Nuffnang Ads

Thursday 10 May 2012

Akibat Kritik Demo Bersih Jawatan Senator Tunku Abdul Aziz Tak Dilanjut



DAP ialah singkatan kepada Democratic Action Party. Namun nama itu tidak seindah rupa apabila Naib Pengerusi Kebangsaan parti itu menjadi korban pandangan ikhlasnya mengenai gejala negatif tentang himpunan Bersih 28 April lalu yang bertukar ganas.
Tempoh jawatan beliau sebagai Senator yang dijadual berakhir 30 Mei ini tidak akan dilanjutkan.
Jawatan Senator boleh disandang selama dua penggal enam tahun yakni tiga tahun satu penggal.
Perkara itu disahkan oleh Tunku Abdul Aziz sendiri kepada Bernama ketika ditanya mengenai laporan portal berita bahawa tempoh keanggotaan beliau sebagai Senator, yang akan berakhir pada 30 Mei ini, tidak akan diperbaharui.
“Ya, perkara itu (tidak dilantik semula) benar. Itu cuma pengorbanan yang kecil,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis jamuan perpisahan bagi meraikan anggota Dewan Negara yang tamat tempoh perkhidmatan di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.
Tunku Abdul Aziz mengesahkan bahawa ia adalah susulan kenyataannya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara 24 April lepas yang secara terbuka menolak perhimpunan dirancang badan bukan kerajaan dan disokong pembangkang di Kuala Lumpur, 28 April lepas.
Beliau antara lain menduga keadaan yang tidak terkawal pasti akan berlaku daripada perhimpunan seumpama itu.
Katanya bila berlaku kekecohan dan kecederaan biasanya pihak berkuasa dan polis akan dipersalahkan.
Tunku Abdul Aziz menyertai DAP pada 2008 dan dilantik sebagai Senator pada 2009 bagi kuota Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Beliau merupakan segelintir kecil orang Melayu yang bergiat aktif dalam parti itu 

No comments:

Post a Comment