Nuffnang Ads

Friday, 28 September 2012

1,300 lagi pengguna air Selangor tuntut janji


Firma Guaman Kamaruddin & Partners, hari ini telah dilantik seramai 1,300 pengguna air di Negeri Selangor untuk menfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap Kerajaan Negeri Selangor, Menteri Besar Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di bawah Skim Air Percuma yang dijanjikan dalam manifesto pakatan PKR dan Pas Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) yang lalu.
Peguam, Kamarudin Ahmad berkata, tuntutan oleh kumpulan pengguna air hari ini merupakan kumpulan ketiga dari kawasan penduduk Kinrara Puchong, Bukit Mahkota Cheras dan penduduk Seksyen 18, Shah Alam.
“Pihak plaintif yang menghuni flat kos rendah sangat kecewa dengan dasar diskriminasi yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ke atas plaintif dalam pemberian air percuma kepada pengguna air dalam Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor telah mengutamakan penduduk rumah teres dan banglo daripada golongan kelas menengah dan atasan dalam pemberian skim air percuma ini.
“Plaintif-plaintif adalah pengguna meter pukal dan manifesto pakatan Pas dan PKR tersebut menjanjikan bekalan air kegunaan domestik secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan tanpa menyatakan syarat bahawa pengguna air mesti menggunakan meter individu,” ujarnya selepas menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi di sini.
Tambahnyaa, Syabas seharusnya telah menukar meter plaintif-plaintif daripada meter pukal kepada meter individu memandangkan kerajaan telah mengarahkan Program Penukaran Meter Individu Kepada SYABAS sejak tahun 2007 dan sekiranya Syabas gagal berbuat demikian, ianya bukanlah kesalahan plaintif untuk dinafikan hak penikmatan skim air percuma tersebut.
“Saya hendak jelaskan latar belakang tuntutan plaintif iaitu pada tahun 2008, pengguna air di Negeri Selangor terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan pertama adalah mereka yang menggunakan meter individu manakala golongan kedua ialah mereka yang menggunakan meter pukal.
“Oleh yang demikian, skim air percuma yang dijanjikan dalam manifesto Pas dan PKR Selangor secara automatiknya merangkumi kedua-dua golongan pengguna air," ujarnya.
Sehubungan dengan itu, jelas beliau lagi saman tuntutan plaintif di Mahkamah Tinggi Shah Alam adalah usaha terakhir pihak plaintif bagi mendapatkan keadilan dan pembelaan daripada sistem kehakiman negara memandangkan Kerajaan Negeri Selangor telah pun membuat keputusan untuk tidak melayan tuntutan hak skim air percuma daripada pengguna meter pukal domestik dalam Negeri Selangor.
Dalam masa yang sama, Timbalan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Ameer Firdaus Bin Mohd Shreef berkata, penggunaan meter pukal tidak sepatutnya dijadikan alasan memandangkan perkara itu telah dijanjikan kepada semua pemilik kediaman di seluruh Selangor sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negeri ini.
Lebih mengecewakan tegasnya, kerajaan negeri lebih mengutamakan penduduk rumah teres dan rumah banglo daripada golongan kelas menengah dan atasan dalam skim air percuma tersebut, manakala golongan yang lebih memerlukan telah dinafikan hak.
Wakil penduduk Apartmen Lavender Vista, John Dawson berkata, terbukti Kerajaan Selangor dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menipu dan memperdayakan rakyat, khususnya rakyat Selangor dengan mengumpan memberikan air percuma.
“Pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Selangor Bersih, Maju dan Berkebajikan telah berjanji untuk memberikan air percuma kepada seluruh rakyat di Negeri Selangor sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri.
“Malangnya, selepas diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini, mereka lupa pada janji mereka. Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 oleh Kerajaan Selangor hanya 'sekadar melepaskan batuk di tangga'," katanya. 
Mai Pikiaq Pi: Janji PR tak perlu ditepati, kata Khalid Ibrahim... - lawakkan....

Hassan: ‘Islamist Democrats’ Bukan Berpaksikan Islam

Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, satu aliran baru yang cuba dibawa dalam PAS yang dinamakan ‘Islamist Democrats’ bukan berpaksikan ajaran Islam.
“Dalam satu forum yang dihadiri oleh YB Dr. Zulkifli Ahmad, dia telah mengemukakan satu frasa namanya ‘Islamist Democrats’.
“Ini telah timbul macam-macam (penafsiran) di dalam blog dan sebagainya, dalam keadaan orang tidak bersetuju dengan pendapat itu. Mana boleh Islam itu nak didemokrasikan, mana boleh Islam itu nak dimasukkan satu fahaman yang namanya fahaman ‘demokrat’,” katanya.
Menurutnya, perkara yang berkaitan dengan Islam perlu merujuk kepada jalur Islam yang berpaksikan Al Quran dan As Sunnah.
“Dr. Zul nak minta buat namanya Islam Demokrat, maknanya dia katakan Islam ini hendaklah dipandang daripada sudut demokrasi, kepimpinan negara yang berfahaman demokrasi.
“Demokrasi ini ciptaan Barat, ciptaan manusia. Islam ini ciptaan Allah SWT. Jadi kalau Dr. Zul nak meletakkan Islam dalam gagasan demokrasi ertinya Islam milik Allah SWT nak disalurkan implementasi dalam bentuk kaedah manusia, rasa saya sangat-sangat tidak tepat,” katanya lagi.
Mai Pikiaq Pi: Nampaknya mereka jauh terpesong daripada ajaran Islam sebenarnya...

