Nuffnang Ads

Friday, 21 February 2014

DAP Umpama Penyamun Yang Menuduh Pihak Lain Penyamun – Shahidan

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim membidas DAP yang berterusan menjadikan isu perkauman dan agama sebagai  modal politik mereka untuk menagih simpati dan pengaruh di kalangan rakyat di negara ini.
Menurut beliau, biarpun begitu DAP cuba menutup ideologi dan prinsip parti tersebut yang bersifat perkauman dengan menuduh pihak lain, khususnya UMNO sebagai sebuah parti perkauman dan rasis.
“DAP ini seumpama penyamun yang cuba menuduh orang lain sebagai penyamun untuk menyembunyikan identitinya sebagai penyamun. Mereka yang rasis dan cauvinis, tetapi mereka cuba alihkan kepada UMNO  dengan pelbagai dakwaan dan tohmahan mereka di dalam setiap ceramah yang mereka buat.
projek-hina-agama-bangsa-negara-melayu-islam-umno-bn-pembangkang-pakatan-dap-rasis-ekstremis
“Kalau dia menuduh UMNO parti rasis dan sebagainya, ini adalah semata-mata untuk menutupi sikap dan pendirian kepimpinan mereka yang sebenarnya rasisi dan cauvinis. Ia dipanggil sebagai teknik  reverse psikology untuk mendoktrin pemikiran rakyat agar persepsi bahawa UMNO sebuah parti rasis akan melekat di fikiran mereka.
“Mereka menuduh UMNO dengan harapan agar rakyat, khususnya bukan Melayu akan terpengaruh dan seterusnya menyokong perjuangan DAP yang dianggap sebagai satu perjuangan untuk semua bangsa,” tegasnya di sini hari ini.
Sikap dan ideologi rasis yang diterapkan di dalam DAP  jelas dapat dilihat dengan beberapa insiden di mana ada terdapat kepimpinan DAP yang mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang.
“Kenyataan orang India balik India, menyifatkan pekerja kerajaan sebagai kucing kurap dan banyak lagi kenyataan yang menyinggung kaum-kaum tertentu, sudah cukup untuk menyerlahkan ideologi rasis dan cauvinis yang didokong oleh kepimpinan DAP.
“Malah, jika kita lihat susun atur pemilihan CEC DAP baru-baru ini juga tidak menggambarkan parti itu terbuka untuk semua kaum, apabila jawatankuasa pusat parti tersebut didominasi oleh satu kaum saja. Manakala kaum lain yang berada di dalam DAP seolah-olah  terpinggir bahkan ada yang tidak dijemput untuk menghadiri pemilihan parti tersebut,” tegasnya.
Namun kata Shahidan lagi, agak malang apabila ada juga di kalangan bangsa Melayu yang menyokong perjuangan DAP yang pada hakikatnya bersifat rasis dan cauvinis yang ekstrim.
“Mereka tak mahu sokong UMNO kerana kata mereka kononnya UMNO sebuah parti rasis. Memang benar UMNO adalah parti yang berteraskan perkauman, sama seperti MCA dan MIC. Tetapi perlu diingat bahawa perjuangan UMNO dalam usaha untuk memakmurkan negara tidak meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.
“Seperti mana orang Melayu di dalam Pas yang kini bergabung dengan DAP, mereka bukanlah bersetuju sangat dengan sikap dan pendekatan kepimpinan DAP yang seringkali memainkan isu-isu perkauman dan agama yang sensitif, tetapi kerana terlalu dahagakan kuasa memerintah maka mereka terpaksa sokong juga,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment