Nuffnang Ads

Friday 28 March 2014

Kerajaan tidak arah guna khidmat bomoh cari MH370 - Jamil Khir

Kerajaan tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menggunakan khidmat bomoh dalam usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau turut menafikan penglibatan seorang bomoh,Ibrahim Mat Zin,dalam operasi mengesan pesawat malang itu adalah atas arahan pihak kerajaan.

"Lapangan terbang adalah tempat yang terbuka (siapa-siapa boleh datang), kalau kita tanya siapa yang upah, tentunya kita tidak boleh jawab sebab bukan urusan kita untuk tanya kepadanya (Ibrahim)," katanya.

Jamil Khir berkata demikian ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.

Pada 10 Mac lepas, Ibrahim yang menggelar dirinya 'raja bomoh', menjalankan upacara mencari pesawat MH370 di KLIA bersama-sama beberapa pembantu.

Bagaimanapun, tindakan beliau mendapat kecaman pelbagai pihak dan dikritik hebat di laman sosial kerana dianggap melanggar ajaran Islam serta memalukan negara.

Jamil Khir berkata kerajaan juga menyelar usaha pihak tertentu mendapatkan khidmat bomoh yang melanggar batas syarak dan bertentangan dengan ajaran Islam dalam usaha pencarian pesawat itu.

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia bersama-sama pihak berkuasa agama Islam negeri sedang dan akan sentiasa membuat pemantauan di lapangan terbang berkenaan bagi mengelak kejadian itu berulang.

"Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti yang melanggar ajaran Islam," katanya.

Jamil Khir juga berkata kertas siasatan telahpun dibuka oleh Majlis Agama Islam Selangor bagi menyiasat dakwaan mengaitkan bomoh itu dengan beberapa pemimpin, yang kononnya meminta beliau datang ke KLIA.

Persidangan dewan bersambung Isnin depan.

Angan-angan jadi VIP, silap-silap jadi VDP

SEKIRANYA datang kepada kita seseorang membawa berita tentang apa yang "sebenarnya" terjadi kepada pesawat penerbangan MH370 — itu ini, begitu begini, janganlah kita terus percaya bulat-bulat. Hendaklah kita siasat dengan teliti.

Kita barangkali mudah menepis cerita yang didakwa kisah sebenar — kononnya — tentang nasib malang MH370 itu kalau ia berkait dengan tenung nasib, ilmu tilik atau teropong ajaib. Ini cerita karut, tidak masuk akal dan menyesatkan, kata kita.


9M-MRO
Pesawat milik Penerbangan Malaysia berpendaftaran 9M-MRO yang dikenali umum dengan nama MH370.


Tetapi kita — tidak semua — mudah pula sebaliknya terperangkap untuk percaya dengan cerita yang kononnya datang daripada mimpi, misalnya. Mimpi-mimpi itu sekarang tersebar melalui jaringan sosial media, dikongsi oleh kawan yang kemudian berkongsi pula dengan kawan-kawan yang lain. Begitulah seterusnya.

Seorang ustaz yang bergiat dalam perubatan Islam menulis di Facebook tentang mimpinya melihat detik-detik akhir pesawat MH370 sebelum jatuh ke laut. Macam mana'establishing shot'bahawa pesawat itu adalah penerbangan MH370 tidak beliau ceritakan dalam tulisannya itu — apakah ada penampakan nombor pendaftaran pada ekor pesawat, apakah ada pengumuman oleh juruterbang atau apakah tahu-tahu begitu saja mimpinya.

(Tetapi naratif mimpi begitulah; memang selalu tidak ada aturan, melawan logik akal dan selalu juga, melawan hukum alam. Seorang kawan saya mengaku setiap kali dia bermimpi terjatuh daripada tempat tinggi, dia tidak pernah jatuh sampai ke tanah — selalu saja terbang jatuh tetapi tidak jatuh-jatuh. Mimpi seperti itu — yang selalu — cukup memenatkan, katanya.)

Sepasang suami isteri di Bogor, Indonesia pula mendakwa dapat berhubung secara ghaib dengan krew pesawat. Daripada komunikasi itu, mereka diberitahu tentang keadaan pesawat yang mati seluruh perangkatnya dan kemudian jatuh ke laut.

Ada satu persamaan pada dua cerita ini: bahawa kedua-duanya berlaku selepas mereka membaca Al-Quran atau bersolat sunat. Ada banyak cerita seperti ini. Bomoh yang melagakan dua biji kelapa muda itu pun melaungkan kalimah Allahuakbar. Bahawa ada nuansa agama dalam cerita-cerita seperti ini adalah hal yang cukup menarik — agama jadi bumbu yang menyedapkan cerita, yang memberikan rasa yang lain kepada yang mendengarnya.

Apakah mimpi dan hal-hal lain itu boleh dipercayai? Siapa yang hendak percaya, percayalah. Siapa yang tidak mahu percaya, tidak usahlah percaya. Berpeganglah kepada panduan ini: Kamu dengan kepercayaanmu, aku dengan kepercayaanku.

Tetapi selain mimpi dan hal-hal ghaib yang disangkutkan dengan misteri kehilangan MH370, ada juga 'tukang tilik' yang muncul dengan bermacam-macam teori. Sesetengah mereka ini muncul di televisyen dan akhbar dengan penampilan yang meyakinkan — maklumlah, jual ayat.


Satellite
Imej satelit objek-objek berkemungkinan serpihan MH370 yang dikeluarkan pihak berkuasa.


Ada cerita kononnya pesawat itu disorok di satu tempat rahsia untuk kegunaan akan datang. Ada cerita ia gagal dikesan kerana ada pihak yang menggunakan teknologi halimunan. Ingat cerita Harry Porter dengan jubah halimunannya?

Ada juga cerita kononnya pesawat itu hilang kerana persaingan merebut hak paten yang dipegang oleh penumpangnya. Ada juga cerita kononnya MH370 terbang dibayangi sebuah pesawat lain milik Singapore Airlines dan kerana itu ia tidak dapat dikesan oleh radar. Ada juga cerita kononnya pihak berkuasa berkonspirasi menyembunyi cerita yang sebenarnya.

Dalam banyak-banyak teori konspirasi itu, ada satu yang menjadi pilihan saya. Seorang aktivis wanita di Kuwait tampil mendakwa dia tahu kenapa pesawat Malaysia Airlines itu hilang. Katanya, di kalangan penumpang MH370, ada seorang "personaliti Asia yang penting". Dia tidak menamakan siapa penumpang itu.

Tetapi, melalui satu mesej di YouTube, aktivis itu menegaskan dia hanya akan mendedahkan maklumat tersebut kalau ada permintaan rasmi. "Tidak bolehkah Malaysia menghantar wakil kedutaan untuk berjumpa saya (dan mendapatkan maklumat tersebut)? Kenapa perlu hanyar sampai 40 buah pesawat mencarinya dan mengheret seluruh dunia dalam masalah yang saya boleh selesaikan dengan mudah?" kata wanita itu.

"Percayalah, saya boleh selesaikan masalah ini kalau mereka (Malaysia) secara rasmi minta pertolongan saya. Banyak orang minta saya campur tangan tetapi saya tidak mahu kecuali ada permohonan rasmi."

Dalam tragedi, banyak orang yang bersimpati dan memahami tetapi banyak juga yang pasang lukah di tempat genting. Setakat ini, sesiapa pun yang mendakwa tahu sebab musabab kehilangan MH370, sama dia raja penipu atau tilikannya bernasib baik macam Nujum Pak Belalang.

