Nuffnang Ads

Monday, 10 September 2012

Ahli Umno dinasihat anggap 'esok tarikh PRU'


Menjelang PRU 13

Semua ahli Umno dinasihat sentiasa bersedia dan menumpukan sepenuhnya aktiviti mereka ke arah pengukuhan parti, seolah-olah Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan diumumkan esok.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelbagai spekulasi dibuat berhubung tarikh PRU13,  sedangkan hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sahaja berkuasa menentukannya.
“Sekarang ini ramai yang cuba jadi PM (Perdana Menteri) membuat ramalan tentang bila tarikh PRU. Ada yang cakap bulan Julai, September dan macam-macam lagi.
“Jangan kita ambil tugas PM, lebih baik kita mempersiapkan diri untuk menghadapi waktu itu. Bagi kita di peringkat ahli jangan fokus bila tarikh PRU, tapi kita anggap sahaja tarikh PRU hari esok,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan pelbagai pihak yang meramalkan BN akan menang besar jika Parlimen dibubarkan tahun ini, berbanding sekiranya diadakan tahun depan.
Ismail Sabri berkata, apa sahaja perkara dan tindak-tanduk yang boleh melemahkan parti, perlu diketepikan bagi membolehkan Umno dan Barisan Nasional (BN) mampu meraih kemenangan pada PRU nanti.
“Kita bukan setakat bersedia dengan jentera, tetapi kalau jentera macam mana sekalipun siap dengan peralatan moden, beratus pemuda bermotor dan hari-hari pergi rumah orang, tapi jika ada masalah dalaman yang tidak selesai, tidak akan menjami kemenangan.
“Saya harap kita semua dapat lupakan sengketa yang ada buat seketika, lupakan sengketa sebelum PRU ini. Tapi, kalau lepas PRU esok, terpulanglah kalau mahu ‘berperang’ pun,” katanya.
Beliau turut menyokong kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk ambil tindakan singkirkan ahli yang sabotaj parti.
Mai Pikiaq Pi: Rakyat Malaysia perlu bersedia bila-bila masa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRU akan datang...

No comments:

Post a Comment