Nuffnang Ads

Wednesday 31 October 2012

Anwar bagi 'signal' Azmin ganti Khalid


Sepintas lalu memang tidak mengejutkan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim umumkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan bertanding sekali lagi bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Sebelum inipun Ketua Umum PKR itu sudah mengumumkan Naib Presiden, PKR N. Surendran, akan bertanding di Padang Serai manakala Pengarah Strategi, PKR, Rafizi Ramli akan bertanding di Pandan.
Kerusi Padang Serai kini disandang N.Gobalakrishnan yang keluar PKR pada 29 Januari 2011 manakala kerusi Pandan diwakili Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ong Tee Kiat.
Cuma jadi tanda tanya kenapa Anwar hanya mengumumkan Menteri Besar Selangor itu akan mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak tidak sekali dengan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok yang dimenangi Khalid pada 2008?
Apakah ini mesej Anwar bahawa Khalid hanya akan mempertahankan kerusi Bandar Tun Razak di Wilayah Persekutuan dan tidak dicalonkan semula di DUN Ijok?
Menariknya, pengumuman Ketua Pembangkang itu yang juga Penasihat Ekonomi Selangor dibuat beberapa hari selepas Pengerusi DAP, Karpal Singh mencadangkan wakil rakyat parti itu bertanding satu kerusi saja pada pilihan raya akan datang.
Namun, beliau berkata, dalam mesyuarat jawatankuasa kerja pusat (CEC), parti itu bersetuju bahawa hanya dalam kes “terkecuali”, seseorang anggota parti itu dibenar menyandang dua kerusi iaitu kerusi DUN dan Parlimen.
Karpal juga berpendapat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng boleh dianggap sebagai antara kes terkecuali itu.
Lim kini wakil rakyat bagi kerusi Parlimen Bagan dan DUN Air Putih.
Sepatutnya, Anwar boleh mengikuti cara Karpal bagi memastikan Khalid bukan sahaja kekal bertanding di Bandar Tun Razak tetapi di Ijok supaya Khalid kekal sebagai Menteri Besar sekiranya pembangkang kekal memenangi Selangor pada PRU13.
Apabila beliau tidak berbuat demikian, timbul tanda tanya, apakah tindakan Anwar itu sebagai mesej awal kepada Khalid, yang disifatkan Anwar sebagai Menteri Besar paling ‘cemerlang’ bahawa Khalid tidak akan bertanding di Selangor lagi?
Apakah ini juga bermakna Anwar awal-awal lagi menghantar signal supaya timbalan presiden parti, Azmin Ali bakal menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar?
Lagipun sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei pernah mengeluarkan pendapat bersetuju Khalid dipindahkan ke pentadbiran Kerajaan Pusat sekiranya pembangkang PRU13.
Beliau menyifatkan sebagai seorang yang berpengalaman luas dan sememangnya layak mentadbir di peringkat persekutuan.
Pandangan Shuhaimi dilihat selari dengan pendapat Azmin sebelum ini, yang menyatakan bahawa Abdul Khalid berkemungkinan akan ditukar ke peringkat pusat selepas PRU13.
Selain itu, sudah diketahui umum bahawa Azmin dikatakan sudah memasang angan-angan menggantikan Khalid sebagai menteri besar malah sudah mengambil alih jawatan pengerusi PKR Selangor daripada Khalid.
Dalam pada itu, pengumuman demi pengumuman bakal calon PKR dalam PRU13 hanya mengesahkan Anwar berkuasa penuh dalam parti itu bukannya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.
Walaupun sebagai Presiden PKR, Wan Azizah masih membisu mengenai calon-calon parti itu kecuali hanya mengumumkan beliau akan bertanding kerusi DUN di Pulau Pinang pada PRU nanti.
Wan Azizah mungkin tidak kisah suaminya itu mengumumkan nama-nama calon mewakili parti tetapi dalam isu membabitkan Khalid, pastinya Wan Azizah tidak senang duduk jika Anwar berkeras hanya mahu Khalid bertanding di Bandar Tun Razak sahaja.
Ini kerana Khalid dilihat rapat dengan Wan Azizah yang diketahui amat tidak menyenangi Azmin.
Namun, dengan mengumumkan Khalid kekal bertanding di Bandar Tun Razak dan ‘membisu’ pasal kerusi DUN Ijok atau DUN lain di Selangor, Anwar sudahpun membuka jalan kepada Azmin memburu cita-citanya sebagai Menteri Besar di negeri itu.
Mai Pikiaq Pi: Cita-cita Azmin hanya tercapai dengan adanya BOS ANWAR yang sentiasa setia membelanya....

DAP senyap isu rasuah, takut tembelang pecah


DAP terpaksa membisu dan berdiam diri berhubung cubaan pemberian rasuah seperti yang didedahkan oleh bekas Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Ibrahim pada pihak media tidak lama dahulu kerana khuatir jika isu terus diperkatakan boleh menjejaskan bukan sahaja kepada parti itu malah akan turut membabitkan pakatan pembangkang secara keseluruhannya.
Exco Wanita UMNO, Senator Norliza Abdul Rahim berkata, bagi mengelak perkara itu menjadi perhatian umum, kepimpinan DAP terutamanya di Pulau Pinang cuba mengalih tumpuan itu rakyat dengan mereka mencipta sesuatu isu baru untuk memburuk-burukkan Kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Dengan pelbagai masalah yang dihadapi, DAP kini cuba membuka cerita untuk memburuk-burukkan Barisan Nasional, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kini pula menjadi bahan untuk dijadikan modal politik dengan mengatakan banyak kelemahan serta kecacatan terhadap lapangan terbang yang baru dinaik taraf itu.
“Ketua Menteri, Lim Guan Eng terpaksa bertindak sebegitu kerana menyedari kepercayaan rakyat terhadap kepimpinannya semakin merudum berikutan kegagalannya bertindak sebagai ketua kerajaan dalam menyediakan kemudahan dan keperluan untuk rakyat Pulau Pinang,” katanya.
Menurutnya, sejak Pulau Pinang diperintah oleh DAP, rakyat Pulau Pinang terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah daripada isu membabitkan peniaga kecil, kemudahan awam sehingga isu berhubung rumah rakyat yang sehingga kini masih belum mampu dilaksanakan oleh mereka seperti yang dijanjikan.
“Tidak dinafikan banyak pembangunan perumahan yang berlaku di Pulau Pinang, tetapi semuanya itu membabitkan rumah yang mahal dan tidak mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah, walaupun diberikan pampasan namun mereka tidak berkemampuan untuk membelinya, sedangkan kawasan tempat tinggal mereka telah dibangunkan.
“Slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus yang diperkenalkan ketika mula mentadbir Pulau Pinang dahulu kini hanya tinggal slogan sahaja, pentadbiran banyak menimbulkan masalah kepada rakyat, aduan serta masalah yang dihadapi rakyat tidak dilayan, inikah kerajaan yang kononnya prihatian dengan nasib rakyat,” katanya.
Norliza yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang menyifatkan DAP hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu untuk menterjemahkan apa yang dikatakan, mereka hanya menggunakan itu sebagai modal politik untuk mendapatkan sokongan menjelang pilihan raya umum yang semakin hampir.
Mai Pikiaq Pi: DAP tidak mengendahkan keperluan orang Melayu di Pulau Pinang... Banyak tanah Melayu tergadai dengan pembangunan yang berat sebelah...