Sehingga ini, teori tetap tinggal jadi teori. Seorang kawan saya menulis di Facebook: "Janganlah kita yang rasional ini terpedaya dengan teori konspirasi. Yang sakit mental itu, biarlah."

Misteri kehilangan  pesawat Malaysia Airlines itu mungkin hanya akan terjawab apabila kotak hitam pesawat itu berjaya ditemui. Atau mungkin juga nanti apabila siasatannya selesai, kita tetap tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada 8 Mac lalu.

Tetapi sehingga misteri ini dirungkaikan nanti, kita akan terus dihadapkan dengan banyak orang yang muncul dengan bermacam-macam teori. Mereka mungkin merasakan teori-teori itu menjadikan mereka sebagai VIP, orang yang penting. Mereka tidak sedar betapa teori-teori itu menjadikan mereka VDP, very dumb person.

Sidang media kembali diadakan petang ini

Sidang media berkaitan usaha mengesan pesawat MH370 akan kembali diadakan hari ini setelah hanya kenyataan media dikeluarkan semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Malaysia Airlines memaklumkan Ketua Pegawai Esekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya dijangka mengadakan satu sidang media pukul 6 petang ini selepas taklimat media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Sejak pesawat MH370 hilang pada 8 Mac lalu, sidang media diadakan setiap hari kecuali pada 23 Mac, sehari selepas tempat sidang media dipindahkan dari Hotel Sama-Sama di Sepang ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Sidang media pada Khamis juga dibatalkan dan digantikan dengan edaran kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan.

Poseidon kedua milik Amerika Syarikat dihantar ke Perth

Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia berkata negara berkenaan akan menghantar pesawat P-8 Poseidon keduanya ke Perth, Australia bagi membantu mencari pesawat Penerbangan Malausioa MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

Dalam satu kenyataan, ia berkata bahawa pesawat itu akan berlepas dari pangkalannya di Okinawa, Jepun hari ini.

"Keadaan cuaca buruk termasuk potensi permukaan berais menjadikan kehadiran pesawat P-8 yang direka untuk semua keadaan cuaca, amat berharga," tambah kenyataan itu.

Armada Pasifik AS juga akan menggerakkan pengesan sonar 'Towed Pinger Locator Hydrophone' dan 'Bluefin-21' ke Perth, sebagai persediaan  mengesan kotak hitam MH370 andai objek yang ditemui disahkan serpihan pesawat itu.

Ini bagi membolehkan aset itu segera dikerah memandangkan jangka hayat bateri kotak hitam tersebut adalah singkat.

Kawasan pencarian digerakkan ke kawasan baharu

Usaha mengesan pesawat penerbangan MH370 yang dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi digerakkan ke kawasan baharu yang terletak kira-kira 1,100 kilometer dari kawasan carian selama ini berdasarkan kepada petunjuk boleh dipercayai yang diserahkan oleh pasukan penyiasat Malaysia kepada pihak berkuasa di Australia.

Zon baru itu luasnya lebih kurang 319,000 kilometer persegi dan terletak lebih dekat dengan pesisir pantai barat Australia iaitu kira-kira 1,850 kilometer dari Perth, berbanding 2,000 kilometer sebelum ini.

Pengurus besar bahagian kecemasan Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) AMSA, John Young berkata perubahan kawasan carian itu bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam operasi seperti ini dan kawasan baharu ini "adalah tempat terbaik pada masa ini".

"Ini bukan sesuatu yang luar biasa bagi operasi mencari dan menyelamat. Hal seperti ini berlaku setiap masa," katanya dalam satu sidang media di Canberra, dan menambah "usaha mencari sebelum ini bukan sia-sia".

AMSA pada Jumaat menggerakkan 10 pesawat untuk operasi baharu itu melibatkan pesawat tentera milik Australia, Kepun, Korea Selatan, New Zeland, China dan Amerika Syarikat. Operasi turut disertai oleh enam buah kapal termasuk HMAS Success dan lima buah kapal milik China.

Sementara itu Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan menjelaskan petunjuk baru itu diperolehi hasil analisis ke atas data radar laluan pesawat antara Laut China Selatan hingga ke Selat Melaka sebelum pesawat itu terputus hubungan dengan radar.

Katanya, analisis itu menunjukkan pesawat MH3700 mungkin terbang lebih pantas daripada jangkaan sebelum ini. Sekiranya analisis itu benar, pesawat itu dipercayai menggunakan minyak lebih banyak dan tidak mungkin dapat terbang jauh sehingga ke selatan Lautan Hindi seperti yang dipercayai sebelum ini.

Jelas Dolan, maklumat itu membolehkan pasukan pencari "membuat penilaian terbaik kawasan pesawat itu mungkin mencecah air."

"Maklumat yang diberikan oleh pasukan penyiasat antarabangsa ini adalah petunjuk yang paling boleh dipercayai yang ada dalam usaha mengesan bangkai pesawat sekarang," katanya.

Beliau bagaimanapun mengingatkan maklumat terbaru itu perlu disesuaikan dengan jarak masa sejak pesawat itu hilang dan kemungkinan bangkainya hanyut di permukaan laut.

Sementara itu, MAS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan akan menguruskan proses membawa ahli keluarga penumpang dan krew MH370 ke Perth sekiranya ada bangkai pesawat yang ditemui.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Australia yang setuju mengecualikan permohonan visa bagi perjalananan mereka yang terlibat.

Peralihan kawasan carian ini menyusul selepas satelit Thailand dan Jepun mengesan objek yang dipercayai ada kaitan dengan pesawat MH370 di kawasan Lautan Hindi.

'UJIAN HEBAT UNTUK ORANG YANG HEBAT' - PENGGUNA FACEBOOK

"Ujian hebat untuk orang yang hebat, semoga tabah menghadapi ujian Nya."

Ini adalah kata-kata pembaca Astro AWANI Wan Nadhea yang berharap Intan Maizura Othaman, isteri kepada pramugara pesawat MH370, Hazrin Mohamed Hasnan sentiasa tabah.

Kata-kata Wan Nadhea itu adalah hanya satu daripada ratusan doa dan kata-kata semangat kepada Intan Maizura.

Antaranya ialah kata-kata Mohd Izhwan Muhamad yang berkata beliau terharu dengan berita tragedi MH370 membuatkannya sangat sedih.

Kata-kata semangat seperti itu terus membanjiri laman Facebook Astro AWANI ekoran ia mendapat perhatian ramai yang sedih serta terharu mendengar kisahnya.

Turut berkongsi kesedihan dan doa adalah rakyat dari negara-negara jiran.

Alifzul Yiyiejoy dari Brunei berkata hampir setiap hari selepas sembahyang fardu mereka berdoa dan mengadakan sembahyang agar pencarian MH370 dipermudahkan meskipun tidak mengenali penumpang dan anak kapal.

intan, rain, mh370


Berikut adalah antara komen yang dikemukakan oleh pembaca-pembaca Astro AWANI.

Wan Nadhea:Ujian hebat untuk orang yang hebat...semoga tabah menghadapi ujian Nya...


Nurz Que: Ya Allah, hanya engkau sahaja yang tahu perasaannya sekarang ini. Kau tabahkanlah hatinya Ya Allah

Mohd Izhwan Muhamad:Hati tersentak membaca artikel ini.. tidak pernah rasa terharu begini rupa..sedih..sangat sedih..apatah lagi bagi beliau yang sedang menanggung beban tersebut..sememang Pn. Intan Maizura Othaman lebih tabah dalam mengharungi liku hidup akan datang dan membesarkan anak anak..Amin..

