Nuffnang Ads

Tuesday, 25 September 2012

Suaram usah berlindung di sebalik topeng NGO


Pembabitan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi alat kepada pembangkang bukan sesuatu yang baru malah sejak dahulu lagi mereka akan melakukan apa sahaja untuk memburuk-burukkan kerajaan dan pemimpin negara.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Subang, Halimathon Saadiah Bohan berkata,  pembabitan NGO pro pembangkang bukan sahaja di dalam negara malah mereka turut membabitkan diri memburukkan kerajaan dan pemimpin negara di luar bagi memberikan imej buruk Malaysia di luar negara.
“NGO ini sudah lama melakukan kerja-kerja begini, malah sehingga melakukan apa sahaja seperti isu pembelian kapal selam Scorpene dan cuba membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila isu berkenaan tidak mendapat perhatian.
“Yang menjadi persoalannya, di manakah mereka mendapat dana sebanyak itu  untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan termasuk mengupah penyiasat luar negara untuk membawa isu pembelian kapal selam itu di mahkamah Perancis,” katanya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu pembiayaan dana asing kepada NGO di negara ini dengan niat untuk memburuk-memburukkan kerajaan.
Halimathon berkata, di mana letaknya perjuangan NGO seperti Suaram yang kononnya memperjuangkan isu-isu kemanusiaan tetapi membiarkan diri mereka menjadi alat kepada pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim untuk merealisasikan cita-cita peribadinya.
“NGO sebegini sebenarnya bukanlah pejuang rakyat sebaliknya menjadi dalang yang sememangnya sengaja untuk menimbulkan persepsi negatif rakyat kepada kerajaan. Apakah mereka ini harus dibiarkan begitu sahaja, tindakan tegas perlu diambil supaya apa yang berlaku sekarang tidak terus berleluasa.
“Seperti juga himpunan Bersih, kita juga hairan bagaimana mereka mampu mengeluarkan belanja besar untuk menaja orang ramai untuk menyertai himpunan itu. Mereka ini gunakan nama NGO tetapi sebenarnya menjadi tali barut kepada orang asing yang sememangnya ingin melihat kehancuran Malaysia seperti apa yang berlaku di Timur Tengah,” katanya.
Menurutnya, rakyat negara ini tidak harus mudah untuk terpengaruh dengan mana-mana pihak yang kononnya berjuang atas nama NGO tetapi mereka itu adalah pengkhianat negara.
NGO terbabit pada mulanya berjuang untuk rakyat tetapi terpedaya dengan pembiaya asing yang juga bertopengkan nama NGO tetapi mempunyai agenda tersendiri terhadap negara.
Mai Pikiaq Pi: Mereka ini patut digelar sebagai pengkhianat negara kerana rela negara mereka dijual beli oleh bangsa asing....

No comments:

Post a Comment