Nuffnang Ads

Thursday, 6 September 2012

Edar poster palsu di Johor tindakan pihak terdesak


Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), semakin banyak fitnah dan tohmahan yang dibuat oleh pembangkang semata-mata untuk mempengaruhi rakyat agar tidak menyokong kerajaan. Selain itu, pelbagai cara juga cuba dipaparkan kepada rakyat kononnya berlaku pergolakan di dalam parti UMNO mahupun Barisan Nasional (BN) sendiri.
Menyedari negeri Johor adalah salah satu negeri merupakan kubu kuat UMNO dan BN, pembangkang dilihat terus terusan ‘menyerang’ negeri ini agar rakyat Johor berpaling tadah.
Terbaru, satu poster yang memaparkan logo BN dan UMNO serta tulisan ‘Terbitan Barisan Nasional Negeri Johor’ telah diedarkan secara meluas di negeri Johor.
Poster tersebut kononnya menyokong agar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri sebelum PRU akan datang.
Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Datuk Zulkarnain Kamisan, strategi ini dilihat cuba menggambarkan bahawa berlaku perpecahan dalam UMNO dan BN.
Jelas beliau, tindakan tersebut adalah satu perbuatan untuk mencetuskan perselisihan faham dalam kalangan rakyat mahupun dalam kalangan  ahli UMNO sendiri.
“Saya lihat ini adalah perbuatan jahat pihak tertentu yang cuba memporak-perandakan ‘rumahtangga’ UMNO dan BN dan sekaligus mengelirukan rakyat. Mereka yang bertanggungjawab dalam perkara ini mahu rakyat percaya UMNO dan BN tidak teguh dan dilanda masalah dalaman yang kritikal. Oleh kerana itu, UMNO dan BN tidak harus diberi mandat untuk menerajui negara pada PRU akan datang.
“Kita tidak menuduh sesiapa dalam perkara ini termasuklah menuduh pembangkang yang melakukannya. Laporan polis telah dibuat. Tunggu sahajalah hasil siasatannya nanti. Tapi, perbuatan ini adalah satu perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab kerana ianya menggunakan logo parti dan juga mengatakan ianya adalah terbitan UMNO Negeri Johor.
“Ini adalah satu fitnah. Kami Pemuda UMNO Johor yakin dan akan terus berdiri teguh menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Kita percaya kepada sesiapa sahaja yang dilantik menjadi Perdana Menteri. Saya amat berharap agar rakyat tidak terpengaruh dengan taktik kotor ini,” ujarnya.
Tambah Zulkarnain, perkara ini adalah satu provokasi yang jelas terang-terangan mahu menimbulkan suasana tegang dalam dunia politik Johor.
Namun katanya, beliau yakin rakyat Johor tidak akan mudah terpengaruh dengan fitnah yang tidak berasas ini.
“Kita Pemuda UMNO juga akan terus membantu menerangkan kepada rakyat bahawa ini adalah fitnah semata-mata. Ia sama sekali tidak ada kena mengena dengan UMNO dan BN.
“Semuanya adalah perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu. Saya percaya, semua ini ada kaitan dengan PRU yang semakin hampir. Ada pihak yang semakin tertekan dan terdesak sehingga sanggup menggunakan cara busuk ini,” ujarnya lagi. 
Mai Pikiaq Pi: Rakyat sekarang boleh menilai parti mana yang layak memimpin negara.. Bukan parti yang ada tiga nakhoda dan tiada pendirian... Walau sebesar mana hasutan dan fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan, rakyat tidak senang termakan hasutan dan fitnah tersebut....

No comments:

Post a Comment