Norol'ain Mohd Noor:Luka yang paling dalam adalah luka yang tak dapat dilihat dengan mata dan kesedihan yang paling dalam adalah kesedihan yang tak terucap oleh kata kata..kami turut merasa kesedihan atas kehilangan MH370...ALFATIHAH. ...

Alifzul Yiyiejoy:Salam dari Brunei, semoga akak tabah menghdapi dugaan dan cubaan yg sangat berat ini..tapi akak harus ingat Allah ndakan menguji umatnya luar dari kemampuan umatnya..apabila ujian datang itu bererti Allah dekat dengan kita. Allah sayang dengan kita..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..apa yang dapat saya sampaikan semoga akak dan anak lebih tabah menghadapi ujian Allah dan Insyallah ada hikmah yang kita alum tahu..Allah Maha mengetahui segalanya..saya yakin akak antara manusia yang kuat..Al fatihah kami dari Brunei hampir setiap hari selepas sembahyang fardu mengadakan doa dan mengadakan sembahyang agar pencarian MH370 dipermudahkan..Walaupn kita saling tak kenal..apa yang pasti semua Umat Islam itu besaudara.


Nor Aziah Bahaludin:Buat Intan, semoga tabah mengharungi kehidupan akan datang. Semoga dipermudahkan segala urusan tanpa suami di sisi. Semoga Iman dan Muhd membesar menjadi anak yg soleh dan solehah. "Ya Allah, Kau permudahkan lah wanita ini saat dia melahirkan kelak. Kau berikanlah dia kekuatan, ketabahan dan kemudahan dalam menempuh hari-hari mendatang membesarkan anak.

Aniesa Villa:Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..tabahkan hatinya Ya Allah..Berikan kekuatan untuknya membesarkan anak anak.. Sesungguhnya Engkaulah pengatur kehidupan yang Maha Hebat..seandainya masih ada pengharapan kepada mereka (penumpang MH370) maka kembalikan mereka kepangkuan keluarga dalam keadaan selamat..Amin ya Allah..sungguh terharu..


Vivin Elisa: Ya Allah... Kau tabah kan lah wanita ini, berikan lah dia kemudahan,untuk membesar kan anak-anak nya.... Amin...


Norhayani Mohd Yusop: Subhanallah...sedihnya hati ini, sedar tak sedar air mata ini mengalir...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya...saya pun seorang ibu dan saya faham apa yang Intan rasakan...apa yg boleh saya katakan disini, tabahkan hatimu intan..Allah sentiasa bersamamu..moga ada hikmah disebalik...

Nora Ahmad Ucc:She looks so calm but deep inside..only Allah knows exactly how she feels..stay strong sis..may Allah bless your life #wedoprayforyou

Zahrotul Farihah Abdul Aziz:This bring tears to me...Dear little girl with BIG heart, you might not read this comment at all, but deep down inside, I know you are going to take very good care of your mummy and your little big brother Muhammad. You are strong little one. Much love from me dear.

Sejak kehilangan pesawat MH370 8 Mac lalu, Intan di dalam laman media sosial berkata beliau sudah menjangkakan bahawanya suaminya tidak akan pulang lagi kepangkuannya, namun, Intan tetap menaruh harapan dan berfikiran positif bahawa tidak lama lagi, suaminya pasti akan pulang.

"Saya akan move on (meneruskan kehidupan), saya redha apa yang terjadi, saya akan besarkan anak-anak dan jika benar dia (Hazrin) bersemadi di Lautan Hindi, tenanglah dia di sana,'' kata Intan.

Thursday 27 March 2014

INDONESIA YAKIN KEMAMPUAN MALAYSIA KETUAI SAR

Selepas China dan Malaysia, penumpang dari kalangan warga Indonesia merupakan ketiga yang teramai menaiki pesawat MH370.

Setiap perkembangan pencarian yang sudah hampir tiga minggu, pastinya menarik perhatian rakyat serta kerajaan negara berkenaan.

Ikuti temubual wartawan Harris Hardy Hakim bersama Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno bagi mengetahui lebih lanjut apakah pendirian kerajaan Indonesia mengenai misteri yang menyelubungi kehilangan MH370 dan operasi mencari yang diketuai Malaysia.

Waris penumpang saman MAS, Boeing di mahkamah Amerika

Malaysia Airlines System Bhd (MAS) dan Boeing menyedari hakikat bahawa terdapat beberapa saman bakal difailkan oleh ahli keluarga dan waris penumpang terkait dengan peristiwa kehilangan Pesawat MH370.

Namun begitu, dalam satu kenyataan balas email mereka, apa yang menjadi perkara “utama” pada waktu ini adalah untuk membantu apa sahaja keperluan yang dikehendaki bagi meringankan beban keluarga dan waris penumpang pesawat itu.

Malah, pereka isyarat pengesan lokasi bawah laut pesawat tersebut turut dikehendaki oleh firma guaman dan sehingga kini informasi yang berjaya diperoleh penyiasat kes tersebut hanyalah mengandungi identiti pesawat malang tersebut yang diperoleh dari satelit berdasarkan isyarat ‘Ping’ setiap jam.

Pensyarah undang-undang dari Universiti George Washington, Profesor John Banzhaf berpendapat bahawa keluarga dan waris yang memfailkan saman pada pengeluar pesawat tersebut, Boeing akan dapat sekurang-kurangnya memperdebatkan mengenai kegagalan sistem telemetri dan pengesan pesawat yang sepatutnya tidak mudah ditutup atau rosak ketika penerbangan.

“Komunikasi transponder merupakan suatu sistem yang sangat penting dalam penerbangan. Namun apabila ianya secara tiba-tiba dimatikan ketika penerbangan  - ia memungkinkan banyak perkara seperti angkara pengganas atau juruterbang yang sengaja menutupnya atau juga juruterbang dipaksa untuk menutup isyarat tersebut ketika nyawanya diancam semasa mengendalikan pesawat tersebut,” kata banzhaf.

Selain itu, penyediaan kuasa tambahan seperti bateri terhadap transponder tidaklah begitu mahal atau melibatkan kos tambahan namun kegagalan Boeing dalam mengkaji perkara-perkara seperti ini membuatkan mereka mudah menerima ancaman saman daripada ahli keluarga penumpang pesawat.

Malah, seorang peguam penerbangan dari Beijing Hao Junbo berkata beberapa keluarga penumpang pesawat tersebut dari China telah bertemu dengannya untuk membincangkan tindakan undang-undang yang bakal dibuat oleh mereka.

Kebanyakkan mereka bagaikan sudah hilang keyakinan dengan syarikat penerbangan yang dikawal oleh kerajaan Malaysia ini.

122 objek baru dikesan oleh MRSA - Hishammuddin

Sebanyak 122 objek dikenal pasti oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) di kawasan pencarian Australia, kira-kira 2,557 kilometer dari Perth.

Menurut Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, MRSA telah menerima imej satelit baru itu dari Agensi Pertahanan dan Angkasa Airbus yang berpangkalan di Perancis.

Katanya imej-imej yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370 itu diambil pada 23 Mac, di mana Australia, China dan Perancis telah pun mengedarkannya.

"MRSA telah menganalisa imej-imej tersebut di kawasan lautan berukuran 400 kilometer persegi, dan telah kenal pasti 122 objek-objek berpotensi.

