Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin menyelar sikap Pakatan Pembangkang yang cuba berdolak dalih dalam mendedahkan kabinet bayangan mereka dengan memberi pelbagai alasan dalam mengelabui mata rakyat berkenaan ketidaksepakatan mereka dalam mencatur barisan kabinet mereka.
Jelas beliau, memang sejak dari awal memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) di beberapa buah negeri sebelum ini, Pakatan Pembangkang membuat kenyataan untuk mendedahkan kepada rakyat barisan kabinet bayangan mereka, namun sehingga hari ini rakyat masih tertunggu-tunggu dengan barisan kepimpinan Pakatan Pembangkang tersebut.
“Isu kabinet bayangan ni sudah lama kita dengar, namun hingga ke hari ini Pakatan Pembangkang masih lagi berahsia tentang siapa barisan kabinet mereka. Macam-macam alasan yang kita dengar, tentang keselamatanlah, strategi dan sebagainya.
“Tapi bagi saya, punca utama mereka tak dedahkan kabinet bayangan itu adalah disebabkan ketidaksepakatan antara ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Pembangkang siapa yang seharusnya menjadi ketua kelak,” tegas beliau di sini hari ini.
Justeru itu, beliau amat berkeyakinan sekiranya Pakatan Pembangkang menjadi pemerintah sekalipun, mereka akan merapu dan tidak dapat memerintah negara dengan baik akibat perbalahan sesama sendiri.
“Ini disebabkan kita boleh lihat bahawa dalam kalangan kepimpinan Pakatan Pembangkang, mereka tidak percaya antara satu sama lain. Masing-masing mempunyai matlamat dan hala tuju sendiri. Pas melihat bahawa pemimpin merekalah yang layak untuk memerintah negara. Manakala DAP pula melihat, ini merupakan satu peluang untuk merealisasikan perjuangan mereka yang mewakili segelintir masyarakat Cina di negara ini.
“Bagi saya, Pakatan Pembangkang tidak akan dapat mereaslisasikan hasrat mereka kerana tidak ada keikhlasan di dalam kerjasama dan gabungan ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Pembangkang. Jadi ini dengan sendirinya akan melemahkan perjuangan mereka. Jika tidak ada kesatuan dan ikatan yang teguh dalam kalangan kepimpinan Pakatan Pembangkang, dan sekiranya mereka memerintah, maka negara akan jadi huru-hara akibat perbalahan sesama mereka sendiri,” jelasnya lagi.
Tambah beliau, sikap syak wasangka yang begitu tinggi di antara ketiga-tiga parti tersebut menambahkan lagi kelemahan yang boleh melemahkan lagi perpaduan dalam kalangan mereka.
“Mereka juga saling tidak mempercayai sesama sendiri untuk membuat keputusan siapa yang harus menjadi ketua atau Perdana Menteri. Saya juga ada terdengar daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, sudah ada cadangan dalam kalangan mereka di mana parti mana yang memenangi kerusi paling banyak, maka pemimpin dalam kalangan parti tersebutlah yang mesti dilantik menjadi ketua.
“Jadi ini merupakan penghalang yang besar bagi Ketua Pembangkang dalam mencatur kabinet bayangan mereka lebih-lebih lagi bila menghadapi pilihan raya yang akan datang. Saya menaruh keyakinan bahawa rakyat di negara ini tidak akan terpengaruh dan percaya dengan satu gabungan parti politik yang lemah dan sering berbalah sesama sendiri untuk mentadbir negara ini,” ujarnya lagi.
Mai Pikiaq Pi: Kalau ada pun kabinet bayangan pakatan belum tentu dapat memerintah negara dengan baik...
No comments:
Post a Comment