Nuffnang Ads

Friday 7 September 2012

Najib sedia jumpa bapa pelajar


Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia menemui bapa kepada pelajar yang menghina beliau dan isteri dengan melodehkan seluar pada potret mereka berdua.

Meskipun maklum akan kesediaan bapa pelajar itu untuk memohon maaf kepadanya secara peribadi, Najib berkata, apa yang berlaku kini terserah kepada proses perundangan yang ada.

"Saya tak ada masalah, saya terima sesiapa sahaja dan boleh diatur tapi mengikut proses undang-undang, tiada kompromi untuk dikecualikan (dikenakan tindakan)," jelasnya.

Bagaimanapun beliau tidak mengulas lanjut mengenai penghinaan tersebut yang dianggap masyarakat negara ini sebagai keterlaluan ke atas seorang pemimpin negara.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Bersama Perdana Menteri di padang bola Tempinis Kampung Tasik Tok Lebai, di sini hari ini.

Rata-rata akhbar hari ini melaporkan hasrat A. Rahman Abdullah, 53, untuk menemui Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor agar dapat mengemukakan permohonan maaf secara peribadi di atas ketelanjuran anaknya.

Katanya, dia amat menyesali tindakan anaknya, Muhammad Ammar,19, dan secara terbuka memohon maaf kepada seluruh rakyat yang turut marah dengan perlakukan biadap itu.

Dalam kejadian 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar serta beberapa individu dipercayai peserta Himpunan Janji Bersih telah mencemarkan sambutan Ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka dengan menghina gambar Najib dan isteri selain mengibar bendera Sang Saka bagi menggantikan Jalur Gemilang.

Mai Pikiaq Pi: MPP kesian kepada bapa pelajar tersebut yang terpaksa menanggung aib atas kelakuan anaknya yang tak bermaruah....

No comments:

Post a Comment