"Ada objek yang berukuran satu meter panjang... yang lain-lainya berukuran 23 meter. Ada juga objek yang kelihatan terang, yang berkemungkinan terdiri daripada bahan pejal," kata Hishammuddin pada sidang media harian MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Rabu.

sat1
Imej 122 objek baru yang dikesan MRSA

Katanya penemuan terbaru MRSA itu telah diserahkan segera kepada Pusat Koordinasi Menyelamat Australia di Perth, kelmarin (Selasa).

Jelas Hishammuddin, pihaknya masih tidak dapat memaklumkan sama ada objek-objek itu ada kaitan dengan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac itu.

sat2
Kawasan pencarian Australia, kira-kira 2,557 kilometer dari Perth.

Walau bagaimanapun, katanya ini adalah penunjuk baru yang boleh membantu dalam operasi yang sedang giat dijalankan melibatkan 26 buah negara.

"Kami kini telah mempunyai empat petunjuk satelit berasingan, iaitu dari Australia, China dan Perancis, yang menunjukkan serpihan pesawat.

"Ia penting bagi kami untuk mengaitkan serpihan dengan MH370. Ini akan membolehkan kami untuk mengurangkan lagi kawasan carian, dan mencari lebih serpihan pesawat," kata Hishammuddin.

Sementara itu, dalam perkembangan operasi, Australia sedang mengetuai usaha pencarian di selatan Lautan Hindi di mana Malaysia masih terus memainkan peranan sebagai penyelaras operasi.

Kata Hishammuddin, semua negara sedang mempamerkan tahap kerjasama yang luar biasa dalam usaha ini.

Menurutnya, Australia telah membahagikan kawasan pencarian kepada dua sektor iaitu Timur dan Barat, di mana enam pesawat akan dikerahkan ke sektor Timur dan enam pesawat akan ke sektor Barat.

Di sektor Timur, operasi pencarian akan melibatkan sebuah P3 Orion milik Australia, tiga pesawat awam Australia, sebuah pesawat Ilyushin IL-76 milik China dan sebuah lagi P3 Orion milik New Zealand.

Di sektor Barat pula, pesawat-pesawat yang terlibat ialah sebuah P8 Poseidon milik Amerika Syarikat, empat buah P3 Orion yang masing-masing milik Korea, Jepun dan Australia, dan sebuah pesawat awam.

Tuesday 25 March 2014

Letak jawatan hanya akan dibuat selepas krisis ini selesai - Ahmad Jauhari

Ketua Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad Jauhari Yahya berkata segala keputusan sama ada beliau akan meletak jawatan dari MAS hanya akan dilakukan selepas krisis kehilangan pesawat MH370 ini selesai.  

"Adakah saya akan melepaskan jawatan saya ini, itu adalah keputusan peribadi yang hanya akan dilakukan selepas ini apabila segalanya selesai," kata beliau ketika ditanya pemberita pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau bersama-sama dengan Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof menerangkan bahawa perkara utama yang sangat penting untuk dilakukan pada saat ini ialah mencari pesawat tersebut yang disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media tergemparnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengesahkan bahawa perjalanan pesawat MH370 itu telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Pengesahan itu dilakukan selepas menerima maklumat kedudukan terakhir pesawat itu yang didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, INMARSAT dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) dan mendapati pesawat Boeing 777-200 itu telah terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

Sementara itu, Ahmad Jauhari juga menegaskan bahawa meskipun terdapat banyak permintaan dari keluarga dan waris penumpang pesawat tersebut dari negara China untuk terbang ke Australia bagi mengikuti perkembangan pencarian pesawat tersebut, kebenaran visa untuk ke negara tersebut hanya akan diberi oleh pihak Australia apabila bukti-bukti sahih mengenai penemuan pesawat tersebut di sekitar perairan negara itu benar-benar dijumpai.

"Kami telah diberitahu oleh pihak berkuasa Australia bahawa visa hanya akan diberi atau dikeluarkan apabila bukti-bukti sahih terhadap pesawat tersebut telah berjaya di temui," katanya.

Pihak MAS kini telah menyerahkan sepenuhnya siasatan kehilangan kepada pihak berwajib.

Dalam pada itu, pihak MAS telah menyediakan program komprehensif sokongan kepada keluarga dan waris penumpang MH370 dimana seramai 700 kaunselor telah disediakan.

"Setiap keluarga akan disediakan dengan dua kaunselor ini dimana mereka ini akan memberi bantuan sokongan, kauseling emosi, dan kebajikan kepada mereka dan dalam masa 72 jam seramai 40 kaunselor lagi telah ditambah demi memberi membantu keluarga-keluarga yang ditimpa kesusahan ini," katanya.

INMARSAT jejak MH370 guna pendekatan unik

Pendedahan bahawa pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia adalah berdasarkan analisis baru oleh penyiasat-penyiasat di United Kingdom dan firma satelit Britain, INMARSAT.

Menurut laporan BBC, INMARSAT mengemukakan data baru itu kepada bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) supaya ia boleh diperiksa sebelum disebarkan kepada orang awam.

INMARSAT berkata pengiraan terbarunya melibatkan sejumlah besar data analisis yang memberi tumpuan kepada beberapa faktor termasuk pergerakkan pesawat lain.

Firma itu menambah bahawa ini adalah teknik terbaru dan oleh kerana itu, analisis tersebut memakan masa.

Naib Presiden Kanan INMARSAT, Chris McLaughlin berkata firma itu mengkaji “ping” elektronik yang pesawat itu hantar kepada salah satu satelitnya.

"Kami telah berurusan dengan sesuatu yang baru. Kami telah cuba untuk membantu siasatan berdasarkan hanya satu isyarat yang diterima sekali setiap jam dari sebuah pesawat yang tidak ada sebarang data GPS, masa dan jarak maklumat.

"Mereka berjaya mencari jalan untuk mengatakan hanya satu “ping”  sahaja boleh digunakan untuk mengatakan pesawat itu membuat perjalanan. Kemudian, melalui proses penyingkiran dengan membandingkannya dengan pesawat-pesawat yang lain, diketahui ia terbang ke arah Selatan.

Sementara itu, dalam satu temubual di Sky News, MacLaughlin berkata pesawat yang terbang ke arah selatan itu kehabisan minyak.

Semalam, Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pesawat MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu,disahkan hilangdi kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Najib berkata, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit INMARSAT dan AAIB yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke koridor selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Pesawat itu membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia.

Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.

Siasatan awal mendapati pesawat yang hilang itu telah dilencongkan dengan sengaja oleh seseorang yang memandunya. Bagaimanapun, pelbagai spekulasi dan teori konspirasi timbul kerana sistem komunikasi dengan pesawat itu terputus dan tiada bukti-bukti kukuh atau petunjuk mengenai kehilangan pesawat itu.

Antara teori yang dikemukakan dalam masa pencarian sepanjang 17 hari lalu oleh pakar dan penganalisis penerbangan termasuk rampasan, sabotaj oleh juruterbang serta kemungkinan pesawat itu mengalami masalah sehingga menyebabkan semua anak kapalnya tidak sedarkan diri dan pesawat itu terbang sendiri sehingga kehabisan minyak.

Pesawat penerbangan MH370 membuat hubungan terakhir dengan pusat kawalan trafik udara semasa berada di Laut China Selatan di sebuah kawasan yang terletak antara sempadan Malaysia dan Vietnam.

