Nuffnang Ads

Friday, 28 February 2014

Saman RM2 Juta: Permainan Halus PKR Untuk Aibkan Presiden Pas?

Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari sedikit pun tidak terkejut berhubung saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon pilihan raya PKR,  Mohd. Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memperlihatkan hubungan sebenar antara kedua parti pembangkang berkenaan.
Menurut beliau jika hubungannya bersifat ikhlas dan kukuh tidak akan timbul perkara sedemikian dan sudah pasti ianya akan diselesaikan serta diambil tindakan awal secepat mungkin bagi menjaga hubungan yang sedia terjalin.
“Itu juga bukankah ianya menunjukkan ahli PKR tidak menghormati Ketua Umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kalau nak jaga muka Ketua, takkanlah sanggup saman menyaman antara sesama sendiri. Bukan calang-calang orang…Presiden parti rakan sekutu pulak tu.
saman-cara-halus-anwar-pkr-malu-presiden-pas-hadi-awang
“Lagi satu… kata ada Majlis Presiden yang bermesyuarat antara kepimpinan mereka. Sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan di peringkat Majlis Presiden sahaja. Sebenarnya inilah potret sebenar hubungan mereka itu,” katanya.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperintah membayar ganti rugi RM2 juta kepada Ketua Angkatan Muda PKR Dungun, Mohd Shamsul Mat Amin yang menjadi calon PKR DUN Bukit Besi pada pilihan raya umum lalu berhubung kes saman fitnah.
Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan pada 5 Disember lalu.
Mengulas lebih lanjut Anuar seterusnya menambah isu tersebut akan menjadi modal serta bahan kepada kumpulan tertentu di dalam Pas sendiri untuk memalukan Presiden parti berkenaan.
“Hari ini ruangnya sudah terbuka luas untuk mereka yang tidak sebulu dengan Hadi untuk menyerang. Pendek kata isu saman merupakan ‘bola tanggung’ kepada musuh dalam selimut mereka sendiri.
“Dan tidak mustahil isu berkenaan akan digunakan sebaik mungkin untuk menurunkan Hadi daripada Presiden menerusi tangan-tangan ghaib. Kita tengok nanti apa kesudahannya. Apa pun PKR sudah tentu akan cuba memperbaiki kerosakan isu berkenaan khususnya menjelang PRK Kajang nanti,” ujarnya.
dap_karpal_anwar_pkr_guna_peralat_pas

No comments:

Post a Comment