Nuffnang Ads

Wednesday 29 February 2012

DSAI terlibat dalam kes khalwat Ostaz!!!


Memang ada benarnya. Dek kes khalwat Ustaz PKR Badrul Amin, Anwar Ibrahim mampu 'bernafas semula' setelah dikritik hebat akibat kenyataan beliau menyokong keselamatan negara Israel. 

Anwar Ibrahim bukan sahaja dikecam oleh parti lawan tetapi rakan-rakan politik termasuk media alternatif mereka.

Malah, wakil Palestin turut menyuarakan rasa kesal dan kecewa terhadap Anwar Ibrahim. Pelbagai alasan dan putar belit yang digunakan untuk menutup malu Anwar Ibrahim. Daripada penafian, memperalat-alatkan Ulama Yusuf Al-Qardawi dan pelbagai lagi.

Yang terakhir kita dengar ialah kenyataan Nik Aziz selepas berjumpa dengan Anwar Ibrahim. Nik Aziz memberikan jawapan yang sudah diramalkan sebelum mereka berjumpa iaitu 'terpulang kepada Anwar Ibrahim'.

Jika jawapannya 'terpulang kepada kepada Anwar Ibrahim', maka tindakan Majlis Syura PAS yang 'berpendirian tegas' mengecam kenyataan Anwar Ibrahim hanya sekadar gimik politik murahan yang amat memualkan.

No comments:

Post a Comment