang Islam.
“Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya ALLAH satukanlah suara umat Islam,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: MPP rasa ramai lagi ahli Pas yang sependapat dengan Nasha...