Nuffnang Ads

Tuesday 11 September 2012

UNISEL RUGI RM54.8 JUTA BUKTI KEGAGALAN PR


Pendedahan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Noh Omar semalam berhubung laporan audit Universiti Selangor (Unisel) yang mencatatkan kerugian RM54.8juta ternyata bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata, ia juga rentetan beberapa peristiwa sebelum ini seperti kegagalan Unisel untuk membayar kontraktor-kontraktornya selama berbulan-bulan serta insiden pelanjutan cuti kepada pelajar-pelajarnya akibat daripada asrama mereka dikunci oleh kontraktor penyelengaraan asrama yang secara jelas telah memberikan gambaran terhadap kedudukan kewangan Unisel.
“Ketika di zaman pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN), Unisel merupakan sebuah universiti yang tidak pernah gagal mencatatkan keuntungan namun apabila pemerintahan kerajaan negeri yang tidak mempunyai komitmen dan tidak mempunyai kemahiran pengurusan yang baik, akhirnya ia membawa padah kepada institusi yang sepatutnya menjadi kebangaan rakyat negeri tersebut.
“Saya menggesa agar Kerajaan Negeri Selangor mendedahkan bagaimana sebuah institusi yang berwibawa di bawah pentadbiran Kerajaan BN boleh mengalami kerugian di bawah pemerintahan kerajaan pakatan pembangkang,” ujarnya yang juga mantan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan.
Terdahulu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Mohd Noh Omar berkata, berdasarkan salinan Laporan Audit Unisel bagi 2009 dan 2010, universiti milik kerajaan negeri itu merekodkan kerugian selepas cukai sebanyak RM1.63 juta pada 2008, RM13.55 juta (2009) dan RM39.68 juta pada 2010.
Laporan audit 2009 dan 2010 ini ditandatangani sendiri Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) pada Ogos 2011 namun apabila beliau timbulkan isu kewangan Unisel dalam keadaan nazak, Menteri Besar begitu sombong menafikan dan kini, walhal Mohd Noh mendakwa beliau mempunyai salinan laporan audit universiti tersebut.
Mai Pikiaq Pi: Kerugian yang tinggi sesuatu yang amat merugikan bagi rakyat Selangor... Ini menunjukkan kerajaan yang diperintah oleh PR tidak layak lagi memimpin kerajaan negeri dan rakyat Selangor harus menolak mereka pada PRU akan datang...

No comments:

Post a Comment