Nuffnang Ads

Friday 21 February 2014

Tindakan Kerajaan Selangor Lengahkan Langat 2 Burukkan Krisis Air – Noh Omar

Tindakan kerajaan negeri Selangor melengah-lengahkan pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang tertangguh sejak 2010 sebenarnya memburukkan krisis air di negeri itu terutama pada musim kemarau seperti sekarang.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MPTNS), Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan negeri seharusnya lebih realistik dan serius dalam menyelesaikan isu tersebut kerana masalah air di negeri itu sudah berlarutan sejak sekian lama.
pembinaan_loji_langat_2_selangor_air
Katanya, dakwaan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini yang mengaitkan krisis air di Selangor sebagai agenda Barisan Nasional (BN) menjatuhkan pakatan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang adalah sangat tidak berasas sedangkan masalah air adalah tanggungjawab mereka sendiri.
“PR jangan asyik politikkan isu air di Selangor atau menyalahkan orang lain setiap kali masalah air melanda kerana ia tidak akan selesai bahkan mereka sepatutnya fikir, krisis air ini melibatkan semua pengguna sama ada penyokong PR atau BN.
“Jika nak ambil alih pengurusan air negeri, segerakan kerana jangan disebabkan pengambil alihan masih tidak selesai, Langat 2 tak dapat dibina dan rakyat pula terus sengsara dengan krisis air yang tidak berkesudahan ini,” katanya di sini hari ini.
Noh mendakwa tindakan kerajaan negeri menyekat pembinaan projek kolam takungan air Pancang Bedena di Sabak Bernam yang sepatutnya siap tahun lepas untuk pertanian juga memberi tekanan hebat kepada petani.
“Campur tangan kerajaan negeri dalam projek kolam yang dibina kerajaan pusat itu menyebabkan ia tidak dapat disiapkan sedangkan ia mampu menampung kegunaan pesawah di daerah itu pada musim kemarau,” katanya.

No comments:

Post a Comment