Nuffnang Ads

Wednesday, 4 April 2012

Di sebalik kisah saham Shamsidar Taharin

                           
Apabila bekas Setiausaha Sulit, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan, Anuar Shaari  membuat laporan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman pada 17 November lalu, jam 11.45 pagi, ramai orang tertanya-tanya apakah isi kandungannya. Apakah benar signifikan dokumen-dokumen itu dengan Azmin Ali, Shamsidar Taharin dan Anwar Ibrahim, sehinggakan Anwar terpaksa melabel Anuar sebagai ‘diupah’ dan Azmin pula melabel sebagai ‘pengemis politik’.
Memahami karektor Anwar dan Azmin, apabila mereka memulakan perlabelan ke atas seseorang, bermakna mereka tiada hujah untuk menjawabnya, kecuali menggunakan kaedah ‘character assassination’ (pembunuhan watak) dengan label-label jahat seperti itu.
SahamAzmin4
Teknik yang sama pernah digunakan oleh Anwar dan Azmin ketika berhadapan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan menggelarkan bekas Perdana Menteri Malaysia itu sebagai ‘Maha Firaun’, ‘Maha Zalim’ dan sebagainya.
Bermakna apabila Anwar dan Azmin melabelkan Anuar Shaari sebagai ‘diupah’ dan ‘pengemis politik’, bermakna laporan polis yang dibuat oleh bekas pekerjanya itu ada asas yang kuat, sama seperti dakwaan Dr. Mahathir yang mengatakan Anwar seorang yang tidak bermoral pada tahun 1998. Dakwaan Dr. Mahathir terbukti  benar, apabila Hakim Datuk S. Augustine Paul pada 14 April 1999 menjatuhi  hukuman penjara enam tahun atas empat tuduhan pindaan rasuah kerana menyalah guna kuasa di bawah Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970. Klik di sini
Penggunaan kaedah ‘character assassination’ merupakan kaedah terdesak yang membayangkan orang yang dituduh itu berada dalam bayangan ketakutan.
Pada 17 November lalu, Anuar Shaari berkata, “Saya ingin cari kebenaran… Saya rasa penyokong-penyokong Azmin Ali, Wan Azizah dan Anwar juga ingin mencari kebenaran… Lebih-lebih lagi Wan Azizah juga ingin tahu, kenapa kebanyakan daripada saham tersebut atas nama Shamsidar”.
Anuar Shaari bukan ‘budak upahan’ seperti yang cuba digambarkan oleh Anwar. Dia mempunyai jati dirinya sendiri. Kalau Anuar tidak hebat, kenapa Anwar perlu mengambil Anuar bekerja dengannya sebagai Setiausaha Sulit di Kementerian Kewangan satu ketika dulu.
Kalau Anuar tidak mempunyai jati diri, kenapa Wan Azizah memilih Anuar sebagai Setiausaha Politiknya ketika Anwar berada di Penjara Sungai Buloh? Kalau Anuar tidak mempunyai integriti dan harga diri yang tinggi, kenapa Anwar memilih Anuar Shaari sebagai Ketua Bahagian PKR di Permatang Pauh, satu tempat yang menjadi base kepada Anwar Ibrahim?
Jadi tidak perlu Anwar dan Azmin memperlekehkan kredibiliti Anuar, sedangkan Anuar juga tahu luar dalam siapakah Anwar, Azmin dan Wan Azizah, baik semasa berada di Kementerian Kewangan, mahupun semasa berada di dalam PKR.
Ketika menjadi Setiausaha Politik kepada Wan Azizah dan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Wan Azizah sendiri merungut, mengeluh dan tidak berpuas hati dengan Azmin Ali dan Shamsidar Taharin. Dalam kes pemenjaraan Anwar, Wan Azizah menyalahkan seratus peratus kepada faktor Azmin sekeluarga.
Memang di depan orang ramai, di depan penyokongnya Wan Azizah , Azmin dan Shamsidar berlakon, kononnya mereka ‘rapat’ tetapi di hadapan Setiausaha Politiknya (Anuar Shaari), Wan Azizah meluahkan segala-galanya tentang kebenciannya kepada Azmin dan Shamsidar.
