Menjelang pembentangan Bajet 2013 yang akan berlangsung Jumaat ini dilihat bahawa pakatan pembangkang sudah ibarat cacing kepanasan apabila tidak senang duduk dan dilaporkan akan mengadakan pembentangan bajet mereka juga.
Aktivis politik tempatan, Datuk Osman Abdul melihat tingkah pakatan pembangkang ini sebagai salah satu daripada taktik mereka untuk cuba memburukkan kerajaan menjelang bajet Kerajaan Pusat sebagaimana yang seringkali mereka lakukan sedangkan dalam masa yang sama ia umpama membuka pekung sendiri.
“Tiap tahun ada saja yang mereka lakukan seperti mana tahun lalu apabila Ketua Pembangkangnya, Anwar Ibrahim pun membuat bajet berasingan dengan Kerajaan Pusat tetapi persolannya sejauh mana ia dilaksanakan sedangkan bajet Kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi realiti,” katanya.
Tegasnya, beliau telah berkali-kali mencabar pakatan pembangkang yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Pas agar membuat kenyataan bersama dan secara terbuka untuk tidak menerima apa saja bantuan kerajaan yang diumumkan melalui bajet misalnya BR1M, bantuan persekolahan kepada anak-anak, bantuan awal kemasukan ke IPT, wang bonus dan lain-lain lagi.
“Malangnya ini tidak pula mereka lakukan, sebaliknya dalam sesi ceramah mereka menghentam dan memburukkan Kerajaan Pusat sedangkan apabila kerajaan berikan bantuan tanpa mengira idealogi dan sokongan politik masyarakat termasuklah para pemimpin pakatan pembangkang sendiri maka mereka bertindak diam diri.
“Bukankah ini satu tindakan yang sangat memalukan apatah lagi untuk individu yang bergelar pemimpin kerana mereka bukan saja tidak tahu berterima kasih kepada pihak yang memberi tetapi dalam masa yang sama bersikap memalukan,” ujarnya lagi.
Tambahnya, namun demikian Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih atau melebihkan anggota BN semata-mata kerana sebagai kerajaan bertanggungjawab, keselesaan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
“Sebagai rakyat yang mempunyai akal fikiran waras maka tentunya akan tahu membezakan antara perkara yang menjadi realiti dan janji-janji fantasi pakatan pembangkang sebagaimana kononnya bajet mereka tahun lalu tapi mana hasilnya?”
Mai Pikiaq Pi: Janji pembangkang di negeri pemerintahan mereka pun tak tertunai, inikan pula janji nak memerintah negara...
No comments:
Post a Comment