MB tak belanja peruntukan bela rakyat


Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan terdapat kelemahan pengurusan kewangan Kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kelemahan itu antaranya membabitkan isu pembaikan jalan raya dan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS). 
Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamad berkata, Abdul Khalid berselindung daripada kegagalan membaiki jalan negeri menggunakan dana Kerajaan Persekutuan selain mendabik dada cekap berjimat. 
“Kerajaan bagi dana RM375.9 juta untuk baiki jalan negeri sepanjang 16,013 kilometer, tapi kerajaan negeri hanya belanjakan RM218.15 juta, sedangkan Pusat Aduan Khidmat Rakyat (PAKAR) banyak terima rungutan jalan rosak.
“Peningkatan wang kerajaan negeri bukan kerana kecekapan Menteri Besar mengurus kewangan, tetapi kerana tidak membelanjakan peruntukan itu untuk kebajikan rakyat,” katanya kepada BH semalam.

Mengulas isu TAWAS, Mohd Zin berkata, kelemahan pengurusan kewangan Selangor terserlah dalam skim itu apabila daripada RM13.5 juta yang diperuntukkan, hanya RM2.9 juta diagihkan kepada rakyat, manakala RM4.9 juta lagi untuk perbelanjaan mengurus.
Mai Pikiaq Pi: Banyak salah guna kuasa antara pemimpin Pembangkang...

Monday 29 October 2012

Anwar takut umum kabinet bayangan


Sehingga ke hari ini pembangkang terus gagal untuk menunjukkan kabinet bayangan mereka sungguhpun beberapa pihak melemparkan cabaran agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyenaraikan kabinet tersebut.
Mengulas mengenai perkara itu,  Exco Pemuda UMNO Malaysia, Ali Mazat Salleh berkata, pembangkang terutama Anwar tidak akan menyahut cabaran itu. Anwar seperti yang diketahui umum suka menaburkan segala janji demi cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.
Menurut beliau jika diumumkan senarai tersebut maka akan terbongkarlah segala janji-janji yang ditaburkan Anwar kerana semua pemimpin pembangkang telah dijanjikan jawatan-jawatan yang penting.
“Mustahil Anwar akan berbuat demikian…mustahil…Keduanya mereka tidak ada pemimpin yang berkaliber untuk diketengahkan dan ketiganya pula ini menggambarkan kepada rakyat bahawa mereka sebenarnya tidak berpakat antara satu sama lain.
“Saya rasa perkara ini sudah banyak diceritakan oleh pelbagai pihak yang mana mereka sebenarnya tidur sebantal dan mimpi lain-lain. Jika sudah boleh tidur sebantal tentunya tidak ada masalah untuk menyenaraikan perkara itu sekarang. Banyak alasan pula yang keluar…Alih-alih bukan masanya dan macam-macam lagilah. Jika betul mereka berpakat dan benar-benar untuk berkhidmat kepada rakyat, itu adalah satu perkara yang cukup mudah,” katanya.
Kata beliau lagi sepatutnya perkara ini dijadikan peluang keemasan mereka untuk rakyat menilai senarai barisan kabinet mereka.
Ali Mazat yang juga Ketua Pemuda Kulai seterusnya berharap rakyat dapat melihat bagaimana permainan politik sebenar pembangkang dan kegagalan mereka dalam menguruskan amanah dan tanggungjawab setelah diberikan mandat.
“Sebenarnya pembangkang ini tiap satu parti sudah diberikan peluang untuk membuktikan keupayaan mereka. Pas di Kelantan dan Kedah, DAP pula di Pulau Pinang dan PKR di Selangor. Tapi apa jadi pada negeri-negeri berkenaan.
“Kelantan setelah 22 tahun mentadbir apa yang rakyat dapat manfaat….Dari sudut pembangunan..Masalah air dan sebagainya. Di Selangor ada juga masalahnya dan begitu juga di Pulau Pinang. Jadi harap rakyat dapat membuat pertimbangan sebaik mungkin,“ katanya. 
Mai Pikiaq Pi: Kabinet bayangan pembangkang adalah kabinet anak beranak....

Malaysia bukan sasaran pengganas

Dua lelaki rakyat Malaysia disyaki anggota kumpulan al-Qaeda yang ditahan di Beirut, Lubnan, minggu lalu tidak menjadikan negara ini sebagai sasaran serangan pengganas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, mereka beroperasi di Asia Barat dan tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan pengganas di rantau ini seperti kumpulan Jemaah Islamiah (JI) atau Darul Islam. 


Bagaimanapun, beliau bimbang dengan pembabitan rakyat Malaysia dalam aktiviti kumpulan pengganas dari Asia Barat. 


“Memang wujud kumpulan pengganas, termasuk di negara kita tetapi dipantau secara dekat dan kita tahu siapa mereka.

Namun, ia tidak boleh dipandang ringan kerana sebelum ini pembabitan rakyat negara ini terhad kepada kumpulan pengganas di rantau ini saja.

Pembabitan mereka dalam kumpulan al-Qaeda perlu diteliti dan disiasat secara mendalam, katanya selepas Majlis Korban Perdana Parlimen Sembrong, di pekan Kampung Gajah, di sini semalam.

Semalam media melaporkan Rafik Mohammed Aaref, 21, dan Mohammed Razin Shaaban, 28, dipercayai menjadi pengebom berani mati, ditahan pihak berkuasa Lubnan di Beirut, pada Khamis lalu kerana disyaki terbabit dengan kumpulan al-Qaeda.

Mereka ditahan di sebuah hotel di ibu negara Lubnan itu sebelum diserahkan kepada tribunal tentera Lubnan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Lubnan sedang berusaha bertemu mereka yang menghadapi pertuduhan terbabit dengan kumpulan pengganas al-Qaeda.

Katanya, buat masa ini, siasatan masih dijalankan pihak berkuasa Lubnan dan Kementerian Luar Negeri memantau perkembangan kes berkenaan.

Mereka sudah dihadapkan ke Mahkamah Tentera di Beirut pada 25 Oktober di mana pertuduhan dibacakan serta akan dihadapkan semula ke mahkamah hari ini. Keluarga mereka juga sudah dimaklumkan, katanya dalam satu kenyataan.

Anifah menegaskan, Malaysia tidak menyokong sebarang fahaman radikal yang boleh menjejaskan keselamatan sesebuah negara serta rakyatnya dan dalam hal ini, Malaysia menghormati sepenuhnya undang-undang Lubnan.


Mai Pikiaq Pi: Kerajaan kena mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba untuk mewujudkan keganasan dalam negara...