Ia kemudian dikesan berpatah balik dari laluan asalnya dan terbang selama beberapa jam.

Usaha mengesan pesawat itu kemudiannya digerakkan di dua jalur di sebelah utara yang menganjur dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand serta dari Indonesia sampai ke selatan Lautan Hindi.

Kebebasan, Demokrasi Semakin Difahami Rakyat – Tun Musa Hitam

Kebebasan dan demokrasi di negara ini dilihat masih diterima dan semakin difahami rakyat, kata bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam.
Musa berkata buktinya setiap individu dan kumpulan menggunakan demokrasi dan kebebasan dalam setiap tindakan mereka yang menjadikan ia subur di negara ini.
“Lebih-lebih lagi dengan adanya demokrasi digital ia digunakan oleh golongan kelas pertengahan yang besar dan terpelajar berbanding zaman saya dahulu yang hanya dilihat sebagai satu bahagian kecil dalam masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘Dalam Radar’ terbitan Bernama Radio 24 di Wisma Bernama di sini, hari ini.
Musa berkata sehubungan itu, pemimpin kini perlu telus dan bermaklumat dalam mengeluarkan idea serta bersedia menerima segala cadangan atau kritikan daripada rakyat.
“Sebab itu kenapa pemimpin perlu telus, mesti bersedia dan mesti mampu menyuarakannya, kalau merepek habislah demokrasi kita,” katanya.
Dalam program berkenaan, Musa yang pernah menjadi Menteri Pelajaran (1978-1981) juga menekankan mengenai kualiti yang perlu dimiliki pelajar selain mengekalkan kecemerlangan akademik.
“Saya berpandangan mereka harus terima bahawa pendidikan meliputi keseluruhan. Mereka harus hadapi realiti dunia, berfikiran luas, pandai bergaul dan menanam sikap keyakinan diri yang tinggi terutamanya di kalangan pelajar Melayu,” katanya.
Dalam pada itu, Musa yang juga Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) berkata persidangan WIEF kali ke-10 tahun ini akan diadakan di Dubai pada 28 hingga 30 Okt depan.
“Lokasi Dubai sebagai tempat persidangan WIEF ke-10 merupakan satu galakan kepada WIEF sendiri setelah penganjuran WIEF ke-9 tahun lalu di London mendapat sambutan menggalakkan.
Fokus WIEF ke-10 kali ini masih belum dipastikan, namun ia akan berasaskan kepada maklum balas persidangan di London dan juga mengambil kira kehendak hos (Dubai) yang bercadang menjadi pusat ekonomi Islam sedunia,” katanya.
WIEF yang ditubuhkan pada 6 Mac, 2006, menyasarkan untuk meningkatkan kebajikan ekonomi masyarakat dan negara Islam di seluruh dunia dengan meningkatkan dagangan dan peluang perniagaan sesama mereka selain di dunia.
Pada edisi ke-9 forum itu di London tahun lepas, WIEF menerima perakuan global apabila berjaya menarik 2,800 perwakilan dari 128 negara.

KRONOLOGI KEHILANGAN PESAWAT MH370

Misi mencari yang menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 dengan kod MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang pada awal 8 Mac.

MH370 berlepas dari KLIA pada jam 12.41 tengah malam. Data yang diperolehi daripada radar awam dan tentera menunjukkan bahawa pesawat mula memasuki ruang udara Vietnam dan kemudian terputus hubungan radio pada 1:30 pagi, dan kemudian terputus hubungan radar pada 2:15 pagi 205 batu dari barat laut Pulau Pinang.

Ikuti kronologi kehilangan pesawat MH370.

MH370

Peratusan Mengundi Merosot Bukti Rakyat Tidak Suka Demokrasi Dipermainkan

Peratusan mengundi yang merosot dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bukti pengundi di kawasan itu tidak suka demokrasi dipermainkan oleh sesetengah pihak.
Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, perkara itu terbukti apabila jumlah yang mengundi merupakan terendah dalam sejarah PRK di semenanjung.
wan-azizah-calon-pkr-pakatan-kajang-anwar-tak-kena-tertawa-takut-kanak-kanak
“Baru Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pilih wakil rakyat, sekarang ni hendak keluar lagi mengundi kerana wakil rakyat yang mereka undi meletak jawatan  sewenang-wenangnya, tanpa berunding dengan pengundi mereka.
“Paling serius saya merasa terbukti di PRK Kajang ini adalah rakyat menjadi jemu,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri program Ruang Bicara di Bernama TV, Isnin malam.
Sejumlah 28,314 pengundi atau 72 peratus daripada keseluruhan 39,278 pengundi berdaftar, mengundi pada Ahad.
Jumlah itu menurun sebanyak 16 peratus berbanding 88.4 peratus pada PRU13, Mei tahun lepas.
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang meraih 16,741 undi berbanding 11,362 undi calon Barisan Nasional Datin Paduka Chew Mei Fun, dengan majoriti 5,379 undi.
Sementara itu, Datuk Wan Ahmad menyokong cadangan sesetengah pihak supaya mana-mana wakil rakyat yang melepaskan jawatan tanpa alasan yang kukuh dikenakan tindakan.
“Wajarlah perundangan dikaji semula supaya tidak membazir wang rakyat, membazir masa, tenaga dan tidak memperlekehkan pilihan rakyat.
“Kalau tidak berwaspada, cara peletakan jawatan seperti di Kajang ini akan terjadi lagi,” katanya.
Beliau mencadangkan jika benar seseorang wakil rakyat ingin melepaskan jawatan tanpa sebab yang kukuh, mereka hanya boleh berbuat demikian selepas tiga tahun berkhidmat.
“Selepas tiga tahun, tidak perlu lagi diadakan PRK. Kawasan itu akan ‘ditanggung’ oleh parti berkenaan. Maka tidak perlu mengeluarkan belanja sejuta ke dua juta untuk membuat PRK,” katanya.
PRK Kajang diadakan selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Jan lepas.

Hishammuddin ikut dukacita dengan nasib MH370

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi jaminan operasi mengesan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang disahkan hilang di selatan Lautan Hindi akan diteruskan.

Beliau memberikan jaminan itu melalui mesejnya di Twitter malam tadi, tidak lama selepas kedudukan terakhir pesawat Boeing 777-200 itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada dunia.

"Saya sangat memahami tidak ada kata-kata yang dapat mententeramkan ahli keluarga #MH370. Seluruh dunia bersama anda pada saat-saat sukar ini," katanya dalam mesej pertama.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan mengetuai jawatankuasa teknikal operasi mengesan dan menyiasat kehilangan pesawat yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu memberikan sidang media perkembangan operasi hampir setiap hari.

Dalam sidang medianya lebih kurang empat jam sebelum pengumuman Najib malam tadi, Hishammuddin antara lain memaklumkan mengenai penemuan dua objek di kawasan carian di selatan Lautan Hindi yang mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370 oleh pasukan pencari dari Australia.