Siapa yang lebih mengenali sifat Wan Azizah, kalau bukan Anuar, Setiausaha Politiknya?
“Saham-saham atas nama Shamsidar, jumlahnya cukup besar, jutaan ringgit, sebab itu kita minta perkara ini disiasat dengan setelus-telusnya," kata Anuar Shaari ketika diminta mengulas hubungan misteri Anwar dengan Shamsidar.
“Saya mengaitkan (dokumen ini dengan)  Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dokumen itu bertarikh 1992-1994 semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dan ketika itu juga Azmin Ali menjadi Setiausaha Sulit Anwar,” kata Anuar lagi.
Ketika itu Azmin Ali adalah pegawai kerajaan yang berstatus sebagai Setiausaha Sulit Anwar dan Shamsidar Taharin pula adalah isteri Azmin. Persoalannya berapa gaji pegawai kerajaan berstatus Setiausaha Sulit hinggakan pasangan suami isteri itu mampu membeli saham bernilai puluhan juta ringgit?
Dari mana Azmin dan Shamsidar memperolehi duit-duit ‘sampingan’ sedangkan gaji hakiki seorang pegawai kerajaan seperti Azmin sekitar RM3,000 sebulan?
Azmin bukan peniaga besar dan bukan ahli korporat, tetapi dia adalah seorang pegawai kerajaan yang menjaga Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan dan pejabat Timbalan Perdana Menteri.
Jadi dari mana Azmin dan Shamsidar memperolehi sumber kewangan yang luar biasa itu yang mengalahkan tokoh korporat ternama yang terlibat dalam dunia urus niaga sepenuh masa? Di sini bermulanya titik persoalan?
Di sini bermulanya persoalan apakah wujud hubungan misteri antara Anwar, Azmin dan Shamsidar yang menggunakan pengaruh Menteri Kewangan sekitar tahun 1992-1998 untuk memperkayakan diri sendiri ?
Dari mana Shamsidar Taharin dapat wang jutaan ringgit?
Berikut disertakan tiga keping dokumen pembelian saham kepunyaan Shamsidar Taharin yang melabur di Multi Purpose, FEHS dan  Kemayan Oil Palm Berhad.
Ketiga-tiga dokumen Shamsidar menggunakan alamat di No 13, Jalan H-1, Fasa 5, Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Di Multi Purpose, Shamsidar telah mendapat keuntungan sebanyak RM21,731.00 (setelah ditolak kos perkhidmatan broker TA Securities Sdn Bhd)  daripada membeli sebanyak  10,000 lot saham dengan harga  RM2.17 sen untuk satu lot.
SahamShamshida1
Di FEHS, Shamsidar telah mendapat keuntungan sebanyak RM280,000 (setelah ditolak kos perkhidmatan broker Rashid Hussain Securities Sdn Bhd) daripada membeli sebanyak 100,000 lot saham bernilai RM2.80 sen satu lot.
SahamShamida2
Di Kemayan Oil Palm Berhad, Shamsidar memasukkan keuntungan sebanyak RM250,003.00 ke dalam akaunnya hasil daripada keutungan pembelian saham tersebut.
SahamShamsida1
Ini merupakan beberapa contoh dokumen daripada berjuta-juta saham yang dibelinya.
Persoalannya, dari mana Shamsidar memperolehi sumber kewangan untuk pembelian saham-saham di syarikat-syarikat gergasi yang tersenarai di BSKL ?
Misalnya Syarikat Multi Purpose atau Multi Purpose Holding Berhad (MPHB) adalah syarikat gergasi yang tersenarai di BSKL sejak dari tahun 1982. Syarikat ini menjalankan perniagaan seperti perjudian dan hiburan, perkhidmatan kewangan, perhotelan, saham dan hartanah & pembangunan.
