Raja Petra Kamaruddin (RPK) dalam rencananya bertajuk “And the fight intensifies” mendedahkan lebih 5 pucuk surat berkaitan dengan isu tanah milik Yayasan Selangor di Klang.
Menurut RPK pada Mac 2011, Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong telah bertemu dengan Yayasan Selangor dan mengarahkan yayasan itu agar menyerahkan tanah-tanah seluas 18.51 ekar di Klang untuk tujuan membina Pusat Kebudayaan Cina.
Yayasan Selangor agak keberatan memberi tanah itu dan memberitahu Elizabeth bahawa pihaknya telah menandatangani perjanjian dengan Persada Istemewa Sdn. Bhd. untuk membangunkan tanah tersebut bagi tujuan komersial dan perumahan.
Elizabeth menjawab, dia telah berbincang perkara tersebut dengan Persada Istemewa Sdn. Bhd. dan mendakwa syarikat itu setuju dengan cadangannya dan bersedia untuk bekerjasama dengannya.
Menurut RPK, melihat reaksi kurang positif daripada Yayasan Selangor, Elizabeth telah memberi amaran, jika mereka tidak mahu menyerahkan tanah tersebut, dia akan menggunakan kuasanya sebagai Exco untuk meminta campur tangan Menteri Besar.
Beberapa hari kemudian, pada 21 Mac 2010, Elizabeth telah menghantar sepucuk surat kepada Menteri Besar untuk meminta kelulusan penyerahan tanah untuk Pusat Kebudayaan Cina.
Empat hari kemudian, pada 25 Mac 2011, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menghantar sepucuk surat kepada Pengarah Yayasan Selangor, Ilham Marzuki dengan meminta pihaknya bersetuju dengan permohonan Elizabeth.
Dalam surat itu, Khalid berkata, Ahli Lembaga Pengarah telah membincangkan perkara tersebut, maka Yayasan Selagor perlu menyerahkan tanah kepada Elizabeth.
“Saudara Ilham, sudah dibincang di Lembaga, sila uruskan,” arah Khalid dalam surat itu.
Pada 11 April 2011, Syarikat Persada Istemewa Sdn. Bhd. menghantar sepucuk surat kepada Menteri Besar berkaitan dengan cadangan pembangunan ekonomi tanah ke dalam hartanah komersial dan perumahan dengan merujuk tentang perjanjian awal terhadap tanah tersebut.
Surat itu turut disalinkan kepada seorang lagi Exco, Ronnie Liu.
Pada 14 Jun 2011, Yayasan Selangor menghantar surat kepada Menteri Besar merayu agar tanah tidak diserahkan kepada Elizabeth.
Pada 17 Jun 2011, Majlis Perbandaran Klang telah menghantar surat kepada Yayasan Selangor memaklumkan bahawa tanah tersebut telah diluluskan untuk Pusat Kebudayaan Cina, namun Yayasan Selangor menjawab surat tersebut bahawa pihaknya tidak bersetuju dengan arahan itu.
Mai Pikiaq Pi: Rakyat Selangor khususnya orang Melayu akan terus tertipu dengan helah pemimpin Pakatan...
No comments:
Post a Comment