GAPS: BUDGET 'SHADOW' PAKATAN!



Gaps menganggap status budget 'shadow' pakatan ini bajet bohong. Ini serupa dengan manifesto mereka, juga bohong! Mereka menjanjikan bulan dan bintang dalam manifesto mereka namun mereka tak laksanakan.
Bila didesak oleh rakyat untuk melaksanakan janji manifesto, Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, manifesto mereka tidak perlu dilaksanakan kerana ia bukan perjanjian. Dalam Islam orang yang tidak menunaikan janjinya digelar munafiq.
Gaps mencabar ANWAR melaksanakan 3 perkara yang disebut dalam manifesto mereka dalam masa 30 yang kehadapan ini.
1. Turunkan cukai pintu 20% seperti yang disebut dalam manifesto mereka.
2. Berikan 20m3 air percuma kepada semua rumah di Selangor seperti yang mereka janjikan dalam manifesto mereka.
3. Berikan pendidikan percuma kepada semua pelajar UNISEL seperti yang mereka uar-uarkan untuk menghapuskan PTPTN.
Kalau 3 perkara ini tidak dilaksanakan dalam masa 30 hari, GAPS akan menobatkan ANWAR sebagai BAPA PEMBOHONG NEGARA @ BAPA MUNAFIQ NEGARA.
Mai Pikiaq Pi: Rakyat dah gelar pun 'Anwar Bapa Pengkhianat Negara'!

Proksi Soros Ahli Lembaga Pengarah Mkini Dotcom


Ketua Pegawai Eksekutif bagi Dana Pinjaman Pembangunan Media (MDLF) yang dikaitkan dengan George Soros, Harlan M. Mandel merupakan salah seorang daripada Pengarah Mkini Dotcom yang mengendalikan Malaysiakini manakala beberapa tokoh pembangkang merupakan antara 50 pemegang sahamnya.
Manel, yang berpangkalan di Brooklyn, New York, telah dilantik sebagai pengarah pada Julai tahun lepas, menurut Mkini profil Dotcom.
MDLF telah menyalurkan dana kepada operasi Malaysiakini untuk lebih sedekad.
Ahli Parlimen Sivarasa, yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengakui bahawa beliau adalah pemegang saham.
Sivarasa berkata, beliau membayar RM5,000 untuk 5,000 unit saham apabila beliau ditawar untuk memberi sumbangan dalam menubuhkan portal berita itu di Internet 13 tahun lalu.
“Ia adalah tujuan yang bernilai. Dan saya masih memiliki 5,000 saham Mkini daripada 4.5 juta saham yang dikeluarkan,” katanya dalam satu temuramah.
Sivarasa, seorang lagi pemegang saham Bruno Gentil Pereira, dan pengarah, Premesh Chandran juga merupakan aktivis yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Para pemegang saham lain termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa’eza Aziz.
Malaysiakini dan Suaram kini menjadi perhatian berikutan laporan-laporan yang mendakwa mereka merupakan antara beberapa organisasi yang menerima dana asing.
Dua penyumbang utama adalah National Endowment for Democrady (NED) dan Open Society Institue (OSI) yang dikaitkan dengan George Soros, di mana menyalurkan dana kepada beberapa kumpulan bagi menyokong objektifnya di seluruh dunia.
OSI dikaitkan dengan MDLF di mana ia didakwa menjadi penggerak kepada dana pelaburan untuk cawangan media bebas di negara-negara yang mempunyai sejarah penindasan media.
MDLF memegang 1.316 juta unit saham Mkini, manakala Premesh dan seorang pengarah lagi, Steven Gan masing-masing memiliki 1.385 juta dan 1.328 juta saham.
Premesh berkata, MDLF memiliki kira-kira 29 peratus saham syarikat itu, manakala pengasas bersama dan kakitangannya mempunyai baki saham.
Walaupun disebabkan oleh perkara ini dan beberapa pendedahan lain berlaku, Premesh menegaskan bahawa portal itu mengekalkan media bebasnya tetapi beberapa blogger mempersoalkan bagaimana beliau boleh mengatakannya sedemikian berikutan terdapat beberapa tokoh pembangkang disenaraikan sebagai pemegang sahamnya.
Menurut laporan kewangannya yang boleh diperoleh dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, Mkini mencatatkan kemerosotan perolehannya dari RM1.85 juta pada 2010 kepada RM1.63 juta tahun lepas.
Bagaimanapun, “pendapatan lain” meningkat dari RM3.26 juta pada 2010 kepada RM3.7 juta tahun lepas.
Perbelanjaan operasi dan pentadbirannya berjumlah RM5.1 juta.
Menurut Mkini.blogspot.com, ia menerima geran daripada Kedutaan Belanda di Malaysia, Canadian International Development Agency, NED, International Centre for Journalists, Free Voice, dan Friedrich Naumann Foundation, sebahagian daripada MDLF dan Perikatan Akhbar Asia Tenggara (Seapa). – Mstar
Mai Pikiaq Pi: Patutlah portal Malaysiakini tajaan Soros kerjanya ialah hancurkan negara!