Campur Tangan Kerajaan Bukan Faktor Indeks Kebebasan Akhbar Bagi Malaysia Menurun

Campur tangan kerajaan bukanlah faktor utama kepada berlakunya penurunan kedudukan Malaysia sebanyak 23 tangga dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2013.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata adalah tidak adil untuk menyalahkan kerajaan semata-mata sebagai punca tunggal kepada kurangnya kebebasan media kerana terdapat faktor penyumbang yang lain.
“Tanggapan orang ramai yang menganggap kebebasan akhbar musuhnya adalah kerajaan tidak semestinya betul, saya juga bimbang kedudukan kita merosot,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja pada Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Indeks Kebebasan Akhbar Dunia yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang didaftarkan di Perancis menunjukkan Malaysia jatuh ke tangga 145 daripada 179 buah negara tahun lepas berbanding kedudukan ke-122 pada tahun sebelumnya.
Ahmad Shabery berkata faktor campur tangan daripada individu tertentu yang berpengaruh juga menyumbang kepada penurunan itu.
“Kalau kejap-kejap (media) kena saman dan larangan liputan beberapa akhbar oleh sesetengah parti politik juga telah menurunkan indeks kebebasan akhbar.
“Misalnya orang yang boleh mengawal contohnya dari pejabat seorang ketua menteri, dia terus telefon editor akhbar untuk memastikan apakah sepatutnya menjadi tajuk muka depan akhbar, ia mencampuri urusan akhbar untuk berjalan dengan baik ini juga menyebabkan berlakunya penurunan ranking kita,” kata Ahmad Shabery.
Beliau berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk penambahbaikan dalam usaha mempertingkatkan kebebasan media di negara ini termasuk kelonggaran pengeluaran permit akhbar.
“Kalau dahulu permit suratkhabar perlu diperbaharui setiap tahun, tapi sekarang tidak ada, secara automatik permit diluluskan kecuali akhbar itu melanggar peraturan, tetapi kenapa ranking kita jatuh.
“Negara seperti Filipina tiada permit tetapi rankingnya di bawah kita, Indonesia setelah habisnya rejim Suharto langsung tidak ada permit tetapi kedudukannya tidak pula melambung.

Penerbangan MH370 Berakhir Di Selatan Lautan Hindi – Najib

Selepas 17 hari menunggu dengan penuh debaran, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan bahawa penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Najib membuat pengumuman itu berdasarkan hasil analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan.
sidang-media-najib-hisham-azharuddin-sahih-lautan-hindi-mh370-pwtc
“Menggunakan sejenis analisis yang belum pernah digunakan sebelum ini dalam siasatan seperti ini, mereka mampu memberi beberapa petunjuk lebih jelas mengenai laluan penerbangan MH370.
Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
“Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang tempat pendaratan. Oleh itu dengan perasaan amat sedih dan terharu saya ingin memaklumkan bahawa menurut data terkini, Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi,” kata Najib dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Perdana Menteri berkata Malaysia Airlines telahpun memaklumkan kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal mengenai perkembangan itu.
“Bagi mereka, beberapa minggu lepas merupakan tempoh yang memilukan, saya sedar berita ini akan lebih menyedihkan lagi. Saya menggesa pihak media menghormati privasi mereka dan memberikan mereka ruang yang diperlukan di saat-saat sukar seperti ini,” kata Najib.
Beliau berkata maklumat lanjut berhubung perkembangan ini akan diumumkan esok.
Najib berkata sidang akhbar yang tidak dijadualkan malam ini diadakan bagi memaklumkan kepada dunia mengenai perkembangan baharu itu dengan secepat mungkin.
“Kami berkongsi maklumat ini kerana kami komited kepada sikap terbuka dan menghormati anggota keluarga terbabit, dua prinsip yang menjadi amalan dalam siasatan ini,” katanya.
Turut hadir Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Ketua pegawai eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya yang juga hadir pada siding akhbar berkenaan kelihatan menitiskan air mata ketika pengumuman itu dibuat.
Ketika pengumuman itu dibuat, ramai wartawan yang mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 turut menitiskan air mata.
Pesawat malang yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu, hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Usaha mencari dibahagikan kepada dua koridor iaitu koridor utara yang menganjur dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke sebelah utara Thailand, manakala koridor selatan meliputi kawasan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Operasi SAR MH370 disifatkan sebagai yang terbesar seumpamanya dalam sejarah membabitkan lebih 27 negara.

Monday 24 March 2014

Mesej video dari Ahmad Jauhari terima respon positif

Mesej video dari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berkaitan kehilangan pesawat MH370 8 Mac lalu menerima respon positif dari orang ramai.

Mesej yang dimuatnaik di YouTube telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari  antara mesejnya menekankan bahawa keutamaan mereka ketika ini adalah untuk terus memberi bantuan dan sokongan kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH370 dalam menghadapi situasi yang sukar ini.

Ahmad Jauhari juga mengulangi pendirian MAS dalam menyokong penuh misi mencari dan menyelamat, SAR yang melibatkan penyertaan dari 26 negara.

“Misi pencarian akan diteruskan hari ini (Ahad) dan ia merupakan tempoh yang amat sukar kepada keluarga penumpang dan anak kapal .

“Setiap jam yang berlalu tanpa banyak perkembangan membuatkan banyak hati yang menderita, doa dan ingatan kami akan selalu bersama keluarga penumpang dan teman-teman,” kata Ahmad Jauhari dalam video tersebut.

Ramai yang menonton video ini berharap agar syarikat penerbangan kebangsaan itu terus tabah dan tidak putus asa dalam menghadapi dugaan ini.

MH370 Facebook

Friday 21 March 2014

Saya tidak "melatah" apabila umum objek ditemui mungkin serpihan pesawat - Tony Abbott

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menjelaskan beliau tidak "melatah" apabila mengumumkan imej satelit yang menunjukkan objek yang mungkin merupakan serpihan pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Menurut Abbott, beliau ada tanggungjawab untuk memaklumkan kepada keluarga penumpang dan anak kapal mengenai perkembangan usaha mengesan pesawat itu.

"Ia mungkin hanya kontena yang jatuh dari sebuah kapal, kita tidak tahu.

"Tetapi kami bertanggungjawab kepada keluarga dan sahabat handai (kepada 239 orang) yang berada dalam penerbangan MH370 untuk melakukan apa yang boleh untuk cuba menyelesaikan apa yang setakat ini teka-teki yang luar biasa.

"Kami juga bertanggungjawab untuk memberikan maklumat sebaik kami menerimanya dan saya rasa itulah yang kami lakukan (pada Khamis) di Parlimen," katanya semasa dalam lawatan rasmi ke Papua New Guinea, seperti dipetik oleh ABC News pada Jumaat.

Pihak berkuasa Australia mengenal pasti dua objek yang dirakamkan oleh satelit di kawasan yang terletak kira-kira 2,500 kilometer di barat negara itu yang dirakamkan pada 16 Mac lalu.

Usaha mengesan dua objek berkenaan bagaimanapun sehingga ini masih buntu kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) yang menyelaraskan operasi mengesan objek itu memaklumkan lima pesawat meninjau kawasan berkenaan pada Jumaat. Ia disertai oleh sebuah kapal kontena dari Norway yang tiba di kawasan itu semalam serta sebuah lagi kapal dagang yang akan sampai malam ini.

AMSA dalam kenyataannya pada Khamis menyifatkan imej satelit itu sebagai "petunjuk terbaik" namun mengingatkan ia mungkin tidak ada kaitan dengan pesawat MAS yang hilang itu.

Imej satelit yang dirakamkan oleh syarikat imejan satelit di Colorado, Amerika Syarikat itu menunjukkan objek yang satu daripadanya berukuran 24 meter panjang.

China pada Jumaat mengerahkan tujuh kapal tambahan untuk menyertai operasi mencari di selatan Lautan Hindi, lapor agensi berita Xinhua. Tujuh kapal itu akan menyertai tiga kapal tentera laut China yang sudah bergerak pada Khamis.