Sunday 28 October 2012

Bela Islam: Nik Aziz hantar surat kepada DAP


Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Dato Abdul Nik Aziz Nik Mat telah menghantar surat kepada Anthony Loke Siew Fook kerana keberanian Ahli Parlimen DAP Rasah itu mempertahankan Islam di sidang Parlimen pada 22 Oktober lalu.
Anthony Loke yang juga Ketua Pemuda DAP beragama Kristian seperti dilaporkan roketkini terharu dengan pujian Nik Aziz melalui sepucuk surat itu.
Dalam surat Nik Aziz yang ditandatangani oleh Setiausaha Politiknya, Wan Nik Wan Yusof, Mursyidul Am PAS memuji Ketua Pemuda DAP dengan kata-kata berbunyi, ‘DAP berani bidas MCA, tetapi UMNO takut. Tak boleh harap kepada UMNO untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak kemana.”
Di laman sosial Facebooknya Anthony berkata, “Saya amat terharu dan dengan perasaan penuh rendah diri menerima surat penghargaan dari Pejabat YAB Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkenaan kenyataan saya di Parlimen beberapa hari lepas.
“Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!
“Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz! Semoga Tok Guru sentiasa dalam keadaan yang sihat dan dipanjangkan umur untuk terus memimpin PAS dan PR!”.
Mai Pikiaq Pi: Sampai begitu sekali Nik Aziz menghargai DAP.... Sepatutnya Nik Aziz tanya balik DAP kenapa tolak hudud?

Thursday 25 October 2012

Dokumen-Dokumen Arahan Serah Tanah Kerajaan Selangor Kepada Cina Didedahkan


Raja Petra Kamaruddin (RPK) dalam rencananya bertajuk “And the fight intensifies” mendedahkan lebih 5 pucuk surat berkaitan dengan isu tanah milik Yayasan Selangor di Klang.
Menurut RPK pada Mac 2011, Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong telah bertemu dengan Yayasan Selangor dan mengarahkan yayasan itu agar menyerahkan tanah-tanah seluas 18.51 ekar di Klang untuk tujuan membina Pusat Kebudayaan Cina.
Yayasan Selangor agak keberatan memberi tanah itu dan memberitahu Elizabeth bahawa pihaknya telah menandatangani perjanjian dengan Persada Istemewa Sdn. Bhd. untuk membangunkan tanah tersebut bagi tujuan komersial dan perumahan.
Elizabeth menjawab, dia telah berbincang perkara tersebut dengan Persada Istemewa Sdn. Bhd. dan mendakwa syarikat itu setuju dengan cadangannya dan bersedia untuk bekerjasama dengannya.
Menurut RPK, melihat reaksi kurang positif daripada Yayasan Selangor, Elizabeth telah memberi amaran, jika mereka tidak mahu menyerahkan tanah tersebut, dia akan menggunakan kuasanya sebagai Exco untuk meminta campur tangan Menteri Besar.
Beberapa hari kemudian, pada 21 Mac 2010, Elizabeth telah menghantar sepucuk surat kepada Menteri Besar untuk meminta kelulusan penyerahan tanah untuk Pusat Kebudayaan Cina.
Empat hari kemudian, pada 25 Mac 2011, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menghantar sepucuk surat kepada Pengarah Yayasan Selangor, Ilham Marzuki dengan meminta pihaknya bersetuju dengan permohonan Elizabeth.
Dalam surat itu, Khalid berkata, Ahli Lembaga Pengarah telah membincangkan perkara tersebut, maka Yayasan Selagor perlu menyerahkan tanah kepada Elizabeth.
“Saudara Ilham, sudah dibincang di Lembaga, sila uruskan,” arah Khalid dalam surat itu.
Pada 11 April 2011, Syarikat Persada Istemewa Sdn. Bhd. menghantar sepucuk surat kepada Menteri Besar berkaitan dengan cadangan pembangunan ekonomi tanah ke dalam hartanah komersial dan perumahan dengan merujuk tentang perjanjian awal terhadap tanah tersebut.
Surat itu turut disalinkan kepada seorang lagi Exco, Ronnie Liu.
Pada 14 Jun 2011, Yayasan Selangor menghantar surat kepada Menteri Besar merayu agar tanah tidak diserahkan kepada Elizabeth.
Pada 17 Jun 2011, Majlis Perbandaran Klang telah menghantar surat kepada Yayasan Selangor memaklumkan bahawa tanah tersebut telah diluluskan untuk Pusat Kebudayaan Cina, namun Yayasan Selangor menjawab surat tersebut bahawa pihaknya tidak bersetuju dengan arahan itu.
Mai Pikiaq Pi: Rakyat Selangor khususnya orang Melayu akan terus tertipu dengan helah pemimpin Pakatan...

Kerajaan Selangor Hipokrit Isu IPP dan Tol


Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyifatkan Kerajaan Negeri Selangor hipokrit kerana membangkitkan isu penjana tenaga bebas (IPP) dan tol lebuh raya, tetapi pada masa sama mereka mempunyai kepentingan dalam syarikat terlibat dalam kedua-dua aktiviti itu.
Khairy, yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) dan Ketua Pemuda UMNO berkata, walaupun kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang sering mengkritik tindakan Kerajaan Persekutuan dalam isu IPP dan tol, namun ia masih mempunyai kepentingan dalam IPP generasi pertama, Syarikat Genting Sanyen (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Lebuhraya Shah Alam (Kesas).
“Mereka mengkritik, menentang tetapi pada masa sama menerima keuntungan dividen daripada pelaburan IPP tersebut… Ini menunjukkan mereka hipokrit, langsung tidak apologetik.
“Walaupun pelaburan tersebut dilakukan sebelum pembangkang mengambil alih Selangor, tetapi sudah empat tahun mereka tadbir, tiada sebarang usaha diambil oleh pakatan pembangkang untuk melupuskan pegangan saham atau pelaburan dalam Genting Sanyen,” katanya di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata, jika secara prinsipnya mereka tidak setuju dengan pelaburan tersebut, sewajarnya mereka melupuskan saham berkenaan.
Turut hadir dalam sidang media itu Anggota Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Anggota Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng.
Khairy berkata Worldwide Holdings Berhad iaitu sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), mempunyai 25 peratus kepentingan dalam syarikat Genting Sanyen.
Selain itu, pakatan pembangkang berjanji untuk memansuhkan tol di negara ini tetapi dalam masa sama Kerajaan Selangor mempunyai kepentingan sebanyak 20 peratus dalam Lebuhraya Kesas.
Beliau berkata, sekiranya mengikut prinsip yang dinyatakan pembangkang dalam Bajet Alternatif dan Buku Jingga, mereka sepatutnya telah menjual pegangan saham berkenaan.
“Mereka (pembangkang) tidak boleh kata apa yang terkandung dalam bajet serta buku tersebut hanyalah polisi dan pada masa sama mengekalkan pelaburan dalam kedua-dua sektor yang jelas menentang dasar mereka. Mereka hipokrit.
“Ini membuktikan sikap tidak konsisten dan tidak jujur pembangkang dalam polisi mereka. Mereka boleh buat apa sahaja manifesto tetapi tidak mampu melaksanakan segala apa yang dijanjikan,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: Rakyat Selangor akan terus merana jika memilih Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti...

495,000 PENDUDUK KELANTAN CARI KERJA

Seramai 495,000 daripada 1.2 juta pencari kerja melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sejak tiga tahun lalu ialah penduduk Kelantan.

Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kebanyakan mereka memohon jawatan bagi Gred 1 hingga Gred 41 dan sejak lima tahun lalu, 12,831 permohonan diterima bekerja di sektor kerajaan. 




Beliau tidak menolak kemungkinan kekurangan peluang pekerjaan di negeri itu antara faktor ramai rakyat Kelantan memohon bekerja di sektor awam. 



