Nuffnang Ads

Monday, 10 September 2012

Tindakan singkir ahli khianat wajar diikuti parti komponen BN


Tindakan UMNO menyingkir mana-mana pemimpin atau anggota yang melakukan sabotaj dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang wajar diikuti oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, kesemua parti komponen BN tidak harus memandang remeh perbuatan tersebut dan membiarkan sahaja pihak yang berkenaan merasakan mereka terlepas.
“Sepatutnya mereka ambil langkah yang serupa untuk memelihara kedudukan parti kerana setiap calon itu bertanding bukan atas tiket parti tetapi tiket BN.
“Kita tahu dalam BN ada 13 buah parti, sepatutnya di mana kawasan sekalipun didapati ada anggota parti yang dianggap mensabotaj parti dan jika ada bukti perlakuan buruk itu dilakukan, maka wajar parti itu ambil tindakan disiplin termasuk memecat mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di sini Ahad.
Turut hadir isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mahukan tindakan menyingkir anggota yang melakukan sabotaj terhadap calon parti diperluaskan kepada parti kompenen lain dan bukan melibatkan UMNO sahaja.
Kenyataan itu susulan amaran keras Timbalan Perdana Menteri pada Sabtu yang menyebut UMNO akan menyingkirkan mana-mana anggota atau parti yang mensabotaj parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Katanya, kenyataan Hishammuddin itu merupakan satu pandangan yang baik dan wajar dipertimbangkan oleh parti komponen BN.
“Tidak semestinya menang, mereka yang sabotaj itu terlepas. Ada kawasan sabotaj kita menang, tetapi hakikatnya ia tidak sepatutnya dilakukan atas prinsip ketaatan dan kesetiaan kepada parti,” katanya.
Ditanya mengapa tindakan itu tidak dilakukan oleh BN sebaliknya diserahkan kepada parti masing-masing, beliau berkata, ini kerana setiap parti mempunyai perlembagaannya yang tersendiri dan anggota-anggotanya tertakhluk di bawah perlembaagaan parti berkenaan.
Maka parti itu mempunyai bidang kuasa untuk bertindak jika ahli melanggar disiplin, kesannya serupa,” katanya.
Dalam ucapan perasmiannya sebelum itu, Muhyiddin mengingatkan anggota UMNO, bahawa senario politik pada masa kini tidak lagi sama seperti dahulu.
Katanya, orang Melayu kini juga berpecah dan tidak tentu hala tujuan gara-gara perbezaan ideologi yang disebarkan oleh pembangkang yang begitu ghairah hendak mengambil alih pemerintahan negara.
Sehubungan itu, katanya, perubahan perlu dilakukan oleh anggota UMNO bagi menjamin parti itu terus releven dan kekal sebagai parti yang menyatukan dan membela nasib orang Melayu.
Mai Pikiaq Pi: Kita tidak mahu pengkhianat parti akan terus subur dalam politik negara...

No comments:

Post a Comment