Antara kapal milik China yang dikerah ke kawasan itu termasuk kapal pemecah ais, Xuelong yang berlabuh di pelabuhan Fremantle di barat Australia.

Operasi mengesan objek itu dimulakan pada Khamis dengan menempatkan boya yang menganalisis arus laut dan arah angin untuk mengesan lokasi objek itu selepas dirakamkan oleh satelit.

Fuad Hassan Terpaksa Sekolahkan Anwar…

Anwar kata cara bapa Najib, Allahyarham Tun Razak mengurus krisis Japanese Red Army (JRA) pada tahun 1975 semasa mereka menawan 50 tebusan di bangunan American International Assurance (AIA), Kuala Lumpur adalah lebih baik dari cara Najib mengurus krisis MH370.
pm-tun-razak-krisis-japanese-red-army-jra-bangunan-aia-tebusan-1975
Masa tu katanya Tun Razak menghantar Ghazali Shafie sebagai perunding dan berjaya membebaskan 53 orang tebusan.
Saya seperti rakyat Malaysia yang sangat mengikuti peristiwa tersebut kerana pada tahun 1975 saya merupakan pemimpin pelajar di Universiti tempatan.
Pengurusan Japanese Red Army ketika itu adalah lebih mudah kerana:
1. Kita tahu dimana lokasinya: di daratan dan di kuala Lumpur.
2. Kita tahu siapa kumpulan tersebut, JRA, kerana mereka mengistiharkannya.
3. Kita tahu apa mahunya, kerana mereka ingin mendapatkan perhatian dunia tentang masalah dalaman mereka di Jepun.
4. Kita tahu mereka sedia berunding dengan kerjasama kedutaan asing.
5. Kita tahu mereka mahu keluar daripada bangunan AIA dan Malaysia.
Soalannya:
Siapa yang tahu dimana MH370 ?
Dengan siapa kita nak berunding ?
Siapa yang tahu apa kehendaknya ?
Kedutaan mana yang boleh jadi orang tengah ?
Apakah mereka masih hidup atau sebaliknya ?
Kalau Anwar boleh jawab soalaan di atas tolonglah selamatkan nyawa MH370, tak perlu sehingga jadi Perdana Menteri baru nak bertindak.
Kalau tidak, usah buat perbandingan bodoh dan tak masuk akal semata2 untuk memenangkan isterinya di Kajang.
Oh seperkara lagi, seingat saya Anwar tidak pernah memuji Tun Razak semasa hayatnya.
Tetapi beliau antara yang bertanggungjawab menghasut pelajar membenci Perdana Menteri Tun Razak sehingga akhir hayatnya. – Dato Fuad Hassan
melayupasirgudang.blogspot.com
fuad-hasan-jasa-jawab-anwar-tuduh-mh370-tun-razak-krisis-japanese-red-army-jra-bangunan-aia-tebusan-1975

Daim jawab tuduhan Anwar

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin tidak berminat untuk melayan tohmahan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya kerana segala tuduhan itu jelas beliau, cuma memperlihatkan kejahilan Ketua Pembangkang tersebut dalam aspek perbankan.
daim-answer-anwar-accuse-waste-time-come-gone-paper
Berikut adalah kenyataan penuh Daim:
Saya merujuk kepada laporan Utusan Malaysia bertarikh 18 Mac tentang tohmahan Anwar terhadap saya.
Saya sudah malas hendak menjawab tohmahan Anwar kerana ini semua adalah satu bahan ketawa semata-mata. Lagipun ia tidak ada modal untuk mempertahankan ‘Kajang Move’ dan ketandusan bahan untuk berceramah.
Suatu ketika dahulu beliau memberitahu (bekas Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa saya telah membawa keluar RM2 bilion dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS). Dr. Mahathir ketawa mendengar cerita Anwar dan menjawab: “Bukankah lebih baik Daim hantar melalui pindahan elektronik bank.”
Jelas sekali Anwar tidak faham cara bank menjalankan urusan mereka dan dia juga tidak tahu berapa banyak RM2 bilion itu berbanding dengan ‘cash in circulation’ di dalam negara ini. Sekiranya RM2 bilion itu diambil dari ‘money circulation’ tidak akan cukup wang tunai untuk diniagakan di negara ini.
Bodoh kalau seseorang itu untuk mengumpul dan menyimpan wang tunai sebanyak itu dan jika dibawa di dalam pesawat, agaknya semua kerusi akan dipenuhi dengan kotak-kotak berisi wang tersebut.
Sebagai Menteri Kewangan, beliau patut tahu sekiranya wang itu dibawa keluar dari ‘circulation’. Bank Negara terpaksa mencetak lagi wang kerana tiada lagi ‘cash in circulation’. Tidakkah Menteri Kewangan tidak tahu perkara yang semudah ini?
Seperkara lagi, apa pula dengan Jabatan Kastam. Bukan sahaja di Malaysia tetapi di destinasi di mana MAS hendak mendarat. Tengok apa jadi kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Selain itu, Anwar kata dia tahu saya rasuah kerana beliau mengambil alih daripada saya sebagai Menteri Kewangan. Buktinya mengikut beliau, saya buka bank-bank di Eropah Timur dan Afrika. Mungkin beliau tidak tahu ada akta ‘Money Laundering Act’ dan jika ingin menjadi pengarah bank pun, tiap-tiap bank negara di setiap negara akan menyiasat sama ada seseorang itu adalah ‘a fit and proper person’.
Lebih-lebih lagi jika ingin membuka sebuah bank, syarat dan undang-undang yang dikenakan adalah lebih ketat (stringent). Sebagai bekas Menteri Kewangan, beliau patut tahu mengenai perkara ini.
Tohmahan-tohmahan itu hanya menunjukkan beliau tidak tahu mengenai dasar-dasar perbankan dan beliau akan menjadi bahan ketawa. Tolong jangan tunjukkan kejahilan anda.
Sekiranya ini adalah salah satu bahan gurauan di dalam ceramahnya, objektif beliau untuk menjadi seorang penghibur sudah tercapai.

Enam individu misteri di anjung tinjau KLIA diarah beredar

Enam individu misteri yang kelibat mereka sering kelihatan berada di Anjung Tinjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diarah beredar.

Maklumat itu disahkan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) melalui kemaskini terbaru di Facebook rasmi PDRM hari ini.

Sejak Selasa lalu, dua warga asing dilaporkan melakukan aktiviti mengambil gambar dan nombor setiap pesawat di KLIA.

Semalam, enam lagi individu dikesan turut melakukan aktiviti sama.

Semua individu warga Inggeris terbabit dilihat duduk di anjung tinjau KLIA sambil meneropong setiap pesawat sebelum mengambil gambar dan merekodkan nombor pesawat di landasan.

Aktiviti mereka itu menarik perhatian anggota keselamatan yang kemudian meminta mereka meninggalkan kawasan itu.