Bagaimanapun, jumlah itu tidak termasuk yang memohon pekerjaan menerusi suruhanjaya lain seperti pelajaran, polis dan tentera.

“Saya setuju mungkin kurang peluang kerja di Kelantan, kenapa begitu ramai rakyat Kelantan memohon kerja dan SPA akan buat kajian terperinci,” katanya selepas Sesi Interaksi Pengerusi SPA dengan Ketua Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun, Persatuan dan Badan Bukan Kerajaan, Zon Timur di sini semalam.

Beliau berkata, bagi mengatasinya, sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan Isnin lalu untuk mencari penyelesaian terbaik.

"Jawatankuasa itu akan lihat bagaimana menyelesaikan permohonan yang begitu besar. Kita bincang dengan NGO kerana mereka ini bekas kakitangan kerajaan, satu badan yang bebas, profesional dan mempunyai fikiran dan mampu memberi cadangan kepada kita kerana dia yang tahu apa masalah di sini.

“Selain itu, kita mengadakan mesyuarat antaranya membincangkan apa yang kurang, berapa jawatan kurang, macam mana nak isi dan sebagainya,” katanya.

Beliau juga menafikan dakwaan kononnya SPA meminggir kaum tertentu, sebaliknya memberikan keutamaan kepada mereka yang layak.

"Pelantikan tiada kaitan dengan agama, bangsa dan keturunan, tetapi lebih kepada kepakaran serta kemahiran kecuali kalau membabitkan agama Islam, tentulah kita pilih yang beragama Islam," katanya.
Mai Pikiaq Pi: Kelantan akan maju kalau BN memerintah....

Benarkah Khalid MB Paling Berjaya?


UMNO Selangor lucu dengan kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar yang paling berjaya.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, kenyataan daripada Ketua Umum PR boleh dikategorikan sebagai sangat melucukan.
“Saya mengatakan demikian kerana rakyat Selangor sedia maklum bahawa pentadbiran Kerajaan Selangor sekarang lebih suka menipu rakyat daripada memberi gambaran sebenar apa yang terjadi.
“Sebagai contoh, bila saya mendedahkan tentang kerugian yang dihadapi oleh UNISEL berjumlah RM54 juta dalam tempoh 3 tahun bermula dari tahun 2008 sehingga 2010, Menteri Besar Selangor tanpa segan silu menafikan dakwaan saya tersebut.
“Beliau (Khalid) mengatakan bahawa laporan audit tersebut tidak dimuktamadkan lagi dan menuduh saya tidak memahami tentang akaun. Sila rujuk laman web www.selangorku.com bertarikh 10 September 2012 yang bertajuk MB: Laporan Audit UNISEL Belum Diselaras, Noh Tak Faham Akaun,” ujarnya di lobi Parlimen hari ini.
Namun tegas Noh pembohongan Menteri Besar Selangor akhirnya terbongkar selepas Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini mendedahkan kerugian UNISEL.
“…dan ini secara jelas membuktikan dakwaan saya adalah betul dan juga semua jumlah yang didedahkan adalah tepat. Ini tidak termasuk hutang penyelenggaraan asrama pelajar UNISEL kepada kontraktor yang difahamkan telah pun mencecah RM19 juta yang gagal dijelaskan. Kegagalan tersebut telah menjejaskan keselesaan dan keselamatan pelajar di asrama mereka. Perkara ini juga telah disentuh di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.
“Inikah cara pentadbiran yang dikatakan sebagai pentadbiran Menteri Besar paling berjaya? Saya berkeyakinan penuh bahawa rakyat Selangor sudah sedar cara pentadbiran Kerajaan Selangor yang sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan menipu rakyat," ujarnya.
Justeru beliau mencabar sekiranya Menteri Besar Selangor adalah seorang yang mengamalkan ketelusan di dalam pentadbiran agar menafikan dakwaan  bahawa Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah bersetuju untuk menjual lima aset bangunan mereka iaitu Wisma Yakin (RM7 juta), Kompleks PKNS Shah Alam (RM85 juta), PKNS Bangi (RM42 juta), PKNS Petaling Jaya (RM90 juta) dan SACC Mall (RM97 juta) dengan nilai keseluruhannya RM 321 juta.
“Sekiranya benar Menteri Besar Selangor pandai mentadbir dan telus kenapa aset-aset ini perlu dijual?” ujarnya lagi. 
Mai Pikiaq Pi: Khalid sebenarnya adalah Menteri Besar yang paling tidak berjaya... Banyak aset Selangor terpaksa dijual....

Wednesday 24 October 2012

Kemahiran Pembangkang Cipta Persepsi Negatif, Manipulasi Isu Burukkan Kerajaan


Pakatan pembangkang sentiasa berusaha memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO dengan mewujudkan pelbagai persepsi negatif yang menggambarkan seolah-olah parti terbabit tidak bertanggungjawab dan melakukan pelbagai penyelewengan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa kemahiran utama pembangkang adalah dalam mewujudkan manipulasi terhadap sesuatu isu yang akan memberi gambaran buruk untuk mengelirukan rakyat.
“Pakatan pembangkang memberikan pelbagai tanggapan yang buruk atas apa saja pelaksanaan yang dilakukan oleh kerajaan malah tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) juga turut digembar-gemburkan dengan pelbagai persepsi,” katanya.
Jelasnya, sejak setahun yang lalu pakatan pembangkang mula meletakkan tarikh jangkaan untuk PRU Ke-13 diadakan dengan pelbagai andaian sehinggakan rakyat turut terpengaruh dengan manipulasi mereka.
“Mereka memberikan jangkaan awal tahun ini, kemudian pertengahan, bulan seterusnya dan seterusnya tetapi semuanya tidak tepat sebaliknya kerajaan terus melakukan gerak kerja dan melaksanakan perancangan sebagaimana yang digariskan.
“Tidak cukup dengan itu, pakatan pembangkang mula mencanangkan bahawa kerajaan takut untuk berdepan dengan PRU jika dilaksanakan lebih awal walhal mereka sendiri telah tersalah tafsir dan malu sendiri berikutan tanggapan negatif terkena diri mereka sendiri.”
Beliau berkata demikian ketika memberikan penerangan berkaitan persediaan BN/UMNO dalam menghadapi PRU kepada Kaunselor Politik Suruhanjaya Tinggi British, Nigel Boud dalam kunjungan hormatnya di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn, hari ini.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN menegaskan bahawa parti terbabit sentiasa berusaha mengekalkan kuasa sebagai tampuk kerajaan bukan semata-mata kerana kedudukan dan pangkat sebaliknya ia adalah tanggungjawab sebagai kerajaan yang sentiasa berusaha menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
“Kita sedar bahawa pakatan pembangkang juga akan menggunakan pelbagai kaedah bagi mempertahankan kerusi dan negeri-negeri yang telah mereka menangi dalam PRU lalu biarpun jika dilihat dari sudut pentadbirannya mereka gagal melakukan yang terbaik apatah lagi untuk menandingi BN.
“Secara zahirnya BN disemua peringkat akar umbi telah bersedia dengan PRU yang akan berlangsung dalam masa terdekat ini dan kita yakin bahawa kemenangan akan tetap berpihak pada BN walaupun pakatan pembangkang melemparkan pelbagai tuduhan dan persepsi buruk kepada kerajaan hari ini,” katanya.
Ujar beliau lagi, sehingga ke hari ini pembangkang gagal menterjemahkan apa yang telah mereka janjikan dalam menifesto mereka ketika berkempen pada PRU ke-12 lalu apatah lagi untuk menunjukkan kabinet bayangan walaupun dikatakan ianya telah ada.
“Pemimpin BN mengakui bahawa kerajaan yang ada hari ini tidak sempurna dan ada melakukan kesilapan namun kita sedar dan sentiasa memperbaiki setiap kelemahan yang ada dengan penambahbaikan yang dibuat dari semasa ke semasa.
“Perdana Menteri dan kepimpinan kerajaan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada masyarakat di akar umbi dan sedar bahawa PRU kali ini adalah satu persaingan yang sangat sengit kerana pakatan pembangkang akan berhabis-habisan untuk menghancurkan BN, namun BN sentiasa bersedia menghadapi apa jua cabaran,” jelasnya.
Tambah beliau, dengan menjadi teraju lebih 55 tahun kepada negara ini tentunya BN telah cukup matang dalam berdepan dengan pelbagai krisis termasuklah untuk mengharungi satu lagi PRU setelah 12 kali melaluinya dengan sentiasa beroleh kemenangan.
Mai Pikiaq Pi: Modal politik pembangkang hanya memburukkan BN.... tanpa ada modal yang berguna untuk kepentingan rakyat jelata...

