Nuffnang Ads

Tuesday, 11 September 2012

PRU13: Keyakinan Umno tidak goyah


Siri ceramah yang dianjurkan parti pembangkang di beberapa lokasi di Parlimen Tanjung Piai tidak sedikit pun menggoyahkan keyakinan Umno untuk berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Tanjung Piai, Datuk Nasir Safar berkata, ahli-ahli  Umno juga bersedia memastikan kerusi yang menjadi idaman pembangkang iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup dan Pekan Nenas akan terus menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.
Beliau berkata, pihaknya tidak bimbang dengan siri ceramah yang semakin aktif dilakukan oleh pihak pembangkang sejak kebelakangan ini.
“Perlu diingatkan, tidak bererti semakin banyak ceramah yang diadakan pembangkang, semakin banyak kepercayaan rakyat diperoleh.
“Jika mereka (pembangkang) menggunakan emosi, kami akan 'membilas' dengan fakta yang akan membuka minda semua orang,” katanya pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tanjung Piai di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Penggawa Barat, Pontian, di sini, kelmarin.
Majlis perasmian persidangan tersebut disempurnakan oleh Pegawai Penerangan Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tosrin Jarvanthi yang turut dihadiri Ketua Pemuda Umno Bahagian Tanjung Piai, Mesnor Bujang.
Nasir turut mengingatkan ahli Umno terutamanya golongan muda agar tidak terpengaruh dengan pelbagai andaian yang dibuat pakatan pembangkang mengenai Umno dan BN yang hanya untuk kepentingan politik semata-mata.
“Ahli Umno termasuk Pemuda diingatkan agar mengetepikan pandangan peribadi dan bersatu di saat-saat getir ini," katanya.
Dalam pada itu katanya, Pas hanya berani bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu dengan memilih  Parlimen Tanjung Piai dan DUN Kukup, berbanding DUN Pekan Nanas yang majoriti pengundi adalah kaum Cina.
“Umno tidak memandang kepada majoriti sesuatu kaum tetapi menegaskan akan bekerja keras bagi memastikan kerusi di dua DUN ini dimenangi BN,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: BN perlu sentiasa bersedia hadapi PRU akan datang dengan majoriti lebih 2/3...

No comments:

Post a Comment