Salah satu bank di bawah kawalan MPHB adalah Phileo Allied Bank (Malaysia) Berhad dan syarikat perjudian yang dikawalnya adalah Magnum Corporation BerhadKondomium  Tivoli Villa, Bangsar adalah salah satu projek pembangunan dan hartanah milik MPHB.
Apakah semua ini berkaitan dengan Anwar?
Menurut Emily Kao Chung Meng (Pengurus Pengurusan Harta Bandaraya Development Berhad ) semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi  berkenaan dengan kes salah laku Anwar Ibrahim (1998) mengakui bahawa Kondominium Tivoli Villa adalah milik MPHB.
Dua unit kondo telah diberikan kepada Datuk Lim Thian Kiat (TK Lim), Pengarah Urusan MPHB.
Kondo Tivoli Villa menjadi topik utama dalam perbicaraan mahkamah yang mengaitkan hubungan seksual antara Anwar Ibrahim dan Shamsidar Taharin melalui perantara Datuk Nallakarupan, Pengarah Magnum Corporation, salah satu syarikat kerjasama dengan syarikat MPHB.
Kedua-dua unit kondo itu telah diberikan oleh Datuk TK Lim kepada Datuk Nalla sebagai ‘tempat’ untuk melayan hiburan tetamu VVIP. Klik di sini
Menurut pengakuan berkanun Datuk Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Anwar telah mengarahkan proksinya bernama Tong Kooi Ong, CEO Phileo Allied Bank, untuk mengambil Shamsidar Taharin, bekerja di Phileo Allied Bank di Jalan Tun Razak.
Kata Abdul Murad: "Adalah diketahui bahawa Shamsidar dibayar gaji yang tinggi dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu dan pada kebanyakan masa dia tidak perlu pergi bekerja.” Klik di sini
Menurut Zulkifli Sulaiman, Pengurus Besar di Phileo Allied Bank: “Saya amat mengenali Shamsidar Taharin. Semasa di Phileo, dia hanya berjawatan Executive Corporate Affairs, di Ibu Pejabat Phileo Allied Bank dan juga merangkap Pengarah Syarikat Phileo Pregrine, broker saham kepunyaan Tong Kooi Ong”.
“Saya mengetahui bahawa Shamsidar adalah proxy untuk Anwar dan juga untuk suami sahnya, Azmin Ali.
“Pendapatannya di Phileo Allied Bank adalah RM5000.00, tetapi dia mendapat benefit lain daripada Phileo Pregrine dan anak-anak syarikat Phileo yang lain, jadi keseluruhan pendapatannya berjumlah RM25,000.00 tak termasuk kereta Audi dan pemandu serta fringe benefit seperti entertainment expense”
“Kami di Phileo ketika itu tahu tentang connection Shamshida dengan Anwar, malah dia jarang ada di office dan she reported direct to Tong. Shamshida have direct access to Anwar
Perhatikan kenyataan Zulkifli Sulaiman (seperti yang dibold di atas) “untuk suami sahnya, Azmin Ali”. Mendalam kata-kata itu. Bermakna terdapat suami tidak sah Shamsidar? Klik di sini
Datuk TK Lim meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan MPHB pada 28 Jun 1999, apabila kes Anwar dan Shamsidar dibicarakan di mahkamah.
Datuk Nalla yang menjadi ‘rakan sepermainan tenis’ Anwar pula dipenjarakan kerana didapati bersalah memiliki peluru tanpa lesen.
Jadi apabila dikaitkan dengan laporan polis Anuar Shaari pada 17 November lalu dengan hubung kait kekayaan Shamsidar yang luar biasa itu, nama Anwar Ibrahim juga turut terpalit.
Dalam sidang media itu, wartawan turut bertanyakan Anuaradakah dokumen itu berkaitan dengan akuan bersumpah RM3 bilion Datuk Abdul Murad Khalid pada tahun 1999, Anuar meminta pihak polis menyiasatnya dengan lebih terperinci untuk menentukan kebenarannya.
“Saya tidak berniat menghukum, tetapi mungkin ada asasnya, kerana jumlah ini cukup besar dan selari dengan apa yang diperkatakan,” katanya.

No comments:

Post a Comment