Agenda Tersirat DAP Perjuang Malaysia Negara Sekular


Percubaan Lim Kit Siang untuk memecahbelahkan umat Islam dengan berdegil ingin memaksa tafsiran Negara Sekular terhadap Malaysia meletakkan PAS di dalam dilema.
Konon, Kit Siang ingin menimbulkan keraguan umat Islam terhadap UMNO dengan mengulangi kenyataan Tunku Abdul Rahman bahawa Malaysia adalah Negara Sekular. Namun, Kit Siang lupa bahawa Tun Mahathir, Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib telah menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Islam.
Justeru, jika kenyataan seorang Perdana Menteri perlu diambil kira, kenapakah kenyataan tiga Perdana Menteri lain perlu ditolak?
Lagipun, apakah sesebuah konsep pentadbiran itu boleh dijelaskan dengan hanya satu kenyataan? Sedangkan, yang lebih penting dalam menerangkan konsep pentadbiran adalah dengan melihat kepada perlembagaan serta landskap kehidupan masyarakat secara keseluruhan.
Malaysia adalah Negara Islam berdasarkan hakikat ianya diperintah oleh pemimpin Islam yang tidak menyeru kepada maksiat dan perlembagaan yang tegas mendaulatkan Islam serta kehidupan masyarakat yang bebas beribadah tanpa sekatan. Malaysia juga telah menjadi Negara Islam contoh dan ini diiktiraf sendiri oleh Ulama-ulama tersohor dunia termasuk Syeikh Yusuf Al-Qaradawi.
Maka, bagi Kit Siang menafikan negara ini sebagai Negara Islam menyerlahkan kesungguhan beliau menentang Islam dan ingin mendirikan Negara Sekular.
Persoalan yang timbul dari tindakan Kit Siang ini ialah, apa kata PAS?
Apakah Kit Siang membangkitkan soal ini kerana ingin membantu PAS membina Negara Islam yang sebenar?
Tentu sekali tidak, kerana diketahui bahawa Kit Siang dan DAP sentiasa konsisten, terbuka dan tegas menolak sebarang usaha membentuk Negara Islam.
Tidak mustahil Kit Siang sekadar ingin menguji di mana pendirian PAS dalam hal ini. Apakah PAS akan membela kenyataan Kit Siang dengan turut mengakui negara ini adalah sekular atau sebaliknya?
Jika ya, apakah PAS akan berikrar untuk mendirikan Negara Islam yang sebenar yang dikatakan tidak mampu dibuat oleh UMNO, atau apakah PAS hanya akan akur dengan DAP untuk memastikan negara ini kekal sebagai Negara Sekular?
Seperti yang dijangka, PAS hanya berdiam diri bimbang tersalah cakap dan ditengking oleh DAP. Sudahnya, PAS hanya mampu bersetuju dengan DAP bahawa negara ini bukan Negara Islam tetapi PAS tidak mampu untuk menolak perjuangan DAP untuk memastikan negara ini menjadi Negara Sekular.
Kini jelaslah bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah, Kit Siang akan memastikan bahawa perkara pertama yang akan diisytiharkan oleh kerajaan PR ialah berkenaan Malaysia bukanlah sebuah Negara Islam.
Berikutan itu, maka 4 tonggak utama perjuangan DAP akan dilaksanakan sejurus PR mengambil alih iaitu ‘menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu’ sekali gus ‘Rejimen Askar Melayu DiRaja’, ‘menghapuskan hak istimewa bumiputera’ dan ‘membuang Islam sebagai agama rasmi negara’.
Bagi mereka-mereka yang naif dan jahil tentang politik DAP, mungkin tidak tahu bahawa keempat-empat ini adalah objektif utama penubuhan dan perjuangan DAP sejak dahulu sehingga kini dan selamanya.
Justeru, dengan tindakan PAS yang berdiam diri apabila DAP memperjuangkan Negara Sekular, maka tidak salahlah jika kita berkata yang PAS juga telah bersedia mendokong matlamat perjuangan yang sama dengan DAP. Jika masih ada umat Melayu yang mengundi PAS, maka ketahuilah bahawa anda sedang membantu menghapuskan kedaulatan Islam di bumi sendiri.
Mai Pikiaq Pi: DAP menidakkan Malaysia negara Islam kerana mahu menyekat kemaraan orang Melayu...

Status negara Islam jelas dalam Perlembagaan

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perdebatan sama ada Malaysia negara sekular atau sebaliknya tidak akan timbul jika falsafah Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi dirujuk.

Sambil menegaskan ia bukan isu baru, Timbalan Perdana Menteri berkata, peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan cukup jelas dan tidak perlu untuk mentafsir atau mendefinisikan status negara ini.


“Apa yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai status Islam sebagai agama rasmi adalah jelas, jadi saya tidak perlu nak definisikan lagi sama ada (Malaysia) sekular atau tidak.

“Biarlah kita kekalkan status sebegitu, tidak perlu penafsiran semula sebab kita sudah melaluinya sejak 55 tahun lalu, apa perlu kita debat sama ada kita sekular atau Islamik.

“Yang menjadi tunjang ialah Perlembagaan Persekutuan, pihak mana yang nak mentafsirkan perkara itu... itu masing-masing punya tafsiran,” katanya pada sidang media selepas menutup Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Cemerlang Malaysia 2012 di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa Malaysia tidak pernah diisytiharkan negara sekular, sebaliknya memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi. 


Mai Pikiaq Pi: Pihak yang mempertikaikan Malaysia sebagai negara Islam perlu masuk sekolah belajar tentang Sejarah Malaysia dan Perlembagaan....

Pengguna tiada hak saman - MB Selangor


Kerajaan Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa 711 orang yang memfailkan tuntutan hampir RM500,000 kerana tidak mendapat air percuma, tidak mempunyai hak untuk menyaman mereka.