Thursday, 27 September 2012

Bajet fantasi pembangkang gagal nafikan bajet realiti BN


Menjelang pembentangan Bajet 2013 yang akan berlangsung Jumaat ini dilihat bahawa pakatan pembangkang sudah ibarat cacing kepanasan apabila tidak senang duduk dan dilaporkan akan mengadakan pembentangan bajet mereka juga.
Aktivis politik tempatan, Datuk Osman Abdul melihat tingkah pakatan pembangkang ini sebagai salah satu daripada taktik mereka untuk cuba memburukkan kerajaan menjelang bajet Kerajaan Pusat sebagaimana yang seringkali mereka lakukan sedangkan dalam masa yang sama ia umpama membuka pekung sendiri.
“Tiap tahun ada saja yang mereka lakukan seperti mana tahun lalu apabila Ketua Pembangkangnya, Anwar Ibrahim pun membuat bajet berasingan dengan Kerajaan Pusat tetapi persolannya sejauh mana ia dilaksanakan sedangkan bajet Kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi realiti,” katanya.
Tegasnya, beliau telah berkali-kali mencabar pakatan pembangkang yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Pas agar membuat kenyataan bersama dan secara terbuka untuk tidak menerima apa saja bantuan kerajaan yang diumumkan melalui bajet misalnya BR1M, bantuan persekolahan kepada anak-anak, bantuan awal kemasukan ke IPT, wang bonus dan lain-lain lagi.
“Malangnya ini tidak pula mereka lakukan, sebaliknya dalam sesi ceramah mereka menghentam dan memburukkan Kerajaan Pusat sedangkan apabila kerajaan berikan bantuan tanpa mengira idealogi dan sokongan politik masyarakat termasuklah para pemimpin pakatan pembangkang sendiri maka mereka bertindak diam diri.
“Bukankah ini satu tindakan yang sangat memalukan apatah lagi untuk individu yang bergelar pemimpin kerana mereka bukan saja tidak tahu berterima kasih kepada pihak yang memberi tetapi dalam masa yang sama bersikap memalukan,” ujarnya lagi.
Tambahnya, namun demikian Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih atau melebihkan anggota BN semata-mata kerana sebagai kerajaan bertanggungjawab, keselesaan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
“Sebagai rakyat yang mempunyai akal fikiran waras maka tentunya akan tahu membezakan antara perkara yang menjadi realiti dan janji-janji fantasi pakatan pembangkang sebagaimana kononnya bajet mereka tahun lalu tapi mana hasilnya?”
Mai Pikiaq Pi: Janji pembangkang di negeri pemerintahan mereka pun tak tertunai, inikan pula janji nak memerintah negara...

Nasha 'ejen Umno' - Guan Eng


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melabel Nasharuddin Mat Isa sebagai ‘ejen Umno’ selepas tidak dapat membendung rasa kecewa diasak pemberita yang mahu beliau respon terhadap gesaan memohon maaf secara terbuka bersabit kenyataan hukum hudud.
Ahli Parlimen Bagan turut melahirkan perasaan hairan dengan sikap bekas Timbalan Presiden PAS yang seringkali menimbulkan masalah dalaman Pakatan Rakyat.
“Bila dia jadi Timbalan Presiden PAS tiada masalah tetapi bila tidak jadi Timbalan Presiden PAS pula macam ejen Umno, cakap lain pula, saya rasa itu yang saya nak cakap,” jelasnya lagi.
Ditanya sama ada PAS perlu mengambil tindakan ke atas Nasha, beliau tidak mahu memberi sebarang ulasan.
“Saya rasa itu saya tak mahu jawab itu bukan tempat saya kita harus bersikap tuntas takkan satu masa macam itu, masa lain bersikap lain pula.
“Mungkin beliau harus tanya soalan ini kepada Umno apakah pendirian mereka berkaitan dengan hudud,” tambahnya.
Malah, menurut Guan Eng, beliau sekali lagi mengulangi pendirian tetap dan konsisten DAP menentang hudud.
“Saya rasa agak pelik sikit apabila beliau menjadi Timbalan Presiden PAS, beliau tidak ada masalah tetapi sekarang ada masalah, kalau nak tanya dengan pendirian ini, kita (DAP) amat jelas dengan pendirian ini sepanjang masa amat konsisten, jadi tidak ada apa-apa yang baru untuk beliau. Beliau tahu tetapi yang pelik kenapa masa itu tak jadi masalah sekarang jadi masalah, saya rasa beliau kena jawab,” soalnya.
Dalam sidang media di lobi Parlimen pagi tadi, Nasharudin Mat Isa menggesa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataan menentang hukum hudud sambil menyifatkan ianya “bertentangan dengan kesepakatan Pakatan Rakyat”.
Menurutnya, Guan Eng seharusnya faham dengan perjuangan PAS yang menggariskan bahawa pelaksanaan hudud adalah wajib dan bukan pilihan.
“Pendirian Guan Eng tentang pendirian tentang hudud, jelas bercanggah dengan apa yang disebut oleh YB Tok Guru Mursyidul Am PAS, yang hudud itu merupakan satu kewajipan, bukan satu pilihan.
“Selepas pemimpin veteran DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang berjaya ‘menundukkan’ PAS dalam isu hudud, kali ini, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng pula menegaskan hukum Islam itu bukan dasar pakatan pembangkang,” katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat Negara hari ini.
Justeru, Ahli Parlimen Bachok itu mendesak Guan Eng menarik semula kenyataan beliau.
Mai Pikiaq Pi: Pas sepatutnya ambil pendirian tidak bersama lagi dengan Pakatan Rakyat yang terang-terangan menolak hudud...

