Menurutnya, Guan Eng seharusnya faham dengan perjuangan PAS yang menggariskan bahawa pelaksanaan hudud adalah wajib dan bukan pilihan.
“Pendirian Guan Eng tentang pendirian tentang hudud, jelas bercanggah dengan apa yang disebut oleh YB Tok Guru Mursyidul Am PAS, yang hudud itu merupakan satu kewajipan, bukan satu pilihan.
“Selepas pemimpin veteran DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang berjaya ‘menundukkan’ PAS dalam isu hudud, kali ini, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng pula menegaskan hukum Islam itu bukan dasar pakatan pembangkang,” katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat Negara hari ini.
Justeru, Ahli Parlimen Bachok itu mendesak Guan Eng menarik semula kenyataan beliau.
“Jadi saya minta YB Guan Eng menarik balik kenyataan tersebut (yang mana) bagi saya bercanggah dengan semangat kesepakatan dalam Pakatan Rakyat kerana kita lihat seperti mana yang telah saya sebut sebelum ini berterusan pendirian untuk tidak menerima oleh pimpinan DAP dan yang terkini oleh Guan Eng yang sekali lagi bercanggah dengan apa yang dikatakan bercanggah dengan YB Tok Guru.” ujarnya.
Ini merupakan kenyataan pertama daripada pemimpin tertinggi DAP itu sejak kemelut mengenai hukum hudud mencetuskan perbalahan terbuka antara pemimpin Pas dan parti berkenaan sejak beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun seperti biasa, beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyalahkan pihak media dengan mendakwa kemelut antara DAP dan PAS dalam isu berkenaan sengaja disensasikan.
Mai Pikiaq Pi: Pas seharusnya tidak tunduk dan terus bergabung dengan pakatan pembangkang yang terus-terusan menentang Islam...
No comments:
Post a Comment