Kedua-duanya, defendan pertama dan kedua dalam hujah pembelaan yang difailkan 12 Oktober lalu, turut menafikan pernyataan yang terkandung dalam notis tuntutan berkenaan. Bagaimanapun, kedua-dua defendan itu mengakui Kerajaan Selangor melaksanakan Skim Air Percuma di Selangor, skim yang menawarkan bekalan air percuma bagi 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik bermeter individu. 
Mereka juga menyatakan, semua plaintif dikehendaki membuktikan bahawa mereka layak menerima subsidi air percuma mengikut skim itu dan jika benar mereka tidak menerimanya, mereka mempunyai locus standi membawa kes ke mahkamah.

Menurut mereka, secara logik, manifesto defendan pertama untuk memberi subsidi air percuma hanya boleh dilaksanakan dari segi teknikal dan pengurusan, iaitu pengguna domestik di Selangor menggunakan meter individu, bukan meter pukal.

Pengguna yang masih menggunakan meter pukal pula perlu menukar meter mereka kepada meter individu.
Mai Pikiaq Pi: Khalid takut akan bayangnya sendiri apabila tidak berlaku adil dalam  pemberian air percuma....

Tuesday 23 October 2012

BN tidak kisah Nik Aziz bertanding


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Barisan Nasional (BN) tidak kisah sama ada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertanding atau tidak dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Itu hak dia, saya tiada hak nak komen terpulang kepada kepimpinan Pas jika fikir beliau (Datuk Nik Aziz Nik Mat)) masih bertenaga dan tajam fikiran, saya tak nak komen lebih terserah kepada rakyat untuk menilai,” katanya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden UMNO berkata BN telah pun bersiap sedia dengan jentera pilihan raya dan menawarkan kepimpinan yang berwibawa untuk bertanding di negeri tersebut.
Muhyiddin diminta mengulas laporan yang membayangkan Mursyidul Am Pas itu akan bertanding dalam PRU ke-13.
Apa yang pasti BN akan menawarkan kepimpinan berwibawa untuk bertanding termasuk calon yang bakal dinamakan menjadi Menteri Besar sekiranya diberi mandat untuk mentadbir Kelantan, katanya kepada pemberita di Batu 14, Hulu Langat dekat sini.
Beliau berharap rakyat Kelantan memberi perhatian terhadap perkara ini dan dapat membuat perbandingan berhubung siapa yang lebih layak memimpin negeri itu dan ia bukan terhad atas tokoh agama sahaja bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit di negeri itu.
“..dari segi pentadbiran, pengurusan menyelesaikan masalah isu-isu berbangkit di negeri itu termasuk soal air yang tidak dapat diselesaikan, kemiskinan tegar masih banyak dan isu-isu sosial…itu juga perlu diberi perhatian,” katanya.
“Harap rakyat Kelantan dapat buat perbandingan siapa yang lebih bersesuaian dan layak bukan atas tokoh agama sahaja,” katanya.
Muhyiddin berkata hanya rakyat Kelantan yang mempunyai jawapan berhubung apa yang akan berlaku ke atas negeri itu dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya Nik Abdul Aziz bertanding pada pilihan raya akan datang dan sekali lagi menjadi menteri besar.
“Saya tidak boleh jawab hanya orang di Kelantan yang boleh menjawabnya,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: Siapa pun ahli politik pembangkang bertanding, BN telah bersedia menghadapinya...

Empangan Sungai Selangor Hanya Mampu Bertahan 130 Hari Lagi


Tinjauan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini ke Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu merungkai segala helah yang dimainkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid selama ini yang masih menegakkan benang yang basah bahawa Selangor tidak mengalami masalah air sehinggakan memerlukan pembinaan Loji Langat 2.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim berkata, inilah hakikat sebenar yang rakyat harus tahu, bahawa Rizab air di Empangan Sungai Selangor yang membekalkan air bersih kepada 60 peratus rakyat Selangor hari ini kini tinggal 56 peratus dan mengikut kajian pihak Splash, jika keadaan penyusutan air berterusan, tidak mustahil Empangan Sungai Selangor ini akan kering kontang dalam masa 130 hari lagi bermula hari ini.
“Adakah ini fakta yang mahu disembunyikan oleh pihak Tan Sri Khalid dan pihak kerajaan negeri. Kenapa Khalid mahu menyembunyikan fakta isu air ini, sedangkan dia sebenar tahu apa yang berlaku namun kerana kepentingan politik sempat pihak kerajaan negeri, mereka lebih suka mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh demi menutup isu sebenar di Selangor hari ini.
“Sehubungan dengan itu, Khalid Ibrahim atau mana-mana Exconya harus tampil memberikan kenyataan sebenar, tahap kritikal isu air ini dan apakah perancangan jangka masa panjang dalam menangani masalah ini,” ujarnya selepas bersama-sama dalam lawatan dan tinjauan Tan Sri Muhyiddin ke Empangan Sungai Selangor, pagi tadi.
Terdahulu, kerajaan negeri Selangor telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mempunyai pilihan rawatan air yang lebih murah tanpa keperluan untuk menaikkan tarif untuk pembinaan Langat 2, kaedah rawatan air yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menangani masalah kekurangan bekalan air yang diramalkan akan berlaku.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa telah menemui satu kaedah alternatif yang berdaya maju daripada sebuah syarikat Kanada dengan menggunakan teknologi membran bagi mengeluarkan air daripada loji sedia ada dan menjadikan ia sesuai untuk kegunaan isi rumah.
Namun cadangan kerajaan Selangor menggunakan teknologi membran bagi meningkatkan penjanaan air di loji terawat sedia ada tidak praktikal dan membabitkan kos lebih tinggi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Ia bukan penyelesaiannya dan apa yang perlu dilakukan adalah meneruskan projek pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) seperti dirancang.
“Saya sudah mendapatkan pendapat pakar berhubung teknologi membran dan dimaklumkan ia adalah langkah yang tidak praktikal dan kosnya juga akan bertambah,” ujarnya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak LRAL 2 di sini, hari ini. 
Mai Pikiaq Pi: MB Selangor sila jawab yang kononnya Selangor tidak mengalami masalah air...