KOS SEWA JET ANWAR RM96,000



INILAH jet eksekutif yang dinaiki Anwar bersama beberapa pemimpin pembangkang yang disiarkan dalam blog http://mediawangsamaju.blogspot.com.
Kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin pakatan pembangkang lain ke Labuan, Sabah pertengahan bulan ini adalah RM96,000.
Menurut sumber, kos tersebut meliputi semua caj termasuk bayaran juruterbang, jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd. (Tjets).
Difahamkan, urusan tempahan jet berkenaan dilakukan oleh seorang individu dari Sarawak.
Sementara itu, Pengerusi Tjets, Datuk Mohd. Taufik Omar (gambar kecil) menjelaskan, beliau tiada hubungan persahabatan dengan Anwar sebaliknya perkhidmatan pengurusan penerbangan jet eksekutif yang dinaiki Ketua Pembangkang itu dilakukan secara profesional.
Jelasnya, beliau tidak mengetahui bahawa Anwar akan menjadi penumpang jet eksekutif berkenaan apabila tempahan dibuat.
“Sehinggalah jet mahu berlepas baru saya tahu antara penumpangnya ialah Anwar dan rakan-rakannya.
“Saya orang berniaga dan saya menguruskan tempahan secara profesional. Tidak pula saya memeriksa siapa yang akan menjadi penumpang apabila sesuatu tempahan jet eksekutif dibuat,” jelasnya.
Sebelum ini, seorang penulis blog, John F. Seademon mendakwa, Mohd. Taufik yang menyewakan jet tersebut kepada Anwar.
Kisah mengenai jet tersebut tercetus apabila Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pada laman Twitternya memuat turun gambar jet eksekutif Dassault Falcon pada 15 September lalu yang kemudian dipetik beberapa blog antaranya http://mediawangsamaju.blogspot.com.
Selain Anwar, turut menaiki jet eksekutif berkenaan ialah Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw; Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr. Hatta Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin.
“Apabila saya melihat Anwar menjadi penumpang jet tersebut, apa yang boleh saya buat?
“Tidak mungkin saya meminta Anwar dan rakan-rakannya turun. Saya hanya sekadar boleh beristighfar dan tunggu apa yang akan berlaku selepas ini,” katanya lagi.
Menurutnya, tidak banyak syarikat bumiputera terlibat dengan industri pengurusan penyediaan jet eksekutif di negara ini dan oleh itu, adalah tidak adil bagi mana-mana pihak menuduhnya ada kaitan dengan Anwar.
“Saya hanya cari makan dan ini adalah salah satu bidang perniagaan saya. Adakah saya bersalah hanya disebabkan Anwar menjadi salah seorang penumpang dalam jet yang diuruskan oleh syarikat saya?
“Saya amat berharap penjelasan ini menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: Ini belum jadi Perdana Menteri sudah berbelanja mewah.. Agaknya apabila berada di tampuk pemerintahan kelak, negara terus muflis....

ANWAR IBRAHIM PERSENDAKAN HUDUD



Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan yang boleh disifatkan berbentuk mempersendakan hukum hudud apabila memperlekehkan syariah sebagai ‘memotong tangan atau apa-apa sahaja yang boleh dipotong’