Reformasi 2.0 Manifestasi Permainan Politik Pembangkang

Sememangnya pakatan pembangkang khususnya PKR amat sinonim dengan gerakan reformasi, maka tentunya penganjuran reformasi 2.0 yang bertemakan ‘Kembalikan Keadilan, Hentikan Kezaliman’ yang dijadualkan malam ini bukanlah sesuatu yang menghairankan, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Selangor, Salbiah Saari.
Ujar beliau, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang berlangsung sekarang ini adalah satu lagi bukti bahawa pakatan pembangkang menggunakannya bagi melancarkan reformasi 2.0.
“PKR memang terkenal dengan reformasi mereka malah sebelum ini pun macam-macam demonstrasi yang dilakukan walaupun ternyata matlamat mereka kabur dan gagal untuk difahami oleh para pesertanya sendiri pun,” katanya kepada UMNO-Online.
Pakatan pembangkang dijadualkan akan melancarkan jelajah rakyat bangkit melalui reformasi 2.0 yang antara tujuannya adalah untuk menamatkan segera onar penderitaan rakyat dengan satu fasa gagasan perjuangan yang diperbaharui lantaran kononnya kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRU lalu telah mengakibatkan mereka bertindak lebih zalim termasuklah menggunakan mahkamah sebagaimana hukuman yang dijatuhkan kepada Anwar Ibrahim.
“Soalnya sekarang siapa yang zalim kerana jika diperhalusi, pakatan pembangkang sendiri telah menggunakan keupayaan demokrasi itu untuk membolehkan PRK Kajang dibuat yang mana secara tidak langsung rakyat di sini terpaksa mengundi sekali lagi sedangkan PRU belum pun sampai setahun.
“Pemimpin dalam pakatan pembangkang bertindak tidak adil apabila mempergunakan jawatan wakil rakyat sebagai cara mereka menunjukkan kuasa sebagaimana ADUNnya tanpa sebarang sebab yang munasabah telah meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar yang kemudiannya diambil alih oleh Wan Azizah. Adakah ini satu keadilan?”
Tegas beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Tanjong Karang, tindakan pemimpin pakatan pembangkang khususnya pentadbiran Negeri Selangor menjadikan PRK Kajang sebagai mainan politik mereka adalah sesuatu yang bersifat zalim.
“Mereka mendakwa kerajaan zalim, tidak adil, penipu dan macam-macam lagi tuduhan sedangkan mereka sendiri tidak pula mempersoalkan tindakan yang para pemimpin mereka lakukan.
“Hanya kerana cita-cita politik, pemimpin pembangkang akibatkan PRK Kajang dibuat tanpa sebab munasabah, jadikan rakyat Kajang sebagai batu loncatan walhal banyak lagi janji-janji manis lalu tidak tertunai.”
Dalam hal ini beliau mengajak rakyat untuk menyorot pelbagai insiden negatif yang tercetus dari demonstrasi sebagimana reformasi jalanan, Bersih 1, 2 dan 3, himpunan ambang tahun baru dan macam-macam lagi.
“PRK Kajang ini hanya satu sandiwara mereka untuk melancarkan himpunan sebagaimana reformasi 2.0 kerana jika tidak ada PRK pun, demonstrasi jalanan akan tetap dilakukan oleh puak-puak pembangkang ini.”
Lebih dari itu katanya, tindakan pakatan pembangkang yang gemar menggunakan reformasi sebagai cara meluahkan perasaan mereka juga adalah satu lagi ketidakadilan yang dibuat.
“Mereka membuat tuduhan, zalim, tidak adil, kejam dan macam-macam lagi malah pihak berkuasa dan anggota badan beruniform yang melaksanakan tugas untuk memastikan keselamatan juga menjadi mangsa permainan politik mereka.”
Biarpun begitu katanya, BN tidak pernah mengendahkan tindakan negatif pakatan pembangkang kerana fokus utama adalah berkhidmat kepada rakyat dalam apa-apa jua keadaan.
Difahamkan, himpunan rakyat bangkit reformasi 2.0 ini akan dilaksanakan secara bersiri dengan menjelajah ke seluruh negara yang kemuncaknya dijadualkan melalui himpunan gergasi pada 1 Mei depan di medan jalan raya ibu kota.

MAS sedia bawa keluarga ke Australia

Malaysia Airlines (MAS) bersedia membawa keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 ke Australia jika dua objek yang dikesan imej satelit di selatan Lautan Hindi disahkan sebagai milik pesawat yang hilang itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata kepentingan keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu sentiasa menjadi keutamaan syarikat penerbangan nasional itu.

“Kami memang menjaga waris (para penumpang pesawat ini) dan seandainya pesawat dikesan berada berdekatan Australia, sudah pasti kami akan menguruskan usaha membawa waris ke sana," kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam taklimat media harian mengenai perkembangan terkini berhubung operasi mencari dan menyelamat pesawat itu di sini, yang turut dihadiri Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata di Canberra pada Khamis bahawa imej satelit menunjukkan dua objek yang boleh dikaitkan dengan pesawat Malaysia itu yang hilang pada 8 Mac.

Ahmad Jauhari berkata MAS komited untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini, sehingga dua hingga tiga kali sehari, kepada semua keluarga penumpang.

Sementara itu, Hishammuddin memberi jaminan bahawa semua keluarga adalah yang pertama akan dimaklumkan sekiranya ada pengesahan mengenai imej-imej satelit atau sebarang perkembangan terkini dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat itu, yang masuk hari ke-13 hari ini.

"Saya rasa berita tergempar yang boleh dipercayai berhubung imej satelit itu hari ini pasti berlegar dalam pemikiran keluarga.

"Saya rasa itulah yang akan menjadi perkara pertama yang akan kami sampaikan kepada keluarga apabila maklumat itu diterima," katanya sambil mezahirkan rasa simpatinya yang mendalam kepada keluarga berkenaan.

Beliau menyatakan bukan mudah untuk mengendalikan keluarga-keluarga yang  dalam keadaan amat sedih, dan pihak berkuasa negara kini mempelajari cara menangani situasi itu daripada Agensi Keselamatan Penerbangan Perancis (BEA).

"Ini sangat sukar (untuk berurusan dengan pihak keluarga). Saya telah berbincang dengan pasukan Perancis yang perlu berurusan dengan keluarga para penumpang Air France 447 selama dua tahun selepas nahas itu (pada 2009)," kata beliau.

Pasukan BEA tiba pada Isnin untuk membantu pasukan penyiasatan antarabangsa yang diketuai Malaysia mencari pesawat itu, dengan tumpuan carian di dasar laut.

Pada 2009, pasukan BEA terlibat dalam usaha mengesan Air France 447 yang terhempas dan mengorbankan kesemua 228 orang yang menaiki pesawat itu, dan kotak hitam pesawat itu hanya ditemui dua tahun selepas tragedi itu.

Hishammuddin berkata penyampaian maklumat yang tepat dan terkini kepada keluarga berkenaan juga menjadi keutamaan mereka, hingga mendorong kerajaan menghantar pasukan peringkat tinggi ke Beijing, China petang tadi.

"Wakil-wakil kerajaan Malaysia sudah pun menemui keluarga berkenaan yang diketuai utusan khas Perdana Menteri ke China (Tan Sri Ong Ka Ting).

"Pegawai Kedutaan China juga membantu dengan mengetuai taklimat untuk keluarga-keluarga dari China yang berada di Kuala Lumpur," kata beliau.

Pesawat 777-200ER itu, yang menuju ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Pesawat itu dicari di Laut China Selatan namun kawasan pencarian diperluaskan dengan merangkumi sebahagian besar kawasan barat Malaysia, termasuk Lautan Hindi, apabila pesawat itu dipercayai melencong daripada laluan asal penerbangannya setelah seseorang secara sengaja mematikan sistem komunikasi pesawat, dan pesawat itu terbang untuk beberapa jam selepas itu.

Pencarian kini ditumpukan ke dua koridor - koridor utara yang merangkumi Kazakhstan, Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan yang merangkumi Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.