Pemimpin DAP tak berani tanding kawasan Melayu


Adakah kepimpinan DAP berani menyahut cabaran agar bertanding di kawasan majoriti Melayu jika benar parti itu ikhlas memperjuangkan kepentingan pelbagai kaum sebagaimana didakwa?
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah turut teruja dengan cabaran yang dilontarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kepimpinan DAP dan berharap agar ia dikotakan.
“Selama ini DAP mewar-warkan kononnya mereka adalah parti yang diterima oleh rakyat secara keseluruhan tapi hakikatnya tidak sedemikian terutama sekali penolakan jelas berlaku di kalangan orang Melayu secara majoriti serta kaum-kaum lain juga,” katanya kepada UMNO-Online.
Ahad lalu, Perdana Menteri semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-59 di Wisma MCA menekankan bahawa perkataan demokratik dan reformasi yang sering dilaung DAP tidak lebih sekadar slogan kerana hakikat sebenar parti itu cuma memperjuang kepentingan satu kaum sahaja.
“Sebab itu saya bersetuju dengan cabaran Datuk Seri Najib yang juga Presiden UMNO untuk mencabar DAP jika benar-benar ia adalah parti yang diterima oleh semua maka bertandinglah di kawasan Melayu kerana dalam Barisan Nasional (BN) ada pemimpin di kalangan bukan Melayu bertanding di kawasan Melayu dan dengan jelas ia diterima.
“Jadi kalau DAP benar-benar berani bertanding di kawasan Melayu dan diterima maka barulah boleh mengatakan bahawa mereka diterima atau tidak,” tegasnya.
Namun demikian, beliau yakin bahawa parti terbabit tidak akan berbuat demikian lantaran sedar bahawa mereka sebenarnya mempunyai agenda tersendiri.
“DAP tidak diterima oleh majoriti orang Melayu kerana sikap dan cara-cara politiknya yang betul-betul bersikap cauvinis selain hanya berjuang untuk kepentingan satu kaum saja.
“Jadi sudah tentulah DAP tidak akan berani untuk menyahut cabaran Perdana Menteri kerana mereka tahu realitinya masyarakat Melayu menolak malah di kalangan orang-orang Cina sendiri pun tidak menerima mereka kerana cara dan pendekatan perjuangannya tidak sesuai dengan norma masyarakat di Malaysia.”
Tambah beliau lagi, pendekatan dan kaedah yang dilakukan hari ini memang berubah tetapi perjuangan dan niat mereka dalam politik tetap sama.
“Walaupun sekarang ini mereka nampak baik dengan parti Melayu dalam pakatan pembangkang iaitu PKR dan Pas tetapi hakikatnya tetap sama dan perjuangan DAP tidak pernah berubah”
Jelasnya, kerana sifat dan hala tuju yang lebih bersifat cauvinis maka ia ditolak oleh orang Melayu, orang cina dan bangsa lain yang sayangkan negara ini.
“Masyarakat yang cintakan keamanan dan mahukan perpaduan dikalangan rakyat tidak menerima DAP kerana ia bukan saja parti yang mengelirukan tetapi juga menipu rakyat bagi menjayakan matlamat asal mereka.”
Mai Pikiaq Pi: Mana nak berani... dah tau akan kalah!

Monday 22 October 2012

Jawatankuasa Khas Pantau Ahli Khianat Parti


Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah mengambil resolusi untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Khas bagi memantau dan mengambil tindakan segera terhadap mana-mana anggota parti yang mengkhianati atau mensabotaj terhadap UMNO dan calon Barisan Nasional (BN).
Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memaklumkan bahawa Jawatankuasa Khas tersebut akan dianggotai oleh wakil-wakil yang tidak berkepentingan daripada Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Pengurusan dan Lembaga Disiplin UMNO.
“MT setuju untuk mewujudkan jawatankuasa ini sebagai cerminan hasrat parti agar tindakan tegas dapat diambil dengan segera terhadap sesiapa yang mengambil sebarang tindakan yang boleh merosakkan parti,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Menara Dato’ Onn petang ini.
“Kita juga setuju untuk lantik seorang anggota di tiap-tiap bahagian yang akan memberi laporan kepada jawatankuasa pemantau untuk disalurkan kepada jawatankuasa tersebut, di samping laporan secara terus kepada ibu pejabat dan secara online boleh dihantar.
“Kita juga bersetuju supaya definasi sabotaj dan khianati itu dihuraikan supaya semua orang jelas dan tahu apakah tindakan-tindakan yang boleh disabitkan dengan kesalahan yang boleh dikaitkan dengan fasal tersebut,” katanya lagi.
Jelasnya, keputusan tersebut dibuat selaras dengan Fasal 10.15 dibaca bersama Fasal 20.3 Perlembagaan UMNO, maka majlis tertinggi setuju untuk mewujudkan jawatankuasa khas ini.
Fasal 10.15 menyebut; Mengambil sebarang langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas bagi kesempurnaan perjalanan parti sementara Fasal 20.3 ialah Majlis Tertinggi boleh menurunkan kuasa disiplin kepada mana-mana Jawatankuasa di peringkat Perhubungan Negeri atau Bahagian.
Tambah beliau, Jawatankuasa Khas ini akan dipengerusikan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.
Dalam masa yang sama, Najib turut memaklumkan berkaitan persiapan Perhimpunan Agung UMNO yang berjalan lancar dengan tiga usul diluluskan iaitu, ucapan dasar Presiden, ekonomi dan ususl agama dan pendidikan.
Perhimpunan Agung UMNO 2012 akan berlangsung selama lima hari bermula 27 November hingga 1 Disember ini.
Menjawab soalan berkaitan termetrainya perjanjian damai Bangsamoro di Selatan Filipina, beliau memberitahu bahawa perjanjian ini adalah hasil sumbangan Malaysia yang secara konsisten telah kita dilakukan sejak 2001dan pasukan fasilitator ditempatkan pada 2004.
“Banyak lagi yang kita telah lakukan untuk membawa kepada rundingan yang telah menghasilkan perjanjian dan ditandatangani di Manila baru-baru ini.”
Mai Pikiaq Pi: Orang yang tidak bermaruah sahaja yang akan mensabotaj parti... 