“Ketika saya bertanya, ‘apakah yang anda faham tentang syariah’…(sambil memperlahankan suara Anwar berkata)..the chopping of hands and whatever that can be chopped (memotong tangan dan apa-apa sahaja yang boleh dipotong)”.
Rujuk minit 3:01 dalam rakaman video di atas.
Kata-kata di atas menyebabkan hadirin yang mendengar, majoritinya Kristian mula tertawa, lalu disambut Anwar dengan berkata, “awak tahu apa maksud saya”.
Anwar berkata sedemikian ketika memberi ucap utama dalam program ‘Muslim Christian Interfaith Conference’ di Perth, Australia pada tahun 2009.
Menurut Anwar, matlamat tertinggi syariah seperti terkandung dalam maqasid syariah bukan berbentuk undang-undang, peraturan, prosedur dan penghakiman, sebaliknya bermatlamat untuk menggalakkan kebebasan beragama.
“Apakah perkara terakhir dalam matlamat tertinggi syariah, maqasid syariah.
“Matlamat tertinggi syariah seperti dikemukakan oleh (Abu Ishad) Syatibhi..berusaha untuk menjelaskan bahawa perkara ini (syariah) bukan sahaja berbentuk undang-undang, peraturan, prosedur, pentadbiran, penghakiman.
“Tujuan itu adalah penting. Kita mesti berusaha memahami, menghargai dan mengidelaisasikan matlamat syariah
“Apakah maksud tersurat di sana..Pertama, matlamat tertinggi maqasid syariah adalah mesti mengamalkan kebebasan beragama. Mempertahankan agama anda..ya..tetapi mesti membenarkan kebebasan menganut apa-apa kepercayaan yang bermaksud kebebasan beragama,” dakwa Anwar.
Anwar juga turut memperlekehkan umat Islam Pakistan yang berdemontrasi membantah Kartun Denmark (Danish Cartoon), karikatur yang menghina Islam dan Nabi Muhamad SAW.
“Itu protes selalu terjadi..demonstrasi besar-besaran, sedangkan di Pakistan anda (umat Islam) bakar rumah kedai.
“Jadi, saya kata kepada mereka..’ lihat (Pakistan) ini adalah negara miskin, dan lelaki miskin terpaksa menunggu masa selama 15 tahun untuk membeli motorsikal kecil.
“Dan apabila anda marah dengan isu Kartun Danish, anda bakar motorsikal Ahmad,”kata Anwar sambil disambut gelak ketawa.
Menurut Anwar nabi Musa AS adalah sama dengan Mosses dan Nabi Isa AS adalah sama dengan Jesus.
“Saya dilahirkan muslim, saya percaya kepada Islam..Apabila anda merujuk kepada (nabi) Musa..Mosses atau (nabi) Isa..Jesus.
“Saya tidak angkuh..saya selalu mengangungkan (nabi) Isa AS..semoga dirahmati dan dicucuri ke atasnya.
“Kita (muslim) tidak memanggil Jesus, tetapi nabi Isa AS,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: Anwar Ibrahim hanya berani di luar... Dialah pengkhianat agama, bangsa dan negara...

Wednesday, 26 September 2012

Asal Bajet Dikaitkan Gula-gula Pilihan Raya


Menjelangnya Bajet 2013 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Jumaat ini telah menjadi inspirasi dan harapan agar ia bersifat mesra rakyat dan dapat mengurangkan pelbagai beban yang dihadapi ekoran keadaan ekonomi sejak kebelakangan ini.
Namun demikian, kecenderungan pakatan pembangkang menjadikan bajet sebagai antara bahan propaganda ibarat satu kebiasaan dan sebagaimana tahun-tahun sebelum ini mereka membuat tuduhan bahawa bajet tersebut adalah antara ‘gula-gula’ kerajaan menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Ahli Parlimen Petrajaya, Datuk Fadillah Yusof menganggap pakatan pembangkang di negara ini tidak matang dalam berpolitik kerana akan terus menolak apa saja yang disajikan oleh Kerajaan Pusat biar pun ianya turut memberi manfaat kepada mereka.
“Tidak kiralah bagaimana rupa bajet yang ada, yang telah lalu dan yang akan dibentangkan pun maka pembangkang bukan saja akan menolaknya tetapi perkara yang baik pun akan dianggap negatif dan dijadikan sebagai bahan propaganda agar ia dianggap buruk oleh masyarakat keseluruhannya,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Pemuda BN Sarawak melihat perlakuan pembangkang bukanlah semata-mata untuk menarik perhatian masyarakat agar bertumpu kepada mereka lantaran ketandusan isu untuk diketengahkan tetapi ia turut mempunyai niat yang tidak baik.
“Pakatan pembangkang mahu memperlihatkan kepada rakyat bahawa kononnya apa saja yang diumumkan, dilaksanakan dan dilakukan oleh Kerajaan Pusat iaitu BN adalah tidak baik dan tidak membawa kebaikan atau apa saja alasan untuk menggagalkannya.”
Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat khususnya anggota BN untuk menumpukan usaha ke arah menjayakan agenda kerajaan tanpa menghiraukan apa yang diperkatakan oleh pakatan pembangkang.
“Fokus BN adalah kepada tanggungjawab dan amanah yang telah diletakkan oleh rakyat dan selama ini pun BN tidak pernah menghampakan apatah lagi dalam bajet,” katanya lagi.
Mai Pikiaq Pi: Tak sabar tunggu pengumuman PM masa Bajet nanti.. Harap-harap rakyat marhaen mendapat manfaat...

