Ketidakmampuan kerajaan pakatan pembangkang menerajui Selangor perlu dijadikan ikhtibar. Sejak memerintah Selangor tiada perubahan yang dilakukan oleh mereka untuk rakyat walaupun pelbagai janji ditaburkan ketika pilihan raya lalu.
Ketua Wanita UMNO Subang, Halimathon Saadiah Bohan berkata, kesedaran perlu ada pada rakyat Selangor supaya tidak mudah terpedaya dengan apa yang bakal dijanjikan menjelang pilihan raya umum nanti.
“Sejak mereka merintah apa yang dilakukan untuk rakyat, mana janji-janji yang ditaburkan, apa yang kita dengar ialah pelbagai masalah yang timbul, malah kemudahan untuk rakyat turut menjadi mangsa.
“Cadangan untuk merobohkan asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan bukti jelas kepimpinan kerajaan negeri hanya memikirkan soal komersial, keperluan rakyat diketepikan begitu sahaja hanya untuk kepentingan sesuatu pihak,” katanya kepada UMNO Online di sini.
Menurutnya, isu asrama Yayasan Selangor itu masih lagi belum terjawab, sehingga kini tiada penjelasan daripada pihak terbabit mengenai perkara itu sedangkan ia adalah aset kepada pelajar luar bandar untuk mendapat pendidikan lebih baik supaya dapat bersaing dengan pelajar di bandar besar.
“Apa yang berlaku ini perlu dijadikan iktibar oleh rakyat Selangor, ketidakmampuan mereka untuk menjadi pemerintah sudah jelas dengan pelbagai pembongkaran mengenai salah laku sejak memerintah Selangor.
“Isu pasir terus diperkatakan, tapi tiada tindakan yang diambil berhubung perkara berkenanan, penubuhan Selcat (Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor) hanya sandiwara untuk menutup kelemahan serta kegagalan tadbir urus mereka,” katanya lagi.
Halimathon berkata, ketidak mampuan kepimpinan itu bukan sahaja membabitkan rakyat, malah turut membabitkan sistem pentadbiran kerana tiadanya kesepakatan dalam membuat sesuatu keputusan.
“Kes Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali jelas membuktikan bagaimana mereka sebenarnya tidak mampu duduk semeja dalam memikirkan kepentingan rakyat, kepimpinan sekarang sebenarnya membuat keputusan mengikut telunjuk bukannya keputusan sendiri, ini semua hanya untuk kepentingan sesuatu pihak,” katanya.
Beliau meminta seluruh rakyat bukan sahaja di Selangor supaya tidak membuat kesilapan kali kedua seperti apa yang berlaku sekarang kerana kesannya rakyat sendiri yang akan menerima akibatnya. - Sumber Media UMNO
No comments:
Post a Comment