Perjuangan Islam Anwar Diragui


Kenyataan Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman yang merumuskan bahawa Anwar Ibrahim hari ini bukan lagi pejuang Islam sewajarnya dipandang serius.
Ini kerana sebagai presiden sebuah gerakan Islam, kenyataan Ustaz Abdullah Zaik dianggap autoriti dalam membandingkan hala tuju Anwar sekarang yang dahulunya, sewaktu usia muda pernah melaungkan ‘Islam sebagai satu cara hidup’ ketika meneraju Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Banyak lagi slogan-slogan Islamis yang dicanang ketika itu, termasuk, ‘Insan Kamil,’ ‘Generasi Rabbani’ atau ‘Generasi Quranik’, iaitu dan sebagainya.
Namun, kini prinsip perjuangan Islam Anwar seperti ditegaskan oleh Presiden ISMA perlu dinilai kembali memandangkan bekas Presiden ABIM itu mutakhir ini sering dilihat bersama kelompok-kelompok liberal misalnya terbaru bersama Mubasyar Jawid Akbar, pengarah editorial majalah mingguan India Today.
Kalau di Barat, destinasi tempat Anwar berhijrah selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, kumpulan-kumpulan liberal itu dilahirkan dari rahim Soros, NED dan Mont Polerin Society.
Pengesahan Dr Haron Din
Ketika Anwar dipecat dari UMNO pada September 1998, juak-juak penyokong totoknya menyebarkan propaganda kononnya Anwar dipecat kerana kononnya mahu menyekat usahanya mahu melakukan ‘Islamisasi dalam UMNO’.
Namun, kenyataan terbaru Dr Haron Din mengesahkan bahawa perjuangan Islamisasi Anwar yang dicanang oleh juak-juaknya tidak benar.
“Dia (Anwar) pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan. Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita,” tegas Dr Haron Din.
Dr Haron Din dan Dr Hassan Ali, antara tokoh-tokoh yang menyertai PAS sejurus selepas Anwar dipecat UMNO pada tahun 1998.
Namun pada Januari 2012, Dr Hassan dipecat dari PAS kerana masih mengekalkan prinsip-prinsip fundalmentalis dalam parti yang didokongnya sejak 14 tahun lalu.
Mungkin, prinsip fundalmentalis yang masih dipegang Dr Hassan sudah tidak relevan dikekalkan dalam PAS sekarang ini, ketika parti itu berketuakan Anwar Ibrahim seorang tokoh yang telah memasuki dimensi pemikiran liberal.
Dikenal pasti anut pluralisme agama 2010
Ucapan Anwar di di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 bertajuk “Religion and Pluralism in a Divided World” (Agama dan Pluralisme Antara Dua Dunia), benar-benar membuat kawan-kawannya dalam lingkaran ABIM tersentak dengan perubahan pola pemikiran Islam bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia itu.
Ustaz Ismail Mina, Dr Yusri Mohamad, Prof. Dr Sidek Baba, di antara bekas tokoh ABIM yang tidak menyangka akhirnya, Anwar Ibrahim terjerat dalam pemikiran pluralisme agama, satu ideologi agama baru yang lahir dari rahim Islam liberal ciptaan Barat.
“Saya langsung tidak menyangka hal itu kerana semasa kita di universiti, kita sudah mengenali Nurcholish Madjid.
“Dan semua orang tahu, Nurcholish Madjid. Datuk Seri Anwar pun tahu pemikirannya. Di mana Nurcholish Madjid pada awal tahun 1970-an sudah menolak Islam sebagai satu sistem politik.
“Datuk Seri Anwar, setakat yang saya tahu, dia faham benda itu. Jadi, saya tidak sangka sampai satu peringkat, fahaman beliau juga sudah selari dengan Nurcholish Madjid, “luah ustaz Ismail Mina ketika diwawancara dari hati ke hati pada 16 September 2011.
John Sidel, professor yang menjemput dan pengerusi majlis ucapan Anwar di LSE itu melihat sosok dan pemikiran Anwar mutakhir ini, saling tidak tumpah seperti Nurcholish Madjid, bapa pluralisme agama dan Islam Liberal Indonesia.
“Dari pertengahan tahun 1990-an di Indonesia dan Malaysia, bangkitnya pemikir intelektual Islam seperti Anwar Ibrahim dan Nurcholish Madjid yang menawarkan satu janji politik Islam modernis iaitu kombinasi gabungan di antara teknologi moden dan demokrasi dengan prinsip moral kepercayaan.
“Ide-idea liberal mereka menjadi ancaman kepada kepentingan kumpulan oligarki dan tidak demokratik dan mereka cuba dihapuskan – sebahagiannya melalui proses penentangan seperti kes Indonesia dan lebih kuno di Malaysia, apabila Anwar Ibrahim ditangkap dan dipenjarakan,”rumus John Sidel dalam rencananya bertajuk “The Islamic Threat in Southeast Asia: A Reassessment.”
Selain pensyarah John Sidel adalah seorang penyelidik yang mendapat tajaan East-West Center Washington.
Menurut ustaz Ismail Mina, ucapan Anwar di LSE pada 18 Mac 2010 telah dibahaskan di tiga wacana iaitu di UIA, Gombak (1 Mei 2010), Masjid Wilayah, Kuala Lumpur (14 Disember 2010) dan UMT, Terengganu (15 Januari 2011).
Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) telah dirujuk untuk meneliti ayat demi ayat maksud kata-kata Anwar di LSE itu.
“Sayu tidak terkira hati kita mengingatkan bahawa asalnya tokoh dakwah Islam yang berfikiran kebangsaan, menjadi aktivis dakwah, penerajunya, gerakan Islam (dengan pemikiran dipengaruhi Maududi, Hassan al-Banna, Syed Qutb dan yang sepertinya), akhirnya menjadi pendokong aliran John Hick dengan aliran pluralisme agama dengan implikasi-implikasi rohaniah terakhirnya. Allahumma sallimna wa’I-Muslimin. Amin,”begitulah mukadimmah Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady dalam kertas kerjanya bertajuk “Pluralisme Agama Dan Anwar: Beberapa Persoalan Dilihat Dari Pandangan Arus Perdana Islam
Bermula selepas pembebasan Anwar 2004
Saya mula mengesan perubahan pola pemikiran Anwar bercakap dengan media asing di Munich, sejurus selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada September 2004.
Satu rakaman wawancara Anwar dengan Evan Williams dari Foreign Correspondent pada 14 September 2004 di Munich membuktikan perubahan pola pemikiran itu.
Dalam wawancara itu Anwar berkata usaha membendung keganasan dalam Islam hanya dapat dibendung melalui penyertaan bersama dengan kumpulan Islam yang kredibel.
“Bagaimana anda berhadapan dengan isu keganasan, pelampau dan fanatik, sekiranya anda tidak terlibat dengan kumpulan Islam yang boleh dipercayai ?,”kata Anwar.
Kata-kata Anwar itu menimbulkan mula mencetus keraguan apakah penyertaannya dalam PKPIM, ABIM dan sekarang ini berasimilasi dengan PAS bukan berasaskan keikhlasan kepercayaan, tetapi berasaskan matlamat tertentu yang senada dengan polisi Barat.
Ketika Anwar berhijrah ke Amerika Syarikat (AS, perkembangan tentangnya jarang diperkatakan di Malaysia, kecuali di kalangan pengikut-pengikut setianya dari PKR.
Sekitar tahun 2005, saya menjumpai satu rakaman video ucapan Anwar di New York Democracy Forumanjuran National Endowment for Democracy (NED) yang dipaparkan di laman PUM (Persatuan Ulama Malaysia).
Saya tidak pasti kenapakah PUM berminat dan memaparkan kepada ahli-ahlinya ucapan Anwar yang bertajuk “TThe Future of Muslim Democracy” itu.
Pada tahun 2008, saya mula menyoal haluan perjuangan Islam Anwar dengan membandingkan Anwar semasa dalam ABIM, UMNO dan di luar UMNO.
Satu petikan dari penulis PAS, Ahmad Lutfi Othman,dalam bukunya “Memo Buat Bakal PM”, Penerbitan Pemuda, 1993, menggambarkan Anwar seperti “ular berkepala dua’.
Kemudian pada tahun 2009, saya mula meletakkan satu persoalan yang agak berat, ‘benarkah Anwar Ibrahim dalang Islam Liberal di Malaysia ?“.
Persoalan itu dibuat berdasarkan inti ucapan Anwar yang berpaksikan bapa-bapa falsafah pemikir Barat seperti John Lock dan lingkaran badan-badan yang dihampiri Anwar seperti CSID (Center for the Study of Islam and Democracy), Minaret of Freedom Institute (MFI) dan RAND Corporation.
Ketiga-tiga badan itu juga merupakan penaung kemunculan Islam liberal di dalam dunia Islam yang juga mempunyai kaitan dengan NED, Soros dan Mont Polerin Society.
Selain itu, sampai sekarang Anwar masih gagal memberi alasan konkrit kenapa dia bersetuju menerima bantuan daripada dua yayasan Kristian Jerman, Konrad Adenauer Foundation (KAF) dan Friedrich Naumann Foudation (FNF).
Mai Pikiaq Pi: Ramai pertikaikan perjuangan Islam Anwar disebabkan kenyataan-kenyataannya sebelum ini...