Jet eksklusif: Bukti Anwar hipokrit, cakap tak serupa bikin


Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti Keadilan Nasional, Lokman Noor Adam tidak mahu mempertikai sama ada jet eksklusif yang Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim gunakan untuk ke Sarawak dan Sabah baru-baru ini milik beliau, milik kroninya ataupun disewa.
Ujar Lokman, itu bukan persoalannya namun apa yang mengembirakannya, semalam Naib Presiden PKR sendiri, Tian Chua telah mendedahkan sikap sebenar Anwar Ibrahim yang hipokrit dan cakap tak serupa bikin.
“Selama hari ini, beliau (Anwar Ibrahim) menuduh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai seorang yang boros, bermewah-mewahan dan suka membazirkan duit rakyat malah dalam ceramah-ceramahnya, beliau menceritakan bahawa rakyat harus berkorban jiwa dan raga, serta harta benda demi menyelamatkan Malaysia.
“Tapi hakikat sebenarnya, yang selamat hanyalah Anwar Ibrahim sebab dari penjara lagi, keluarganya hidup dalam keadaan mewah sepanjang beliau di dalam penjara. Malah apabila dibebaskan, beliau terus membina sebuah banglo di Segambut bernilai lebih RM7 juta,” ujarnya yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Beliau turut mendedahkan bahawa kereta pertama yang Anwar beli selepas dibebaskan ialah merupakan sebuah MG Rover 3500 cc yang mempunyai enjin Mustang. Itu baru kereta peribadi beliau, belum lagi pegawai pengiring dan pengawal keselamatan Anwar Ibrahim.
“Hari ini, dengan pendedahan Tian Chua melalui gambar yang diupload di dalam twitternya, amat jelas sikap sebenar Anwar yang bermewah-mewah, walaupun belum lagi diangkat jadi Perdana Menteri.
“Itu menunjukkan bahawa Anwar seorang yang hipokrit dan cakap tak serupa bikin. Beliau harapkan ahli-ahli PKR untuk berkorban harta benda sedangkan dalam masa yang sama, beliau hidup mewah.
“Saya menyeru kepada ahli-ahli PKR dan pakatan pembangkang, supaya menggunakan akal mereka yang waras dan berhenti dari terus membiarkan diri mereka ditipu oleh Anwar Ibrahim,” ujarnya. 


















Mai Pikiaq Pi: Orang macam Anwar hanya mahu kuasa dan kemewahan untuk diri dan keluarganya bukan untuk rakyat.... Selama ini hanya bermuka-muka demi mengejar impian untuk menjadi Perdana Menteri....

Isu Hudud: Nasha gesa Guan Eng tarik balik kenyataan

Nasharudin Mat Isa menggesa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataan menentang hukum hudud sambil menyifatkan ianya “bertentangan dengan kesepakatan Pakatan Rakyat”.
Menurutnya, Guan Eng seharusnya faham dengan perjuangan PAS yang menggariskan bahawa pelaksanaan hudud adalah wajib dan bukan pilihan.
“Pendirian Guan Eng tentang pendirian tentang hudud, jelas bercanggah dengan apa yang disebut oleh YB Tok Guru Mursyidul Am PAS, yang hudud itu merupakan satu kewajipan, bukan satu pilihan.
“Selepas pemimpin veteran DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang berjaya ‘menundukkan’ PAS dalam isu hudud, kali ini, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng pula menegaskan hukum Islam itu bukan dasar pakatan pembangkang,” katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat Negara hari ini.
Justeru, Ahli Parlimen Bachok itu mendesak Guan Eng menarik semula kenyataan beliau.
“Jadi saya minta YB Guan Eng menarik balik kenyataan tersebut (yang mana) bagi saya bercanggah dengan semangat kesepakatan dalam Pakatan Rakyat kerana kita lihat seperti mana yang telah saya sebut sebelum ini berterusan pendirian untuk tidak menerima oleh pimpinan DAP dan yang terkini oleh Guan Eng yang sekali lagi bercanggah dengan apa yang dikatakan bercanggah dengan YB Tok Guru.” ujarnya.
Ini merupakan kenyataan pertama daripada pemimpin tertinggi DAP itu sejak kemelut mengenai hukum hudud mencetuskan perbalahan terbuka antara pemimpin Pas dan parti berkenaan sejak beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun seperti biasa, beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyalahkan pihak media dengan mendakwa kemelut antara DAP dan PAS dalam isu berkenaan sengaja disensasikan.
Mai Pikiaq Pi: Pas seharusnya tidak tunduk dan terus bergabung dengan pakatan pembangkang yang terus-terusan menentang Islam...

Anwar sindir umat Islam emosi bantah filem hina Nabi Muhammad SAW

Ketika majoriti umat Islam di seluruh dunia membantah filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhamad SAW, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula bertindak sebaliknya dengan menempelak tindakan bantahan itu sebagai beremosi dan cepat melenting.
“Tindak balas ganas terhadap filem yang menghina Islam, dia (Anwar) bersetuju bahawa terdapat satu ‘masalah dalam jiwa umat Islam..mudah marah dan emosi,” lapor Eddie Barnes, wartawan The Scotsman, media terbitan British, ketika menemu bual Anwar semasa Ketua Pembangkang itu melakukan lawatan ke United Kingdom baru-baru ini.
Wartawan The Scotsman melaporkan kata-kata Anwar itu dalam artikel yang bertajuk, “Eddie Barnes: Tough challenge to heal the divides in Malaysia“.
Wawancara itu turut dimuat turun di laman peribadi Anwar, anwaribrahimblog.com.
Ketika disoal tentang bantahan pemerintah Malaysia terhadap filem itu, Anwar berkata, “Mereka berpura-pura bercakap membela Islam apabila mereka terang-terangan korup dan tidak adil. Itulah sikap kumpulan yang sedang memegang kuasa”.
Eddie Barnes juga turut melaporkan cemuhan Anwar terhadap langkah Kementerian Pelajaran Malaysia yang menerbitkan satu garis panduan mengenal pasti kecenderungan homoseksual dalam kalangan pelajar, sebagai langkah ‘gila’.
Pada tahun 2009, Anwar turut mengeluarkan kenyataan yang hampir sama ketika berceramah dalam program ‘Muslim Christian Interfaith Conference’ di Perth, Australia.
Dalam ceramah di hadapan majoriti penganut Kristian Australia itu, Anwar memperlekehkan umat Islam Pakistan yang berdemonstrasi membantah Kartun Denmark (Danish Cartoon), karikatur yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Sila tonton ucapan Anwar dalam rakaman video di bawah.
Kartunis Denmark, Kurt Westergaard, disifatkan menghina Islam kerana melukis wajah Nabi Muhammad SAW dengan memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom.
Karikatur yang disiarkan oleh beberapa akhbar utama Denmark itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.


Mai Pikiaq Pi: Sah-sah orang bernama Anwar Ibrahim perlu ditentang habis-habisan oleh seluruh umat Islam di Malaysia...

Tuesday, 25 September 2012

Tun Mahathir: Portal Malaysiakini, Suaram alat Soros tabal Anwar jadi PM Jadi PM


Portal pro pembangkang, Malaysiakini dilihat turut terlibat dalam agenda asing untuk menguasai politik negara dan menukar kerajaan sedia ada melalui laporan berita bertopengkan nilai demokrasi serta kebebasan bersuara.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penglibatan portal berita serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha itu adalah amat tidak sihat kerana pemimpin yang bakal dipilih nanti pasti terpaksa mengikut telunjuk pihak luar.
“Sama ada nilai liberal Barat atau (George) Soros, dia nak satu Perdana Menteri yang dia boleh guna, sebab itu dia nak regime change di Malaysia supaya orang yang jadi Perdana Menteri ikut telunjuk dia.
“Malaysiakini semua ada kaitan, kesemuanya sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pakar Perundingan Mengenai Islam dan Kesihatan Wanita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai operasi portal pro pembangkang, Malaysiakini serta penglibatan NGO seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang terbukti menerima dana daripada Open Society Institute (OSI) milik Soros.
Di antara pembiayaan lain yang diterima pertubuhan berkaitan adalah daripada National Endowment For Democracy (NED) milik seorang lagi tokoh Yahudi, Carl Gershman.
Sebelum ini, wartawan veteran, YL Chong mendedahkan beliau meletak jawatan sebagai Pengarang Berita Malaysiakini lebih sedekad yang lalu kerana pengurusan portal berita pro pembangkang itu enggan mengakui menerima dana daripada Soros.
Menurut Chong lagi, Ketua Pengarang Kumpulan dan Pengasas Malaysiakini, Steven Gan pernah mengakui portal itu akan ‘mati’ jika mengaku menerima dana daripada Soros.
Mai Pikiaq Pi: Anwar Ibrahim sanggup gadaikan negara demi cita-cita kuasa politik...

Suaram usah berlindung di sebalik topeng NGO


Pembabitan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi alat kepada pembangkang bukan sesuatu yang baru malah sejak dahulu lagi mereka akan melakukan apa sahaja untuk memburuk-burukkan kerajaan dan pemimpin negara.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Subang, Halimathon Saadiah Bohan berkata,  pembabitan NGO pro pembangkang bukan sahaja di dalam negara malah mereka turut membabitkan diri memburukkan kerajaan dan pemimpin negara di luar bagi memberikan imej buruk Malaysia di luar negara.
“NGO ini sudah lama melakukan kerja-kerja begini, malah sehingga melakukan apa sahaja seperti isu pembelian kapal selam Scorpene dan cuba membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila isu berkenaan tidak mendapat perhatian.
“Yang menjadi persoalannya, di manakah mereka mendapat dana sebanyak itu  untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan termasuk mengupah penyiasat luar negara untuk membawa isu pembelian kapal selam itu di mahkamah Perancis,” katanya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu pembiayaan dana asing kepada NGO di negara ini dengan niat untuk memburuk-memburukkan kerajaan.
Halimathon berkata, di mana letaknya perjuangan NGO seperti Suaram yang kononnya memperjuangkan isu-isu kemanusiaan tetapi membiarkan diri mereka menjadi alat kepada pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim untuk merealisasikan cita-cita peribadinya.
“NGO sebegini sebenarnya bukanlah pejuang rakyat sebaliknya menjadi dalang yang sememangnya sengaja untuk menimbulkan persepsi negatif rakyat kepada kerajaan. Apakah mereka ini harus dibiarkan begitu sahaja, tindakan tegas perlu diambil supaya apa yang berlaku sekarang tidak terus berleluasa.
“Seperti juga himpunan Bersih, kita juga hairan bagaimana mereka mampu mengeluarkan belanja besar untuk menaja orang ramai untuk menyertai himpunan itu. Mereka ini gunakan nama NGO tetapi sebenarnya menjadi tali barut kepada orang asing yang sememangnya ingin melihat kehancuran Malaysia seperti apa yang berlaku di Timur Tengah,” katanya.
Menurutnya, rakyat negara ini tidak harus mudah untuk terpengaruh dengan mana-mana pihak yang kononnya berjuang atas nama NGO tetapi mereka itu adalah pengkhianat negara.
NGO terbabit pada mulanya berjuang untuk rakyat tetapi terpedaya dengan pembiaya asing yang juga bertopengkan nama NGO tetapi mempunyai agenda tersendiri terhadap negara.
Mai Pikiaq Pi: Mereka ini patut digelar sebagai pengkhianat negara kerana rela negara mereka dijual beli oleh bangsa asing....

Pembangkang takut dedahkan kabinet bayangan


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin menyelar sikap Pakatan Pembangkang yang cuba berdolak dalih dalam mendedahkan kabinet bayangan mereka dengan memberi pelbagai alasan dalam mengelabui mata rakyat berkenaan ketidaksepakatan mereka dalam mencatur barisan kabinet mereka.
Jelas beliau, memang sejak dari awal memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) di beberapa buah negeri sebelum ini, Pakatan Pembangkang membuat kenyataan untuk mendedahkan kepada rakyat barisan kabinet bayangan mereka, namun sehingga hari ini rakyat masih tertunggu-tunggu dengan barisan kepimpinan Pakatan Pembangkang tersebut.
“Isu kabinet bayangan ni sudah lama kita dengar, namun hingga ke hari ini  Pakatan Pembangkang masih lagi berahsia tentang siapa barisan kabinet mereka. Macam-macam alasan yang kita dengar, tentang keselamatanlah, strategi dan sebagainya.
“Tapi bagi saya, punca utama mereka tak dedahkan kabinet bayangan itu adalah disebabkan ketidaksepakatan antara ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Pembangkang siapa yang seharusnya menjadi ketua kelak,” tegas beliau di sini hari ini.
Justeru itu, beliau amat berkeyakinan sekiranya Pakatan Pembangkang menjadi pemerintah sekalipun, mereka akan merapu dan tidak dapat memerintah negara dengan baik akibat perbalahan sesama sendiri.
“Ini disebabkan kita boleh lihat bahawa dalam kalangan kepimpinan Pakatan Pembangkang, mereka tidak percaya antara satu sama lain. Masing-masing mempunyai matlamat dan hala tuju sendiri. Pas melihat bahawa pemimpin merekalah yang layak untuk memerintah negara. Manakala DAP pula melihat, ini merupakan satu peluang untuk merealisasikan perjuangan mereka yang mewakili segelintir masyarakat Cina di negara ini.
“Bagi saya, Pakatan Pembangkang tidak akan dapat mereaslisasikan hasrat mereka kerana tidak ada keikhlasan di dalam kerjasama dan gabungan ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Pembangkang. Jadi ini dengan sendirinya akan melemahkan perjuangan mereka. Jika tidak ada kesatuan dan ikatan yang teguh dalam kalangan kepimpinan Pakatan Pembangkang, dan sekiranya mereka memerintah, maka negara akan jadi huru-hara akibat perbalahan sesama mereka sendiri,” jelasnya lagi.
Tambah beliau, sikap syak wasangka yang begitu tinggi di antara ketiga-tiga parti tersebut menambahkan lagi kelemahan yang boleh melemahkan lagi perpaduan dalam kalangan mereka.
“Mereka juga saling tidak mempercayai sesama sendiri untuk membuat keputusan siapa yang harus menjadi ketua atau Perdana Menteri. Saya juga ada terdengar daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, sudah ada cadangan dalam kalangan mereka di mana parti mana yang memenangi kerusi paling banyak, maka pemimpin dalam kalangan parti tersebutlah yang mesti dilantik menjadi ketua.
“Jadi ini merupakan penghalang yang besar bagi Ketua Pembangkang dalam mencatur kabinet bayangan mereka lebih-lebih lagi bila menghadapi pilihan raya yang akan datang. Saya menaruh keyakinan bahawa rakyat di negara ini tidak akan terpengaruh dan percaya dengan satu gabungan parti politik yang lemah dan sering berbalah sesama sendiri untuk mentadbir negara ini,” ujarnya lagi.
Mai Pikiaq Pi: Kalau ada pun kabinet bayangan pakatan belum tentu dapat memerintah negara dengan baik...